Anda di halaman 1dari 8

2.

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan atas kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan guru merupakan tunggak utama pembentukan generasi
masa hadapan. Program BIG ini dilihat dapat menyediakan bakal guru dalam
menghadapi cabaran era globalisasi pada masa hadapan. Oleh itu, banyak aktiviti
dirangka untuk mencapai matlamat sebenar program BIG yang dijalankan.

Melalui

kesemua aktiviti yang dirangka khas dalam program ini, pelajar dapat mengenal diri dan
seterusnya mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah
pembangunan modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

3.0

MATLAMAT

Terdapat tiga matlamat utama yang ingin dicapai untuk mencapai objektif bagi kursus
Bina Insan Guru ini:1. Peserta-peserta dapat belajar mengenai cara-cara untuk beretika di dalam
pelbagai situasi.
2. Membina insan guru yang bersopan dan beretika dsecara keseluruhan dan
mempunyai nilai-nilai seorang guru.
3. Melahirkan guru yang berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4.0

OBJEKTIF AKTIVITI

Objektif BIG adalah seperti berikut:


1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domian kandungan
kurikulum Bina Insan Guru (BIG)
2. Membina kualiti peribadi dan profesional sebagai insan guru yang mulia, peranan
guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat.
3. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti
dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan pendidikan negara.

5.0

TEMPAT

Dewan Kuliah A
6.0

JADUAL PELAKSANAAN/ TARIKH

Tarikh: 7 Mac 2014


Hari: Jumaat
Masa: 2.00 petang-5.00 petang

7.0

REFLEKSI
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang

dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang bersahsiah tinggi, berilmu, berkemahiran
serta berakhlak mulia. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah
yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru pelatih. Sesungguhnya program
ini menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan guru pelatih menjadi insan yang
sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga
negara. Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap
bertanggungjawab dan menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
Saya telah menjalani Kursus Bina Insan Guru (BIG) ceramah pada 7 Mac yang
lalu. Ceramah ini diwajibkan bagi kesemua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
(PISMP) semester lima. Ia dibahagikan kepada tiga sesi iaitu ceramah tentang fungsi
dan peranan PPD, fungsi dan peranan PKG serta sesi soal jawab. Sesi soal jawab
melibatkan perbincangan dua hala antara para pelajar dan penceramah dibawah tema
yang diberikan. Ceramah ini ternyata telah membuka mata saya tentang betapa
pentingnya untuk seseorang bakal guru bersedia secara mental dan fizikal bagi
menghadapi dunia sebenar pendidikan.
Kesemua guru pelatih menghadirkan diri tepat pada masanya sebelum ceramah
ini berlangsung. Ini menunjukkan pengalaman menjalani Program Bina Insan Guru
sebelum ini berjaya membentuk disiplin dalam kalangan guru pelatih. Sebagai seorang

guru yang berdedikasi, kita seharusnya menepati masa dan merancang sesuatu
perkara dengan baik agar segalanya berjalan lancar.
Selepas

mengikuti

ceramah

ini,

saya

telah

mempelajari

banyak

ilmu

pengetahuan yang baru. Sesi pertama dimulakan dengan ceramah yang bertajuk
Peranan dan Fungsi sebagai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Saya berpeluang
mempelajari tentang peranan-peranan kakitangan PPD dengan amat terperinci. Mereka
memegang peranan yang amat penting dalam sesebuah sekolah dari segi
perkhidmatan, kewangan dan pengurusan. Hubungan erat antara PPD dengan pihak
pentadbir dan guru-guru di sekolah juga membolehkan setiap dasar, aspirasi dan
inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan dapat dihayati dan direalisasikan dengan
Berjaya. Ceramah ini tidak terasa lama kerana penceramah sangat sensitif akan
keadaan para guru pelatih dimana penceramah akan membuat selingan untuk menarik
perhatian para guru pelatih.
Disamping itu, ceramah ini telah membuka mata saya tentang peranan PKG
dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah. Ini dapat dilaksanakan melalui
perkongsian idea sesama guru dari sekolah yang berbeza. Guru-guru dapat duduk
semeja dan bertukar cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan di sekolah masingmasing. Pertukaran idea ini dilihat sangat positif dan membina untuk kebaikan sekolah
masing-masing. PKG dalam erti kata lain merupakan agen perubahan kepada institusi
sekolah itu sendiri dan guru-guru sekiranya semua pihak memainkan peranan masingmasing.

Kesimpulannya, Kursus Bina Insan Guru ini telah banyak memberi manfaat
kepada guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. Aktiviti
yang disusun sepanjang ceramah juga telah berjaya memberi impak terhadap diri saya
terutamanya dari emosi, rohani, intelek dan sosial.
Laporan disediakan oleh,

(QHAILANI ASYMUI BINTI RUSLAN)


Pengajian Bahasa Inggeris,
Kumpulan 3 Januari 2012,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.

8.0

PENILAIAN KENDIRI

Melalui kesemua aktiviti yang telah dilakukan sepanjang ceramah ini, saya
sebagai seorang guru pelatih telah mempelajari nilai hormat menghormati, disiplin,
memahami konsep nilai dan etika keguruan serta hubungan dengan komuniti.
Saya mempelajari nilai hormat menghormati sepanjang ceramah ini dijalankan.
Hal ini kerana kesemua guru pelatih yang terlibat telah memberikan tumluan yang baik
semasa ceramah disampaikan. Ini menunjukan sikap hormat terhadap orang yang
sedang berucap kerana perkara yang sama akan berlaku setelah bergelar seorang
guru. Sebagai contoh, para pelajar memberikan sepenuh tumpuan kepada guru yang
sedang mengajar. Oleh itu, ini merupakan pengajaran yang penting kepada bakal guru
sebagai persediaan untuk menjadi guru pada masa hadapan, untuk mengajar bakal
guru tentang pentignya sikap saling menghormati antara satu sama lain semasa sesi
pembelajaran dijalankan.
Program ceramah ini juga sememangnya telah berjaya membentuk peribadi saya
sebagai seorang guru memahami konsep nilai dan etika keguruan. Ceramah ini telah
membuka mata saya mengenai peranan PKG dan PPD dan secara tidak langsung etika
dan nilai keguruan. Ini melibatkan kesungguhan para guru dalam usaha meningkatkan
prestasi murid dan sekolah dimana kesemua aspek perlu diambil kira dan pihak terlibat
perlu memainkan peranan masing-masing.
Selain itu juga, program ini telah memberi kesedaran kepada guru pelatih untuk
lebih berdisiplin. Disiplin adalah amat penting dalam setiap perkara. Tanpa disiplin,
6

seseorang tidak akan berjaya mencapai matlamat atau impian dalam hidup. Disiplin ini
melibatkan pelbagi aspek termasuk aspek ketetapan waktu, pemakan dan cara
pembawakan diri seorang guru tersebut. Sebagai bakal guru, saya perlu menampilkan
penampilan yang kemas dan peribadi mulia kerana saya bakal menjadi contoh kepada
pelajar saya kelak. Oleh itu, pada pendapat saya ini merupakan usaha yang baik dalam
melahirkan warga pendidik yang sentiasa berdisiplin.
Akhir sekali, ceramah ini telah mebuatkan saya lebih mencintai profesion
keguruan. Hal ini kerana, sepanjang saya mendengar ceramah tersebut, saya dapat
membayangkan diri saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Melalui semua
maklumat yang diberikan, saya sedikit sebanyak dapat membina pemikiran positif dan
motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Ini telah membakar semangat saya untuk
menjadi seorang guru yang berjaya membentuk pelajar yang cemerlang dan berbakat.
Saya ingin menjadi guru yang berjaya mendidik para pelajar menjadi insan yang
bersahsiah tinggi dan serba boleh pada masa hadapan.
Cadangan penambahbaikan bagi program ceramah ini pula adalah saya
berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dan sedikit penambahbaikan dapat
dibuat dari segi penglibatan guru pelatih. Aktiviti ini akan lebih bermakna sekiranya guru
pelatih diberi peluang yang lebih untuk menyuarakan pendapat serta bertanyakan
pendapat. Penceramah mengambil terlalu banyak masa memberi penerangan sehingga
tinggal cuma sedikit waktu bagi slot soal dan jawab. Hal ini adalah kerana, program ini
dilihat dapat memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari
peranan mereka serta, bagaimana mereka dapat membantu meningkatkan prestasi

sekolah. Diharapkan dengan penambahbaikan yang dilakukan, program ini akan


menjadi lebih berkesan dan efektif.

9.0

PENUTUP

Program Ceramah Bina Insan Guru ini diharapkan dapat mencapai kesemua
objektif dan memberi perubahan kepada guru-guru pelatih. Selain itu, program ini juga
diharapkan untuk dapat mengajar guru-guru pelatih tentang cara-cara untuk beradab di
khalayak ramai. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diperoleh akan kami gunakan untuk
membentuk anak-anak didik kami nanti sebagai insan yang beretika selaras dengan
matlamat pendidikan negara serta untuk mencapai Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai