Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1 -18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke Indonesia. _________ ke


sana selama dua hari
A Dia

C Mereka

B Beliau

D Baginda

Bolehkan saya tolong ________ mengangkat barang-barang? tanya


pengawal keselamatan kepada gadis itu.
A kami

C saudara

B puan

D saudari

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

4.

Pak Ali sedang __________ jalanya yang telah koyak dengan berhati-hati.
A menyulam

C menenun

B menyirat

D menekat

Budak itu menangis dengan kuat _______ ditinggalkan oleh ibunya.


A dan

C kecuali

B tetapi

D apabila

Soalan 5 6 berdasarkan gambar di bawah.

Jason terlelap sambal ________ pada sebatang pokok yang rendang.


A bersila

C bersandar

B berbaring

D bercangkung

6 Dia duduk _________ sehelai surat khabar.

A beralas

C beralaskan

B beralasan

D mengalaskan

_________, aku terlupa membawa buku teks Bahasa Malaysia hari ini!
A Oh

C Aduh

B Cis

D Aduhai

Nenek selalu bercerita __________ kepayahan hidup semasa mudanya


kepada cucu-cucunya.
A demi

C tentang

B dengan

D terhadap

Mandy memandu kereta baharunya dengan _________ sekali untuk


mengelakkan kemalangan.
A kemas

C cemas

B cermat

D pantas

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10

11

12

Beberapa _______ papan dinding rumah telah direput dimakan anai-anai.


A bilah

C keping

B helai

D potong

Abang saya mengemaskan beg pakaiannya ________ dia akan berkursus di


Ipoh.
A lalu

C sambal

B kalau

D kerana

Pemberian seribu ringgit kepada


________ tanda penghargaan.
A oleh

C demi

B seperti

D sebagai

kakitangan

kerajaan

itu

adalah

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13

_________ itu dipacakkan di sawah padi untuk menakutkan burungburung yang hendak makan padi.

A Orang-orang

C Patung- patung

B Budak-budak

D Layang-layang

14
Siew Chin mengirim sekeping _________ hari jadi kepada kawannya di
Sarawak.
A kad pintar

C kad jaminan

B kad ucapan

D kad pengenalan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15

16

17

18

Puan Ng mencelur se________ pucuk paku untuk dibuat ulam.


A ikat

C gugus

B cekak

D jambak

Sekolah saya __________ mengadakan pameran buku pada cuti sekolah


yang lepas.
A akan

C pernah

B belum

D hendak

Bunyi __________ yang kuat dan nyaring itu membuatkan adik saya
terjaga dan terus menangis.
A jejentik

C lelabah

B reriang

D lelabi

Peng Lei berjalan _________ kerana kakinya cedera akibat terpijak paku.
A terlonjak-lonjak

C terhuyung-hayang

B terhincut-hincut

D terumbang ambing

19

20

Peserta acara lontar peluru itu melontar bola besi dengan jarak yang agak
jauh. Pilih perkataan seerti bagi melontar.
A meletak

C membubuh

B membaling

D menendang

Suasana di bandar amat bising dengan deruan kenderaan sepanjang masa.


Pilih perkataan berlawan bagi bising.
A bisu

C sunyi

B diam

D tenang

Soalan 21 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21

I Anak mata Janet berwarna biru.


II Bapa saya seorang bekas mata.
III Mata parang itu semakin tumpul kerana tidak diasah.
IV Pak Halim keluar mencari rezeki sebaik sahaja mata terbit.

22

A I dan III

C II dan III

B I dan IV

D D II dan IV

I Walaupun usia Pak Mat lanjut, namun dia masih kuat bekerja.
II Kakak akan lanjut pelajarannya ke universiti.
III Datuk terpaksa memakai cermin mata kerana penglihatannya sudah
lanjut.
IV Keterangan lanjut boleh diperoleh melalui talian telefon yang diberi.

A I dan III

C II dan IV

B I dan IV

D III dan IV

23

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Apakah yang dimainkan oleh kanak-kanak masyarakat Cina pada Pesta Kuih
Bulan?

24

Kanak-kanak masyarakat Cina bermain tanglung pada Pesta Kuih


Bulan.

Masyarakat Cina meraikan Pesta Tanglung pada setiap tahun.

Masyarakat Cina membuat pelbagai bentuk tanglung yang menarik.

Pesta Kuih Bulan diraikan oleh masyarakat Cina dengan meriahnya.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Bapa Yoke Lan akan membawa keluarganya melancong ke luar negara pada
cuti hujung tahun.
A

Siapakah yang akan pergi melancong ke luar negara?

Bilakah bapa Yoke Lan akan membawa keluarganya melancong ke luar


negara.

Berapa lamakah bapa Yoke Lan membawa keluarganya melancong ke


luar negara.

Adakah bapa Yoke Lan akan membawa keluarganya pergi melancong


ke luar negara pada cuti hujung tahun?

Soalan 25 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


25

Bolehkan saya mencuba baju ini? tanya Amin kepada jurujual itu.
A

Amin meminta jurujual itu supaya mencuba baju itu.

Jurujual itu membenarkan Amin mencuba baju itu.

C
itu.

Amin meminta keizinan daripada jurujual itu untuk mencuba baju

Amin memberitahu jurujual itu bahawa dia ingin mencuba baju itu
sebelum membelinya.

26

Pakaian yang kotor telah direndam oleh kakak di dalam mesin basuh baharu
itu.
A

Kakak telah merendam pakaian baharu ke dalam mesin basuh yang


kotor itu.

Kakak telah direndam pakaian yang kotor ke dalam mesin basuh yang
baharu itu.

Kakak telah merendam pakaian yang kotor itu ke dalam mesin basuh
yang baharu itu.

Mesin basuh yang kotor itu telah direndam oleh kakak ke dalam
pakaian yang baharu.

Soalan 27 28

Pilih ayat yang betul.


27 A Tahniah, kamu berjaya ke peringkat akhir!
B Cis, senak betul perut saya!
C Wahai, indahnya pemandangan di sini!
D Aduhai, seronoknya aku dapat mengikuti lawatan ini.

28

I Ibu membeli setengah kilogram tepung untuk membuat kuih


II Wanita itu menjinjing sebakul sayur di atas kepalanya.
III Kereta yang besar itu bukan milik bapa Azman.
IV Tempo masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan itu terlalu singkat.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

Soalan 29 30

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.


Hasrul tidak sampai hati untuk meninggalkan ibunya di kampung halaman.

29

30

Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi situasi di atas ialah _______.
A

iri hati

C buah hati

berat hati

D makan hati

Orang ramai terpaksa berteduh ________ kedai ketika hujan lebat.


A

kaki lima

C kaki bangku

kaki ayam

D kaki tunggang

Soalan 31 -35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Kuala Lumpur, 8 September Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Lok Yuk
telah dipilih sebagai johan sekolah indah dan bersih peringkat negeri Sabah bagi
kategori sekolah rendah di bandar.
Konsep hidup bekeluarga dan falsafah cantik serta kemas ialah rahsia
kejayaan sekolah ini. Menurut Guru besar SJKC Lok Yuk, Puan Esther Ong, 47,
kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini ialah berkat kerjasama guru-guru, muridmurid, ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.
Beliau memberitahu bahawa sebaik sahaja sekolah itu ditubuhkan pada 24
Disember 1989, para guru, kakitangan sekolah dan pihak PIBG mengambil
keputusan untuk mengindahkan kawasan sekolah. Langkah ini diambil kerana
semua pihak yakin bahawa keindahan, kebersihan serta suasana nyaman akan
membuatkan suasana belajar, mengajar dan bekerja lebih selesa.
Puan Esther Ong memuji sikap guru-guru sekolah yang bekerja tanpa
mengira masa. Mereka bukan sahaja mendidik murid-murid tetapi juga
berganding bahu untuk mencantikkan serta mengindahkan kawasan sekolah.

31

32

33

Apakah kejayaan yang dicapai oleh SJKC Lok Yuk?


A

Johan bola sepak peringkat negeri Sabah.

Johan pertandingan membaca peringkat negeri Sabah.

Johan pertandingan syarahan peringkat negeri Sabah.

Johan sekolah indah dan bersih peringkat negeri Sabah.

Apakah rahsia kejayaan SJKC Lok Yuk?


A

Konsep hidup aman

Konsep hidup bekeluarga

Konsep hidup bermasyarakat

Konsep bersih, cekap dan amanah

Bilakah SJKC Lok Yuk ditubuhkan?


A

8 September 1989

24 September 1989

8 Disember 1989

24 Disember 1989

34

Pihak-pihak berikut telah mengambil keputusan untuk mengindahkan


kawasan sekolah kecuali

PIBG

guru-guru

murid-murid

kakitangan sekolah

35

Rangkai kata berganding bahu dalam petikan bermaksud

bekerjasama

C bertimbang rasa

bertolak ansur

D bertanggungjawab

Soalan 36 40

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Halaman ditanam pokok bunga,
Harum bau nyaman udara;
Tuntutlah ilmu walai di mana,
Supaya senang di hari muka.

Pergi ke kedai membeli gula,


Singgah sebentar di rumah Asila;
Ikutlah nasihat ibu bapa,
Agar menjadi orang yang berguna.

Pokok rambutan lebat buahnya,


Dahannya rendah muda dicapai;
Jika kita rajin berusaha,
Segala impian pasti tercapai.

Budak-budak bermain bola,


Bola ditendang ke tepi kali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat dengan sekali.

36

Apakah jenis pantun di atas?


A

Pantun budi

Pantun nasihat

Pantun jenaka

Pantun kasih saying

37

38

39

40

Mengapakah kita perlu menuntut ilmu?


A

supaya tidak tersesat jalan

supaya senang pada masa depan

supaya kita mempunyai ramai kawan

supaya kita mempunyai banyak harta

Nasihat ibu bapa perlu kita ikuti agar


A

dapat hidup mewah

mudah mendapat pekerjaan

menjadi orang yang berguna

mencapai kejayaan dalam pelajaran

Apakah faedahnya jika kita rajin berusaha?


A

Kita akan dipandang mulia

Kita akan dicontohi orang lain

Kita akan mencapai segala impian

Kita akan mencapai kepuasan hidup

Rangkai kata buat jahat jangan sekali dalam pantun bermaksud


A

perbuatan jahat jangan sekali-kali dibuat

perbuatan jahat boleh dilakukan lebih daripada sekali

kita dibenarkan melakukan perbuatan jahat sekali-kali

kita dibenarkan melakukan perbuatan jahat sekali sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai