Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas bagi memenuhi
keperluan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) dan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDPM) untuk memenuhi syarat mendapat Latihan
Perguruan dalam pendidikan. Melalui penyertaan dan pengelibatan guru pelatih, matlamat
program dalam menetapkan nilai-nilai hidup yang bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru. Oleh itu, segala pengisian program yang yang dijalankan ini
juga selaras dengan asas pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Oleh itu, segala pengisian
program yang dijalankan ini juga selaras dengan asas pembinaan guru yang berpaksikan kepada
pengangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi
kerangka kepada pembentukan Negara bangsa.

Melalui Program Bina Insan Guru ini, pelajar juga dapat menunjukkan ciri-ciri insan
yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama, meningkatkan semangat berpasukan dan
mengamalkan hidup bersepakat, meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dan sebagainya.
Selain itu, program Bina Insan Guru ini juga berfungsi untuk melahirkan guru yang berakhlak
mulia dan bersemangat juang yang tinggi dan mendidik guru supaya mempunyai ketahanan
fizikal dan mental serta dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara
selaras dengan nilai-nilai keguruan. Justeru itu, pengisian-pengisian positif serta penerapan nilainilai murni ini juga perlu dalam diri guru agar menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU 6

Program Bina Insan Guru 6 dijalankan pada 7 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Taman
Megah. Pada kali ini, kami dikehendaki untuk menyediakan program lawatan penanda aras di
sekolah berprestasi tinggi. Setelah beberapa perbincangan dijalankan, kami memilih Sekolah
Kebangsaan Taman Megah. Pemilihan sekolah dijalankan dengan mengambil kira dari segi jarak
dan kebanaran dari pihak sekolah. Seramai 25 guru pelatih dan 2 pensyarah mengikuti program
ini. Semua guru pelatih dikehendaki berkumpul di pintu hadapan Universiti SEGi pada jam 7
pagi.
Apabila sampai ke sekolah, kami mendapat sambutan yang baik daripada pihak sekolah.
Kami diberi sedikit penerangan oleh guru besar sekolah sebelum lawatan bermula. Kemudian,
kami dibawa untuk melihat para pelajar yang sedang berlatih untuk pertandingan bicara berirama
(choral speaking). Pada pandangan saya, kerjasama antara guru dan murid adalah sangat baik. Ini
adalah kerana persembahan para pelajar sangat baik dan bersemangat. Di akhir persembahan,
kami diberi peluang untuk mengutarakan soalan dan pendapat.
Semasa sesi soal jawab, kami diberitahu bahawa antara tenaga pengajar bicara berima
adalah ibu bapa murid. Maka, guru besar memberi kami kebenaran untuk mengutarakan soalan
kepada ibu bapa murid. Menurut mereka, kehadiran mereka bukanlah satu paksaan, tetapi
mereka dating secara sukarela. Mereka percaya penglibatan murid dalam bicara berirama boleh
membantu anak-anak mereka dari segi perkembangan sosial dan komunikasi. Dari sudut

pandangan mereka, aktiviti seperti ini membantu pelajar untuk lebih berjaya dalam kehidupan
harian serta masa akan datang.
Selepas itu, kami dibawa ke bengkel robotik. Terdapat pelbagai ciptaan yang
mengkagumkan dipamerkan. Kesemua ciptaan tersebut adalah hasil kerja murid. Selain itu,
murid yang terlibat dalam aktiviti robotik juga tampil untuk membentangkan hasil kerja mereka.
Saya berasa terpegun melihat pembentangan dan ciptaan mereka. Daripada pembentangan
mereka, terdapat banyak pencapaian yang membanggakan sepanjang penglibatan mereka
didalam robotik. Menurut salah seorang pelajar robotik, mereka sanggup meluangkan masa
lapang mereka untuk menyiapkan ciptaan untuk dibawa ke pertandingan. Walaupun mereka
meluangkan masa untuk aktiviti tersebut, mereka tidak lupa pada pelajaran dan kerja sekolah.
Semasa berada di dalam bengkel robotik, kami diberi peluang untuk berinteraksi bersama
wakil PIBG sekolah. Kami diberitahu bahawa ibu bapa sering meluangkan masa mereka bersama
murid di sekolah. Terutamanya pada hari Selasa dan Khamis jam 7 pagi sehinggan 7.45 pagi.
Hari selasa merupakan hari Mind Your English Day manakala hari Khamis merupakan hari Jom
Cerita. Pada hari tersebut, ibu bapa akan menyediakan aktiviti untuk para pelajar. Contohnya,
cerita dongeng, syair, drama pendek dan berkongsi pengalaman. Hasilnya, bilangan pelajar
ponteng sekolah berkurangan. Ini merupakan salah satu keunikan yang ada pada sekolah ini
dimana para ibu bapa memberi sokongan yang tidak putus di dalam semua acara yang diadakan
oleh pihak sekolah.
Setelah selesai, kami dibawa ke perpustakaan sekolah. Guru besar membentangkan
sejarah, sistem, pencapaian dan pelbagai informasi sekolah. Kemudian, kami dipecahkan
mengikut kumpulan yang telah di atur sebelum kami sampai ke sekolah. Saya merupakan salah
seorang ahli kumpulan yang diberi tugas untuk mengumpul maklumat tentang ko-kurikulum

sekolah. Berdasarkan temubual yang dijalankan, saya dapati bahawa sekolah ini semeamngnya
aktif dalam pelbagai pertandingan. Contohnya robotik, catur, scrabble, syair dan sajak. Malahan
terdapat juga pertandingan luar yang disertai oleh pelajar seperti gimnastik dan squash.
Penglibatan pelajar kebiasaan datang dari minat mereka. Menurut guru besar sekolah,
mereka memberi galakan melalui mempamerkan pencapaian mereka sebagai tanda penghargaan.
Setiap pencapaian akan di pamerkan di laman sosial sekolah dan papan kenyataan sekolah. Jadi,
para pelajar akan merasa bangga dan memberi semangat untuk berjaya dalam setiap
pertandingan. Selain itu, penghargaan juga akan diberi semasa Hari anugerah Cemerlang. Pada
hari tersebut, pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik akan merima anugerah penghargaan
dari pihak sekolah.
Kegiatan sukan, kelab dan unit beruniform akan diadakan secara selang-seli setiap
minggu selama satu jam. Setiap murid diwajibkan untuk menghadari setiap perjumpaan yang
dijalankan. Jadual akan disediakan sebelum persekolah bermula bagi memudahkan perjalanan
aktiviti. Setiap tahun, mesyuarat akan diadakan pada bulan November dan Disember untuk
merancang aktiviti tahun yang akan datang. Justeru itu, masalah seperti jadual bertindih atau
tidak tersusun dapat dielakkan.
Setelah selesai temubual, kami dijamu makanan dan minuman daripada pihak sekolah.
Majlis diakhiri dengan ucapan daripada pensyarah dan guru besar serta pemberian hadiah
sebagai tanda penghargaan pada pihak sekolah.

3.0 REFLEKSI
Bagi menjayakan program ini, saya telah dilantik sebagai setiausaha program. Mulanya
saya tidak bersetuju kerana faham akan cabaran dan tugas berat yang terpaksa dipikul sebagai
seorang setiausaha. Akan tetapi, setelah dilantik maka saya pasrah dan terima dan
menganggapkannya sebagai satu pengalaman berharga yang mungkin berguna semasa di sekolah
kelak. Sebagai setiausaha, saya telah menyiapkan kertas kerja bersama naib setiausaha iaitu Nik
Fatihah di mana ia dipersetujui dan diluluskan oleh mentor kami iaitu Encik Subra. Melalui
tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai setiausaha saya akui amat berat, namun
ia banyak mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan pengurusan serta perancangan
dimana perkara-perkara seperti ini sendiri amat ditekankan dalam program Bina Insan Guru 6.
Selain itu, saya rasa sangat berpuas hati dari pelbagai aspek terutamanya layanan yang
diberi oleh pihak sekolah. Malahan, melalui temuramah yang dijalankan, banyak ilmu-ilmu baru
mengenai kepimpinan dan pentadbiran yang telah saya pelajari. Pada pandangan saya, program
ini akan bertambah baik jika diadakan pada akhir tahun. Ini adalah kerana peperiksaan telah
berakhir, maka, para pelajar dan guru mempunyai kelapangan untuk menerima lawatan. Menurut
guru besar, kebanyakan guru tidak berkesempatan untuk menyertai lawatan kami kerana jadual
mereka yang padat. Oleh itu, saya cadangkan supaya lawatan ini sewajarnya diadakan pada akhir
tahun.
Kesimpulannya Program Bina Insan Guru ini berupaya melahirkan pendidik yang
berkarisma dan berketerampilan dari semua sudut fizikal, jasmani, emosi, rohani, sosial dan
intelek. Tambahan lagi, program ini menjamin pengalaman kepada semua guru pelatih untuk
menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam

program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua peserta telah memberikan
komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.
4.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai