Anda di halaman 1dari 2

UNIT KO KURIKULUM

SK KG BARU RASAU KERTEH 5

POST MORTEM KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA TAHUN 2015 PADA 23


APRIL 2015

1. Pematuhan kepada masa bermulanya kejohanan adalah menepati waktu Cuma ada
beberapa kelewatan dari permulaan acara dan keseluruhannya dari segi pematuhan
waktu perjalanan acara memuaskan.
2. Murid yang menerima hadiah acara sukan lambat ke pentas hadiah. Dicadangkan
dilantik 4 orang murid dari setiap unit beruniform menjadi penyelaras peserta yang
menerima hadiah ke pentas hadiah.
3. Kawalan murid perlu di pertingkatkan kerana semasa kejohanan murid di dapati
bebas untuk bergerak ke mana sahaja dan pada masa akan datang dua orang guru
akan diletakkan di setiap rumah sukan untuk memudahkan pengurusan penyediaan
peserta dan kawalan murid.
4. Penyelia peserta bertugas dengan baik dalam penyediaan peserta kejohanan Cuma
pada masa akan datang guru rumah juga perlu membantu dalam penyediaan
peserta untuk memastikan kelancaran acara.
5. Penglibatan AJK PIBG atau ibu bapa murid yang berkebolehan perlu ditambah
dalam pelaksanaan temasya sukan pada masa akan datang.Perkara ini bukan
sahaja dapat meringankan tugas guru-guru bahkan dapat mewujudkan tali
silaturrahim di kalangan guru-guru dan ibu bapa.
6. Penyertaan individu dalam acara perlu dihadkan. Pada temasya baru ini didapati
ada murid yang menyertai acara lebih dari yang telah ditetapkan .Dicadangkan
penyertaan individu hanya terhad kepada 3 acara sahaja demi memberi peluang
kepada murid lain. Perkara ini mendapat persetujuan semua guru.

Kesimpulannya, segala dapatan di atas lebih kepada cadangan penambahbaikan kepada


perkara kecil yang timbul. Namun ianya tidak menjejaskan perjalanan temasya sukan.
Malah boleh dianggap bahawa temasya sukan kali ini telah berlangsung dengan jayanya.
Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen demi memastikan
temasya sukan SK KG Baru Rasau Kerteh 5 kali ini berjaya dengan cemerlang. Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjijng. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bulat air kerana
pembetung. bulat kata kerana muafakat. Sekian.
Dicatat oleh,
..................................................
(EZZUAN BIN AHMAD)
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM,
SK KG BARU RASAU KERTEH 5

Anda mungkin juga menyukai