Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Kendiri

Pada 11 dan 12 mac yang lalu, kumpulan PISMP Januari 2013 telah
menganjurkan Kejohanan Trek dan Padang (KTP) kali yang ke-65. Selaku barisan
Ahli Jawatankuasa KTP pada tahun ini, saya sangat berpuas hati dengan
pencapaian kami kerana telah menjayakan program tersebut dengan jayanya.
Namun begitu, terdapat pelbagai kelemahan dan kekuatan yang dapat saya pelajari
daripada kejohanan ini yang boleh dapat saya perbaiki dan laksanakan sewaktu di
sekolah kelak.
Pertama sekali, kekuatan yang saya dapat lihat setelah menganjurkan
program ini ialah semangat kerjasama antara setiap bakal guru dalam menjayakan
kejohanan ini. Setiap pelajar memainkan peranan masing-masing berganding bahu
pada sebelum, semasa dan selepas kejohanan ini. Semua pelajar bertungkus lumus
menyiapkan kerja masing-masing dan berjumpa pensyarah terutamanya Puan
Puspaleela jika terdapat kemusykilan yang berlaku.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya
kenalpasti sepanjang melakukan program ini. Antaranya, kekangan masa yang amat
padat menyukarkan kami untuk menyiapkan segala persiapan sebelum kejohanan
berlangsung. Hal ini kerana, terdapat tugasan lain yang perlu kami selesaikan juga.
Namun begitu, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi antara pelajar, kami
sepakat dan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.
Selain itu, kurangnya interaksi antara pelajar juga menjadi salah satu
kekurangan yang dapat saya lihat. Hal ini kerana, agak sukar untuk menggabungkan
semua sembila kelas PISMP Januari 2013 ke satu masa kerana masing-masing
mempunyai agenda dan tugas yang tersendiri. Kami terpaksa bermesyuarat untuk
mengadakan perjumpaan dan mendapat persetujuan daripada semua pihak agar
tiada yang berkecil hati ataupun tidak rela. Namun, dengan adanya toleransi antara
satu sama lain, kami berjaya menyelesaikan masalah ini secara kolektif dan
kolaboratif.
Saya

berharap

dengan

pengalaman

yang

saya

perolehi

daripada

penganjuran KTP pada tahun ini akan membolehkan saya untuk menganjurkan KTP
semasa saya ditempatkan di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai