Anda di halaman 1dari 4

CORONG TURAS DAN BOLA PING PONG

Bahan-bahan:
Satu corong turas (kaca atau plastik)
Sebiji bola ping-pong.

Prosedur:
Letakkan corong turas dan bola ping berdekatan di antara satu sama lain di atas meja.
Soalan:bagaimanakah saya boleh kutip bola ping pong itu tanpa menyedut melalui
corong turas.Saya juga tidak dibenarkan menyentuh bola ping pong itu.
Pegang corong turas pada bahagian batangnya dan letakkan bola ping pong di bawah
turas.Tiup melalui batang corong turas.Angkat corong turas semasa tiup.
Letak sebelah tangan di bawah corong turas dan berhenti meniup (bola terjatuh).
Letakkan semula bola ping pong ke dalam corong turas. Minta beberapa orang murid
cuba meniup bola ping pong itu keluar daripada corong turas. Kita dapati mereka
tidak dapat mengeluarkan bola ping pong daripada corong turas itu.

TELUR DAN BOTOL SUSU

Bahan:
Sebiji telur yang direbus.
Sebuah botol susu gelas

Prosedur:
Kupas telur yang direbus keras itu dan letakkan pada mulut botol susu.
Soalan: Apakah yang akan terjadi jika sekeping kertas yang sedang menyala
diletakkan di dalam botol itu dengan telur terletak di mulutnya?
Nyalakan sekeping kertas yang kecil . Dengan pantas angkat telur itu dan letakkan
kertas yang membakar itu ke dalam botol. Letakkan semula telur di atas mulut botol
Tanya: Bagaimana anda boleh keluarkan telur tanpa memecahkan botol atau telur?
Untuk mengeluarkan telur itu dari dalam botol, terbalikkan botol itu.
Biarkan telur masuk ke dalam leher botol. Tiup dengan hembusan yang

pendek-pendek ke dalam botol yang diterbalikkan itu dan tangkap telur


yang jatuh.

ADAKAH AIR ITU PANAS ATAU SEJUK?

Alatan:

Tiga buah bikar (400ml) atau cawan besar.

Prosedur:
Isikan bikar A penuh dengan air panas (kira-kira 50C) dan satu lagi bikar C
penuh dengan air yang sangat sejuk ( kira-kira 5 C) (Masukkan sedikit kiub ais
sekirannya air itu tidak cukup sejuk)
Isikan bikar B dengan air suhu bilik (25 C).
Masukkan tangan sebelah kiri anda dalam air panas dan biarkan selama 1 miinit.
Kemudian masukkan tangan ke bikar B. Adakah air itu berasa panas?

Masukkan tangan kanan anda ke dalam air sejuk dan biarkan selama 1 minit.

Kemudian masukkan ke bikar B. Adakah air itu panas atau sejuk?

Anda mungkin juga menyukai