Anda di halaman 1dari 4

Kisah Rusa:Satu Perbuatan Yang Mulia

Apabila kita berbuat baik, kita memberi inspirasi kepada


orang lain untuk membuat yang sama. Dalam cerita ini,
kesanggupan rusa bayan untuk mengorbankan diri untuk
menyelamatkan
membuat

seekor

seorang

raja

rusa

betina

menghentikan

yang

bunting

kekejamannya

terhadap haiwan.
Raja

Varanasi

sangat

suka

memburu.

Dia

selalu

keluarga memburu di dalam hutan. Tetapi ini agak


mengganggu rakyatnya kerana dia keluar memburu pada
waktu yang tidak sesuai. Pada masa yang sama, di
tengah-tengah hutan, terdapat dua ekor rusa jantan emas.
Seekor digelar rusa bayan menakala seekor lagi digelar
rusa dahan. Kedua-duanya mengetahui kumpulan rusa
yang berlainan dan tinggal di bahagian yang berlainan di
dalam hutan itu. Satu hari, rakyat Varanasi berkumpul dan
berbincang

tentang

cara

untuk

mengelak

daripada

gangguan akibat ekspedisi memburu raja.


Seorang lelaki berkata, saya ada satu idea. Kita
kepung semua rusa di dalam hutan dan halau mereka ke
taman diraja. Dengan cara ini, raja itu tidak akan
mengganggu kita jika dia ingin memburu. Semua orang

bersetuju bahawa itu satu rancangan yang baik.


Keesokan harinya, para pendudukan bandar pergi ke
hutan dengan periuk dan kayu dan membuat suasana
riuh. Rusa-rusa itu lari ketakutan dan mereka mengejar
rusa itu ke taman raja.
Kemudian beberapa orang pergi berjumpa raja itu.
Mereka memberitahunya, Tuanku, kerja kami terganggu
setiap

kali

tuanku

keluar

memburu.

Jadi,

untuk

menghalang perkara ini, kami telah menghalau semua


rusa itu ke taman tuanku. Mulai sekarang, tuanku bolehlah
pergi ke taman tuanku dan menembak sebanyak mana
yang tuanku perlukan tanpa mengganggu kami.
Raja itu tidak membantah. Sejak hari itu, apabila dia
rasa hendak memburu, dia hanya masuk ke tamannya dan
menembak sebanyak mana haiwan yang dia perlu.
Kebanyakan masanya, ketua tukang masak juga pergi
bersamanya.

Tetapi,

raja

itu

berhati-hati agar

tidak

membunuh rusa-rusa jantan emas itu.


Rusa itu berasa bimbang kerana banyak dari jenisnya
yang dibunuh tanpa keperluan. Rusa bayan itu akhirnya
memutuskan untuk mencari penyelesaian. Dia bertemu
dengan rusa dahan dan berkata, Kawanku, kita mesti

menghalang kumpulan kita daripada dibunuh dalam


bilangan yang besar. Untuk ini, mari kita bergilir-gilir
menghantar seekor ahli kawanan saya dan seekor ahli
kawanan

awak

untuk

disembelih.

Rusa

dahan

itu

bersetuju.
Hari itu, ketua tukang masak itu terkejut melihat seekor
rusa dengan sabar menunggu untuk disembelih. Ini
berterusan sejak hari itu maka raja itu tidak lagi perlu
memburu kerana rusa itu datang sendiri.
Satu hari, tiba giliran seekor rusa betina yang bunting.
Ia mahu menunggu hingga anaknya lahir, tetapi rusa
dahan tidak bersetuju. Maka dia pun pergi menemui rusa
banyan dan menceritakan masalahnya. Rusa banyan itu
menjawab,

Jangan

risau.

Saya

akan

mencari

jalan

penyelesaian.
Pagi itu, apabila ketua tukang masak tiba di tempat
sembelihan,

di

nampak

seekor

rusa

jantan

emas

menunggunya. Dia bergegas memberitahu raja kerana dia


tahu rusa itu tidak boleh dibunuh. Raja itu sendiri datang
untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
Kemudian, rusa bayan itu, yang datang menggantikan
rusa

betina

yang

mengandung

itu,

menceritakan

semuanya kepada raja itu. Terharu oleh perbuatan mulia


rusa itu, raja itu berkata, Kamu telah melakukan sesuatu
yang mulia. Beta tidak akan membunuh kamu berdua.
Kemudian, rusa bayan itu berkata, Jika tuanku boleh
lepaskan kami berdua, tidak bolehkan tuanku lepaskan
seluruh kumpulan rusa itu juga? Raja itu berfikir dalam.
Kemudian dia mengisyrtiharkan, Ya , beta boleh. Selain
daripada itu, mulai hari ini, tidak akan ada lagi pemburuan
di dalam kerajaan beta.
Moral:

Tunjukkan

contoh

perbuatan baik anda.

kepada

orang

lain

melalui

Anda mungkin juga menyukai