Anda di halaman 1dari 33

JPK/704/4 (4)

SYARAT PENTAULIAHAN DAN PANDUAN PELAKSANAAN


SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
MELALUI SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA,
MALAYSIA.
2011

SUSUNAN
muka surat
1.0

PENDAHULUAN

2.0

TUJUAN

3.0

MULA BERKUAT KUASA

4.0

TAFSIRAN

5.0

KRITERIA PENTAULIAHAN SLDN

5.1

Kriteria Penyedia Latihan SLDN

5.2

Kemudahan Fizikal Pusat Latihan SLDN

5.3

Kemudahan Fizikal Syarikat SLDN

6.0

PENDEKATAN PELAKSANAAN LATIHAN SLDN

7.0

KUMPULAN SASAR

8.0

PENTAULIAHAN PROGRAM

8.1

Tempoh Latihan

11

8.2

Pelaksanaan program secara single-tier

11

8.3

Program Yang Ditawarkan

11

9.0

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN SLDN

11

9.1

Personel di Syarikat SLDN

12

9.2

Personel di Pusat Latihan SLDN

13

10.0

PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN

14

11.0

PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTAULIAH

15

12.0

PENAMBAHAN PROGRAM BERTAULIAH

16

13.0

PINDAAN PROGRAM BERTAULIAH

16

14.0

TEMPOH PENTAULIAHAN

17

15.0

PINDAAN MAKLUMAT PENTAULIAHAN PENYEDIA


LATIHAN SLDN

17

16.0

PINDAAN PERSONEL LANTIKAN PENYEDIA


LATIHAN SLDN

18

17.0

PENAMATAN PROGRAM BERTAULIAH

19

18.0

PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN PENTAULIAHAN

19

19.0

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

19

20.0

BAYARAN PERSIJILAN

20

21.0

SISTEM JAMINAN KUALITI

20

21.1

20

Personel Jaminan Kualiti

22.0

PENGANUGERAHAN SIJIL

21

23.0

PEMILIHAN DAN PENDAFTARAN PERANTIS

21

24.0

KONTRAK PERANTISAN

21

25.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SYARIKAT SLDN

21

25.1

Tanggungjawab Utama

22

25.2

Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan


Program Bertauliah

22

25.3

Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan


Program Bertauliah

23

25.4

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan


Program Bertauliah

23

25.5

Tanggungjawab Penyelaras Syarikat SLDN

24

25.6

Tanggungjawab Coach

25

25.7

Larangan Kepada Syarikat SLDN

25

26.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PUSAT LATIHAN SLDN

26

26.1

Tanggungjawab Utama

26

26.2

Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan


Program Bertauliah

26

26.3

Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan


Program Bertauliah

27

27.0

26.4

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan


Program Bertauliah

28

26.5

Tanggungjawab Penyelaras Pusat Latihan SLDN

28

26.6

Tanggungjawab Pengajar

29

26.7

Larangan Kepada Pusat Latihan SLDN

29

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


PENYEDIA LATIHAN SLDN

30

27.1

Melaporkan Diri

30

27.2

Urusan Kedatangan dan Cuti

30

27.3

Mematuhi Peraturan

30

27.4

Pertukaran Tempat Latihan

30

27.5

Perlindungan Insuran

31

27.6

Laporan Buku Log

31

27.7

Lain-lain Peraturan Yang Ditetapkan

31

LAMPIRAN
Lampiran 1: Carta Alir Proses Pelaksanaan SLDN

32

1.0 PENDAHULUAN
SLDN diperkenalkan dengan tujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara yang
berpengetahuan (k-Pekerja) melalui kaedah latihan komprehensif dan terkini yang
memenuhi kehendak industri semasa. Pendekatan SLDN dapat mengurangkan
masalah pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa
industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perantis tentang
situasi kerja yang sebenar yang diperlukan di industri.
2.0 TUJUAN
Syarat-syarat pentauliahan ini bertujuan untuk menetapkan keperluan berkaitan
kriteria permohonan pentauliahan, pembaharuan, penambahan dan pelaksanaan
program latihan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui
pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Bagi jaminan kualiti dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, Syarat
Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini perlu dibaca bersama Panduan
Penilaian Sistem Latihan Dual Nasional.
3.0 MULA BERKUAT KUASA
Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini mula berkuatkuasa pada 01
JULAI 2011. Dengan berkuatkuasanya syarat-syarat ini, Panduan dan Peraturan
Perlaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional yang terdahulu adalah DIBATALKAN.
4.0 TAFSIRAN
Dalam Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini, tafsiran yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
Akta 652 ertinya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006;
Buku Log ertinya dokumen yang merekodkan pengalaman perantis dalam
melaksanakan tugasan-tugasan berkaitan di tempat kerja yang disahkan oleh
coach dan/atau pengajar yang berkelayakan di tempat kerja berkenaan.
Coach ertinya individu di Syarikat yang memenuhi kelayakan yang
ditetapkan dan berdaftar dengan JPK;
JPK ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran;
Kelayakan ertinya apa-apa pengalaman kerja dalam bidang kemahiran
tertentu atau apa-apa sijil, diploma, ijazah yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah;
Ketua Pengarah ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik sebagai
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Seksyen 17 Akta 652;
4

Kurikulum SLDN ertinya satu dokumen latihan untuk dilaksana di industri


dan Pusat Latihan SLDN yang meliputi latihan praktikal dan teori seiring
dengan perubahan teknologi bagi mengeluarkan k-Pekerja;
Learn and Work Assignment (LWA) ertinya bahan pembelajaran yang
menggabungkan tugasan di tempat kerja dan pembelajaran secara kendiri;
Pegawai Pengesah Luaran ertinya personel yang dilantik oleh Ketua
Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja / pusat
bertauliah;
Pendaftar Pertubuhan ertinya pendaftar pertubuhan yang dilantik di
bawah seksyen 3 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335];
Pengajar SLDN ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi Latihan
Kemahiran SLDN dan bagi membimbing, menyelia dan menilai kebolehan
seseorang perantis untuk mengasimilasikan aspek teori dan amali latihan itu;
Penyedia Latihan SLDN ertinya Pusat Latihan SLDN dan Syarikat SLDN;
Pentauliahan ertinya suatu tatacara yang Ketua Pengarah menilai dan
meluluskan sesuatu program latihan kemahiran;
Penyedia Latihan Kemahiran ertinya suatu pertubuhan perbadanan,
organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang mengendalikan program
latihan kemahiran yang maksud utamanya adalah bagi memenuhi kehendak
Standard berkaitan;
Penyelaras ertinya personel utama yang dirujuk dalam pelaksanaan SLDN
di Pusat Latihan SLDN dan Syarikat;
Perantis ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran yang
disediakan oleh Penyedia Latihan SLDN;
Personel SLDN ertinya seseorang yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan latihan kemahiran SLDN di Syarikat atau Pusat Latihan
SLDN;
Program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang
ditetapkan dalam Daftar Standard;
Program Bertauliah ertinya program latihan yang telah diluluskan oleh
Ketua Pengarah;
Pusat Latihan SLDN ertinya mana-mana penyedia latihan kemahiran
(PLK) yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan suatu
program bertauliah melalui kaedah SLDN;

Rekod Penilaian SLDN ertinya suatu kaedah mendokumentasi untuk


merekodkan, mengumpul dan menyimpan pencapaian perantis yang mana
bukti-bukti keterampilan yang telah disempurnakan dan disahkan oleh Coach
atau Pengajar bagi tujuan mendapatkan Sijil melalui pelaksanaan program
SLDN;
Sijil ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang
oleh Ketua Pengarah di bawah Seksyen 34 Akta 652;
Single-tier ertinya mana-mana program yang dijalankan secara gabungan
tahap di mana perantis akan didaftarkan pada setiap tahap dan akan
dianugerahkan Sijil pada tahap tertingggi sahaja;
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ertinya suatu kaedah latihan di
dalam dua situasi pembelajaran, iaitu di Syarikat yang merangkumi 70%
hingga 80% daripada keseluruhan latihan dan di Pusat Latihan SLDN yang
merangkumi 20% hingga 30% daripada keseluruhan latihan;
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ertinya polisi, mekanisme
Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh
Ketua Pengarah;
Standard ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang
diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta 652;
Syarikat SLDN ertinya mana-mana organisasi yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan atau
mana-mana pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan sesuatu perniagaan
dan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan program
SLDN;
Tahap ertinya tingkatan kemahiran dalam satu bidang pekerjaan dalam
Standard, sama ada tahap 1, 2, 3, Diploma atau Diploma Lanjutan.

5.0

KRITERIA PENTAULIAHAN SLDN

Mana-mana penyedia latihan kemahiran hendaklah memohon kepada JPK untuk


diluluskan program latihan kemahirannya sebagai suatu program bertauliah dan
hendaklah memenuhi kriteria berikut:
a.

Mempunyai kurikulum latihan yang berupaya untuk menyediakan latihan


dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak Standard yang
berkaitan;

b.

Mempunyai premis, kemudahan latihan atau teknologi bagi menyediakan


latihan kemahiran dan menjalankan penilaian bagi memenuhi kehendak
Standard yang berkaitan;

c.

Mempunyai personel pentauliahan yang berkelayakan dan berkemahiran


serta berupaya menyediakan latihan dan penilaian kemahiran bagi
memenuhi kehendak Standard;

d.

Boleh memenuhi polisi dan tatacara dan jaminan kualiti yang telah
ditetapkan oleh JPK; dan

e.

Menggunakan nama Penyedia Latihan SLDN yang -

5.1

i.

mencerminkan sebuah syarikat atau institusi latihan kemahiran;

ii.

tidak sama atau mirip dengan nama Penyedia Latihan SLDN yang
lain;

iii.

tidak berkait atau mirip dengan nama seseorang atau individu; dan

iv.

tidak berkait dengan nama JPK, bahagian di bawah JPK atau apaapa yang berkaitan dengan JPK.

Kriteria Penyedia Latihan SLDN


Penyedia Latihan SLDN terdiri daripada dua entiti :
5.1.1 Syarikat
Syarikat yang berdaftar dengan JPK hendaklah memenuhi syaratsyarat berikut:
a.

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau


Pendaftar Pertubuhan atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi
Sabah dan Sarawak; melainkan agensi Kerajaan;

b.

Mempunyai premis latihan yang telah mendapat kelulusan


Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan operasi;

c.

Mengemukakan bukti pemilikan atau bukti sewaan premis


kepada pegawai JPK semasa lawatan verifikasi;

d.

Mempunyai kemudahan dan peralatan yang memenuhi


keperluan Standard;

e.

Menyediakan dokumen penilaian amali yang memenuhi


keperluan Standard; dan

f.

Mempunyai pekerja sepenuh masa untuk dilantik sebagai


Coach dan Penyelaras Syarikat SLDN.

5.1.2 Pusat Latihan SLDN


Pusat Latihan SLDN yang berdaftar dengan JPK hendaklah
memenuhi syarat-syarat berikut:

5.2

a.

Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau


Pendaftar Pertubuhan atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi
Sabah dan Sarawak; melainkan agensi Kerajaan.

b.

Mempunyai premis latihan yang telah mendapat kelulusan


Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan operasi;

c.

Mengemukakan bukti pemilikan atau bukti sewaan premis


kepada pegawai JPK semasa lawatan verifikasi;

d.

Mempunyai kemudahan dan peralatan yang sesuai untuk


latihan teori yang memenuhi keperluan Standard;

e.

Menyediakan bahan pembelajaran dan dokumen penilaian


teori yang lengkap dan memenuhi keperluan Standard; dan

f.

Mempunyai pekerja sepenuh masa untuk dilantik sebagai


Pengajar dan Penyelaras Pusat Latihan SLDN.

Kemudahan Fizikal Pusat Latihan SLDN


Pusat Latihan SLDN hendaklah menyediakan kemudahan fizikal yang
bersesuaian bagi melaksanakan pembelajaran teori untuk Program
Bertauliah. Antara kemudahan yang perlu disediakan adalah seperti
berikut:
a.

Berkeupayaan melaksanakan latihan dan penilaian serta


mempunyai kemudahan latihan yang bersesuaian dengan
keperluan Standard dalam aspek teori;

b.

Mempunyai bilik kuliah atau makmal bagi pembelajaran teori atau


simulasi; dan
8

c.

5.3

Mempunyai peralatan, kelengkapan dan bahan latihan bagi


pembelajaran teori atau simulasi.

Kemudahan Fizikal Syarikat SLDN


Syarikat SLDN hendaklah bersetuju membenarkan penggunaan
kemudahan fizikal yang dimiliki bagi maksud melaksanakan Program
Bertauliah di premis yang ditauliahkan.

6.0

PENDEKATAN PELAKSANAAN LATIHAN SLDN

SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua
tempat pembelajaran iaitu di Syarikat SLDN/industri (praktikal) yang meliputi 70%
hingga 80% dan di Pusat Latihan SLDN (teori) yang meliputi 20% hingga 30%.
Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh Syarikat SLDN bersama-sama
dengan Pusat Latihan SLDN diantara dua pendekatan berikut:
a.

Day release
Perantis hendaklah menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5
hari (32 jam 40 jam) di Syarikat SLDN dan latihan teori selama 1
hingga 2 hari (8 jam 16 jam) di Pusat Latihan SLDN pada setiap
minggu; atau

b.

Block release
Perantis hendaklah menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5
bulan (420 jam 480 jam) di Syarikat SLDN dan latihan teori selama 1
hingga 2 bulan (120 jam 180 jam) di Pusat Latihan SLDN secara
berterusan.

7.0

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar adalah terdiri daripada lepasan sekolah, belia dan pekerja industri.
8.0

PENTAULIAHAN PROGRAM

Penyedia Latihan SLDN hendaklah menawarkan dan melaksanakan latihan


mengikut tahap Program Bertauliah berdasarkan Sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia.

8.1

Tempoh Latihan
Jangka masa latihan bergantung kepada tahap kemahiran yang
ditawarkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Konsep dan
tempoh latihan pelaksanaan Program Bertauliah adalah seperti berikut:
a. Program Bertauliah hendaklah dilaksanakan secara sepenuh masa
dan menepati tempoh latihan yang ditetapkan;
b. Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan waktu
pembelajaran yang berjadual bagi setiap perantis tidak melebihi 8
jam sehari dan tidak melebihi 6 hari seminggu seperti di dalam
Jadual 1 di bawah; dan
c. Memastikan konsep pelaksanaan Program Bertauliah dijalankan
menggunakan kaedah day release atau block release.

PANDUAN TEMPOH LATIHAN (JAM)


Pusat
Latihan
SLDN
(20%-30%)

Syarikat
(70%-80%)

T1

120 180

420 - 480

600

T2

120 180

420 - 480

600

240 - 360

840 - 960

1200

12

TAHAP

JUMLAH
(JAM)

TEMPOH
(BULAN)

480 - 720

1680 - 1920

2400

24

360 - 540

1260 - 1440

1800

18

DKM

240 - 360

840 - 960

1200

12

DLKM

360 - 540

1260 - 1440

1800

18

T3

Jadual 1: Panduan Tempoh Latihan


10

CATATAN

Pelaksanaan
single tier untuk
bidang yang
Standard
bermula tahap 1
Pelaksanaan
single tier untuk
bidang yang
Standard
bermula tahap 2
Bagi perantis
yang
mempunyai T3
Bagi perantis
yang
mempunyai
DKM

8.2

Pelaksanaan Program Secara Single-tier


Penyedia Latihan SLDN digalakkan melaksanakan latihan secara
single-tier yang merupakan suatu kaedah penggabungan beberapa
tahap iaitu:
a. Tahap 1 hingga 3; atau
b. Tahap 1 hingga 2; atau
c. Tahap 2 hingga 3.

8.3

Program Yang Ditawarkan


Semua permohonan pentauliahan program adalah berdasarkan kepada
Standard yang telah diluluskan oleh Majlis Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan.
Walau bagaimanapun
pelaksanaan SLDN:

9.0

program

berikut

tidak

ditawarkan

untuk

a.

Program Penyeliaan;

b.

Program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3);

c.

Program Eksekutif Latihan Vokasional (I-031-4);

d.

Program Pengurus Latihan Vokasional (I-031-5); dan

e.

Program yang melibatkan agensi penguatkuasaan atau


perlesenan. Pemohon mestilah memenuhi kesemua syarat yang
ditetapkan oleh JPK dan agensi-agensi terbabit.

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN SLDN


a.

Mana-mana penyedia latihan kemahiran yang memohon pentauliahan


hendaklah mempunyai dan melantik personel yang terdiri daripada
Coach, Penyelaras Syarikat SLDN, Pengajar SLDN dan Penyelaras
Pusat Latihan SLDN;

b.

Setelah permohonan pentauliahan diluluskan, Personel SLDN di Syarikat


SLDN iaitu Coach dan Pengajar di Pusat Latihan SLDN hendaklah
berdaftar dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) melalui sistem
atas talian (online) bagi mendapatkan Perakuan Pengiktirafan Kelayakan
Sebagai Personel Pentauliahan di Syarikat SLDN;

c.

Coach dan Pengajar SLDN tidak boleh dilantik dikalangan personel yang
sama bagi menjamin kualiti pelaksanaan program SLDN; dan
11

d.

Personel Penyedia Latihan SLDN yang terlibat di dalam pelaksanaan


SLDN serta bidang tugas adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah:

PERSONEL PENYEDIA LATIHAN


SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
PUSAT
LATIHAN

SYARIKAT

COACH

PENYELARAS

PENGAJAR

Melatih
perantis
dalam
bidang
teknikal;
kompetensi
pembelajaran dan
metodologi;
dan
Kompetensi sosial
dan kemanusiaan
di industri.

Menyelaras dan
mengurus perantis
dan pengajar

Melatih perantis dalam


bidang teknikal seperti
penggunaan mesin dan
peralatan tangan dalam
bentuk teori.

Memastikan semua
latihan
di
pusat
bertauliah
berjalan
mengikut
perancangan
yang
telah ditetapkan oleh
syarikat.

Melatih perantis dalam


bidang bukan teknikal
seperti subjek matematik
agama,
keselamatan
dan lain-lain.

PENYELARAS
Menyelaras dan
mengurus perantis
dan coach dalam
industri.
Memastikan semua
latihan di industri
berjalan mengikut
keperluan NOSS /
Kurikulum SLDN

Rajah 1: Personel Yang Terlibat Dalam SLDN


9.1

Personel di Syarikat SLDN


Personel SLDN di Syarikat SLDN hendaklah memenuhi kriteria-kriteria
berikut:
9.1.1

Coach
a.

Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun;

b.

Hadir dengan jayanya Program Latihan Coach Industri yang


diiktiraf oleh JPK;

c.

Berkhidmat di satu Syarikat SLDN sahaja;

d.

Dilantik dikalangan pekerja sepenuh masa atau majikan


Syarikat SLDN;

e.

Berkhidmat dengan Syarikat SLDN semasa sekurangkurangnya 2 tahun dalam bidang berkenaan;
12

9.1.2

9.2

f.

Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan mahir


dalam Program Bertauliah yang dipertanggungjawabkan;
dan

g.

Ditauliahkan dan diiktiraf oleh JPK.

Penyelaras Syarikat
a.

Berkhidmat di satu Syarikat SLDN sahaja;

b.

Dilantik di kalangan pekerja sepenuh masa atau majikan


Syarikat SLDN;

c.

Mempunyai pengalaman menyelia; dan

d.

Menghadiri Kursus Induksi SLDN yang diiktiraf oleh JPK.

Personel di Pusat Latihan SLDN


Personel SLDN di Pusat Latihan SLDN hendaklah memenuhi kriteriakriteria berikut:
9.2.1 Pengajar SLDN
a.

Hadir dengan jayanya Kursus Induksi SLDN;

b.

Hadir dengan jayanya Program Latihan Tenaga Pengajar


SLDN yang diiktiraf oleh JPK;

c.

Berkhidmat di satu Pusat Latihan SLDN sahaja secara


sepenuh masa;

d.

Dilantik oleh Pusat Latihan SLDN bagi satu program pada


satu-satu masa sahaja;

e.

Memiliki:
i.

SKM satu tahap yang lebih tinggi daripada program


yang ditauliahkan;
atau

ii.
f.

Pengalaman mengajar minima 3 tahun dalam


bidang kemahiran berkaitan; dan

Bagi program DKM dan DLKM, pengajar hendaklah memiliki


salah satu kriteria berikut:

13

i.

Diploma dengan dua (2) tahun pengalaman kerja


dalam bidang yang berkaitan bagi mengendalikan
program di peringkat DKM;

ii.

Ijazah dengan dua (2) tahun pengalaman kerja


dalam bidang yang berkaitan bagi mengendalikan
program di peringkat DKM dan DLKM; atau

iii.

Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang


diluluskan oleh Ketua Pengarah dengan sekurangkurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja yang
berkaitan.

9.2.2 Penyelaras Pusat Latihan SLDN

10.0

a.

Berkhidmat di satu Pusat Latihan SLDN sahaja;

b.

Dilantik di kalangan pekerja sepenuh masa atau majikan;

c.

Mempunyai pengalaman menyelia; dan

d.

Menghadiri Kursus Induksi SLDN yang diiktiraf oleh JPK.

PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN


a.

Mana-mana syarikat atau institusi latihan yang ingin melaksanakan


Program Bertauliah hendaklah mengemukakan permohonan lengkap
kepada JPK seperti berikut:
i.

Borang Pendaftaran Syarikat SLDN atau Pendaftaran Pusat


Latihan SLDN yang dilengkapkan secara online; dan

ii.

Apa-apa dokumen
ditetapkan.

dan

maklumat

sebagaimana

yang

b.

Mana-mana syarikat yang ingin memohon pentauliahan sebagai


Syarikat SLDN dan Pusat Latihan SLDN di syarikat yang sama
hendaklah melengkapkan borang pendaftaran Syarikat SLDN dan
Pusat Latihan SLDN secara online;

c.

Mana-mana syarikat yang mempunyai premis cawangan di luar


daripada negeri yang ditauliahkan, hendaklah mengemukakan
permohonan baru sebagai Penyedia Latihan SLDN;

d.

Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah


dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen
sokongan kepada JPK;

14

11.0

e.

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pentauliahan dan


sebelum menentukannya, JPK boleh meminta Penyedia Latihan SLDN
untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh
yang ditetapkan. Kegagalan Penyedia Latihan SLDN mengemukakan
dokumen dan maklumat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh
menyebabkan permohonan itu dianggap ditarik balik dan tidak
diteruskan;

e.

JPK berhak, pada bila-bila masa yang munasabah, mengadakan


lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan
permohonan pentauliahan tersebut; dan

f.

Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya


akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi
Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTAULIAH


a.

Bagi tujuan pembaharuan Program Bertauliah, Penyedia Latihan


SLDN hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan
pentauliahan kepada Ketua Pengarah sekurang-kurangnya tiga (3)
bulan, tetapi tidak lebih daripada enam (6) bulan sebelum tamat
tempoh pentauliahan berkenaan dengan mengemukakan perkaraperkara berikut:
i.

Cetakan borang permohonan pembaharuan


bertauliah yang telah lengkap diisi secara online;

program

ii.

Senarai semua personel pentauliahan yang terkini untuk


program yang dipohon; dan

iii.

Salinan surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai


Personel Pentauliahan di Penyedia Latihan Kemahiran SLDN
yang disahkan bagi semua personel pentauliahan program
yang dipohon.

b.

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, selepas menerima


permohonan pembaharuan program bertauliah, melalui notis bertulis
menghendaki Penyedia Latihan SLDN untuk memberikan dokumen
atau maklumat yang diperlukan dalam tempoh seperti yang ditentukan
oleh Ketua Pengarah;

c.

Borang yang telah dihantar secara online hendaklah dicetak, disahkan


oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada
JPK;

d.

Mana-mana Penyedia Latihan SLDN yang ditolak pembaharuannya


atau tidak memohon tetapi masih lagi terdapat perantis yang masih
mengikuti latihan setelah tamat tempoh pentauliahan, adalah masih
15

lagi tertakluk di bawah Syarat Pentauliahan dan Panduan


Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem
Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Akta 652. Penyedia Latihan
SLDN hendaklah bertanggungjawab menyelesaikan latihan dan
penilaian perantis sehingga tamat;

12.0

e.

JPK berhak, pada bila-bila masa yang munasabah, mengadakan


lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan
permohonan pentauliahan tersebut; dan

f.

Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya


akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi
Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

PENAMBAHAN PROGRAM BERTAULIAH


a.

13.0

Penyedia Latihan SLDN yang ingin mendapatkan Program Bertauliah


tambahan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua
Pengarah bersama-sama dengan perkara berikut:
i.

Cetakan borang permohonan penambahan program bertauliah


yang telah lengkap diisi secara online; dan

ii.

Apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;

b.

Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah


dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen
sokongan kepada JPK;

c.

JPK berhak, pada bila-bila masa yang munasabah, mengadakan


lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan
permohonan pentauliahan tersebut; dan

d.

Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya


akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi
Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

PINDAAN PROGRAM BERTAULIAH

Mana-mana Standard yang dijumudkan atau dikaji semula dan melibatkan


pertukaran kod memerlukan tindakan seperti berikut oleh Penyedia Latihan
Kemahiran SLDN:
a.

Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan


pindaan program bertauliah atau penambahan program bertauliah
dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh Standard baru dikuat
kuasakan;

16

b.

Mana-mana program yang akan tamat tempoh pentauliahan dalam


tempoh melebihi enam (6) bulan, Penyedia Latihan SLDN hendaklah
mengemukakan permohonan pindaan program bertauliah;

c.

Mana-mana program yang akan tamat tempoh pentauliahan dalam


tempoh kurang dari enam (6) bulan, Penyedia Latihan SLDN
hendaklah mengemukakan permohonan pentauliahan program
tambahan;

d.

Penyedia Latihan SLDN boleh menjalankan program latihan


menggunakan Standard yang telah dijumudkan sehingga kumpulan
perantis sedia ada menamatkan latihan;

e.

Kumpulan perantis baru hendaklah menggunakan Standard baru


selewat-lewatnya enam (6) bulan dari tarikh Standard baru dikuat
kuasakan;

f.

Personel pentauliahan hendaklah sentiasa peka terhadap apa-apa


perubahan semasa Standard;

g.

Bagi tujuan pindaan program, Penyedia Latihan SLDN hendaklah


mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah dengan
mengemukakan perkara berikut:

e.

14.0

i.

Cetakan borang permohonan penambahan program bertauliah


yang telah lengkap diisi secara online;

ii.

Apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan;


dan

iii.

Apa-apa dokumen dan maklumat tambahan yang ditentukan


oleh Ketua Pengarah seperti di Senarai Semak Permohonan
Pindaan Program; dan

Penyedia Latihan SLDN yang telah ditauliahkan program latihannya


akan dianugerahkan sijil pentauliahan dan hendaklah mematuhi
Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan ini.

TEMPOH PENTAULIAHAN
Tempoh sah pentauliahan Penyedia Latihan SLDN adalah selama tiga (3)
tahun atau tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah JPK.

15.0

PINDAAN MAKLUMAT PENTAULIAHAN PENYEDIA LATIHAN SLDN


a.

Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan


pindaan kepada JPK secara online jika ingin meminda apa-apa butiran
yang terdapat di dalam sijil pentauliahan;
17

b.

Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah


dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen
sokongan kepada JPK;

c.

Penyedia Latihan SLDN hendaklah mengemukakan permohonan


kepada JPK, jika terdapat pindaan butiran pentauliahan berikut:

d.

16.0

i.

Nama Penyedia Latihan SLDN; dan

ii.

Alamat dan Premis Penyedia Latihan SLDN.

Bagi tujuan pertukaran alamat dan premis, Penyedia Latihan SLDN


dikehendaki:
i.

memastikan segala urusan latihan dan persijilan perantis yang


telah mendaftar di premis sedia ada selesai;

ii.

melengkapkan segala peralatan latihan di premis baru; dan

iii.

pengambilan kumpulan perantis baru hanya boleh dibuat


setelah premis mendapat pentauliahan daripada Ketua
Pengarah.

e.

JPK, pada bila-bila masa yang munasabah berhak mengadakan


lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan
permohonan pentauliahan tersebut; dan

f.

Ketua Pengarah boleh menolak mana-mana permohonan yang dibuat


jika didapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang
dinyatakan.

PINDAAN PERSONEL LANTIKAN PENYEDIA LATIHAN SLDN


a.

Penyedia Latihan SLDN hendaklah meminda maklumat personel


lantikan yang terdapat di dalam profile Penyedia Latihan SLDN apabila
berlaku
sebarang
pertukaran
atau
pertambahan
dengan
mengemukakan permohonan pindaan kepada JPK secara online;

b.

Borang permohonan yang telah dihantar secara online hendaklah


dicetak, disahkan oleh majikan dan dihantar bersama-sama dokumen
sokongan kepada JPK.

c.

JPK, pada bila-bila masa yang munasabah berhak mengadakan


lawatan verifikasi ke premis untuk memastikan kesahihan
permohonan pindaan tersebut; dan

18

d.

17.0

Ketua Pengarah boleh menolak mana-mana permohonan yang dibuat


jika didapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang
dinyatakan.

PENAMATAN PROGRAM BERTAULIAH

Bagi mana-mana Penyedia Latihan SLDN yang ingin memohon untuk menamatkan
program bertauliah hendaklah -

18.0

a.

memastikan bahawa kesemua perantis telah tamat latihan dan


dipersijilkan sebelum tarikh penamatan tersebut: dan

b.

memaklumkan penamatan program bertauliah secara bertulis kepada


Ketua Pengarah dan hendaklah menyerahkan kembali sijil
pentauliahan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh penamatan itu bagi
tujuan pembatalan program bertauliah pada sijil berkenaan.

PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN PENTAULIAHAN

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, menggantung atau membatalkan


pentauliahan yang diberikan kepada mana-mana Penyedia Latihan SLDN
berdasarkan seksyen 29 Akta 652. Penyedia Latihan SLDN hendaklah
menyerahkan kembali sijil pentauliahan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh
penggantungan atau pembatalan berkuatkuasa.
19.0

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


a.

Penilaian dalam SLDN adalah satu proses menilai tahap pencapaian


keterampilan seseorang perantis yang mengikuti program SLDN.
Pelaksanaan Sistem Penilaian adalah wajib bagi semua bidang latihan
pekerjaan dalam SLDN.

b.

Keterampilan perantis merangkumi:

c.

i.

Kompetensi Teknikal;

ii.

Kompetensi Pembelajaran dan Metodologi; dan

iii.

Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan.

Peperiksaan akhir atau lawatan verifikasi PPL hanya akan dijalankan


pada tahap tertinggi program SLDN yang didaftarkan. Walau
bagaimanapun, proses penilaian akhir atau verifikasi PPL akan
merangkumi semua tahap yang didaftarkan. Maklumat lanjut
berkenaan sistem penilaian perlu dirujuk kepada Panduan Penilaian
SLDN.
19

20.0

BAYARAN PERSIJILAN

JPK mengenakan bayaran persijilan sebanyak RM100 bagi seorang perantis dan
hendaklah dibayar semasa mengemukakan pendaftaran perantis. Carta Alir Proses
Pelaksanaan SLDN adalah seperti di Lampiran 1.
21.0 SISTEM JAMINAN KUALITI
Bagi memastikan kewibawaan dan keberkesanan pelaksanaan SLDN, sistem
jaminan kualiti meliputi aspek-aspek berikut:
a.

Kesesuaian Penyedia Latihan SLDN untuk melaksanakan latihan dan


penilaian. Penyedia Latihan SLDN yang menyertai program SLDN
akan diberikan sijil pentauliahan bagi menjalankan program untuk
sesuatu tempoh;

b.

Kekompetenan personel di Penyedia Latihan SLDN untuk


menjalankan latihan dan penilaian. Setiap personel yang
mengendalikan program SLDN akan diberikan latihan berkenaan
program SLDN;

c.

Kesesuaian kandungan latihan dengan kurikulum yang ditetapkan;

d.

Ketepatan penilaian yang dijalankan bagi mengukur pencapaian calon


mengikut peraturan yang ditetapkan; dan

e.

Perekodan dan pengumpulan bukti keterampilan bagi tujuan verifikasi


persijilan.

21.1

Personel Jaminan Kualiti


a.

Pengajar Pusat Latihan SLDN


Pusat Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa Pengajar
SLDN yang dilantik memenuhi kriteria yang ditetapkan.

b.

Coach
Syarikat hendaklah memastikan coach yang ditugaskan untuk
menjalankan Program Bertauliah memenuhi kriteria yang
ditetapkan.

20

22.0

PENGANUGERAHAN SIJIL

Setiap perantis yang tamat latihan melalui program SLDN akan dianugerahkan Sijil
pada tahap kemahiran jika memenuhi semua syarat berikut:
a.

Menamatkan latihan dengan jayanya;

b.

Disahkan oleh Penyedia Latihan SLDN yang bertanggungjawab; dan

c.

Diperakukan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh JPK.

Penyedia Latihan SLDN dibenarkan untuk mengeluarkan sijil latihan seperti Sijil
Tamat Latihan atau Sijil Kehadiran atau melaksanakan program berkembar kepada
perantis tanpa apa-apa bayaran.
23.0

PEMILIHAN DAN PENDAFTARAN PERANTIS

Syarikat perlu membuat pengambilan perantis berdasarkan syarat-syarat minimum


berikut:
a.

Warganegara Malaysia;

b.

Berumur 16 tahun ke atas; dan

c.

Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris.

Syarikat SLDN boleh menetapkan kriteria-kriteria tambahan yang diperlukan dengan


persetujuan JPK. Pendaftaran perantis hendaklah dilakukan secara online.
Sebarang pelaksanaan program lain oleh Penyedia Latihan SLDN atau oleh manamana agensi yang melibatkan pembayaran yuran atau caj latihan adalah tidak
dibenarkan, selagi perantis tidak menamatkan latihan SLDN.
24.0

KONTRAK PERANTISAN

Kontrak perantisan bertujuan mengikat perantis, Syarikat SLDN dan Pusat Latihan
SLDN secara sah mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh semua pihak.
25.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SYARIKAT SLDN

Syarikat SLDN berperanan menyediakan latihan praktikal bagi setiap perantis dalam
melaksanakan program SLDN. Ianya bertujuan memberi pendedahan suasana dan
keperluan kerja kepada perantis di industri.
Syarikat SLDN juga hendaklah menyediakan jadual latihan berdasarkan pendekatan
latihan SLDN sama ada day release atau block release.
21

25.1

Tanggungjawab Utama
Sepanjang tempoh latihan, Syarikat SLDN hendaklah menyediakan:

25.2

a.

Buku Log;

b.

Pelan Pembelajaran;

c.

Kelengkapan dan peralatan latihan yang secukupnya mengikut


keperluan NOSS/ kurikulum SLDN;

d.

Coach mengikut nisbah 1:5 bagi perantis; dan

e.

Insuran berkelompok kepada perantis.

Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan Program Bertauliah


Syarikat SLDN hendaklah :
a.

Bekerjasama dengan Pusat Latihan SLDN dalam menyediakan


jadual latihan kepada perantis sepanjang tempoh perantis
menjalani latihan SLDN;

b.

Mempamerkan sijil pentauliahan di suatu tempat yang mudah


dilihat;

c.

Pengambilan perantis adalah berdasarkan kepadai.

nisbah coach kepada perantis 1:5 bagi setiap program;


dan

ii.

bilangan kemudahan latihan, peralatan, kelengkapan


dan bahan latihan yang terdapat di Syarikat SLDN.

d.

Menandatangani kontrak perantisan;

e.

Memohon khidmat nasihat daripada DSE (jika perlu);

f.

Memastikan Personel SLDN yang dilantik memenuhi kriteria


ditetapkan; dan

g.

Mendaftar perantis secara atas talian dan menjelaskan bayaran


persijilan perantis sebanyak RM100 seorang dalam tempoh tiga
puluh (30) hari dari tarikh latihan bermula.

22

25.3

Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan Program Bertauliah


Syarikat SLDN hendaklah:

25.4

a.

Melaksanakan latihan SLDN di premis yang ditauliahkan;

b.

Melaksanakan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir


seperti yang ditetapkan oleh JPK;

c.

Bertanggungjawab memantau kehadiran perantis di Syarikat


SLDN serta menyediakan laporan kehadiran bagi setiap bulan;

d.

Menjaga kebajikan dan disiplin perantis;

e.

Menyimpan rekod penilaian yang dijalankan;

f.

Memastikan setiap perantis mengikuti program bertauliah dan


menjalani penilaian mengikut peraturan yang sedang
berkuatkuasa;

g.

Bekerjasama dengan Pusat Latihan SLDN untuk:


i.

Menyediakan
dokumen-dokumen
penilaian
melaksanakan penilaian kepada perantis;

dan

ii.

Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian; dan

iii.

Mengemukakan permohonan lawatan verifikasi PPL


secara online kepada JPK.

h.

Memastikan semua urusan penilaian berterusan dan


peperiksaan akhir diselesaikan sebelum perantis tamat latihan;
dan

i.

Bersedia menerima arahan JPK berkenaan pelaksanaan SLDN


dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan Program Bertauliah


Syarikat SLDN hendaklah:
a.

Bekerjasama dengan Pusat Latihan SLDN untuk:


i.

Menyediakan laporan penilaian keseluruhan SLDN dan


mengemukakannya kepada JPK bagi tujuan persijilan;
dan

23

ii.

25.5

Menghantar permohonan pengeluaran Sijil secara online


untuk seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah
selepas disahkan oleh PPL.

b.

Mengemaskini dan menyimpan rekod kehadiran dan penilaian


perantis sekurang-kurangnya dalam tempoh lima (5) tahun dari
tarikh tamat latihan; dan

c.

Menyerahkan mana-mana Sijil yang telah dikeluarkan oleh JPK


kepada perantis tanpa syarat. Mana-mana Sijil yang tidak dapat
diserahkan, hendaklah dikembalikan kepada JPK selepas tiga
(3) bulan dari tarikh terima Sijil beserta dengan
laporan/pengesahan penerimaan.

Tanggungjawab Penyelaras Syarikat SLDN


Syarikat SLDN hendaklah memastikan bahawa Penyelaras Syarikat
melaksanakan tanggungjawabnya. Tanggungjawab Penyelaras Syarikat
yang dilantik oleh Syarikat SLDN adalah seperti berikut:
a.

Menyediakan perancangan pembelajaran;

b.

Melaksanakan
merangkumi:

sesi

orientasi

kepada

perantis

yang

i.

Pengenalan berkaitan SLDN dan syarikat;

ii.

Penerangan berkenaan tanggungjawab perantis dan


coach; dan

iii.

Penerangan berkenaan kandungan kontrak perantisan.

c.

Mengesahkan rekod bukti pencapaian dan laporan penilaian


keseluruhan;

d.

Menjalinkan kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan


dengan SLDN;

e.

Membuat permohonan peperiksaan akhir; dan

f.

Tanggungjawab-tanggungjawab lain yang ditetapkan oleh JPK


dari semasa ke semasa.

24

25.6

Tanggungjawab Coach
Syarikat SLDN hendaklah memastikan bahawa Coach melaksanakan
tanggungjawabnya. Coach bertanggungjawab sebagai mentor kepada
perantis untuk:

25.7

a.

Membimbing, memantau dan menilai prestasi perantis


sepanjang tempoh latihan menggunakan kaedah self reliant
learning (SRL);

b.

Melaksanakan latihan berdasarkan keperluan NOSS/ kurikulum


SLDN;

c.

Menyemak dan mengesahkan buku log; dan

d.

Melaksanakan penilaian kepada perantis.

Larangan Kepada Syarikat SLDN


Syarikat SLDN adalah dilarang daripada melakukan mana-mana
perkara berikut :
a.

Menjalankan latihan SLDN secara sambilan/separuh masa (part


time);

b.

Mengenakan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan latihan


SLDN ke atas perantis;

c.

Menjalankan program lain selain daripada program SLDN yang


melibatkan perantis SLDN;

d.

Melakukan sebarang tindakan yang boleh diertikan sebagai


mencemar imej Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia;

e.

Menghalang mana-mana perantis daripada berhenti mengikuti


latihan atas kerelaan sendiri;

f.

Menghalang perantis mendapatkan apa-apa dokumen atau bukti


keterampilan bagi tujuan pembangunan Rekod Penilaian SLDN
dan persijilan perantis;

g.

Menjalankan latihan di cawangan yang belum mendapat


kelulusan pentauliahan JPK;

h.

Mempamer atau menyiar sebarang iklan atau publisiti berkaitan


pentauliahan tanpa kelulusan JPK dalam mana-mana media
bercetak/elektronik; atau

25

i.

26.0

Membenarkan mana-mana pihak ketiga mengurus pengambilan


perantis.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PUSAT LATIHAN SLDN

Pusat Latihan SLDN hendaklah menyediakan dan menyampaikan latihan teori bagi
setiap perantis mengikut program yang telah ditauliahkan. Pusat Latihan SLDN juga
perlu menyediakan jadual latihan SLDN dengan kerjasama Syarikat SLDN
menggunakan kaedah day release atau block release.
26.1

Tanggungjawab Utama
Pusat Latihan SLDN perlu mengambil tanggungjawab seperti berikut:

26.2

a.

Menyediakan Pengajar SLDN yang berkelayakan


mencukupi untuk mengajar bidang yang ditawarkan;

dan

b.

Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif;

c.

Berkeupayaan melaksanakan latihan dan penilaian;

d.

Mempunyai kemudahan latihan seperti bilik kuliah atau makmal


yang bersesuaian dengan keperluan Standard dalam aspek
teori; dan

e.

Mempunyai peralatan, kelengkapan dan bahan latihan bagi


pembelajaran teori atau simulasi.

Tanggungjawab Sebelum Pelaksanaan Program Bertauliah


Pusat Latihan SLDN hendaklah:
a.

Bekerjasama dengan Syarikat SLDN dalam menyediakan


jadual latihan kepada perantis sepanjang tempoh perantis
menjalani latihan SLDN; dan

b.

Memastikan Personel SLDN memenuhi kriteria yang ditetapkan;

c.

Mempamerkan perkara-perkara berikut di suatu tempat yang


mudah dilihat oleh orang awam:

d.

i.

Sijil pentauliahan; dan

ii.

Carta organisasi dengan menyenaraikan personel yang


terlibat bagi program yang dipertanggungjawabkan; dan

Membuat pengambilan perantis berdasarkan kepada26

26.3

i.

nisbah pengajar kepada perantis ialah 1:20 bagi setiap


program; dan

ii.

bilangan kemudahan latihan, peralatan, kelengkapan


dan bahan latihan yang terdapat di Pusat Latihan SLDN.

Tanggungjawab Semasa Pelaksanaan Program Bertauliah


Pusat Latihan SLDN hendaklah:
a.

Menjalankan latihan di premis yang telah ditauliahkan sahaja;

b.

Melaksanakan latihan SLDN seperti yang telah dijadualkan;

c.

Memantau kehadiran perantis di Pusat Latihan SLDN dan


Syarikat SLDN serta menyediakan laporan kehadiran bulanan;

d.

Menjaga kebajikan dan disiplin perantis;

e.

Menyediakan dokumen penilaian perantis dengan kerjasama


Syarikat SLDN;

f.

Memastikan setiap perantis menjalani latihan dan penilaian


mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa;

g.

Menyediakan jadual penilaian dan menguruskan pelaksanaan


penilaian kepada perantis;

h.

Memastikan semua urusan penilaian berterusan dan


peperiksaan akhir diselesaikan sebelum perantis tamat latihan;

i.

Bekerjasama dengan Syarikat SLDN untuk:


i.

Menyediakan
dokumen-dokumen
penilaian
melaksanakan penilaian kepada perantis;

dan

ii.

Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian; dan

iii.

Mengemukakan permohonan lawatan verifikasi PPL


secara online kepada JPK.

j.

Mematuhi arahan JPK untuk memperbaiki sebarang


kekurangan atau ketidaksesuaian dalam hal-hal berkaitan
kemudahan/ peralatan/ kaedah latihan dan penilaian; dan

k.

Bersedia menerima arahan JPK berkenaan pelaksanaan SLDN


dari semasa ke semasa.

27

26.4

Tanggungjawab Selepas Pelaksanaan Program Bertauliah


Pusat Latihan SLDN hendaklah:
a.

26.5

Bekerjasama dengan Syarikat SLDN untuki.

menyediakan laporan penilaian keseluruhan SLDN dan


menghantar laporan ke JPK bagi tujuan persijilan; dan

ii.

menghantar permohonan pengeluaran Sijil secara online


untuk seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah
selepas disahkan oleh PPL.

b.

Mengemaskini dan menyimpan rekod kehadiran dan penilaian


perantis sekurang-kurangnya dalam tempoh lima (5) tahun dari
tarikh tamat latihan;

c.

Menyerahkan mana-mana Sijil yang telah dikeluarkan oleh JPK


kepada perantis tanpa syarat. Mana-mana Sijil yang tidak dapat
diserahkan, hendaklah dikembalikan kepada JPK selepas tiga
(3) bulan dari tarikh terima Sijil beserta dengan
laporan/pengesahan penerimaan; dan

d.

Menyediakan mekanisma pengesanan perantis (tracer study)


yang telah tamat latihan bagi mendapatkan maklumat
keberkesanan latihan dan kebolehkerjaan.

Tanggungjawab Penyelaras Pusat Latihan SLDN


Pusat Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa Penyelaras
melaksanakan tanggungjawabnya. Tanggungjawab Penyelaras yang
dilantik oleh Pusat Latihan SLDN adalah seperti berikut:
a.

Menjadi personel utama yang dirujuk dalam pelaksanaan SLDN


di pusat latihan;

b.

Bekerjasama dengan Syarikat SLDN dalam menyediakan


perancangan pembelajaran;

c.

Bekerjasama dengan Syarikat SLDN dan JPK dalam


melaksanakan sesi orientasi kepada perantis berkaitan latihan
SLDN;

d.

Mengesahkan rekod bukti pencapaian dan laporan penilaian


keseluruhan;

e.

Menentukan jumlah bilangan perantis yang boleh diterima


masuk berdasarkan kemudahan dan peralatan sedia ada;

28

26.6

f.

Menyediakan jadual latihan dan menyesuaikan jadual latihan


dengan program yang sedia ada; dan

g.

Menentukan latihan yang diajar semasa teori adalah selaras


dengan kehendak program yang ditauliahkan.

Tanggungjawab Pengajar
Pusat Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa Pengajar SLDN
melaksanakan tanggungjawabnya. Pengajar bertanggungjawab ke atas
perantis di Pusat Latihan SLDN untuk:

26.7

a.

Mengajar, melatih
ditauliahkan;

dan

menilai mengikut program yang

b.

Melaksanakan latihan berdasarkan keperluan NOSS/ kurikulum


SLDN;

c.

Membuat penilaian sahsiah merangkumi disiplin, kehadiran dan


bimbingan kaunseling;

d.

Menyemak buku log perantis bagi mengetahui pencapaian


perantis di Syarikat SLDN; dan

e.

Melaksanakan penilaian kepada perantis.

Larangan Kepada Pusat Latihan SLDN


Pusat Latihan SLDN adalah dilarang daripada melakukan manamana perkara berikut :
a.

Mengenakan apa-apa bayaran yang berkaitan dengan latihan


SLDN ke atas perantis;

b.

Melakukan sebarang tindakan yang boleh diertikan sebagai


mencemar imej Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia;

c.

Menghalang perantis mendapatkan apa-apa dokumen atau


bukti keterampilan bagi tujuan pembangunan rekod penilaian
SLDN;

d.

Menjalankan latihan di premis yang belum mendapat kelulusan


pentauliahan JPK; dan

e.

Mempamer atau menyiar sebarang iklan atau publisiti berkaitan


pentauliahan yang kurang tepat atau mengelirukan dalam
mana-mana media bercetak/elektronik.

29

27.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA PENYEDIA LATIHAN


SLDN

Penyedia Latihan SLDN hendaklah secara bersama


Pentaulihan dan Panduan Pelaksanaan ini dipatuhi.
27.1

memastikan

Syarat

Melapor Diri
Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis melaporkan
diri pada hari dan masa yang telah ditetapkan.

27.2

Urusan Kedatangan dan Cuti


b.

Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis


menghadiri latihan mengikut jadual yang ditetapkan. Perantis
yang tidak dapat menghadiri latihan atas sebab-sebab tertentu
dikehendaki memaklumkan kepada Penyedia Latihan SLDN.

c.

Penyedia Latihan SLDN boleh memberi kemudahan cuti


kepada perantis. Walau bagaimanapun, kelulusan cuti tertakluk
kepada peraturan dan budi bicara Penyedia Latihan SLDN
seperti berikut:

d.

27.3

i.

Perantis yang mendapat cuti sakit hendaklah


menghubungi Penyedia Latihan SLDN dengan segera
(dalam tempoh 24 jam) dan mengemukakan sijil sakit
sebaik sahaja menghadiri latihan; dan

ii.

Peratus kehadiran perantis untuk setiap bulan mestilah


sekurang-kurangnya 80% bagi melayakkan perantis
menduduki peperiksaan akhir atau verifikasi PPL dan
membuat tuntutan elaun (jika ada).

Syarikat SLDN berhak untuk tidak membayar elaun (jika ada)


pada hari yang perantis gagal hadir latihan tanpa alasan.

Mematuhi Peraturan
Perantis adalah bertanggungjawab untuk mematuhi semua peraturan
yang ditetapkan oleh Penyedia Latihan SLDN di mana mereka
menjalani latihan.

27.4

Pertukaran Tempat Latihan


Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan bahawa perantis tidak
bertukar Syarikat SLDN di sepanjang tempoh mereka menjalani
latihan melainkan mendapat kebenaran secara bertulis dari Ketua
Pengarah.
30

27.5

Perlindungan Insuran
Sepanjang tempoh latihan, Penyedia Latihan SLDN hendaklah
memastikan perantis dilindungi insuran berkelompok.

27.6

Laporan Buku Log


Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis menyediakan
laporan dalam buku log dengan mencatatkan segala aktiviti latihan
yang dibuat setiap hari sepanjang tempoh latihan. Buku log ini adalah
wajib disediakan sebagai bukti bagi tujuan persijilan selain daripada
bukti-bukti di dalam Rekod Penilaian SLDN.

27.7

Peraturan-Peraturan Lain Yang Ditetapkan


Penyedia Latihan SLDN hendaklah memastikan perantis mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh JPK dari semasa ke
semasa.

31

LAMPIRAN 1

32

Anda mungkin juga menyukai