Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (AMNAHMALIHAH MARZUKI)

Saya percaya bahawa sebagai pendidik, seorang guru itu perlu terlebih dahulu
mengetahui atau memahami matlamat atau tujuan pendidikan yang sebenarnya. Matlamat
sebenar dan yang utama sekali ialah membentuk insan yang berguna kepada agama dan
masyarakat yang juga mempunyai sifat-sifat manusia yang terpuji, berakhlak tinggi dan yang
dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Dengan mengetahui dan memahami
matlamat pendidikan maka seorang guru yang juga sebagai pendidik dan pendakwah dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan bersistematik dan lancar tanpa berlakunya gangguan luar.
Justeru itu, program ini sangat bermakna bagi saya sebagai guru pelatih. Pebagai
informasi yang saya pelajari tentang peraturan dan etika sebagai seorang guru. Informasi ini amat
penting bagi saya untuk mencapai matlamat saya sebagai guru yang cemerlang. Jika saya gagal
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, saya gagal menjadi guru yang boleh dijadikan contoh
teladan kepada pelajar. Saya percaya bahawa generasi muda merupakan generasi yang
mencorakkan warna kehidupan sesebuah masyarakat sama ada terdiri daripada golongan yang
beragama, berakhlak ataupun golongan yang berilmu.
Pada pendapat saya, jika saya menunjukkan tingkah laku yang salah, saya pasti tidak
akan dihormati sebagai seorang guru oleh pelajar. Contohnya, semasa Puan Maznah
menceritakan pengalaman tentang guru yang tidak mementingkan masa. Guru tersebut sering
kali lewat dan memohon cuti. Tindakan guru tersebut akan menjadi teladan yang tidak elok
kepada murid dan pada masa yang sama, ia akan menggangu pelajaran pelajar kerana tidak hadir
ke sekolah.

Oleh itu, saya mengambil pengajaran daripada pengalaman yang dikongsi untuk menjadi
peringatan pada saya. Secara keseluruhannya, saya berasa berpuas hati dengan intipati program
ini dan berharap saya dapat menyertainya lagi.

Anda mungkin juga menyukai