Anda di halaman 1dari 7

Gunung berapi.

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada
kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam
gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk
memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang
merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif.
Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang
paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin
Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan
sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.
Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan
Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan
Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut.
Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila
gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk
dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan
sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai.

Kitaran hayat gunung berapi


Gunung berapi aktif.
Gunung berapi pendam.
Gunung berapi mati.

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya.


Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi
pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun
gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum
bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan
sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah
mati.

Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia


meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi
amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang
menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk
mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting
bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus.
Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu
dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu,
lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter
antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada
32mm.
Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.
Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan
kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung
berapi adalah seperti berikut : Gunung berapi lava asid
Gunung berapi lava bes
Gunung berapi komposit
Gunung berapi abu dan sinder
Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.

Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan
membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka
bumi jalar dalam. Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila
pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya
pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah

Sil

Daik
Batolitos
Lakolitos
Lapolitos
Paklitos

Sil
Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil
mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami
penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai.
Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di
Northumberland, England.

Daik
Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah
membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan
lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau
permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam
sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan
Cheng Chau di Hong Kong.

Batolitos
Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh
dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran
gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor
Dome di England dan Gunung Ledang di Semenanjung Malaysia.

Lakolitos
Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan
membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara
Amerika Syarikat.

Lapolitos
Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak
bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah
lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di
Transvaal Afrika Selatan.

Paklitos
Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan
batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut.
Contohnya, Bukit Corndon di England.

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus.


Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab
faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran
dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan
pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung
berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila
sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan
amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar.
Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah
gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal
dan secara kimia.

Peralatan geofizikal.

o Graft gempa (Seismograf)


o Meter Sendeng "Tiltmeter"
o Pengukur graviti "Gravitimeter"
o Pengukur magnetik "Megnometer".
o Pengawasan infra-merah.
Secara kimia.

Kemusnahan oleh gunung berapi


Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja
pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu
kilometer darinya. Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah
gunung berapi adalah melalui cara berikut :-

Aliran lava
Letusan gunung berapi.
Aliran lumpur
Abu
Kebakaran
Gas beracun
Gelombang tsunami
Gempa bumi
Faedah dari gunung berapi

Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga


mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan
gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan
faedah kepada penduduk dengan cara berikut :Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan
pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan
pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk
tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.
Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan
tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan
air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya
menghasilkan kuala eletrik.
Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas
juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak
terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat,
Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun.
Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat
besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya
Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar
ini menjadi daya tarikan pelancong.
Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah
baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai
contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang
terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma,
dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.
Gunung berapi terkemuka

Antara gunung berapi yang terkemuka akibat kemusnahannya dilakukan oleh


mereka adalah seperti berikut.

Gunung Vesuvius
Gunung Krakatoa
Gunung Pelee
Gunung Soufriere

Langkah berjaga-jaga.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi, mereka perlu
mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi letusan gunung berapi.
Semua bangunan baru mestilah dibina pada lokasi tanah tinggi dan bukannya
dicelah lereng yang akan menjadi laluan lava atau banjir lumpur. Bangunan
tersebut juga mestilah tahan gempa bumi. Sistem amaran awal perlu di pasang
dan dikendalikan secara berterusan. Penduduk sekitar perlu mematuhi sistem
amaran awal dan mesti sanggup berpindah keluar bandar sekiranya diminta
berbuat demikian. Penduduk mestilah mempunyai perancangan awal dan
menyimpan peralatan kecermasan seperti peta, lampu picit, dan bekalan
perubatan. Mereka juga perlu tahu tempat yang perlu di tuju sekiranya diminta
berpindah keluar dari bandar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai