Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KENDIRI-PROGRAM SINGGAH RAMADHAN

NUR RASYIDAH BT. BUJANG


910404-13-6020

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah


dan kurniaNya akhirnya kami dapat juga melaksanakan tugasan projek
kami iaitu Program Singgah Ramadhan yang telah diadakan pada 27
Julai 2013 bertempat di Kampung Empila, Kota Samarahan. Projek ini
merupakan projek persatuan kami iaitu Persatuan Pendidikan Islam, di
bawah bimbingan Ustazah Musliha Bt Ismail.
Pada awalnya, kami telah memilih untuk menjalankan program ini di
Kampung Tanjung Tuang. Namun, terdapat sedikit kekangan yang
menghalang kami untuk melaksanakan program ini di kampung tersebut.
Setelah berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain,
akhirnya kami bersetuju untuk memilih Kampung Empila sebagai pusat di
mana kami akan melaksanakan program ini. Kemudiaannya, kami mula
membuat kertas kerja untuk diserahkan dan diluluskan oleh pengarah
serta mendapatkan kenderaan iaitu bas maktab untuk ke sana kelak.
Ketua kampung juga telah dimaklumkan mengenai kehadiran serta tujuan
kami datang ke kampung berkenaan.
Pada 27 Julai yang lepas, seawal jam 2.30 petang, kami berkumpul
beramai-ramai di Pusat Islam IPGKTAR untuk mendengar taklimat terakhir
daripada pensyarah pembimbing. Kemudian, kami mengangkat segala

barang yang telah disediakan ke dalam bas untuk di bawa ke Kampung


Empila. Saya merasa sangat bersyukur dan gembira kerana kerjasama
yang

telah

diberikan

oleh

rakan-rakan

sangat

memuaskan.

Usai

memindahkan segala barang ke dalam bas, kami kemudiannya bertolak


menuju ke Kampung Empila. Akan tetapi, bas yang membawa barangan
tersebut perlu bergerak menuju ke kedai runcit kerana beras belum dibeli.
Manakala,

kami

bertolak

lebih

awal

ke

kampung

berkenaan

memandangkan kami menggunakan kenderaan sendiri. Setibanya di


kampung, kami dapati ramai penduduk kampung telah tiba di Masjid AsSabirin Kampung Empila tersebut. Mereka telah tiba seawal jam 2.30
petang lagi kerana ada di antara mereka tinggal jauh dari kawasan
masjid.
Sambil menunggu kedatangan bas, kami beramah mesra dengan
penduduk kampung untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.
Mereka semuanya sangat peramah dan mudah di ajak berbual. Kemudian,
pada jam 4.00 petang, baas kami tiba di perkarangan masjid. Tanpa
melengahkan masa, kami segera mengeluarkan semua barang dari dalam
bas ke dalam masjid. Sebelum memulakan majlis, kami solat asar
berjemaah terlebih dahulu. Usai solat berjemaah, kami memulakan majlis
penyerahan barang sumbangan kepada pihak kampung di mana majlis ini
telah bermula kira-kira jam 5.00 petang. Kelihatan penduduk sangat
gembira menerima barangan sumbangan tersebut. Saya merasa terharu
melihat kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka menerima
sumbangan tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,
begitulah pepatah yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu.
Kira-kira dalam jam 5.30 petang, majlis kami selesai. Penduduk kampung
bersurai dengan membawa segala barangan mereka. Namun, terdapat
juga dalam kalangan mereka yang datang ke masjid berjalan kaki. Maka,
dengan rasa tanggungjawab, saya dan rakan dengan sukarela membantu
mereka untuk menghantar mereka ke rumah. Kelihatan rumah mereka
sangat dhaif jika hendak dibandingkan dengan rumah saya. Rasa kasihan
mula menyelubungi hati saya apabila melihat kesusahan hidup mereka
yang hanya hidup bergantung kepada pendapatan dari kebun-kebun sayur

dan buah-buahan mereka. Kegembiraan anak-anak kecil menyambut


kedatangan ibu bapa mereka dengan membawa barang berbentuk
makanan juga turut menggamit rasa kasihan dari lubuk hati saya.
Program ini telah memberi saya beberapa kesedaran melalui
kekuatan pelaksanaannya. Antaranya ialah, melalui program ini, kami
berpeluang untuk mengenali orang-orang kampung yang berdekatan.
Kami

mampu

beramah-mesra

dengan

mereka

untuk

mengenali

latarbelakang keluarga mereka dengan lebih baik. Selain itu, kami juga
berpeluang untuk membantu mereka yang hidup dalam kesusahan. Hal ini
menyedarkan saya erti kesyukuran. Tidak dinafikan, ramai antara kita
hidupnya senang dan mewah, namun tidak ramai yang kenal erti syukur
yang sebenarnya. Program ini menyedarkan saya untuk bersyukur dengan
keadaan hidup saya kini. Meskipun tidak hidup dalam keadaan mewah,
namun saya masih mampu makan makanan yang lazat dan enak
walaupun tidaklah dikatakan kerap. Selain itu, program ini juga melatih
saya untuk menjadi lebih prihatin terhadap orang sekeliling. Sejujurnya,
walaupun sudah bertahun menetap di Samarahan, namun saya masih
belum mengenali penduduk-penduduk kampung berdekatan apatah lagi
keadaan hidup mereka kerana masa yang ada habis diluangkan di maktab
sahaja. Namun, dengan adanya program begini, ianya membantu kami
untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling.
Di samping kekuatan, saya juga mendapati beberapa kelemahan
program ini iaitu pada hari tersebut, bas kami tiba lewat daripada masa
yang telah dijangkakan. Hal ini menyebabkan penduduk kampung
menunggu terlalu lama kerana ada di antara mereka telah tiba awal
kerana kawasan rumah mereka terletak jauh dari masjid. Bas kami tiba
lewat dari waktu yang telah ditetapkan kerana masih mengambil beras
dari kedai runcit. Mungkin untuk program akan datang, kami perlulah
membeli segala barang yang diperlukan lebih awal. Walaupun begitu,
sehebat manapun kita merancang, hanya Allah yang menentukan. Selain
itu, kelemahan lain yang turut kami dapati ialah berlakunya perselisihan
antara pihak penganjur dengan penduduk kampung, Penduduk kampung

telah dimaklumkan untuk berkumpul di masjid sebelum jam 2.30 petang,


manakala pihak penganjur pula tiba pada jam 4.00 petang. Namun, kami
telah meminta maaf atas kelewatan kami dan juga atas kesilapan
makluman mengenai majlis tersebut. Pada program akan datang, kami
hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diterima oleh pihak
kampung adalah maklumat yang tepat supaya mereka tidak menunggu
terlalu lama.
Saya merasa sangat gembira kerana akhirnya projrk ini berjaya
dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan dan
sumbangan daripada rakan-rakan, kemungkinan besar projrk ini tidak
dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu, jutaan terima kasih saya
kalungkan kepada pensyarah, rakan-rakan, warga Kampung Empila serta
pihak lain yang terlibat dalam membantu kami sepanjang melaksanakan
projek atau program ini. Selain itu, saya juga merasa sangat berpuas hati
dan gembira dengan kerjasama yang telah diberikan rakan-rakan saya.
Walaupun masing-masing mempunyai komitmen terhadap tugasan yang
lain, namun mereka masih mampu memberikan kerjasama yang sangat
memberangsangkan ketika pelaksanaan program ini. Setiap usaha dan
ikhtiar yang telah dilakukan sangat memberangsangkan. Kami bersyukur
ke hadrat Illahi kerana Dialah yang telah membantu kami dalam
melaksanakan tugasan dan mengizinkan kami menyempurnakannya
dengan baik. Sekali lagi, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua yang telah membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
Barakallahufikum Jamian. Akhir kalam, hanya Allah sahaja yang mampu
membalas jasa-jasa kalian. Allahualam.

Anda mungkin juga menyukai