Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
ZON PANTAI REMIS BERUAS
NAMA SEKOLAH : SK GELONG GAJAH BERUAS PERAK
TAJUK PIDATO : PENGHAYATAN SEJARAH MENGUKUHKAN JATI DIRI

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih peneraju acara, kombinasi kehakiman yang teguh saksama,penjaga masa yang
cakna dengan randiknya, kelompok pendidik bestari yang bermisi, serta seluruh sidang dewan
pencetus wawasan.
Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi..generasi
yang baik sifatnya ialah generasi yang memiliki sifat yang unik dan istimewa dari segi amalan
bahasa,budaya dan agamanya, serta luhur hati budi yang menjadi pegangan kehidupan
seharian. Tidak akan ada hari ini jika tidak ada hari semalam. Tidak ada hari esok jika tidak
bermula dengan hari ini. Maka generasi hari ini adalah contoh daripada generasi semalam, dan
generasi esok adalah beracuankan generasi hari ini.
Justeru berdirinya saya di pentas perdana ini, dengan penuh iltizam ingin saya menyebarkan
sedikit digma berpandukan tinta dan wacana para sarjana melalui pidato saya yang berbunyi
Penghayatan Sejarah mengukuhkan Jati Diri .
Sebelum lidah bertaut kata, Sebelum bicara mewarnai acara, izinkan saya mendefinisikan tajuk
pidato saya yang telah saya ungkapkan sebentar tadi.
Menurut Kamus Dewan edisi ke-empat, Penghayatan bermaksud memahami, secara mendalam
dalam sanubari, manakala Sejarah dieertikan sebagai peristiwa lampau yang benar-benar
berlaku, mengukuhkan pula bermaksud meneguhkan atau menguatkan, manakala jati diri pula
membawa maksud sifat atau ciri yg unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama
yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu. Saya merumuskan bahawa,
1

dengan menghayati sejarah akan menghidupkan jiwa, merasai dan memberikan kesan yang
positif dalam diri demi kebaikan , agama,bangsa dan negara .
Hadirin sidang dewan yang dimuliakan,
Hayatilah citra bicara perdana saya yang pertama iaitu,dengan menghayati sejarah kita boleh
meningkatkan semangat nasionalisme dalam diri kita.
Menyusuri kisah pendudukan Inggeris pada tahun 1786 apabila Francis Light mula
mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, penentangan menuntut
kebebasan telah pun bermula walaupun hanya sekadar di peringkat wilayah. Bentuk-bentuk
penentangan ini walaupun kecil dan sering dilabelkan oleh pihak Inggeris sebagai pengkhianat,
lanun dan pemberontak namun semangat mereka telah menjadi rujukan kepada pejuang
selepas itu.
Siapa tidak kenal Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Dato Maharajalela, Panglima Hitam, Tun
Tan Cheng Lok, dan ramai lagi telah menjadi sebutan di bibir rakyat Malaysia daripada generasi
ke generasi. Pengorbanan mereka bukanlah kecil, tetapi demi negara tercinta sanggup
pertaruhkan nyawa.
Laungan keramat MERDEKA oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
pada 31 Ogos 1957 menghembuskan rasa cinta kita kepada tanah air.Hari ini, kecil besar tua
muda menghayatinya biarpun peristiwa itu sudah lama berlalu.
Menyedari bahawa dengan menghayati sejarah boleh meningkatkan semangat juang dalam diri
maka mata pelajaran Sejarah telah menjadi salah satu mata pelajaran yang di ajar di sekolah
menengah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, maka pada tahun 2014 Sistem Pendidikan
diperkemaskan di peringkat rendah dengan memperkenalkan Mata Pelajaran Sejarah dalam
kurikululum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula di tahun empat, bertujuan untuk
meniup semangat juang dalam diri generasi muda.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Wacana saya yang kedua, dengan penghayatan sejarah kita dapat membentuk akal budi dan
pekerti yang terpuji.
2

Sejarah itu terlalu luas..


Sidang Dewan Yang Dimuliakan.
Sirah Nabi Muhammad SAW dijadikan contoh dan tauladan.Pepatah mengatakan Tak kenal
maka tak sayang. Tak sayang maka tak cinta. Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik
makhluk disisi Allah SWT. Dalam diri baginda terkumpul akhlak yang sangat mulia. Bahasanya
santun, rendah hati, lemah lembut, jujur, sabar, tidak sombong dan banyak lagi sikap terpuji
yang dimiliki oleh baginda. Sejarah di zaman kerasulannya banyak dikisahkan di dalam AlQuran Nur Karim.
Riwayat hidup dan kisah baginda dibukukan untuk santapan rohani anak-anak kecil malah yang
dewasa juga. Keperibadian mulia baginda seringkali mewarnai ucapan-ucapan para alim
ulamak di siaran-siaran televisyen utama. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa
mempelajari sirah atau sejarah silam dapat menanamkan nilai murni dalam sanubari kita.
Hadirin hadirat sidang dewan yang dihormati sekalian..
Tuntas

saya

yang

seterusnya

adalah,

sejarah

merupakan

pemangkin

kepada

perpaduan.Sejarahlah yang telah memberikan kita kefahaman dan ruang bahawa bertapa
perpaduan dan hidup saling bertoleransi sangat penting dalam masyarakat, lebih-lebih lagi
negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan
sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Remaja, sebagai pewaris negara ini dan
mereka memainkan peranan penting untuk terus memupuk semangat perpaduan. Negara
pernah menyaksikan detik apabila perpaduan antara kaum telah dicemari oleh insiden 13 Mei
1969. Oleh yang demikian, sebagai generasi yang akan meneruskan legasi agenda perpaduan
untuk generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan
mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama. Peristiwa pahit yang dilalui oleh
generasi terdahulu harus dijadikan iktibar agar tidak berulang kembali.

Sidang Dewan yang dimuliakan,

Kesimpulannya, dengan menghayati sejarah, kita dapat belajar menghargai perjuangan pahit
getir, susah payah generasi terdahulu dalam membina Negara bangsa. Sesungguhnya, wajarlah
kita sebagai generasi muda mengekalkan dan meneruskan legasi perjuangan mereka. Semangat
hidup bersatu padu, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing haruslah diamalkan dalam hidup bermasyarakat. Nilai-nilai murni dalam sanubari
haruslah dimiliki dan menjadi amalan dalam kehidupan harian.
Akhir Kalam saya sudahi pidato saya dengan lafaz, Wabillah hitaufik wal hidayah.
Wassalamualaikum warah matulla hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai