Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENDAHULUAN

Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan akibat arus globalisasi, Kurikulum Bahasa
Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga
terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard Kurikulum yang merangkumi
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran merupakan pernyataan yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di
sekolah kebangsaan.
Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan
aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Pada Tahap 2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan
dan aplikasi kemahiran bahasa. Kemahiram bahasa merupakan teras kepada Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Pendekatan
modular yang digunakan dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia terbahagi kepada lima
modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni
Bahasa Dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa pula menyokong modul-modul tersebut untuk
mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012)
Menerusi kajian tindakan yang akan saya jalankan, saya memberikan fokus kepada modul
tatabahasa yang merujuk aspek tatabahasa bahasa Malaysia yang perlu difahami dan dikuasai
oleh murid. Kemahiran menyebut huruf a hingga z adalah kemahiran yang saya fokuskan
dalam kajian ini.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


1

Pada pengajaran yang lalu, pengkaji telah menjalankan sesi P&P keatas populasi kelas dan
telah mengesan masalah yang biasa murid lakukan semasa mengenal huruf. Masalah yang
timbul adalah murid gagal untuk mengecam huruf yang ditunjuk oleh pengkaji. Hal ini
menimbulkan masalah kepada murid untuk menguasai kemahiran tatabahasa iaitu membaca
kerana menurut Dodd & Carr (2003) dalam bukunya Young Childrens Letter-Sound
Knowledge, pengecaman huruf adalah salah satu kemahiran asas untuk membaca. Ketika
praktikum fasa pertama dan kedua yang lepas, pengkaji juga telah menjumpai masalah yang
sama pada beberapa murid yang diajar dan telah menghadapi kesukaran dalam mencari
strategi yang berkesan untuk mengajar kemahiran mengecam dan menyebut huruf pada
murid. Pengkaji menjalankan kajian ini kerana murid tidak dapat menguasai kemahiran yang
lain dalam standard pembelajaran tanpa menguasai kemahiran asas ini terlebih dahulu kerana
menurut Dodd & Carr (2003) murid yang mempunyai masalah dalam membaca dan menulis
dalam fasa awal pendidikan cenderung untuk menunjukkan prestasi yang teruk dalam
akademik. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, pengkaji telah menggunakan
kaedah latih tubi dan memberikan latihan menulis huruf kepada murid untuk membantu
mereka dalam menguasai kemahiran mengecam dan menyebut huruf tetapi kaedah tersebut
kurang berkesan. Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada
kit piramid huruf yang dicipta akan menjadi media yang berkesan untuk pengkaji gunakan
dalam pengajaran kemahiran mengecam dan menyebut huruf kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran.

2.0 Fokus Kajian

2.1 Huraian Fokus Kajian


Pengkaji telah mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh responden dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia. Namun begitu, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada masalah
responden dalam masalah mengecam dan menyebut huruf. Melalui pemerhatian pengkaji,
responden boleh menghafal lagu a,b,c walaupun terdapat sedikit kesilapan daripada segi
sebutan huruf. Namun begitu, apabila pengkaji meminta responden untuk menamakan huruf
yang ditunjukkan oleh pengkaji, mereka hanya boleh meneka huruf yang ditunjukkan.
Kajian yang dijalankan ini memberi fokus kepada kemahiran menyebut huruf f,g,h,i
dan j. Pengkaji telah memilih lima huruf ini kerana responden telah menguasai kemahiran
menyebut huruf a,b,c,d dan e dan mengalami kesukaran untuk menyebut huruf yang lain.
Oleh kerana masa kajian terhad kepada sepuluh minggu sahaja, pengkaji telah memilih lima
huruf ini untuk responden kuasai dan mengajar lima huruf yang seterusnya setelah mereka
berjaya menguasai lima huruf tersebut.
Pengkaji juga telah memilih model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart sebagai
panduan untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Model Kemmis dan McTaggart
merangkumi empat langkah pada setiap pusingan iaitu tinjauan awal, merancang tindakan,
melaksanakan tindakan dan akhir sekali adalah refleksi.

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu
pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara
kaedah mengajar dengan kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal
3

atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran
guru Bahasa Malaysia ltu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan
murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran,
ianya amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu. Saya berasa amat perlu bagi kita
membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurangkurangnya mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Bahasa Malaysia yang
mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan
prestasi akademik murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Selepas berkolaborasi bersama pensyarah pembimbing dan guru-guru di sekolah, saya
mengambil keputusan untuk mencari kaeadah yang melibatkan permainan dan aktiviti
hands-on yang boleh membuat murid lebih aktif dalam pengajaran dan pembelajaran supaya
mereka tidak bosan hanya melakukan aktiviti tulisan dan latihan setiap hari kerana permainan
bahasa menurut Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt Abdul Aziz (1996) adalah satu jenis
aktiviti yang menarik dan memikat.
Kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini berfokus untuk menggantikan kaedah latih
tubi yang kerap dilakukan oleh guru-guru yang mungkin membosankan pelajar menyebabkan
mereka kurang berminat untuk belajar.

2.2 Pengumpulan Data Awal


i. Ujian Diagnostik

NAMA/

MENYURI

MENYEBU

MEMBAC

MEMBACA

MENGENA

T HURUF

SUKU

L HURUF

KEMAHIRA
N

HURUF

SUKU

KATA

KATA

(AWALAN)

(AKHIRAN
)

MURID A

7/10

3/10

0/10

0/10

0/10

MURID B

6/10

2/10

1/10

0/10

2/10

MURID C

8/10

5/10

3/10

1/10

4/10

MURID D

8/10

1/10

0/10

0/10

1/10

MURID E

10/10

7/10

2/10

1/10

7/10

Saya telah menjalankan beberapa siri ujian didalam kelas. Ini bagi menentukan sama ada
responden yang telah saya nyatakan disini betul-betul mempunyai masalah. Berikut
merupakan hasil ujian yang telah dijalankan terhadap responden.

Ujian Diagnostik dijalankan bagi memudahkan pengkaji untuk mengesan masalah yang
dihadapi responden dalam soalan yang melibatkan kemahiran menyebut huruf. Soalan
Diagnostik terdiri daripada 10 soalan yang menguji pelbagai kemahiran. Tempoh masa ujian

adalah selama satu jam. Dalam ujian ini, saya telah membahagikan skala skor bagi ujian
kepada tiga iaitu:

8-10 markah ( cemerlang)


5-7 markah (lulus)
0-4 markah (gagal)

Berdasarkan skor markah yang diperolehi dalam ujian ini, saya akan memberi penumpuan
terhadap murid yang memperoleh skor antara 0-4 iaitu gagal selain melihat kesalahan yang
dilakukan dalam kemahiran yang lain. Setelah dilaksanakan, saya telah mengenal pasti 3
orang murid yang mendapat markah yang telah ditetapkan dan dipilih bagi melaksanakan
kajian tindakan. Melalui ujian diagnostik yang dijalankan, saya telah memilih 3 orang
responden yang terdiri daripada semua pelajar perempuan.
ii. Analisis Dokumen
Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan responden bagi kemahiran
menyebut huruf. Hasil semakan daripada buku latihan responden, pengkaji telah
mengenalpasti kesilapan dalam membezakan huruf dan mengaitkan huruf dengan objek yang
betul. Sebagai contoh, responden gagal untuk mengaitkan huruf a dengan ayam
membuktikan bahawa responden tersebut tidak menguasai kemahiran mengecam huruf.
Selain itu, pengkaji juga ada menyemak ujian kemasukan responden kepada kelas pendidikan
khas dan telah mendapati mereka mempunyai kemahiran yang minimum dalam aspek
tatabahasa bahasa malaysia.

2.2 Tindakan / Intervensi

TAJUK : PIRAMID HURUF

TARIKH

TINDAKAN / INTERVENSI

25.Mac.2015

Langkah 1 : Kad huruf tanah liatalatan dan latih tubi

1.April.2015

Langkah 2 : Kad gambar huruf alatan dan latih tubi

8.April.2015

Langkah 3 : Cawan huruf alatan dan latih tubi

15 April 2015

Langkah 4 : Roda hurufalatan dan latih tubi

22 April 2015

Langkah 5 : Poket huruf alatan dan latih tubi.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Kajian

Meningkatkan kemahiran menyebut huruf f,g,h,i dan j menggunakan kit piramid huruf
kepada murid bermasalah pembelajaran
3.2 SOALAN KAJIAN
Adakah kit piramid huruf dapat meningkatkan kemahiran mengecam dan menyebut huruf
f,g,h,i dan j di kalangan murid bermasalah pembelajaran?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada tiga orang responden Tahun 3 Cemerlang
yang didapati mempunyai masalah dalam kemahiran menyebut huruf. Murid-murid ini adalah
dalam kalangan murid-murid yang lemah.

RESPONDEN

UMUR

JANTINA

JENIS

CIRI-CIRI

MASALAH

14

Perempuan

Lembam

Menumpukan

perhatian

dan

sentiasa fokus

Mudah lupa

Mendengar arahan

Mempunyai

masalah

dalam

mengingat kembali huruf apa yang


telah diajar.

12

Perempuan

Lembam

Mempunyai masalah pertuturan

Kerap meniru dalam kelas

Selalu tidak hadir ke sekolah

Sentiasa memerlukan bimbingan

Boleh mengecam huruf yang biasa


dilihat

Perempuan

Hiperaktif

Tidak mendengar arahan guru

Suka membuat bising

Suka keluar kelas

Sering

kali

menganggu

rakan-

rakannya

Kerap meniru dalam kelas

Tidak minat untuk belajar

5.0 PERANCANGAN PELAKSAAN TINDAKAN


5.1 Langkah-langkah tindakan

TAJUK : KIT PIRAMID HURUF

TARIKH

TINDAKAN /

LANGKAH-LANGKAH

AKTIVITI

25.Mac.2015

AKTIVITI 1 :

i.

Responden diberikan kad yang mempunyai huruf


f,g,h,i dan j yang ditulis dengan garisan putus-

Kad Huruf Tanah Liat


alatan dan latih tubi

putus.
ii.

Responden diperkenalkan dengan huruf yang


terdapat pada kad tersebut.

iii.

Responden diminta untuk membentuk huruf


tersebut menggunakan tanah liat yang telah
disediakan.

iv.

Responden ditanya huruf apa yang sedang dibentuk


semasa mereka sedang melakukan aktiviti.

v.

Langkah aktiviti latih tubi adalah melibatkan

10

mewarnakan huruf yang sama dengan yang telah


diberi.
vi.

Pada sesi pengukuhan responden diminta untuk


membuat kolaj huruf.

1.April.2015

AKTIVITI 2 :

i.

Penyelidik menunjukkan beberapa gambar kepada


murid.

Kad Gambar Huruf


ii.
alatan dan latih tubi

Gambar kemudiannya dikaitkan dengan huruf


seperti contoh : h-harimau

iii.

Penyelidik menyediakan jadual di hadapan dan


responden diminta untuk menampal gambar pada
huruf yang betul.

iv.

Aktiviti latih tubi diberikan oleh penyelidik dalam


bentuk latihan mewarnakan huruf yang diminta.

v.

Kad huruf tanah liat digunakan lagi pada aktiviti


pengukuhan.

vi.

Selesai membentuk huruf, lembaran kerja baru


diberikan pada responden dengan menulis huruf
yang betul pada setiap gambar objek.

11

8.April.2015

AKTIVITI 3 :

i.

Sesi pdp berlaku di dalam bilik darjah.

Cawan Huruf

ii.

Interaksi pengajaran melibatkan responden


memusing cawan hingga menjumpai huruf dan

alatan dan latih tubi

menyebut huruf tersebut. Responden diperkenalkan


dengan gambar yang dikaitkan dengan huruf
seperti contoh f-feri. Responden diminta untuk
meletakkan gambar yang betul di atas cawan
plastik yang mempunyai huruf. Aktiviti diulang
sebanyak 3 kali sebelum melakukan aktiviti latih
tubi.
iii.

Aktiviti latih tubi diberikan oleh penyelidik dalam


bentuk latihan memadankan huruf pada gambar
yang betul.

iv.

Media dadu huruf digunakan dalam aktiviti


pengukuhan dimana responden diminta untuk
melontar dadu dan memilih gambar yang betul
berdasarkan huruf yang terpapar pada dadu.

v.

Selesai aktiviti pengukuhan, lembaran kerja baru


diberikan pada responden dengan membulatkan
huruf yang betul berdasarkan gambar yang telah
diberikan.

12

15 April

AKTIVITI 4 :

i.

2015

Responden akan memutar roda huruf dan jarum


penunjuk akan berhenti pada huruf di roda

Roda huruf
alatan dan latih tubi

tersebut.
ii.

Penyelidik kemudiannya akan meminta responden


menamakan satu perkataan yang bermula dari
huruf tersebut kecuali kata nama khas.

iii.

Responden yang berjaya menamakan perkataan


akan mendapat markah dan perkataan yang sama
tidak boleh digunakan lagi.

iv.

Lembaran kerja latih tubi diberikan kepada


responden.

v.

Responden bermain permainan bingo huruf pada


langkah pengukuhan.

22 April

AKTIVITI 5 :

i.

Responden akan memutar roda huruf

Poket huruf

ii.

Responden akan memasukkan gambar di poket

2015
yang telah disediakan berdasarkan huruf yang
alatan dan latih tubi.

terpapar di roda.
iii.

Terdapat 3 poket yang perlu diisi iaitu huruf,


gambar yang berkaitan dengan huruf dan nama
gambar tersebut.

iv.

Lembaran kerja latih tubi diberikan berdasarkan


langkah interaksi pengajaran.

v.

Responden diminta untuk melngkapkan puzzle


huruf sebagai langkah pengukuhan.

13

5.2 Cara mengumpul data


Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, ia memerlukan asas empirikal yang kukuh
untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih
amat penting. Dalam melaksanakan kajian tindakan, saya telah mcrancang dalam mengumpul
data dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu melalui rekod pemerhatian iaitu refleksi
setiap kali intervensi dijalankan dan juga jurnal yang telah dilakukan pada setiap minggu,
analisis dokumen yang merangkumi hasil lembaran kerja yang telah dilakukan oleh murid
dan akhir sekali ialah rekod lembaran kerja bergred.
i. Rekod Pemerhatian
Pengkaji telah membuat refleksi pengajaran pada setiap kali pengkaji telah menjalankan
intervensi terhadap responden. Refleksi pengajaran tersebut merangkumi kelemahan
14

intervensi yang telah dijalankan, pencapaian responden pada sesi pengajaran tersebut dan
langkah penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang seterusnya.
ii. Analisis Dokumen
Analisis dokumen melibatkan pengkaji menganalisis dan menyemak lembaran kerja yang
dilakukan oleh responden untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid. antara
dokumen yang dianalisis adalah ujian kemasukan responden ke dalam kelas pendidikan khas,
buku latihan bahasa malaysia murid ketika mereka diajar oleh guru di sekolah dan dokumendokumen lain yang berkaitan.
iii. Rekod Lembaran Kerja Bergred
Responden akan dibekalkan dengan lembaran kerja pada setiap kali pelaksanaan intervensi.
lni bertujuan untuk dijadikan sebagai satu bahan rujukan bagi mengukur dan menilai
penguasaan responden terhadap kemahiran kajian yang diajar pada hari tersebut.

Contoh lembaran kerja bergred :

TARIKH

T1 : 25.MAC.2015

2/5

2/5

2/5

T2 : 1.APRIL.2015

2/5

2/5

3/5

T3 : 8.APRIL.2015

3/5

4/5

3/5

T4 : 15 April 2015

4/5

3/5

2/5

15

T5 : 22 April 2015

4/5

4/5

3/5

5.3 Cara menganalisis data


Pengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan kaedah :
5.3.1 Jadual
Pengkaji telah memilih kaedah jadual kerana kaedah ini boleh memaparkan statistik dan hasil
dapatan kajian dengan ringkas dan padat. Sebagai contoh, pengkaji telah menggunakan
kaedah jadual untuk memaparkan markah pencapaian responden dalam ujian diagnostik agar
pengkaji boleh membuat banding beza antara responden dengan mudah seraya boleh
mengasingkan pelajar yang lemah untuk dipilih sebagai murid kajian.
5.3.2 Graf
16

Pengkaji telah memilih kaedah graf kerana kaedah ini boleh mempermudahkan pengkaji
untuk menunjukkan tahap pencapaian murid pada setiap bulan. Graf yang digunakan adalah
graf bar dimana pengkaji boleh memaparkan pencapaian yang dicapai oleh responden
berdasarkan tinggi atau rendah bar pada graf tersebut seraya memudahkan pengkaji untuk
melihat pencapaian responden.

5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

BIL Aktiviti

JAN

FEB

MAC APR MEI JU


N

Menulis draf 1 Pendahuluan dan


Refleksi P&P

Mengenalpasti

masalah

dan

pengumpulan data awal


3

Pembacaan literatur

Mengemukakan

draf

kepada

penyelia untuk semakan


17

Perbincangan draf 1

Memurnikan draf 1

Membina objektif dan soalan kajian

Merancang intervensi

Menentukan

kaedah

pengumpulan

data dan menyediakan instrumen yang


bersesuaian
10

Membina carta pelaksanaan kajian

11

Perbincangan draf 2 kepada penyelia

12

Menghantar

draf

proposal

untuk

semakan kepada penyelia


13

Berbincang dengan penyelia mengenai


kajian tindakan

14

Menyediakan

bahan

persembahan

untuk pembentangan
15

Berbincang dengan penyelia sebagai


persediaan pembentangan proposal

16

Pembentangan proposal kajian

17

Menghantar proposal kepada penyelia

5.5 Kos Kajian


Item

Harga

18

1. Tanah Liat

RM 15.00

2. Cawan Plastik

RM 10.00

3. Batang aiskrim

RM 20.00

4. Kadbod A4

RM 50.00

5. Kertas laminate

RM 50.00

6. Photostate dan print

RM 50.00

7. Mounting Board

RM 40.00

8. Gam

RM 15.00

Jumlah

RM250.00

SENARAI RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam
penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan dalam
19

pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn.Bhd.

Dr. Abdullah Yusof, Safani Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2006). HBSE 1103 Pengenalan
pendidikan khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI psikologi.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dodd. Barbara, and Alex Carr. (2003).Young Childrens Letter-Sound Knowledge. Language,
Speech and Hearing Services in Schools.

Kamarudin Haji Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa Untuk Sekolah
Rendah Dan Menengah.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

20

LAMPIRAN

21

Anda mungkin juga menyukai