Anda di halaman 1dari 9

SejarahDanPerkembangan

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Permainan ini dipelopori oleh
William G.Morgan pada tahun 1895 di Holyoke. Massachusetts apabila beliau mendapati corak
permainan bola keranjang terlalu lasak bagi peringkat umur pertengahan. Oleh itu, perlulah
diwujudkan satu permainan yang tidak lasak tetapi mirip bola keranjang.
William G.Morgan menamai permainan bentuk baru ini sebagai 'Mintonette'. Oleh sebab bola yang
dimainkan itu boleh melambung, nama permainan ini ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar.
Pertukaran nama permainan ini menyebabkannya semakin popular.
Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan di Kanada. Kemudian permainan ini
telah diperkenalkan di seluruh dunia misalnua negera Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun
1909, Filipina pada tahun 1910, Uruguay pula memperkenalkan permainan ini pada tahun 1912, diikuti
oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada tahun 1917.
Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris. Kejohanan bola
tampar sedunia diadakan pertama kali pada tahun 1949. Pada tahun 1964, bola tampar diterima
sebagai satu acara yang dipertandigkan dalam Sukan Olimpik.
Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkenalkan permainan bola tampar di
Malaysia, Pada tahun 1927, Liga Bola Tampar mula diperkenalkan di Kuala Lumpur. Guru-guru Cina
yang berpendidikan dari negara China juga memperkenalkan permainan ini di sekolah-sekolah Cina.
Langkah yang sedemikian menyebabkan permainan ini lebih popular di kalangan masyarakat Cina.
Memandangkan permainan ini semakin popular, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA)
telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.

Kawasan Gelanggang Permainan

Kawasan permainan bola tampar berukuran 18m panjang dan 9m lebar.


gelanggang ini dibahagi kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Jaring dipasang
betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan peringkat senior, ketinggian
jaring ialah 2.43m(lelaki) dan 2.24m(wanita). Untuk peringkat sekolah, ketinggian
jaring diubah suai, contohnya, pertandingan untuk pemain 15 tahun ke bawah,
ketinggian jaring hanya 2m.

Skor
Pada peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula
pertandingan biasanya dijalankan dalam 3 set. Pasukan yang paling banyak memenangi set
diisytiharkan sebagai pemenang.
Setiap kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang diperolehi. Pasukan yang
mendapat 25 mata dahulu akan memenangi set. Jika skor mata kedua-dua pasukan terikat dengan
24-24 permainan akan diteruskan (duce) sehingga satu pasukan mendapat dua mata terturut-turut.
Pertukaran tempat akan dilakukan selepas tamat sahaja satu set.

Kedudukan Pemain

Melakukan Servis

Peraturan Tiga Sentuhan

Teknik Menghalang

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghalang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun
begitu, kamu mesti mempelajarinhya. Kemahiran ini amat mustahak jika kamu ingin menjadi pemain
bola tampar yang baik. Halangan dilakukan ketika menahan bola yang direjam. Gerakannya dilakukan
oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan
cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan mereka.

Kemahiran Berpasukan
Kerjasama dalam pasukan amat diperlukan dalam permainan bola tampar. Ini jelas dilihat ketika
pasukan bermain atau membuat reli. Semangat kerjasama bergantung kepada setiap pemain dalam
pasukan. Kerjasama ini diperoleh melalui latihan-latihan kemahiran yang berterusan.
Setiap pemain mesti mahir menyangga, mengumpan, ,merejam, menghalang dan melakukan
servis. Kemahiran-kemahiran ini amat mustahak kerana pemain akan bertukar posisi setiap kali
memperoleh pukulan servis.

Teknik Pukulan Rejam Dalam Bola Tampar

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk
mematikan servis di dalam gelanggang lawan. Cara ini juga dianggap satu cara menyerang pihak
lawan. Kemahiran merejam memerlukan kamu melonjak melebihi paras jaring. Semasa di udara pula,
kamu hendaklah membengkokkan badan dan memukul bola.

Teknik Pukulan Mengumpan Dalam Bola Tampar

Dalam permainan, biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua.
Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Kamu hanya
melakukan pukulan umpanan apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat
diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi kamu
menyerap dan mengekalkan kelakuan bola.

Teknik Pukulan Menyangga Dalam Bola Tampar

Kamu perlu mempelajari pukulan menyangga dengan betul kerana


pukulan ini banyak digunakan dalam permainan. Pukulan ini digunakan
apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang
gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis
atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya kamu dapat
memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk
menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Kamu juga mesti
membengkokkan lutut untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga
dengan baik.
Teknik Pukulan Servis Dalam Bola Tampar

Servis Bawah Bahu


Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga
mengelakkan kamu dari membuat faul servis. Semasa membuat pukulan servis bawah bahu, bola
hendaklah dilepaskan sebelum tangan kanan memukulnya.

Servis Atas Bahu


Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan
bola dan juga mendapatkan servis semula. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam
permainan tenis.

Anda mungkin juga menyukai