Anda di halaman 1dari 40

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

SKEMA SEJARAH KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM KEDAH 2011


Bahagian A
1. Huraikan perubahan institusi pemerintahan beraja di Negeri-Negeri Melayu
pada abad ke-19.
PENDAHULUAN (2M/3M)
a) Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di
Tanah Melayu.
b) Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial.
c) Selepas British menguasai Tanah Melayu bermula dengan campur tangan di
Perak pada tahun 1874 menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis.
Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan
sosial.
d) Kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap
menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
ISI JAWAPAN (20 markah)
Peranan Raja sebelum penjajahan British
1. Politik
a) Sultan sebagai ketua kerajaan
Sultan

berada

pada

kedudukan

yang

tertinggi

dalam

struktur

pemerintahan dan pentadbiran negeri.


Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan.
Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal.
Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap
mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang.
Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan
hukum manusia dan hukum agama.

1
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Sultan berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman


termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah

Sultan

berperanan melantik pembesar

untuk memegang sebarang

jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja


untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang
lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam
kalangan putera-putera baginda.
b) Sultan menentukan hubungan diplomatik
Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan
dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar
tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran atau keizinan
sultan.
Perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa
pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani
oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan
c) Sultan berperanan sebagai ketua tentera.
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya
berlaku

peperangan,

sultan

akan

mengetuai

angkatan

tentera

mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk


negara lain.
2. Ekonomi
a) Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi.
Sultan

mengambil

bahagian

dalam

perniagaan

dan

mendapat

keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan,


hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai.
Berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta
mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya
Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dari Kelang
daripada Raja Mahdi.

2
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Dalam


hal ini para pembesar negeri bertindak sebagai perantara antara Sultan
dengan rakyat.
b) Sultan berkuasa melaksanakan sistem kerah.
Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk
sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara
pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina
jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih
sungai dan sebagainya.
3. Sosial
a) Sultan merupakan lambang perpaduan

Raja / Sultan menjadi simbol penyatuan negara dan rakyat.


Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan
rakyatnya

bagi membolehkannya memerintah dengan berkesan.

Kewibawaan dan kedudukan sultan bergantung kepada kemakmuran


hidup rakyatnya.

Sultan dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih.


Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan
supaya rakyat taat setia kepada baginda.

Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan


mendapat tulah.

b) Sultan bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat


Melayu.

Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung


kepada masyarakat Melayu.

Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama


Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Istana menjadi
tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu

3
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

B. PERUBAHAN PERANAN RAJA / SULTAN SELEPAS PENJAJAHAN


BRITISH (10M)
1. Kehilangan kuasa mentadbir
a)

Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem


Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang
tertinggi

dalam

pemerintahan

di

negeri-negeri

Melayu.

British

memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh


sekumpulan pegawai. Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang
dinikmati sebelum ini.
b)

Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua


keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa
sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua
negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen.

c)

Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan


kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. Rajaraja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang
Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British
memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa
sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi
kuasa sebenar masih di tangan British.

2. Kehilangan kuasa mutlak.


a) British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi
berkuasa menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan sistem
perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk
melaksanakan sistem kehakiman.
3. Kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi
a) Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan
sultan

tetapi

di

tangan

British.British

secara

beransur-ansur

memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur


ekonomi tradisional terhakis.

4
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

4. Kehilangan hak ke atas tentera


a) Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai
tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan
askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada
kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara
kerajaan negeri sahaja.
KESIMPULAN (2M/3M)
a) Sebelum penjajahan, raja / sultan memainkan peranan penting dalam system
pemerintahan sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.
b) Kedatangan penjajah British telah merubah peranan Sultan di Tanah Melayu.
c) Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan
penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah.
d) Penjajahan British telah menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan
perekonomian baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa
berpindah ke tangan Residen.

5
http://sejarahstpm.blogspot.com/

yang

SEJARAH 2

2.

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Bincangkan kedudukan dan peranan golongan diperintah dalam struktur


sosial masyarakat tradisional sebelum tahun 1874.
Pengenalan ( 3 M)
a) Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional sebelum tahun 1874 boleh
dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
b) Golongan diperintah terdiri daripada rakyat tempatan dan hamba. Setiap
Golongan mempunyai taraf kedudukan dan fungsi tersendiri.
ISI JAWAPAN ( 20 M )
1. Rakyat tempatan
a) Rakyat tempatan iaiah penduduk peribumi yang bermastautin tetap dalam
sesebuah negeri dan bilangan mereka adalah ramai.
b) Mereka selalunya menjadi pengikut pembesar diperingkat pusat dan
penyokong pentadbir diperingkat daerah atau jajahan takluk.
c) Ketaatan mereka kepada raja/sultan adalah tidak berbelah bagi dan
mutlak.Mereka akan dikenakan sistem serah seperti bekerja di tanah
pembesar tampa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi tentera
bagi mempertahankan negeri atau kerajaan dari ancaman musuh dan
membina istana baru.
d) Rakyat tempatan bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing
seperti berdagang, berniaga, menankap ikan, melombong, bertani, menjadi
tukang mahir dan lain-lain. Mereka diwajibkan membayar cukai kepada
pemerintah.
e) Dalam kumpulan rakyat tempatan, golongan pemimpin agama seperti
Imam, Syed dan Haji mempunyai kedudukan yang mulia dan digelar tuan.
6
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

2. Hamba
a) Hamba merupakan golongan yang menduduki lapisan paling bawah
dalam struktur sosial masyarakat melayu. Golongan hamba boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu hamba raja, hamba hutang dan
hamba biasa.
b) Hamba raja terdiri daripada rakyat biasa yang melakukan kesalahan
jenayah dan menawarkan diri untuk menjadi hamba di istana. Taraf
hamba raja lebih tinggi daripada hamba-hamba lain. Hamba raja dan
keturunannya akan menjadi hamba turun-temurun. Hamba raja juga terdiri
dari tawanan perang dan banduan.
c) Hamba hutang ialah orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal
membayar hutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hamba hutang
juga terdiri daripada rakyat biasa yang melakukan kesalahan mencuri dan
berjaya ditangkap tetapi gagal memulangkan barangan yang dicuri atau
tidak mampu membayar denda. Mereka disebut masuk hulun. Hamba,
isteri dan anak terpaksa tinggal dengan pemiutang sehingga hutang
mereka selesai dibayar dalam tempoh tertentu. Hamba hutang akan
menjadi rakya biasa semula selepas semua hutang selesai dibayar.
d) Hamba biasa ialah hamba seumur hidup secara turun-temurun. Hamba
biasa boleh dibahagikan kepada 3 jenis hamba iaitu hamba abdi yang
melakukan kerja-kerja berat, kasar dan kotor, hamba dengan iaitu hamba
yang dibeli dan hamba biduanda iaitu orang suruhan yang selalunya
dimiliki oleh raja.
e) Peranan hamba ialah menyediakan tenaga manusia bagi melakukan
pelbagai

kerja

dalam

menambahkan harta

masyarakat,

menyumbang

tenaga

bagi

tuannya dan menjadi lambing status sosial

seseorang individu dalam masyarakat.

7
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Kesimpulan ( 2 M )
1. Namun bagitu selepas campur tangan British pada tahun 1874, struktur
sosial masyarakat melayu telah mengalami perubahan yang amat ketara
Apabila British bertindak menghapuskan sistem perhambaan di Tanah
Melayu.
2. Tindakan British ini telah mencetuskan penentangan orang-orang Melayu
Seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1875 dan Pahang antara tahun
1891-1895.

8
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

3. Huraikan perubahan pentadbiran British di Negeri-Negeri Melayu


antara tahun 1874 hingga 1896.

Pendahuluan: ( 2 / 3 M)
Sistem Residen merupakan satu sistem pentadbiran baru yg mula
diperkenalkan oleh Inggeris di Perak, Selangor, Sg Ujong dan Pahang slp P.
Pangkor 1874. Sistem Residen ialah sistem pemerintahan tidak langsung yg
diperkenalkan oleh Inggeris mulai thn 1874 di NNM tsb. Mengikut sistem ini,
Sultan dan pembesar Melayu dikekalkan kddk mereka sbg pemerintah
tradisional. Di sini sistem beraja Melayu masih dikekalkan sbg simbol perpaduan
rakyat walaupun baginda dikehendaki mengikut nasihat pegawai Inggeris
bergelar Residen.
Isi-isi: ( 20 M )
1. Pentadbiran peringkat negeri
-MMN ditubuhkan utk membolehkan pegawai-pegawai British berunding dgn
Sultan dan pembesar-pembesar tempatan ttg urusan pentadbiran negari,
penggubalan undang-undang dan perkara-perkara yg berkait dgn
kepentingan orang Melayu.
-Peringkat awal, MMN hanya menjadi Penasihat Sultan shj ttp peranannya
semakin bertambah spt:
a. Menggubal dan menyusun undang-undang
b. menjadi mahkamah rayuan tertinggi krn setiap hukuman mati mesti
mendapat kelulusan MMN.
c. Menguruskan perkara-perkara berkaitan pencen orang Melayu, perlantikan
ketua tempatan dan pegawai-pegawai krj serta menguruskan perubahan
cukai.

9
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

-Semua cadangan harus dibahaskan terlebih dahulu sbl diluluskan menjadi


undang-undang. Rang undang-undang mesti ditandatangani stlh dipersetuji
oleh gabenor.
-MMN tdk mempunyai kuasa penuh krn majlis ini meluluskan undang-undang
yg tlh ditetapkan krj British.
-MMN tlh menyebabkan sultan kehilangan kuasa dan hak mereka walaupun
sultan menjadi Pengerusi MMN, baginda tdk mempuyai kuasa penuh krn
terpaksa mengikut kehendak residen. Penubuhan MMN menjadikan residen
individu yg berkuasa di peringkat negeri kerana secara realitinya residenlah
yg memerintah.
2. Pentadbiran Daerah.
-Dibahagikan kpd bbrp
pentadbiran.

daerah

untuk

memudahkan

dan

melicinkan

-Pentadbiran di peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah berbangsa


Inggeris. Tugas-tugas Pegawai Daerah:
a. Memungut cukai
b. Menjaga perbendaharaan daerah
c. Menjaga dan mengekalkan keamanan
-Bg melicinkan pentadbiran Daerah, bbrp jabatan yg diketuai oleh pegawaipegawai Eropah ditubuhkan spt JKR, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan.
Pegawai Daerah bertanggungjawab utk mengawasi jabatan-jabatan tst.

3. Pentadbiran Mukim
Pentadbiran Mukim diketuai Penghulu. Penghulu dilantik
dari kalangan pembesar-pembesar dan anak-anak raja tempatan krn
mereka mempunyai bbrap kelebihan spt:
a. Pengaruh dan kedudukan dalam masy Melayu
b. Mereka lebih faham ttg sikap orang Melayu
c. Berkelayakan
- Tugas-tugas Penghulu di peringkat Mukim:
a. mengutip hasil tanah
b. Menyelesaikan masalah dan keselamatan
10
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

c. Menyelasaikan masalah yg wujud dlm Mukim melalui Mahkamah


Penghulu.
d. Menyimpan kira-kira dan laporan bertulis.

4. Pentadbiran Kampung
- Diketui oleh Ketua Kampung yg terdiri drp org yg berpengaruh,
dihormati dan disanjungi oleh masy kampung.
- Penghulu Dagang dilantik utk melindungi penduduk yg berasal dr
Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Borneo. Seorg kapten Cina di lantik utk
melindugi dan menjaga orang Cina.
5. Pentadbiran Bandar
-Dibentuk utk memastikan pembangunan dan kebersihan bandar
-1890, Lemb Kesihatan ditubuhkan utk menyediakan dan mentadbir Bandar
Kuala Lumpur. Ahli-ahli Lembaga kesihatan terdiri drpd pegawai British spt
Jurutera, JKR, Ketua Polis Daerah dan individu yg dilantik oleh residen.
-Antara tugas-tugas lembaga Kesihatan:
a. mengeluarkan lessen peniaga dan penjaja
b. menjaga kebersihan Bandar
c. meluluskan pelan pembangunan
Kesimpulan ( 2 / 3 markah )
Perlaksanaan pentadbiran sistem residen di Tanah Melayu mempunyai
banyak kelemahan disebabkan ketidakcekapan dan tiada keseragaman di
antara
negeri.
Residen
terlalu
berkuasa
menyebabkan
British
memperkenalkan Persekutuan 1896. Di bawah Persekutuan, kuasa raja-raja
Melayu cuba dikembalikan semula.

11
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

4. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah


Melayu sehingga awal abad ke-20.
Pengenalan (3m)
1.

Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang


menggalakkan di Tanah Melayu.

2.

Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih
menguntungkan. Mulai 1839 permintaan, permintaan terhadap getah telah
meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear.

3.

Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi


dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang
menanam getah secara besar-besaran di Tanah Melayu.

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m)


1. Sumbangan H.N.Ridley
a)

Perlantikan H.N.Ridley sebagai Peng. Botonical Garden di Singapura


pada tahun 1888 melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan
getah

di

Tanah

Melayu.

Beliau

merupakan

orang

yang

bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah


Melayu.
b)

H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan


getah kepada penduduk tempatan dengan memberi biji-biji benih
getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supaya
menanam getah.

c)

Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy


Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik
Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di
Kajang.

d)

Pada tahun 1897 Ridley berjaya

memperkenalkan

satu cara

penorehan saintifik iaitu sistem tulang ikan herring atau ibedem. Cara
12
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpa
merosakkan pokok getah.
e)

Ridley

juga

memperkenalkan

satu

cara

yang

selamat

untuk

mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam


arang batu yang lembap. Cara pengangkutan ini membolehkan anak
benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu
pembukaan ladang-ladang getah yang baru.
2. Dasar Kerajaan
a)

Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen
dikenakan ke atas tanah yang berukuran seekar untuk 10 tahu
pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai ini
dinaikkan menjadi 50 sen seekar.

b)

Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yang


pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang
membuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik
yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalam kegiatan
penanaman getah di Tanah Melayu.

c)

Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem


perhubungan

iaitu

jalan

raya

dan

landasan

keretapi

untuk

menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan.


Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah
RM4000 bagi menjalankan eksperimeneksperimen getah dan lain-lain
tanaman.
3. Kemerosotan harga kopi
a)

Kemerosotan

harga

kopi

turut

membantu

memperkembangkan

perusahaan getah di Tanah Melayu. Di antara tahun 1896-1900 harga


kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan.
b)

Kejatuhan harga kopi adalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih


daripada permintaan di pasaran dunia, kopi di Tanah Melayu
menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga
diserang oleh penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk.
13
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan


yang menggunakan getah.
a)

Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada


abad ke-20 mengakibatkan penggunaan getah dunia meningkat.
Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 dan
perkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan
getah.

b)

Pada masa yang sama harga getah turut melambung tinggi. Malahan
penggunaan terhadap getah juga meningkat akibat perkembangan
dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot, tayar dan peralatan
elektrik.

5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet.


a)

Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke


Sem.Tanah Melayu telah membekalkan tenaga buruh yang murah bagi
perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalah yang mudah
dikawal dan rajin bekerja.

b)

Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan banyak estet


getah yang besar oleh orang Eropah.

6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan


pengeluaran getah secara besar-besaran
a)

Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby


dan lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan
getah. Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getah telah
bertambah.

b)

Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh


kerajaan bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat
untuk menaikkan mutu getah serta mencari kegunaan-kegunaannya
yang baru.

Kesimpulan (2m)
14
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

a) Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal


sebagai perusahaan terpenting di Tanah Melayu.
b) Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun 1914.
Semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada
bekalan getah dunia.
5.

Bandingkan ciri-ciri perlembagaan 1946 dengan perlembagaan 1948.

Pengenalan

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 berdasarkan Piagam Atlantik


yang menggariskan supaya semua tanah jajahan akan diberikan
kemerdekaan.
Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu
bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu,
malahan sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan
tersebut menemui kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung
dalam perlembagaan tersebut amat tidak memuaskan hati kaum Melayu,
terutama berkaitan hak istimewa dan taraf kewarganegaraan yang akan
menggugat kepentingan kaum peribumi.
British telah melantik jawatankuasa kerja untuk menggubal satu
perlembagaan baharu sehingga terlaksananya Persekutuan Tanah Melayu
1948.

Isi

Penggubalan Perlembagaan MU adalah hasil daripada rancangan


pembaharuan politik yang dirancang oleh British semasa pendudukan Jepun
di Tanah Melayu. Pada Julai 1943, Unit Perancangan Tanah Melayu
(Malayan Planning Unit) telah merangka sistem pentadbiran baru yang bakal
dilaksanakan di Tanah Melayu. Hasil idea Sir Edward Gent yang mahu
menggabungkan negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu,
Pulau Pinang dan Melaka menjadi Malayan Union. Singapura dipisahkan
menjadi Tanah Jajahan berasingan. Manakala perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 adalah hasil idea daripada Jawatankuasa Kerja yang
dipengerusikan oleh Sir Malcom McDonald. Jawatankuasa ini dianggotai oleh
12 orang ahli iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6
orang wakil Pegawai British ianya dikenali juga sebagai Lembaga 12. Orang
bukan Melayu tidak diajak menduduki kerusi Jawatankuasa Kerja kerana
tidak dianggap sebagao penduduk asal negara ini. Hasil laporan tersebut
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan kerajaan pusat
kuasa yang lebih luas seperti MU tetapi masih menghormati keperibadian
Negeri-negeri Melayu.
15
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Dalam perlembagaan Malayan Union 1946, Negeri-negeri Melayu kecuali


Singapura disatukan di bawah satu pemerintahan pusat yang diketuai oleh
seorang gabenor dengan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis
Perundangan. Singapura diasingkan daripada Malayan Union dan dikenali
sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Manakala dalam perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri-negeri Selat dalam satu pentadbiran persekutuan yang diketuai oleh
seorang Pesuruhjaya Tinggi dengan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan
Majlis Mesyuarat Undang-undang Persekutuan. Keadaan ini memberi
peluang ke arah pemerintahan berkerajaan sendiri kerana dalam Majlis
Undang-undang Persekutuan mempunyai 75 ahli yang terdiri daripada 14 ahli
rasmi daripada pegawai kerajaan, 9 Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Undangundang Negeri mewakili Negeri-negeri Melayu, 2 wakil Majlis Mesyuarat
Negeri yang mewakili Melaka dan Pulau Pinang.

Dalam aspek kedudukan Sultan pula, Malayan Union telah meletakkan Sultan
hanya berhak dan berkuasa ke atas hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat
orang Melayu. Mereka tidak mempunyai kuasa di bidang pentadbiran, Majlis
Mesyuarat Negeri masih kekal menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan
tetapi tidak berada di bawah pemerintahan pusat. Situasi ini berbeza dengan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang memberi hak kepada sultan
untuk memerintah kerajaan negeri dengan bantuan Majlis Mesyuarat Negeri
dan Majlis Perundangan Negeri. Mereka diberi kuasa ke atas kerajaan
tempatan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan tanah. Manakala undangundang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri harus mendapat
persetujuan daripada Sultan. Majlis Raja-raja Melayu juga ditubuhkan bagi
memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan mengenai hak-hak
dan kepentingan Sultan serta saranan untuk membantu pemerintahan negeri
atau persekutuan.

Dalam aspek hak kewarganegaraan, perlembagaan Malayan Union memberi


hak kenegaraan yang sama kepada semua orang tidak mengira bangsa dan
asal keturunannya. Hak ini termasuk peluang untuk memasuki perkhidmatan
awam dan mengundi dalam pilihanraya. Kaum bukan Melayu menikmati hak
kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli samada melalui
kuatkuasa undang-undang atau perhubungan. Manakala Persekutuan Tanah
Melayu 1948 telah mengenakan syarat kewarganegaraan yang lebih ketat
terutama kepada warga negeri asing dengan perlu menetap 8 tahun daripada
12 tahun atau 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan prinsip jus
soli telah dimansuhkan. Manakala hak minimum untuk memohon
kewarganegaraan adalah 18 tahun, mempunyai perwatakan baik dan
menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dengan cara ini kadar
migrasi dapat dikawal dan orang Melayu lebih terjamin kedudukannya.

Pengenalan Malayan Union telah menggugat hak keistimewaan sebagai


pribumi Tanah Melayu yang sejati apabila semua bangsa dan kaum layak
untuk dipertimbangkan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam
16
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

pilihanraya umum. Begitu juga syarat kewarganegaraan yang longgar telah


menjejaskan kedudukan orang Melayu kerana kemasukan orang asing ini
akan menggugat penguasaan ekonomi orang Melayu. Manakala Persekutuan
Tanah Melayu 1948 orang Melayu telah diberikan hak keistimewaan sebagai
kaum bumiputera. Mereka mempunyai wakil terbesar dalam kerajaan
persekutuan dan Kerajaan Negeri juga berlaku pertambahan ahli rasmi dan
tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undang-undang
Persekutuan.

Perlembagaan MU telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana


pemberian hak yang sama rata kepada semua kaum. Syarat-syarat
kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana memberi
peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu. Tetapi
dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, hak-hak tersebut
diketepikan dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat.
Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti politik Melayu
berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju
dengan perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama
berbincang dan tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Kesimpulan

6.

Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan


kepentingan hak orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf
kewarganegaraan yang longgar telah memaksa perlembagaan ini diganti
dengan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat tolak
ansur. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat
dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam
kedua-dua perlembagaan yang telah dibincangkan.
Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan
orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan
pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir
dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Bincangkan sistem pemerintahan di Malaysia pada tahun 1957 hingga


1963.
Pengenalan ( 3 M )
1. Malaysia

merupakan

sebuah

negara

yang

mengamalkan

sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen selepas mencapai kemerdekaan pada


tahun 1957.

17
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

2. Fungsi utama parlimen ialah menggubal undang-undang. Parlimen juga


Merupakan badan penggubal undang-undang, meminda atau membatalkan
undang-undang tertinggi di Malaysia.
3. Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen iaitu Yang Di Pertuan Agong,
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kuasa parlimen diperuntukkan melalui
Perlembagaan Negara,
Isi Jawapan ( 20 M )
1. Dewan Rakyat.
a) Dewan rakyat merupakan salah satu dari tiga komponen parlimen.
Fungsi dewan rakyat ialah menggubal undang-undang , mengenakan
cukai dan mengawal badan eksekutif melalui kelulusan anggaran
belanjawan negara.Dewan Rakyat juga menyediakan satu forum di
mana dasar-dasar kerajaan boleh dipersoalkan dan diperdebatkan.
b) Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya. Umur minimum bagi
pengundi dan ahli dewan rakyat ialah 21 tahun. Setiap ahli dewan rakyat
akan memegang jawatan selama 5 tahun. Dewan rakyat di ketuai oleh
Yang Di Pertuan Agong. Speaker dewan rakyat akan mempengerusikan
persidangan dewan rakyat serta menentukan tatatertib dan peraturan
dewan rakyat. Speaker dewan rakyat dibantu oleh dua timbalan speaker
yang dilantik di kalangan ahli dewan rakyat. Dewan rakyat mempunyai
seorang setiausaha yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agung.
2. Dewan Negara
a) Dewan Negara merupakan salah satu komponen parlimen. Dewan
negara mempunyai 69 anggota dan dikenali sebagai senator. 43
daripada anggota Dewan Negara dilantik oleh Yang di Pertuan Agung
dan 26 lagi dipilih oleh kerajaan negeri daripada 13 buah negeri.
b) Ahlinya terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbakti dengan
cemerlang atau mencapai taraf tinggi dalam perkhidmatan awam,
perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan atau mewakili kaum
18
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

minoriti.
c) Setiap ahli Dewan Negara berumur 30 tahun ke atas dan memegang
jawatan selama 3 tahun bagi satu penggal dan boleh dilantik semula
untuk penggal kedua. Yang di Pertuan Dewan dan timbalannya dilantik
di kalangan anggota Dewan Negara. Manakala setiausaha Dewan
Negara dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.
d) Peranan Dewan Negara ialah membahaskan rang undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat secara lebih mendalam dan teliti tetapi
tidak boleh membatalkannya. Dewan negara hanya boleh melambatkan
kelulusan rang undang-undang tersebut selama satu bulan bagi rang
undang-undang kewangan dan setahun bagi rang undang-undang lain.
3. Yang Di Pertuan Agong.
a) Yang Di Pertuan Agung merupakan salah satu komponen parlimen.
Jawatan ini telah diwujudkan sejak tahun 1957. Baginda merupakan
ketua negara dan menjadi lambang kedaulatan dan taat setia seluruh
rakyat.
b) Baginda dilantik dikalangan raja-raja Melayu dan memegang jawatan
selama 5 tahun secara bergilir-gilir. Baginda memiliki kuasa eksekutif
tertinggi seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa
eksekutif dijalankan oleh cabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
c) Antara tugas Yang Di Pertuan Agung ialah ;
i. Pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia.
ii. Mempunyai kuasa memberi pengampunan bagi setiap hukuman.
iii.Memberi tauliah kepada duta-duta negara yang akan dihantar
bertugas diluar negara dan menerima tauliah duta asing.
iv. Pemerintah tertinggi angkatan tentera.
v.Ketua agama islam bagi negeri Melayu yang bersultan.
d) Semua raja-raja Melayu layak menjadi Yang Di Pertuan Agong
Kecuali baginda menolak pencalonan, uzur, tidak waras dan belum
Cukup umur. Yang Di Pertuan Agung dilantik oleh Majlis Mesyuarat

19
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Raja-Raja Melayu dan diuruskan oleh penyimpan mohor besar Majlis


Raja-Raja.
e) Yang Di Pertuan Agung tidak boleh didakwa di mana-mana
mahkamah. Baginda tertakluk kepada beberapa larangan tertentu
seperti tidak boleh memegang jawatan bergaji, terlibat secara aktif
dalam perniagaan, berkuasa bertindak ikut kuasa budi bicara seperti
melantik Perdana Menteri, membubar atau menangguhkan siding
parlimen atau memanggil Persidangan Majlis Raja-Raja untuk
membincangkan tentang kedudukan raja-raja Melayu.
Kesimpulan ( 2 M )
a) Parlimen Malaysia yang mengandungi dewan rakyat, dewan negara dan
Yang Di-Pertuan Agung mempunyai peranan masing-masing dalan sistem
pemerintahan di Malaysia antara tahun 1957-1963.
b) Kuasa ketiga-tiga komponen ini ditetapkan melalui Perlembagaan Malaysia.

20
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

Bahagian B
7.

Bincangkan masyarakat feudal di Jepun dan Vietnam sebelum campur


tangan kuasa Barat.

A. Pengenalan ( 3m )
Masyarakat Jepun dan Vietnam bersifat feudal iaitu satu bentuk kerajaan yang
dijalankan oleh individu tertentu , bukan oleh kerajan pusat.
Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah.
Masyarakat zaman Shogun Tokogawa terdiri daripada daimyo,samurai,petani dan
saudagar.
Dalam Masyarakat feudal Vietnam sistem pemerintahan berasaskan sistem
pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
Isi:
Masyarakat feudal Jepun (10m)
a. Pada zaman Shogun Tokogawa (1603-1867), hierarki sosial terdiri daripada
beberapa kelas iaitu daimyo,samurai,petani,tukang mahir dan saudagar.
b. Maharaja sebagai simbol perpaduan. Kuasa pemerintahan sebenar terletak
pada Shogun Tokogawa dengan bantuan Daimyo. Daimyo Fudai terdiri
daripada ahli keluarga Tokogawa dan sekutu-kutunya yang membantu
Tokogawa menguasai pemerintahan. Mereka dikurniakan tanah di bahagian
tengah dan utara Honshu. Daimyo Tozama (Daimyo luar) iaitu musuh Simyo
21
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

c.

d.
e.
f.

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

hogun Tokogawa terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsamu, Chosu,


Toza dan Hizen. Shogun menguasai Daimyo Tozama dengan mengawasi
tindak-tanduk mereka, melucutkan jawatan kerajaan mereka di Yedo,
melarang mereka memasuki istana maharaja di Kyoto.
Samurai (Kelas Panglima) mempunyai
kedudukan istimewa dalam
masyarakat. Befungsi memelihara kepentingan daimyo. Kadang kala
dikehendaki
mempertahankan
negara.
Mereka
tidak
dibenarkan
berkecimpung dalam bidang pekerjaan yang lain walaupun negara dalam
keadaan.
Di kalangan rakyat biasa, petani menduduki tempat tertinggi. Petani
mengeluarkan beras untuk masyarakat Jepun. Mereka membayar
sebahagian besar cukai. Tambahan pula Jepun merupakan negara pertanian.
Di bawah petani ialah tukang-tukang mahir yang membuat pedang dan alatalat lain yang berguna. Mereka diberi penghormatan kerana sumbangan
kepada masyarakat.
Kelas pedagang terletak di bawah petani dan tukang mahir. Mereka
dipandang rendah dan tidak dibenarkan mobiliti sosial. Keadaan aman
mengakibatkan ekonomi berkembang. Pedagang berjaya mengumpul wang
dan harta. Mereka berjaya memperbaiki status dengan mengikat ramai
bangsawan melalui hutang.

Masyarakat Feudal Vieatnam (10m)


a. sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat
b. hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan
cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
c. golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh
dalam
masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang
bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja
d. golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan ajaran
Confucius
e. rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius secara
mendalam
berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam
f. golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan
daripada
pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan pengaruh
politik
golongan bangsawan dan keluarga diraja
g. golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana mereka
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah
Kesimpulan (2m)
Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah
berlakunya
imperialisme kuasa barat pada abad ke 19 dan awal abad ke-20.
22
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

8. Bincangkan kepercayaan agama masyarakat tempatan di China dan


Jepun pada abad ke-19.

A.Pengenalan:
i. Agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dan amalan dalam sesebuah
masyarakat. ii Keseluruhannya masyarakat' Jepun di China mengamalkan pelbagai
bentuk kepercayaan dan agama.
iii.Amalan ini bukan sekadar kepercayaan tradisi malahan dipengaruhi oleh agama
dani luar
B. Isi-isi
1. Sistem kepercayaan dan agama di china
a. Animisme
i. kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling alam seperti pokok,batu ,gunung
dan sungai mempunyai semangat atau roh.
ii. Masyarakat lama memuja roh nenek moyang dengan mengadakan pelbagai
upacara dan penyembahan .
iii. Kepercayaan berdasarkan kehidupan tak terhenti selepas mati.
b. Cunfocianisme
i. Diasaskan oleh Kung Fu-tze.
ii. Merupakan kepercayaan tradisi masyarakat di China.
iii. Merupakan fahaman falsaah yang berkait rapat dengan tradisi ,etika dan ideaidea pemerintahan .
iv. Bersifat dominan dan men~adi panduan masyarakat di China
v. Ia membentuk satu aliran yang utama di negara china dan menjadi ajaran asas
kepada kebudayaan orang Cina.
23
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

c.Buddha
i. Diasaskan oleh Siddaarta Gautama Buddha
ii. Lebih dominan oleh mazhab Buddha Mahayana
iii. Buddha Mahayana; nenekankan kepada pencapaian dan tindakan individu dalam
menentukan kehidupannya
iv. Digunakan untuk menenangkan masyarakat akibat kebuluran dan bencana alam
v. Banyak kuil yang dibina
vi. Berkembang ke Korea dan Jepun
d. Islam
i. Diasaskan oleh Nabi Muhammad saw.
ii. Menegaskan kepentingan ilmu pengetahuan sampai ke China melalui hubungan
perdagangan antara orang Arab degan barat Negara China melalui daratan Asia
Tengah.
iii. Melalui utusan Arab pada zaman Khalifah Usman wujudnya masjid yang pertama
di China, di Bandar Canton.
iv. Membawa kesan besar apabila budaya Islam meresap dalam masyarakat China.
v. Menghadapi tentangan hebat daripada kerajaan Manchu
vi. Pemimpin-pemimpin Islam seperti Yusuf Ma Dexin menjalankan usaha
menyatukan masyarakat Islam kerajaan Manchu
vii. Dr Sun Yat-Sen telah menjalankan dasar yang agak liberal terhadap masyarakat
Islam pada tahun 1911 selepas kejatuhan dinasti Manchu
viii. Mao Tze-Tung berusaha membendung kebangkitan Islam yang berlaku pada
abad ke-19
e. Kristian
i. Pengasasnya ialah Jesus Chirst
ii. Bermula di China sejak abad ke-7 apabila wujud hubungan perdagangan antara
China dengan India dengan Parsi
iii. Sehingga awal abad ke-19,terdapat seramai 200 ribu orang penganut agama
kristian Di China
f. Taoisme
i. Diasaskan oleh Lao Tzu pada abad ke-5 S.M.
ii. Banyak tertumpu kepada kebebasan masyarakat yang tidak hares terkongkong
oleh
golongan atasan yang melakukan pelbagai penindasan
iii. Merupakan fahaman falsafah yang dirakamkan dalam buku yang bertajuk TaoTe-Ching. iv.Mengikut ajaran ini semua Benda yang bernyawa atau tidak adalah
sebahagian daripada unit alam. Semua nya tidak teriepas daripada hokum alam
termasuklah manusia sendiri.
v. Ajaran ini banyak mengkritk ajaran Confucianisme.
vi. Ajaran ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama ialah konsep
Taoisme yang membicarakan tentang hubungan manusia dengan Negara..
Kumpulan kedua ialah perbicaraan tentang slam sekelilingyang dilihat sebagai
penentu kehidupan manusia.
vii.Ajaran ini jugs menagndungi kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Orang
yang masih hidup dipercayai dapat berinteraksi dengan orang yang telah mati
melalui perantaraan yang dinamakan syuhen.
vii. Ajaran ini telah dikembangkan keluar dan i China terutamanya ke Jepun dan
Korea
24
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

2. Sistem kepercayaan di Jepun


a. Shintoisme
i. Dikenali sebagai `Jalan Tuhan' dan merupakan agama asli masyarakat Jepun..
ii. Bermula daripada mitos dan legenda zaman lampau dan dimiliki sepenuhnya oleh
masyarakat Jepun tanpa dipengaruhi oleh elimen luaran.
iii. Masyarakat percaya bahawa setiap objek alam sekitar mempunyai semangat
yang sendiri yang disebut KAMI.
iv. Pada abad ke 19, agama Shinto terpecah kepada dua iaitu Jinga dan Kyoko.
v. Agama ini berjaya menyatukan masyarakat dan membangkitkan semanat
nasionalisme di Jepun. Agama ini juga dijadikan medium yang berkesan dalam
membangkitkan perasaan twat setia kepada kerajaan dan keluarga di raja.
vi. Agama ini mempunyai pengaruh yang besar dalam sejarah Jepun.
vii. Pada era pemerintahan Meii agama ini telah dijadikan asas kepada kerajaan
hingga dikenali sebagai Shinto Negara.
viii. Berbagai langkah telah diambil untuk menyebarkan agama ini sebagai Shinto
Negara.
ix. Agama ini telah diasingkan daripada agama lain. Agama Buddha telah
diketepikan
x. Namun begitu agama ini telah bergabung erat dengan ajaran Cunfucius.
b. Buddha.
i.
Ajaran Buddha di Jepun banyak berkait rapat dengan Buddha di China
ii.
Ajaran ini dibawa dan i China ke Jepun pads abad ke 6 tetapi mendapat
tentangan yang hebat daripada amalan masyarakat tempatan
iii.
Satu kelonggaran telah dilakukan . Patung-patung Shinto telah dibenarkan
dibawa masuk ke kuil-kuil Buddha.
iv.
Terdapat 122 mazhab Buddha di Jepun. Tiga daripadanya yang aktif ialah
Zen, Nichirin dan Shin,
v.
Mazhab Nichirin mempunyai paling ramai pengikut dan berpegang teguh
pada kitab suci Hokke.
vi.
Ajaran ini tidak tertumpu kepada aspek pengajarannya sahaja tetapi turut
memberi sumbangan besar kepada kestabilan politik dan menekankan konsep
kesetiaan kepada maharaja Jepun.
vii.
Agama ini turut diberi status yang tinggi di Jepun.
c. Kristian
i
Kristian hanya berkembang di Jepun pada abad ke 16. Namun disebabkan
dasar pemerintahan Jepun yang mengamalkan dasar isolasi menyebabkan agama
ini diharamkan.
ii.
Ajaran ini mula berkembang semula pada tahap terakhir abad ke 19 sewaktu
pemerintahan Meiji.
ii.
Kesan daripada tekanan yang dierima oieh Jepun daripada pihak Barat
membolehkan agama ini berkembang semula di Jepun.
iii.
Banyak sekolah mubaligh didirikan dan terjemahan kitab-kitan Injil telah
dilakukan bermula pada tahun 1880-an.
iv.
Path tahun 1883 , satu persidangan mubaligh telah diadakan di Osaka yang
dihadiri oleh pelbagai kumpulan mazhab Protestan.
25
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

C. Kesimpulan
i.
Agama merupakan satu elemen yang penting dalam masyarakat di China
dan. Jepun.
ii.
Ia bukan sekadar percaya kepada kewujudan kuasa agung malah
melambangkan sate bentuk pencapaian kerohanian yang membentuk tamadun dare
sejarah manusia.
iii.
Agama merupakan instrument yang penting untuk menyatukan rakyat seperti
melalui agama Shinto di Jepun.
iv.
Agama juga menjadi medium yang penting dalam kebangkitan semangat
kebangsaan.

9. Bandingkan usaha-usaha pembaharuan

Mongkut di Thailand dan

Mindon Min di Myanmar.


A. Pengenalan [2 @ 3M]:
1. Nama penuh Mongkut ialah Somdeth Phra Paramender Maha Mongkut dan
digelar Phra Chom Klao. Beliau pernah mendalami ilmu agama dan menjadi sami
serta mempelajari ilmu hisab, astronomi, bahasa Inggeris dan Latin.
2. Mongkut dilantik menjadi raja pada 3 April 1851 bergelar Rama IV dan semasa
menjadi raja, beliau sedar pentingnya hubungan baik dengan negara barat.
3. Mindon Min merupakan putera kepada Raja Tharawady dan adik Pagan Min.
Beliau dilantik menjadi raja dengan bantuan dan sokongan daripada menteri
Magwe Mungyi pada Februari 1853. Seperti Raja Mongkut, Mindon Min juga
seorang sami dan mementingkan hubungan dengan kuasa barat.
B. Isi [20M]:
1. Politik [7M]:
Mongkut:

a) Beliau mengambil kira-kira 80 orang pegawai barat bagi membantu


pentadbirannya seperti Puan Anna Leonowens sebagai pendidik di istana.
26
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

b) Menyusun semula undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan


kepakaran pegawai Belgium dan Denmark.
c) Major Gerini yang berbangsa Itali mengetuai maktab tentera bagi melatih kadetkadet tentera. Manakala seorang pegawai Peranchis dilantik untuk menyusun
angkatan perang dan seorang Amerika dalam perkhidmatan kastam dan
mengetuai maktab diraja.
d) Beliau juga telah memperbaharui dasar luar Thailand dengan mengadakan
beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa barat seperti P.Bowing (1855),
Peranchis, Amerika dan lain-lain.
Mindon Min:
a) Seperti Mongkut, beliau telah mengambil pegawai-pegawai dari barat seperti
Peranchis dan Itali untuk membantu pentadbirannya.
b) Beliau telah memindahkan ibu negeri dari Amarapura ke Mandalay dan telah
memperkukuhkan pentadbiran kerajaan pusat dengan menghapuskan sistem
myosa pada tahun 1861.
c) Beliau telah mewujudkan kira-kira 10 jawatan kayaingwun bagi menyelaraskan
kerja Myowun di setiap daerah.
d) Pada tahun 1854, beliau cuba mendapatkan Pegu daripada British tetapi gagal
dan kemudian menjalin hubungan diplomatik dengan British di Burma Hilir pada
tahun 1862 dan 1867.
e) Di samping itu, seperti juga Raja Mongkut, Raja Mindon telah membuat
perjanjian dengan kuasa-kuasa barat bagi mengimbangi kekuasaan British
seperti dengan Peranchis (1873) dan Itali (1872).

2. Ekonomi [6M]:
Mongkut:
27
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

a) Selepas tahun 1850an, Raja Mongkut telah mengadakan hubungan


perdagangan dengan negara-negara barat seperti British, Amerika, Peranchis
dan lain-lain sekaligus menamatkan dasar pintu tertutup Siam.
b) Beliau telah memperkenalkan sistem mata wang mengikut cara barat dan
membina jalanraya yang menghubungkan bandar dengan kawasan yang
berpotensi dari segi ekonomi.
c) Membina tali air dan terusan untuk kepentingan sektor pertanian.
d) Menghapuskan sistem buruh paksa.
Mindon Min:
a) Pada tahun 1861, memperkenalkan cukai Thathanpmeda dan memperkenalkan
mata wang baru dan menubuhkan kilang wang diraja (1861).
b) Mendirikan kilang-kilang perusahaan dan perlombongan seperti lombong besi
dan arang batu tetapi kurang berjaya.
c) Seperti Mongkut, beliau menggalakkan perdagangan luar seperti dengan Burma
Hilir yang berada di bawah kekuasaan British.
3. Sosial [7M]:
Mongkut:

a) Beliau memberi tumpuan terhadap bidang pelajaran dengan menggalakkan


penguasaan bahasa asing.
b) Beliau telah menghapuskan adat meniarap di hadapan raja di kalangan orang
asing dan mereka dibenarkan menyembah raja dengan cara sendiri.
c) Beliau juga telah berusaha menghapuskan sistem perhambaan tetapi tidak
bejaya.
28
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

d) Menghadkan keistimewaan kaum bangsawan.


e) Mengamalkan dasar tidak mengganggu bangsa dan agama lain.
Mindon Min:
a) Berusaha menjadikan Mandalay sebagai pusat kebudayaan dan menghidupakan
tradisi lama.Beliau juga cenderung dalam keagamaan dan telah membina
kompleks pagoda. Beliau juga telah menjadikan Mandalay sebagai pusat agama
Buddha.
b) Mengecualikan cukai Thathameda kepada sami dan petani yang mengerjakan
tanah agama.
c) Pada tahun 1871, Burma menjadi tuan rumah bagi Majlis Agama Buddha di
Mandalay.

C. Kesimpulan [2 @ 3 M]:
1. Mongkut dianggap sebagai pengasas kemajuan Siam dan negara itu terhutang
budi kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan pemerintahan ketika kuasakuasa barat berusaha meluaskan pengaruhnya.
2. Melalui polisi pembaharuannya beliau telah berjaya mengekalkan kemerdekaan
negaranya. Beliau mangkat pada tahun 1865 kerana penyakit malaria pada usia
65 tahun.
3. Manakala Mindon Min gagal mengekalkan kemerdekaan Burma. Pada akhi
pemerintahannya terdapat usaha rampasan kuasa oleh puteranya serta
hubungan yang tidak baik dengan British.
4. Penggantinya, Raja Thibaw gagal memulihkan hubungan itu dan telah
membangkitkan kemarahan British hingga menyebabkan seluruh Burma dikuasai
oleh British menjelang akhir abad ke-19.
29
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina


terhadap kuasa Barat pada abad ke-19 .
A / Pengenalan

1. Sepanyol telah menjajah Filipina pada pertengahan abad ke16. Sejak dari itu
rakyat Filipina tidak puas hati dengan corak pentadbiran Sepanyol di Filipina.
Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa
penentangan rakyat Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol di Filipina
sepanjang abad ke19.
2. Sementara kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia pula telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan Indonesia yang
mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda sepanjang abad ke19.
1) Tindak balas di Indonesia. (10m)
a) Penentangan di Sulawesi. (1811)
i) Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi diketuai oleh Lavi Bone. Pada
tahun 1811, angkatan perang Lavi Bone telah menyerang pihak Belanda
tetapi berjaya dikalahkan oleh Belanda.
ii) Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi berakhir apabila Belanda
bertindak menakluki Makasar pada tahun 1905.
b) Penentangan Sapurua di Maluku. (1817)
i) Penentangan Sapurua di Maluku tercetus akibat daripada tindakan
Belanda memaksa penduduk Maluku melaksanakan sistem serahan dan
melakukan kerja wajib.
30
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

ii) Penentangan ini diketuai oleh Thomas Matelusia. Beliau bertindak


menyerang dan menakluki Kubu Belanda di Maluku pada bulan April
1817. Penentangan ini berakhir apabila Belanda bertindak menangkap
Thomas Matelusia pada bulan Ogos 1817.
c) Perang Paderi. (1819)
i) Pengaruh Gerakan Wahabi telah memasuki Sumatera Barat pada awal
abad ke19. Golongan Wahabi menentang perluasan kuasa Belanda di
Minangkabau. Golongan Wahabi telah berjaya menguasai kerajaan
Minangkabau.
ii) Pada tahun 1819, Belanda telah bertindak memerangi golongan Wahabi di
Minangkabau. Golongan Wahabi yang diketuai oleh Tengku Imam Bonjol
terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Belanda pada tahun
1825.
d) Perang Jawa. (1825)
i) Perang Jawa meletus antara tahun 1825 1830 di bahagian Jawa
Tengah. Perang Jawa dipimpin oleh Dipo Negara iaitu seorang Putera
Diraja Kerajaan Jogjakarta.
ii) Perang Jawa meletus disebabkan : Perasaan tidak puas hati golongan Bangsawan Pulau Jawa.
Perasaan tidak puas hati golongan Petani Jawa.
Masalah perebutan takhta kerajaan Jogjakarta.
Keengganan Belanda mengiktiraf Dipo Negara sebagai pemimpin
agama Islam di Pulau Jawa.
Kepercayaan penduduk Jawa tentang kemunculan seorang Putera
Pembebas atau Ratu Adil.
Keputusan kerajaan Belanda membina jalan raya melintasi tanah milik
Dipo Negara.
iii) Perang Jawa tamat pada tahun 1830 selepas Belanda menangkap Dipo
Negara. Beliau telah dibuang ke Menado dan seterusnya Makasar. Beliau
meninggal dunia di Makasar pada tahun 1855.
e) Penentangan di Banjarmasin. (1857)
i) Penentangan terhadap Belanda di Banjarmasin tercetus akibat daripada
penglibatan pihak Belanda dalam masalah takhta kerajaan Banjarmasin.
ii) Selepas Sultan Adam mangkat pada tahun 1857, Tamjid Ulah cucu Sultan
Adam yang mendapat sokongan Belanda telah dilantik sebagai pengganti.
Tindakan ini menyebabkan Pangeran Hidayat iaitu saudaranya tidak puas
hati. Ini menyebabkan Tamjid Ulah turun daripada takhta kerajaan
Banjarmasin.
iii) Belanda bertindak menghapuskan kesultanan Banjarmasin pada
tahun1860. Tindakan ini mendapat tindak balas Pangeran Hidayat. Namun
begitu Pangeran Hidayat akhirnya menyerah kalah pada Belanda pada
tahun 1862.
31
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

f) Perang Aceh. (1873)


i) Perang Aceh meletus akibat daripada tindakan Belanda ingin menguasai
perdagangan di Aceh.
ii) Pada tahun 1873, angkatan Belanda menyerang Aceh tetapi berjaya
dikalahkan oleh angkatan Aceh. Pada tahun 1874, angkatan Belanda
berjaya menguasai Istana Aceh.
iii) Perjuanagan menentang Belanda di Aceh berakhir apabila Aceh
menyerah kalah pada tahun 1903.
2) Tindak balas di Filipina (10m)
a) Pemberontakan Casi. (1807)
i) Pada tahun 1807, kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri
menbuat casi atau arak di Filipina.
ii) Industri membuat casi atau arak merupakan pekerjaan tradisi masyarakat
Filipina yang menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk
Filipina.
iii) Pengharaman industri membuat casi telah menyebabkan tercetusnya
pemberontakan casi di wilayah Ilcendia Filipina pada tahun 1807.
b) Pemberontakan Sarat. (1815)
i) Pemberontakan Sarat tercetus akibat daripada tindakan pihak Sepanyol
memperkenalkan sistem Polo dan sistem Vandala di Filipina.
ii) Kedua-dua sistem ekonomi ini telah menyebabkan tercetusnya
pemberontakan Sarat pada tahun 1815.
c) Pemberontakan Novales. (1823)
i) Pada tahun 1823, pihak tentera Filipina telah memberontak menentang
tentera Sepanyol disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.
Amalan diskriminasi ini telah menjejaskan imej dan maruah tentera
Filipina.
ii) Justeru itu, pasukan tentera Filipina bertindak menyerang Manila dan
hampir-hampir menawannya.
d) Pemberontakan Tayabas. (1840-1841)
i) Pemberontakan Tayabas dilakukan oleh Paderi Filipina menentang Paderi
Sepanyol disebabkan wujudnya diskriminasi antara Paderi Filipina dengan
Paderi Sepanyol di gereja.
ii) Pemberontakan Tayabas dipimpin oleh Appolinario De La Cruz.
Pemberontakan meletus antara tahun 1840-1841 tetapi gagal dan
Appolinario De La Cruz telah dibunuh.
e) Dahagi Tagalog. (1871)
i) Dahagi Tagalog merupakan tindak balas tentera bangsa Filipina
menentang Sepanyol bagi menuntut persamaan hak.
32
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

f) Pemberontakan Cavite. (1872)


i) Pemberontakan Cavite meletus pada bulan Januari 1872 di gudang
senjata Cavite.
ii) Pemberontakan ini melibatkan 200 orang tentera Filipina yang diketuai
oleh Sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai kerajaan Sepanyol.
Namun begitu pemberontakan ini dengan mudah sahaja dihapuskan oleh
pihak Sepanyol.
g) Gerakan Propaganda. (1882)
i) Gerakan Nasionalisme Filipina berkembang di bawah gerakan
Propaganda mulai tahun 1882.
ii) Gerakan ini dipelopori oleh golongan intelektual dan pelajar Filipina yang
berada di luar negara terutama Sepanyol. Antara mereka ialah Jose Rizal,
Marcelo De Pillar dan Lopez Jeano.
iii) Golongan intelektual dan pelajar Filipina menggunakan penulisan dengan
cara menerbitkan novel dan akhbar bagi membantah dasar pemerintahan
Sepanyol di Filipina.
iv) Antara novel yang dihasilkan ialah Noli Me Tenggere dan El-Filibuterismo
karya Jose Rizal. Sementara akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah La
Solidaridad.
v) Novel-novel dan akhbar La Solidaridad serta tulisan lain telah diseludup ke
Filipina bagi mambengkaitkan semangat rakyat tempatan bagi menentang
pemerintahan Sepanyol.
h) Liga Filipina. (1892)
i) Ditubuhkan oleh Jose Rizal. Tujuan penubuhannya ialah untuk
membangkitkan kesedaran nasionalisme dan menitikberatkan kemajuan
ekonomi rakyat Filipina.
ii) Liga Filipina telah diharamkan oleh Sepanyol pada 7 Julai 1892.
Sementara Jose Rizal telah ditangkap dan dibuang ke Daerah Dapitan di
Kepulauan Mindanao.
i) Pemberontakan KATIPUNAN. (1896)
i) Katipunan diasaskan oleh Andress Bonifacio pada bulan Julai 1892.
Sebuah pertubuhan bercorak radikal dan revolusiner.
ii) Katipunan bertindak melancarkan pemberontakanbersenjata menentang
Sepanyol pada 30hb Ogos 1896. Namun begitu pemberontakan
bersenjata Katipunan telah gagal untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol
di Filipina.
j) Tindak balas terhadap Amerika. (1898)
i) Amerika Syarikat telah bertindak menjajah Filipina selepas Sepanyol
menyerah kalah.
33
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

ii) Tindakan Amerika Syarikat telah ditentang hebat oleh KATIPUNAN yang
dipimpin oleh Aguinaldo.
iii) Pemberontakan ini gagal apabila Amerika Syarikat berjaya menumpaskan
Aguinaldo pada tahun 1901. Pada bulan Mac 1901, Aguinaldo telah
ditangkap oleh Amerika Syarikat.
C / Kesimpulan (2@3m)
1. Tindak balas masyarakat peribumi di Indonesia dan Filipina telah gagal
untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol di Filipina dan Belanda di
Indonesia.
2. Sebaliknya tindak balas rakyat Filipina telah menyebabkan Filipina dijajah
pula oleh Amerika Syarikat. Sementara penentangan di Indonesia telah
mengukuhkan lagi kedudukan Belanda di Indonesia.
11. Bandingkan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di
Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.Pengenalan
Selain faktor bahasa dan kebudayaan , agama juga memainkan pengaruh yang besar dalam
mencetuskan semangat kebangsaan di sesebuah negara . Hal ini jelas dapat dilihat dalam
konteks perkembangan semangat kebangsaan di Indonesia dan Myanmar.
Isi
Pengaruh Agama Di Indonesia (10m)
1. Pengaruh agama ke atas semangat kebangsaan di Indonesia dapat dikesan sejak awal
abad ke 20 lagi apabila munculnya pertubuhan yang bercorak keagamaan seperti
Sarekat dagang Islam , Sarekat Islam, Muhammadiah dan Nahdatul Ulama.
2. Sarekat Dagang Islam merupakan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan nasib
pedagang batik Indonesia daripada ditindas oleh kaum Cina. Mereka menggunakan
agama sebagai alat untuk menyatukan saudagar-saudagar batik Islam bagi
meruntuhkan cengkaman saudagar dan pemimjam wang Cina. Melalui kegiatan yang
dijalankan, pertubuhan ini dapat memberikan kesedaran terhadap nasib penduduk
Pribumi akibat kegiatan kaum kapitalis Cina di Indonesia. Ini menyebabkan
tercetusnya ketegangan kaum di antara penduduk pribumi dengan kaum Cina seperti
yang berlaku dalam rusuhan di Surabaya dan Surakarta pada tahun 1912.
3. Pada tahun 1912, pertubuhan tersebut ditukar menjadi Sarekat Islam oleh
pemimpinnya yang bernama Omar Said TjJokroaminoto. Pertubuhan ini
memgekalkan Islam sebagai asas bagi menyatukan umat Islam di Indonesia . Dengan
berteraskan Islam , pertubuhan ini telah menarik sokongan penduduk Pribumi dari
segenap lapisan untuk memperjuangkan nasib mereka daripada penindasan penjajah.
Dengan penyertaan rakyat pelbagai lapisan, Sarekat Islam Muncul sebagai organisasi
34
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

politik massa yang pertama di Indonesia. Oleh kerana perjuangannya yang


berlandaskan agama, kemunculan Sarekat Islam amat digeruni oleh pihak penjajah.
4. Pertubuhan Muhammadiah pula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Hj. Ahmad
Dahlan. Pertubuhan ini juga menggunakan agama Islam sebagai teras dalam
pergerakkannya. Tumpuannya yang utama adalah kepada usaha mempertahankan
kesucian Islam dan juga menghadapi ancaman penyebaran agama kristian di kalangan
penduduk pribumi. Selain itu, pertubuhan ini juga memberikan penekanan kepada
usaha meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kemajuan dan pendidikan sebagai
cara untuk melepaskan penduduk pribumi dari penindasan penjajah.
5. Manakala Nahdatul Ulama pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Kiyai Hasyim
Asjari .Pertubuhan ini juga bertujuan untuk membela Islam dan mempertahankan
keutuhan umat Islam daripada ancaman penyebaran Kristian . Namun begitu,
berbanding dengan Muhammadiah, pertubuhan ini lebih ortodoks dan bersikap
prejudis terhadap kemajuan dan pendidikan Barat.
6. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan ini menyebabkan pengaruh Islam bertapak kuat
dalam proses kemunculan kesedaran dan gerakan kebangsaan di Indonesia.
Pengaruh agama di Myanmar (10 M)
1. Jika Islam menjadi pelantar kepada pertubuhan di Indonesia,di Myanmar pula
pertubuhannya pula bergerak berlandaskan kepada agama Buddha. Agama ini
dijadikan asas untuk menarik sokongan dan menyatukan tenaga rakyat bagi
menentang penjajahan British.
2. Pengaruh agama Buddha dapat dilihat melalaui pertubuhan seperti Persatuan Agama
Maktab Ranggoon dan Persatuan Belia Buddha (YMBA) yang masing-masing
ditubuhkan pada tahun 1904 dan 1906. Kedua-dua pertubuhan ini bertujuan untuk
memartabatkan kembali kedudukan agama Budha yang semakin terjejas dan dianggap
semakin dicemari oleh dasar dasar penjajah yang tidak memahami institusi,adapt dan
cara beragama masyarakat tempatan.

3. Perjuangan pertubuhan ini dapat dilihat melalui konflik yang berlaku akibat isu
kasut yang berlanjutan dari tahun 1916 sehingga 1918 dan juga bantahan terhadap
akta universiti.Akibatnya berlaku tindakan pemulauan ketas kerajaan dan juga
pemogokan oleh para pelajar.Ekoran daripada itu, kerajaan British terpaksa mengubal
undang-undang yang melarang pemakaian kasut dalam pagoda dan juga membuat
pindaan keatas akta universiti.
4. Kegiatan pertubuhan bercorak agama dalam memberikan tekanan ke atas kerajaan
British itu telah mencetuskan kesedaran bukan sahaja di kalangan pelajar, tetapi juga
35
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

masyarakat umum yang masih berpegang kuat kepada agama mereka. Ini
menyebabkan pengaruh agama dalam gerakan kebangsaan di Myanmar menjadi
semakin bersemarak. Tambahan lagi apabila golongan Pongyi juga turut memberikan
sokongan mereka kepada pertubuhan pertubuhan bercorak agama seperti YMBA.
Sebagai golongan agama, Pongyi bercita-cita mahu mengembalikan kedudukan dan
pengaruh agama dalam kehidupan masyarakat dan negara. Sesuai dengan kedudukan
mereka yang tinggi dalam masyarakat, golongan Pongyi dapat memainkan peranan
yang berkesan dalam membangkitkan kesedaran di kalangan para petani dan pengaruh
Pongyi melalui tokoh-tokoh seperti U Ottama dan U Wisara telah merangsangkan
kesedaran kebangsaan di kalangan rakyat Myanmar, terutamanya sepanjang tahun
1920-an.
Kesimpulan.
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bagaimana agama menjadi unsure yang amat
berpengaruh dalam mencetuskan kesedaran dan mengerakkan semangat kebangsaan kedua
buah negara itu.Agama menjadi pelantar untuk menarik sokongan dan mewujudkan
perpaduan di kalangan rakyat bagi menghadapi penjajahan Barat

12.

Bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China


dan Myanmar pada sehingga pertengahan abad ke-20.

A/ Pengenalan ( 3 M)
1. Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China pada
awal
abad ke 20 dapat di kesan melalui peristiwa gerakan 4 Mei yang tercetus
pada
tahun 1919. Matlamat gerakan 4 Mei adalah untuk mendapatakan kembali
semenanjung Shantung daripada pihak Jepun dan menolak 21 tuntutan
Jepun ke atas negara China.
2. Sementara penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar pada awal abad ke 20 di kesan melalui penubuhan Persatuan
Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama 1930 dan liga Pemuda
Myanmar 1931. Pada tahun 1935 Persatuan Dobama dan liga Pemuda
Myanmar telah bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan
36
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

anggota-anggotanya menggelarkan diri mereka dengan gelaran Thakin yang


bermaksud

tuan.

Matlamat

perjuangan

mereka

ialah

mendapatkan

dkemerdekaan Myanmar daripada pihak British.


B/ Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China ( 10 M )
1. Gerakan 4 Mei telah menonjolkan peranan golongan pelajar sebagai pembela
kepentingan nasional di China. Melalui gerakan 4 Mei ini, golongan pelajar
telah memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme di
kalangan rakyat China. Ini jelas terbukti bila mana demontrasi yang dimulakan
oleh golongan pelajar telah mengakibatkan demontrasi dan pemogokan di
seluruh negara China.
2. Bagi menentang tuntutan Jepun, pelajar China turut memainkan peranan
Memupuk sentimen anti- Jepun dengan cara memulaukan barangan buatan
Jepun. Pemulauan ini telah mendapat sokongan orang ramai termasuklah Dr
Sun Yat Sen.
3. Penentangan

yang

dilakukan

oleh

orang

cina

terhadap

keputusan

Persidangan
Versailles telah membawa kepada Persidangan Washington pada 21
November 1921. Melalui Persidangan Washington ini, Jepun bersetuju
mengembalikan wilayah Shantung kepada China dan menggugurkan 21
tuntutan ke atas negara China.
4. Kegiatan golongan pelajar dalam gerakan 4 Mei telah melemahkan kerajaan
Hulubalang yang menguasai kerajaan China di Peking. Sebaliknya gerakan
Pelajar ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Parti Kaomintang sehingga
berjaya menubuhkan Kerajaan Nasionalis di Nangking pada tahun 1928.
5. Melalui peristiwa gerakan 4 Mei, golongan pelajar dan intelek China amat
tertarik dengan ideologi Karl Mark dan Bolshevik sehingga membawa kepada
penubuhan Parti Komunis China pada tahun 1921.
6. Melalui gerakan 4 Mei golongan pelajar turut memainkan peranan menghasil
37
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

dan menyebarkan bahan-bahan bacaan samaada terjemahan dari barat atau


di hasilkan sendiri oleh golongan intelek China kepada masyarakat cina.
Mereka turut mengkritik kebudayaan tradisional China yang berasaskan
ajaran Confucius kerana banyak ideanya bertentangan dengan kemajuan dan
perkembangan intelektual moden. Mereka menyokong pembentukan negara
China yang moden berasaskan sains dan idea barat.
7 Gerakan 4 Mei turut meningkatkan kedudukan golongan wanita kerana ia
turut melibatkan pelajar-pelajar wanita yang turut menyertai demontrasi-demontrasi
yang diadakan,
C/ Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme Myanmar. ( 10 M )
1. Peranan golongan pelajar melalui Persatuan Belia Buddha.
a. Melancarkan protes terhadap pemakaian kasut oleh orang Eropah dalam
rumah berhala dan pagoda.
b. Menuntut kerajaan British melaksanakan pembaharuan-pembaharuan
perlembagaan yang sama seperti yang diperkenalkan oleh British di India
melalui sistem pemerintahan dua lapis (diarchy) pada tahun 1919.
c. Mengatur dan mengawal satu pemogokan pelajar sebagai membantah
keputusan British untuk meninggikan taraf bagi memasuki universiti
Ranggoon dan markah kelulusan peperiksaan.

2. Peranan golongan Thakin.


a. Melancarkan pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang di
kenakan ke atas U Nu iaitu Presiden Persatuan Pelajar universiti
Ranggoon dan Aung San iaitu Setiausaha Persatuan pelajar
Universiti
Ranggoon serta menuntut pindaan Akta Universiti 1920.
38
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

b. Mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Myanmar


melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin pada tahun
1936.
c. Menubuhkan

persatuan

atau

pertubuhan

bagi

mendapatkan

sokongan
golongan petani dan pekerja seperti Persatuan Kaum Petani Se
Burma, Liga Penanaman Padi Se Burma dan Kongres Buruh Seluruh
Burma.
d. Menubuhkan Blok Kebebasan bersama Dr Ba Maw semasa perang
dunia ke 2 bagi menuntut beberapa konsesi dari pihak British bagi
penyertaan Myanmar dalam perang dunia ke 2.
e. Mengadakan pakatan dengan Jepun melancarkan serangan terhadap
British di Myanmar. Atas usaha golongan Thakin Jepun telah
memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 hb ogos 1943.
f. Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasist bersama
pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain pada tahun 1944
untuk menentang Jepun.
g. Mengetuai delegasi Myanmar ke London bagi menuntut kemerdekaan
Myanmar dari pihak British. Akhirnya kemerdekaan Myanmar
diisytiharkan pada 4 hb Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai
perdana menteri.

Kesimpulan ( 2 M )
1. Golongan pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di
China dan Myanmar.
39
http://sejarahstpm.blogspot.com/

SEJARAH 2

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN KEDAH 2011

2. Penglibatan golongan pelajar telah Berjaya menyatukan rakyat di keduadua negara tersebut dalam usaha menentang imperialisme barat.

40
http://sejarahstpm.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai