Anda di halaman 1dari 1

Secebis Madah

En Zakaria bin Haji Ahmad


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Murni
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Jawatankuasa Hari Anugerah Akademik Sekolah Kebangsaan
Desa Murni bagi tahun 2014 kerana telah menggembleng tenaga bagi
menjayakan hari kejayaan penuh bermakna dalam kalangan muridmurid di sekolah ini.
Sesungguhnya, kejayaan yang diraikan pada hari ini bukan jadi
menjadi pencetus kecemerlangan dalam diri murid-murid malah turut
menjadi motivasi dan semangat kepada murid-murid lain untuk
melakukan anjakan paradigma bagi mengubah pencapaian diri ke arah
yang lebih baik.
Pastinya sebagai pendidik dan ibu bapa,kita haruslah memikirkan
langkah bagi mengubah taraf hidup anak-anak melalui pendidikan
yang berkualiti dalam hidup mereka. Kita juga
seharusnya
mempersiapkan generasi muda kita dengan berbagai kemahiran dan
ilmu pengetahuan agar mereka ini tidak menyimpang daripada citacita perjuangan bangsanya sendiri.
Sebagai kesimpulannya, saya percaya dalam era globalisasi dan
K-ekonomi ini, perkara yang paling penting adalah menyediakan anakanak yang boleh menghadapi cabaran-cabaran dalam pelajaran dan
mempunyai tanggungjawab yang penting untuk mendidik dan
membantu mereka menjadi lebih tabah,adaptif dan boleh menangani
perubahan-perubahan yang berlaku pada persekitaran mereka.
Dengan kata lain, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka supaya
dapat mengadaptasikan diri dalam dunia tanpa sempadan.
Lantaran itu, adalah diharapkan dengan adanya Hari Anugerah
Akademik ini akan dapat memberikan penghargaan dalam kejayaan
anak-anak kita pada hari ini.
Akhir kata, semoga perjalanan Hari Anugerah Akademik ini dapat
diteruskan lagi bagi menghargai dan meraikan kecemerlangan muridmurid di sekolah ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai