Anda di halaman 1dari 13

1.

Pengujian, Pengukuran, Penilaian, Pentaksiran

1.1.1

Pengenalan

Pengujian, pengukuran, penilaian, pentaksiran adalah antara beberapa konsep penting


dalam dunia pendidikan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih
pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. (Siti Rahaya Arifin,
2008). Sebagai contohnya, apabila seorang guru mengedarkan kertas ujian, mereka
mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar
dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil kira maksud sebenar atau maksud khusus
yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan (OUM,
2011).
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik mengambil kira semua faktor yang
boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam
membuat sebarang keputusan yang tepat.

1.1.2

Konsep Pengujian

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach
(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian
penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian

pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem
berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun
warna bagi ujian penglihatan.
Selain itu, menurut R.M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Leraning, pengujian
ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang
individu. Raminah Haji Sabran (1991) pula menegaskan ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang
dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau pengadilan. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar,
satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut.
Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat yang pertama iaitu persediaan,
diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak
mana kemahiran yang telah dipelajari melalui proses pengujian. (OUM, 2011)

1.1.3

Konsep Pengukuran

Pengukuran merangkumi skop yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran
membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau
melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan instrument (Raminah Hj Sabran, 1991).
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek
pengujian, termasuk menggunakan skel ordinal atau skel selang untuk menentukan
kedudukan dan pencapaian pelajar. Secara ringkasnya, skel ordinal digunakan berdasar
prestasi atau pencapaian pelajar. Skel selang yang meliputi markah atau gred, diguna
untuk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar (Mok Soon Sang, 2004).

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu


sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran
ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti
penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu
dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh
dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang
perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek
berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid
menggunakan kayu ukur atau pembaris (Raminah Hj Sabran, 1991).

1.14

Konsep Penilaian

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Popham (1975) menafsirkan penilaian yang
sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena
pendidikan. Stufflebeam, 1971 menyatakan penilaian sebagai proses delineating, mencari
dan memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif- alternatif
keputusan.
Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu system atau proses yang meliputi
aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan
yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya
dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2004) Secara menyeluruh, penilaian
pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan
matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk
kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara

kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka
dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang
lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan
atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas
yang diberikan oleh guru dengan bersih (OUM, 2011)
Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian,
pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian
boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian,
pemeriksaan dan pengukuran, analisis ujian, interprestasi dan tindakan susulan (Mok
Soon Sang, 2004).

1.1.5

Konsep Pentaksiran

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan
atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam
konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi

aktiviti

menghurai,

mengumpul,

merekod,

memberi

skor

dan

menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan


tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam
bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada
murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Penaksiran haruslah dilihat sebagai proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan aktiviti yang bertujuan
untuk mendapatkan pembelajaran yang baik (Raminah Hj Sabran, 1991).

Tujuan pentaksiran adalah membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar


dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih
bermakna dan keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting
dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang
berkaitan dengan piawai. Pentaksiran dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), pentaksiran sebagai
pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of
learning) (OUM, 2011).
Pentaksiran didukung oleh prinsip-prinsip yang memastikan tujuannya mencapai objektif
sebenar. Antara prinsip-prinsip pentaksiran adalah instrument, kumpulan yang ditaksir,
respons, kumpulan yang menaksir dan skor. Manakala ciri-ciri pentaksiran yang baik
adalah

Kesahan Skor merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan


Kebolehpercayaan Skor:-merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
Keobjektifan yang bermaksud ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
Kebolehtadbiran merujuk kepada kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah


Kemudahtafsiran merujuk kepada maklumat tentang calon berdasarkan skor,

diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian


Kekomprehensifan bermaksud kertas soalan mewakili semua objektif penting
Sukatan Pelajaran

1.2

Perbezaan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Jenis / Ciri

Definisi

Pengujian

Penilaian

Pengukuran

Proses menentukan perubahan

Proses menentukan peringkat

Proses menentukan perubahan tingkah

sesuatu tingkah laku

pencapaian dan kedudukan di antara

laku dan membuat pertimbangan nilai

pelajar
Menentukan pencapaian pelajar

Untuk membuat pengelasan /

Memberi maklumat tentang pencapaian

dalam sesuatu pembelajaran

perbandingan pencapaian dan

objektif pelajaran, kaedah mengajar dan

kedudukan di antara pelajar dalam

kurikulum

Tujuan

penguasaan pembelajaran

Cara

Masa

Pemerhatian atau soalan-soalan

Pelbagai cara mengumpul data

Berdasarkan data kuantitatif dan

Ujian

kuantitatif

penghuraian kualitatif

Selepas sesuatu atau beberapa

Selepas beberapa pelajaran

Sebelum, semasa dan selepas sesuatu atau

pelajaran
Pemerhatian, ujian lisan dan

Bentuk

bertulis

beberapa pelajaran
Ujian bertulis dengan markah dan gred

Jadual / gred berdasarkan teknik


perangkaan

Jenis / Ciri

Pengujian
Terhad pada sesuatu kemahiran

Liputan

Keputusan

Kegunaan

Proses
Laksana

Sesuatu peringkat pembelajaran

atau pembelajaran
Menunjukkan prestasi suatu

Penilaian

Pengukuran

Dari sesuatu pembelajaran tertentu ke


seluruh kurikulum

Menunjukkan pencapaian secara relatif

Menunjukkan pencapaian keseluruhan

Menmnpatkan pelajar dalam

Untuk pengelasan, pensijilan dan

Membaiki rancangan mengajar,

kumpulan yangg sesuai

penempatan pelajar dalam jurusan dan

kurikulum, pengesanan punca kelemahan

untuk penyelidikan

dan membuat ramalan

Persediaan ujian

Proses pengujian

Proses pengukuran

Pentadbiran

Merekod markah / gred

Proses penganalisisan

kemahiran atau penguasaan


pembelajaran yang spesifik

Pemeriksaan

Proses interpretasi
Melapor
Tindakan

1.3

Prinsip-prinsip penilaian

Penilanan sentiasa dilaksanakan di sekolah atau di institusi lain menyebabkan seseorang


sering menganggap bahawa penilaian hanyalah satu teknik bagi mendapatkan maklum
balas tentang pengajaran atau pembelajaran ( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2011 ).
Guru mungkin akan mengehadkan tugasan menilai dengan melakukan peperiksaan akhir
untuk menentukan prestasi pelajar pada akhir kursus atau pada tempoh tertentu,
contohnya satu semester. Sebenarnya, ini merupakan satu proses yang berterusan dari
awal hingga akhir pengajaran berdasarkan prinsip-prinsip penilaian.
Empat prinsip-prinsip penilaian adalah seperti berikut ( Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia, 1999 ) :

1.3.1
Wood

Kesahan ( Validity )
Kebolehpercayaan ( Reliability )
Keadilan
Objektif

Kesahan ( Validity )
(1991)

menekankan

bahawa

kesahan

adalah

lebih

penting

daripada

kebolehpercayaan tetapi bergantung semata-mata kepadanya dianggapsebagai kesahan


pemerhatian. Kesahan merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan
pengajaran atau kepada bidang pengajaran. Kesahan juga merujuk kepada objektif
pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran atau kepada bidang pengajaran.
Contohnya, jika kita hendak mengukur sikap hendaknya kita mengukur sikap atau ujian
ejaan hendaknya mengukur kebolehan mengeja atau ujian mendengar hanyalah untuk
mengukur kemahiran mendengar.

1.3.2

Kebolehpercayaan

the extent to which an assessment tool is consistent or free from random error in
measurement ( U.S Department of Labor, Testing and Assessment: An Employers
Guide to good Practices, 1999 ).
Kebolehpercayan merujuk kepada ketekalan sesuatu penilaian dan mencerminkan
keupayaan sebenar murid serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi; baik di segi
jantina, budaya, bangsa dan lain-lain. Calon yang mempunyai kecekapan yang tinggi
sepatutnya memperoleh skor yang tinggi dan sebaliknya. Kebolehpercayaan mesti
tekal( consistence ) dengan masa, kaedah, suasana dan pengukur ( Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia, 1999 )..

1.3.3

Keadilan

Kesesuaian penilaian itu dengan calon yang akan diuji berikut ( Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia, 1999 ) . Pemarkahannya tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti
jantina, kaum dan latar belakang sosio-ekonomi. Contohnya, guru tidak boleh memberi
markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang lebih sukai.

1.3.4

Objektif

Kepentingan prinsip ini mendahalui perkara teknikal yang bersangkutan dengan ujian.
Penilaian didasarkan pada prosedur dan kriteria yang jelas. Semasa menilai kebolehan
pelajar, guru perlu ditentukan apa yang ingin dinilai dengan jelas, barulah ditentukan
soalan dan bukan sebaliknya( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2011 ).

1.4

Tujuan penilaian dalam pengajaran

Sistem penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (Mok Soon Sang, 2010). Matlamat utama sistem penilaian ini adalah untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa tujuan penilaian
dilaksanakan di sekolah, antaranya ialah untuk diagnosis, pencapaian, pemilihan dan
penempatan, bimbingan dan kaunseling.

1.4.1

Diagnosis

Penilaian boleh dijalankan oleh guru dalam beberapa cara atau kaedah dan pada masa
yang tertentu. Penilaian boleh juga dilakukan di dalam bilik darjah. Apabila guru menilai
pelajar semasa di bilik darjah, guru dapat mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap
kemahiran dan pengetahuan yang telah diajar. Hasilnya, guru dapat mengenal pasti
pelajar yang memerlukan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan. Biasanya, pelajar
yang aktif akan diberi latihan pengayaan manakala pelajar yang lemah akan diberi latihan
pemulihan.
Sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran, penilaian akan dijalankan secara
berterusan. Ini membantu guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau
menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat
diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya
mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran (OUM, 2011).

1.4.2

Pencapaian

Penilaian formatif dan sumatif merupakan dua cara penilaian yang dijalankan di sekolah.
Penilaian

sumatif

adalah

penilaian

yang

dijalankan

pada

akhir

sesuatu

pengajian,contohnya seperti pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan

10

Tingkatan 5 (SPM). Tujuannya untuk menentukan gred pencapaian pelajar secara


keseluruhan. Penilaian ini lebih bersifat formal bagi membolehkan pelajar mendapat sijil.
Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan semasa waktu pelajaran dengan
secara individu, kumpulan atau kelas (Mok Soon Sang, 2010). Penguasaan dan kemajuan
pelajar dapat dikenalpasti untuk diperbaiki oleh guru dengan serta merta.

1.4.3

Pemilihan dan penempatan

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, perlu ada proses penilaian kerana
ia penting bagi mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran asas pelajar mengenai
topik yang akan diajar. Contohnya, guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar yang
bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui penguasaan tatabahasa dan
perbendaharaan kata pelajar tersebut. Cara ini membantu guru menentukan peringkat
pengajaran yang seterusnya yang sesuai dengan tahap kefahaman pelajar tersebut.
Selain itu, penilaian juga membantu pemilihan pelajar untuk ditempatkan dalam aliran
tertentu. Sama ada aliran sains, sastera atau perdagangan berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan mereka.

1.4.4

Bimbingan dan kaunseling

Pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran memerlukan bimbingan dan


kaunseling. Guru boleh mengenalpasti pelajar yang perlu diberi bimbingan atau
kaunseling melalui penilaian-penilaian yang dijalankan.
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi
ekstrinsik (luaran). Motivasi intrinsik ialah motivasi daripada dalam diri pelajar sendiri.
Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam,
akan memperoleh pencapaian yang baik dalam pelajaran (OUM, 2011). Manakala

11

motivasi ekstrinsik adalah motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa,
rakan sebaya atau guru.

1.4.5 Tujuan-tujuan lain


Penilaian membantu guru mengetahui keberkesanan pengajarannya, guru boleh menilai
pengajarannya berkesan atau tidak melalui maklum balas yang diberikan oleh pelajar.
Sekiranya pelajar tidak menguasai sesuatu yang diajar, guru perlu mengubahsuai strategi
pengajarannya.
Ibu bapa juga boleh mendapat manfaat daripada penilaian yang dijalankan oleh guru.
Guru boleh memberi input kepada ibu bapa tentang pencapaian akademik anak mereka
dan juga dalam aspek sahsiah. Ini boleh dilihat semasa perjumpaan guru dan ibu bapa
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Biasanya, perjumpaan ini diadakan dua kali setahun.
Iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
Selain itu, penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut mendapat
manfaat daripada penilaian. Ini adalah kerana KPM boleh mendapat maklumat daripada
sekolah tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran sama ada dapat dicapai atau tidak.
Pengubahsuaian akan dilakukan sekiranya objektif yang dikehendaki tidak dapat dicapai.

12

13

Anda mungkin juga menyukai