Anda di halaman 1dari 1

Makna Di Sebalik Mitos Hubungan China-Melaka dalam Sulalat-as-Salatin:

Analisis Teori Relevans


Maizura Osman
Nor Hashimah Jalaluddin
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Kajian linguistik kini merentas sempadan bidang-bidang bukan bahasa yang lain, termasuklah
kajian mitos. Jika dahulu mitos hanya dikaji dalam bidang agama dan falsafah, kini mitos juga
boleh dibedah dengan pendekatan linguistik. Selain bahasa itu sendiri menjadi medium mitos
disampaikan, sifat mitos dan bahasa juga sama iaitu mempunyai dua lapisan makna yang
perlu diinterpretasi. Kajian ini akan menggali dan mentafsir makna tersirat mitos yang
terlindung di sebalik makna literalnya melalui pengamatan linguistik. Analisis akan dilakukan
dengan menggunakan teori Relevans manakala data mitos diambil daripada teks sastera
berunsur sejarah yang terkenal iaitu Sulalat-as-Salatin. Mitos yang dipilih untuk kajian ini
ialah mitos hubungan China dengan Melaka. Dapatan awal menunjukkan bahawa pengarang
menguasai prinsip komunikasi dan kognisi sebagaimana dikupas oleh Teori Relevans.
Penelitian juga menunjukkan bahawa pengarang mencipta mitos untuk memelihara
kedaulatan raja dan kerajaan Melayu tanpa menyembunyikan fakta sejarah. Namun demikian,
pentafsiran mitos ini memerlukan proses ekstrapolasi betul dan berpada. Proses tersebut dapat
dilakukan dengan memahami budaya dan kepengarangan Melayu serta menganalisis
menggunakan teori saintifik yang kukuh dan telah terbukti kewibawaannya. Kajian ini juga
membuktikan pandangan ilmuan terdahulu iaitu mitos adalah sangat berkait rapat dengan
aktiviti mental dan bahasa.

Kata Kunci: Makna, Mitos, Teori Relevans, Sulalat-as-Salatin, Kognitif dan Komunikasi

Anda mungkin juga menyukai