Anda di halaman 1dari 8

Nama

: Abdul Rasyid
NIM
: 1107114138
Mata Kuliah : Agama (C)

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan


pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai
dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada
seluruh makhlukNya.
6. Al-Mumin: ( ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan
makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu
memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu
mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan
seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi
segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga
yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari: ( ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan
gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah
mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. AlBaari ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah
yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosadosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya
serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak
kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai
rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung
penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-Aliim: ( ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu
benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu
mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat,
iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /
Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri
dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya
diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang
bertaqwa.

24. Al-Muiz:

Maha

Menghormati

Memuliakan

Maha

Pemberi

Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan
memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan
musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii: ( ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang
menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak
seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-Adl: ( ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu
mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak
tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-Adzhiim: ( ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan
kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hambahambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang
banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-Aliy: ( ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai
tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa
pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga
segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hambahambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa
makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu
memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa
diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamatamati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang
berdoa padaNya.
45. Al-Waasi: ( ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala
yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi
kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala
kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal
dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan
keutamaan.
49. Al-Baithu: ( ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan,
juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing
nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni
memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka
itu.
53. Al-Qawiy: ( ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan
yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna KekuatanNya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan
makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang
tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh
pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun
tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi: ( ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang
melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Muiid: ( ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap
sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang
hidup.
62. Al-Hay: ( ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya,
AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya
langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja
yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat
kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya
dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu
selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan
sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih
waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari
yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang
maujud.
74. Al-Aakhir: ( ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala
sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan
menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak
seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah,
iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Mutaaalii: ( ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.
79. Al-Bar: ( ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak
membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80.At-Tawwaab: ( ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orangorang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang
bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-Afuw: ( ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang
yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih
sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan /
Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit,
bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan
iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan /
Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan
kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan
pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilanNya.
87. Al-Jaami: ( ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai
hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari
pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat
mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan,
iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja
yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani: ( ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela
hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha
Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

92. An-Naafi: ( ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya
itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya
sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu
memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga
kehidupannya.
95. Al-Badii: ( ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak
ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal
setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu
yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh
hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh
kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan
tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

Anda mungkin juga menyukai