Anda di halaman 1dari 6

R

efleksi

Profesion ialah sesuatu yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang
mempunyai

kelulusan

dan

latihan

ikhtisas

yang

cukup

bermutu

bermoral

tinggi,mempunyai autonomi, serta mematuhi semua kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya.Dalam hal ini,saya mendapati Profesion keguruan mempunyai segala
unsur yang menyatakan ianya ialah Profesion. Melalui tugasan ini saya lebih
mempelajari dan memahami ertinya Profesion.Profesion merupakan perkhidmatan yang
unik dan penting. Menurut kamus dewan(1990), di bawah konteks pendidikan guru,
adalah diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid,
dan sebagainya. Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan
guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai guru. Sebagai
contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta tugas guru yang
luhur. Saya memahami yang guru sebagai satu profesion boleh ditakrifkan sebagai
pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas
misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan.Tambahan pula dariapada kajian
yang dilakukan oleh saya ,Profesion keguruan adalah sama taraf dengan bidang
pekerjan yang lain.ia boleh dibuktikan daripada kajian dan penulisan saya tentang
Bidang Profesion Keguruan adalah sama taraf dengan bidang kerja yang lain di negara
ini. Saya juga memahami bahawa, profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang
berkaitan dengan peranan, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Sikap jujur, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan mutu dan
disiplin kerja terkandung dalam profesion. Faktor-faktor yang menentukan guru sebagai
suatu profesion ialah terdapat kesinambungan pendidikan untuk guru-guru, ilmu bersifat
autonomi dan dikembangkan, memberi layanan tanpa membuat perbezaan kepada
mana-mana individu, pekejaan penting dalam Negara dan sebagai pakar.

Menurut Lieberman seorang tokoh pendidik di Amerika Syarikat, terdapat 8


konsep profesion. Bagi beliau, keguruan adalah antara pekerjaan yang boleh
digolongkan sebagai Profesion.
Seperti bidang kerja yang lain,Profesion keguruan patut dimuliakan oleh semua
lapisan masyarakat.Pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif terhadap perkara ini dan
memajukan profesion keguruan di negara ini. Adalah tanggungjawab seseorang guru
untuk menyebarkan cita dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Rukun Negara dengan jelas serta mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Guru yang beretika

akan memenuhi

tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu. Selain
daripada itu, dapat mengeratkan persefahaman dan bekerjasama dengan ikhlas dalam
kalangan guru serta ibu bapa muridnya. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa dalam
profesion keguruan seseorang murid dibentuk dari segi keperibadiannya .Seterusnya
dia akan diajar tentang kehidupan dan cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang
hayat.Murid akan memilh bidang kerja masing-masing mengikut citarasa dan
kepentingannya.walaubagaimanapun segala galanya bermula di bangku sekolah dan
gurulah yang melahirkan murid-murid tersebut.Ia adalah antara satu sebab yang tidak
dielakkan oleh semua lapisan masyarakat.

Hal ini terkandung dalam Kod Etika Perguruan malaysia iaitu guru haruslah
menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru adalah dibayar gaji
oleh negara. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau memberi
penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. Guru

perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu


perkara. Semua orang harus faham keguruan juga adalah antara satu kerja profesional
dan tidak selalunya memandang rendah terhadap bidang kerja ini.Tanggapan seperti ini
harus dihapuskan dari minda setiap orang yang berfikr sedemikian.Sistem pendidikan
sesebuah negara hendaklah menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluankeperluan

negara.

Kurikulum

yang

digunakan

seharus

bersepadu

supaya

perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan.Manakala


merotan adalah antara perkara yang sering dikatakan di sekolah.Pada pendapat saya
seseorang guru itu tidak seharusnya merotan para murid.Ia kerana daripada merotan
mentaliti seseorang murid itu terjejas dan akibatnya pelajaran murid-murid itu
terganggu.Selain itu merotan juga akan menyebabkan emosi murid-murid itu terganggu
dan murid akan cuba untuk membalas dendam terhadap guru tersebut.Guru itu
seharusnya menjaga kebajikan murid itu dengan baik .Tambahan pula kasih sayang
yang sempurna dapat membentuk keperibadian individu dengan baik.Dengan memberi
kasih sayang yang sempurna murid-murid tidak akan melakukan sebarang kegiatan
yang membawa keburukkan kepada diri serta sekolahnya.

Seseorang

guru

perlulah

menggunakan

kebijaksanaannya

dan

menggunakan

pendekatan seperti kaunseling terapi tingkah laku,nasihat dan bimbingan.hal ini kerana
pelajar yang dihasilkan oleh sekolah haruslah selari dengan apa yang digariskan
dengan rukun Negara dan Falsafah pendidikan Kebangsaan ,selain mempunyai ciri-ciri
akhlak,displin,agama,budaya dan sebagainya.

Pelaksanaan hukuman ini harus dibendung dan pihak ibubapa hendaklah dimaklumkan
terlebih dahulu supaya tidak timbul sebarang masalah berbangkit selepas sesuatu
tindakan dilakukan.Pihak sekolah juga harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
tindakan yang dibuat.

Sekian Terima Kasih

Letchumy A/P Nadaraja

Rujukan

Buku
Mok Soon Sang (Ogos 1990), Pengantar Pendidikan Teras, Percetakan Sentosa
(K.L) Sdn. Bhd
Ee Ah Meng (), PENDIDIKAN DI MALAYSIA II (SEMESTER V), PENERBIT
FAJAR BAKTI SDN. BHD. SHAH ALAM
Lieberman (1986) Profesional Etics. Londan.
Shahrul Azil Mohd Shukor (2012). Memartabatkan Pendidikan. Berita harian. 10
Mei.
Shahrul Azil Mohd Shukor (2012).Sistem Pendidikan Diperkasa. Berita harian. 1
April.

Internet Link

http://www.slideshare.net/IzzatNajmi/kod-etika-profesion-keguruan
http://www.scribd.com/Guru-Sebagai-Satu-Profesion/d/18796407
http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion
http://udienbudakpjipgm.blogspot.com/2009/10/semester-3-pra-pismp-ilmu-

pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai