Anda di halaman 1dari 2

" Hanya kepada Allah s.w.

t para aktivis dakwah wajib mendapatkan hakikat Tuhannya di jiwa mereka agar
dengan keimanannya dan kekuatan dalaman jiwanya mereka mampu berdiri di hadapan kekuatankekuatan jahiliah yang zalim di sekitarnya: di hadapan kekuatan industri, kekuatan harta benda, kekuatan
ilmu pengetahuan, kekuatan sistem dan pengalaman..."
hakikat tuhan adalah bermaksud memperakui kewujudan Allah dengan penuh yakin tanpa rasa raguragu. maka, sebagai seorang aktivis dakwah, mencapai dan menggapai hakikat tuhan di jiwa merupakan
perkara asas yang perlu ada di dalam diri mereka. ini kerana, dalam menempuh zaman yang penuh
dengan pelbagai cabaran ini, elemen keimanan dan kekuatan dalaman memainkan peranan yang
penting.
sebagai contoh, mana mungkin jiwa seorang manusia itu tidak tergugat dengan kemewahan, kewangan
dan kekayaan kerana itu adalah bentuk ujian yang mampu untuk menggoyahkan prinsip dan keimanan
seseorang. tanpa dua elemen yang di nyatakan sebentar tadi, nescaya manusia akan terpedaya dengan
ujian tersebut. apabila benteng pertahanan sudah mulai goyah, ini akan membantutkan kerja-kerja
dakwah dalam mengajak kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan.
dalam realiti semasa, untuk mendepani halangan dan kekuatan jahiliah, keimanan dan keteguhan jiwa
pada tuhan yang abadi perlu seiringan, ia tidak mungkin kuat dan teguh jika hanya bersandarkan kepada
satu elemen sahaja. namun begitu, kita juga perlu untuk sama-sama meneliti dan merungkai kaedah
yang terbaik dalam mendepani kekuatan-kekuatan jahiliah seperti :
1- kekuatan dihadapan industri, seorang hamba perlu untuk memikirkan berkenaan kepenting di antara
industri yang menjadi tempat untuk mencari rezeki dan juga pengabdian kepada Ilahi. dalam konteks hari
ini, ramai pekerja daripada kalangan Muslim yang menjadi hamba kepada majikan yang Non-Muslim.
terdapat kisah di dalam akhbar yang menyatakan bagaimana ada pekerja yang di halang oleh majikannya
daripada melakukan solat dan menutup aurat. jadi, dalam menghadapi perkara sebegini, mereka perlulah
mempunyai nilai ketegasan bagi mempertahankan prinsip keimanan kepada agama yang dianuti. jika
dengan mempertahankan prinsip keimanan boleh menyebabkan mereka diberhentikan kerja, maka itu
adalah jihad dan hanya dapat di balas oleh Allah SWT.
2- kekuatan ilmu pengetahuan, dunia hari ini menyaksikan kepada kita bahawa golongan kafir kini tidak
lagi menyerang umat Islam dengan perang dan pedang. namun mereka melancarkan serangan melalui
pemikiran yang songsang seperti liberalisme, orientalisme dan pelbagai lagi bentuk ancaman yang sama.
ramai orientalis kini telah mengkaji dan memalsukan ajaran Islam yang sebenar. justeru itu, almarhum Dr.
Ismael Raji al-Faruqi telah menyeru bahawa kaum Muslim perlu menghadapi dugaan ini dengan
meningkatkan tahap keimanan dan ilmu pengetahuan bagi menangkis serangan-serangan pemikiran
yang mampu memesongkan penganut Islam.
3- kekuatan sistem. selalunya kekuatan sistem berkait rapat dengan dasar pemerintahan di sesebuah
negara. amatlah menyedihkan bagi seorang yang menganut agama Islam sekiranya mereka berada di
bawah pemerintahan kerajaan kafir. di Perancis misalnya, kaum Muslimat tidak di benarkan berhijab
kerana perbuatan tersebut di anggap sebagai tidak bermoral dan beretika, mereka saban hari di kecam
dan di tindas keranan perbuatan mereka dalam memenuhi tuntutan agama. maka, dalam meneruskan

kelangsungan kehidupan beragama, mereka perlu mempersiapkan persediaan dari sudut mental dan
fizikal yang di sulami dengan rasa keimanan. keadaan inilah salah satu cara yang mampu membuatkan
mereka untuk terus istiqomah berada dalam jalan dakwah ini.
Konklusinya, dalam mengharungi pelbagai bentuk ujian yang diberikan ini, kekuatan jiwa dan keimanan
wajib di hubungkaitkan agar nilai keislaman seseorang hamba itu semakin utuh dan mampu untuk
meneruskan dakwah yang telah diwariskan oleh nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya.

Anda mungkin juga menyukai