Anda di halaman 1dari 3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan antara lain bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dan

harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bincangkan:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya


disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan
dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti
pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK
iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh
pakar-pakar pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
1. Apakah yang anda faham dengan maksud jasmani, emosi, rohani dan intelek dari
segi konteks pendidikan dan pengajaran?
a) JASMANI
Menurut Muhamad Mahyudin Nafis, 2007 jasmani merupakan badan dan diri untuk
bertapaknya kecerdasan intelektual,rohani dan emosi. Secara ringkasnya kecerdasan
jasmani bagi seseorang itu wujud apabila dia mampu menjaga rehat yang cukup,
makan yang seimbang dan riadah. Dalam aspek pendidikan, guru mestilah menyedari
tentang kepentingan kesihatan fizikal dengan mengembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, manipulatif dan sosial para pelajar. Bukan itu sahaja, guru juga perlu
menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memberi manfaat kepada para
pelajar.
b) EMOSI
Perkataan emosi mempunyai definisi yang amat luas dan kompleks. Emosi mempunyai
maksud yang lebih luas daripada perasaan. Oleh itu, pelbagai teori telah dikeluarkan
untuk menerangkan maksud emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi
didefinisikan sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara subjektif
dan objektif di mana sistem neural dan hormonal menjadi pengantarnya. Subjektif
selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar
manakala objektif ialah fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu.
Setiap individu mempunyai emosi sendiri. Terdapat banyak jenis emosi asas manusia
yang kerap dirasai oleh kita. Dalam konteks ini, guru perlu bijak mengawal emosi
ketika sesi pengajaran supaya guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
para pelajar sekali gus dapat menarik minat dan perhatian para pelajar untuk
menerima ilmu yang disampaikan. Selain itu, guru perlu peka terhadap emosi semasa
para pelajar. Jika kedua-duanya seimbang barulah suasana pembelajaran yang efektif
tercetus.

c)

ROHANI
Kerohanian atau rohani dalam maksud terhad merujuk kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan roh. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan
dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian
rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan
mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah
kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial
masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Rohani yang sempurna selalu juga
dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang
banyak dilakukan oleh individu itu. Unsur rohani yang baik perlulah ada dalam diri
setiap guru supaya sikap jujur dan amanah sentiasa dipegang ketika melaksanakan
tugas. Selain itu, guru juga perlu mengambil sedikit ruang untuk menyentuh tentang
hal keagamaan supaya para pelajar tidak leka dan alpa tentang kepentingan
berpegang kepada agama.

d) INTELEK
Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Dalam konteks
pendidikan, unsur intelek menekankan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan
lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara
kreatif, kritikal dan reflektif. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap para pelajar
yang masih belum menguasai kemahiran 3M dan memberikan tumpuan kepada
mereka supaya mereka tidak ketinggalan dan berada setaraf dengan pelajar yang lain.

2. Bagaimanakah faktor jasmani, emosi, rohani dan intelek boleh diukur dalam
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar?
a) JASMANI
Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Dengan itu, guru-guru dapat mengukur
perkembangan jasmani para pelajar melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Antara aspek
yang boleh dijadikan kayu pengukur ialah dari segi sukan yang diceburi, daya kepimpinan,
kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Jika guru mendapati
para pelajar tidak mengalami sebarang masalah dalam aspek tersebut, maka para pelajar
dianggap Berjaya mengembangkan aspek jasmani yang disampaikan oleh guru.
b) EMOSI
Faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang
pelajar. Justeru itu ia akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik mereka.
Umumnya pencapaian akademik yang cemerlang
sering dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi sedangkan aspek emosi tidak
diberikan penekanan sewajarnya. Walau bagaimanapun, ahli psikologi telah menyedari akan
kepentingan peranan kecerdasan emosi pelajar dalam menjayakan pencapaian akademik
mereka. Keberhasilan aspek emosi dapat diukur apabila para pelajar dapat mencapai
keputusan akademik yang cemerlang. Jelaslah di situ para guru telah berjaya mengawal emosi
para pelajar dan dapat mengenepikan emosi negatif dalam diri para pelajar.
c)

ROHANI

Aspek ini penting dalam diri setiap pelajar mahupun guru itu sendiri. Seperti yang diketahui
umum, aspek ini sangat menekankan ilmu agama. Kejayaan seorang guru dalam menghasilkan
para pelajar yang memiliki pegangan agama dan nilai positif dapat memberi bekalan kepada
mereka bukan sahaja ketika di bangku sekolah malahan sepanjang hayat. Hal ini dapat
menjadikan mereka insan yang berpekerti mulia dan dipandang tinggi masyarakat.

d) INTELEK
Aspek intelek dapat diukur apabila para pelajar dapat menguasai kemahiran 3M ,iaitu menulis,
mengira, dan membaca. Para guru perlu peka terhadap perkembangan para pelajar dalam
aspek ini. Aspek ini dapat dilihat apabila pelajar melibatkan diri dalam satu perbincangan di
dalam kelas tanpa berasa rendah diri. Seterusnya, para guru perlu bijak merancang aktiviti
pembelajaran yang akan datang berpandukan kemampuan individu. Hasilnya, tidak akan ada
pelajar yang keciciran dalam ilmu yang disampaikan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai