Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN
Bengkel guru dan perundangan adalah satu topik yang menarik dijadikan bahan LADAP
kerana isu guru dari pelbagai sudut termasuk perundangan, tindakan tatatertib dan
sebagainya jarang diambil secara serius oleh seorang insan yang bergelar pendidik.
Malah ramai di kalangan guru yang tidak tahu bagaimana cara untuk merujuk atau
mencari bahan yang berkaitan perundangan . Pelbagai masalah yang berlaku
dikalangan pendidik semasa ini di antaranya murid cedera sewaktu sesi pdp , murid
dan guru terlibat dalam kemalangan sewaktu aktiviti di luar sekolah. Oleh itu, bengkel
guru dan perundangan selama 2 jam di sekolah mampu memberi pengetahuan yang
mendalam terhadap guru.
2.0 TUJUAN
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang tahu mengenai hak mereka
dan tahu cara untuk menguruskan sesuatu isu andainya meraka terlibat dengan
sesuatu kes yang serius .Malah tujuan kursus ini juga adalah untuk memenuhi sukatan
BIG semester 5 selama 2 jam. Selain itu,program seumpama ini boleh di masukkan
sebagai LADAP dalaman sekolah.
3.0 LATAR BELAKANG
Program

Bina

Insan

Guru

(BIG)

melibatkan

semua

pelajar

Program

Pensiswazahan Guru kohort 2 fasa 4 semester 5 selama 2 jam wajib dilaksanakan oleh
guru PPG. Perlaksanaan bengkel BIG ini mampu membantu guru memberi
pengetahuan dan informasi semasa terhadap guru mengenai pelbagai masalah yang
dihadapi oleh guru dalam kes yang melibatkan perundangan.
Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan pada masa kini berisiko untuk diambil tindakan oleh ibu bapa atau penjaga.
Oleh itu, program ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu baharu dan pengetahuan
mengenai bagaimana seseorang guru itu boleh diambil tindakan.

Malah program seumpama ini mampu melahirkan seorang guru yang


bertanggungjawab dalam setiap langkah atau prosedur-prosedur tertentu sewaktu

mengendalikan sesuatu aktiviti. Baik di dalam sekolah mahupun di luar waktu


persekolahan.
4.0 OBJEKTIF:

Pengisian kurikulum BIG semester 5 ialah Bengkel Guru Dan Perundangan


yang bertujuan memberi pendedahan kepada guru mengenai perundangan
dalam bentuk pelbagai masalah seperti kemalangan yanmg melibatkan murid,
kes saman dari ibu bapa atau penjaga kepada guru serta pelbagai lagi isu

semasa yang membabaitkan guru .


Menyediakan guru yang lebih bersikap berhati hati dan megikut prosedur atau
langkah langkah yang sewajarnya sewaktu menjalankan sesuatu aktiviti di dalam

sekolah mahupun luar sekolah.


Memdedahkan dengan pelbagi kes dan isu terkini melibatkan guru.

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM


Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 8 Mac 2015 bermula jam
9.00 pagi.hingga 11.00 pagi .(2 jam)
6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN
Dewan Seri Melati IPG Ipoh, Hulu Kinta, 31150 Ipoh
7.0 KUMPULAN SASARAN
Semua perserta big seramai 14 orang
8.0

KELEBIHAN PROGRAM
Melalui program bengkel Bina Insan Guru Fasa V ini, banyak kelebihan dan
manfaat yang diperolehi. Antaranya ialah :

Dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di kalangan peserta.


Dapat meningkatkan keyakinan diri para peserta.
Memupuk semangat berpasukan dan berkerjasama di kalangan pelajar.
Dapat menerapkan unsur-unsur positif berkaitan bidang perguruan di kalangan

pelajar.
Melahirkan insan guru yang bersedia dari segi fizikal dan mental.

Ativiti yang dijalankan sangat bersesuaian dengan objektif program.


Memberikan maklumat yang mendalam mengenai perundangan

dalam

perguruan terhadap semua pelajar bakal guru.

9.0

KELEMAHAN PROGRAM
Namun begitu, program Bina Insan Guru ini juga mempunyai kekurangannya
yang tersendiri iaitu:
Ceramah yang dilakukan mengikut kumpulan kuliah menyebabkan pelajar
kurang berinteraksi antara satu sama lain.
Aktiviti yang dijalankan di dewan memberikan suasana yang biasa dan
membosankan pelajar.
Masa yang suntuk menyebabkan banyak perkara tidak dapat dikongsi oleh
penceramah dengan pelajar.

Antara perkara yang disampaikan oleh penceramah mengenai Guru dan


Perundangan ialah seperti berikut :

Aspek perundangan dalam pengurusan murid (rujukan guru untuk lakukan

apa-apa tugas):
- Surat Pekeliling Ikhtisas
- Surat Pekeliling Perkhidmatan
- Surat Perintah Am
Surat Pekeliling: Minggu pertama/ minggu ketiga, atau minggu kedua/
minggu keempat (satu hari sahaja dalam cuti minggu boleh berkhidmat).

Jika guru dipaksa bertugas melebihi 6 hari seminggu berturut-turut, guru


boleh membuat surat tidak dapat hadir untuk berkhidmat. Dan Guru Besar

boleh dikenakan tindakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.


Guru tiada hak untuk memukul murid.
Kesalahan guru yang melibatkan denda melebihi RM2000 dengan niat

akan dikenakan tindakan pecat.


Guru boleh didenda jika ibu bapa rasa terhina dengan tindakan guru

menghukum murid walaupun dengan hukuman yang ringan.


Guru hanya boleh memberi amaran bertulis sahaja kepada murid
maksima sebanyak 5 kali dan seterusnya menyerahkan murid kepada

Guru Disiplin untuk diambil tindakan.


Guru tidak boleh mengugut murid dan memotong markah merit murid

sesuka hati.
Murid mempunyai hak kebebasan berpakaian iaitu murid boleh memakai

serban jika tiada peraturan sekolah yang melarang.


Undang-Undang Tort dan Cuai (Negligence) /(saman sivil):
- Diwujudkan sebagai cara untuk ubati atau membayar ganti rugi
-

kepada individu yang mendapat kerugian.


Undang-undang ini terbahagi kepada dua iaitu diniatkan dan
kecuaian.

Prinsip Tort: setiap manusia adalah bertanggungjawab terhadap

apa-apa tindakan.
Liabiliti Tort: kecederaan kepada individu, kemusnahan harta benda
dan kehilangan maruah atau harga diri.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam ceramah tersebut memberikan


manfaat kepada para pelajar. Ceramah tersebut tamat pada jam 11.00 pagi.

Anda mungkin juga menyukai