Anda di halaman 1dari 22

EDU 3073 Bimbingan dan

Kaunseling Kanak-kanak

Nama Ahli kumpulan :


1) ALVIN YEOH SAN HEE
2) OOI TEE SENG
Pensyarah : Dr . Ahmad Zohri Bin Hj Ishak

Tajuk Pembentangan :

Kaunseling kelompok merupakan suatu


proses memberi pertolongan .Sejauh
manakah sesi kaunseling kelompok
boleh membantu ahli-ahli kelompok
dalam menyelesaikan masalah mereka .

Pengenalan

Apakah itu maksud kaunseling


kelompok ?
Maksud Kaunseling Kelompok:
Kaunseling kelompok membuka jalan kepada
individu mengubah sikap dan tingkah lakunya ,
mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah
kelompok . Semua fungsi ini digunakan dalam
sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi
masalah peribadi bersama rakan sebaya .

Pandangan Tokoh-tokoh
terhadap kaunseling
kelompok

Pandangan tokoh-tokoh terhadap kaunseling kelompok

Carl Rogers
Gazda
Gibson dan
Mitchell

Carl Rogers (1970)


kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan
proses memulih untuk merasionalkan seseorang
mengikut kehendak ramai .

Gazda (1978)
kaunseling kelompok perlu untuk mereka yang
mempunyai masalah yang berterusan atau sekejap-kejap
apabila maklumat-maklumat yang ada pada mereka tidak
dapat membantu mencari penyelesaian .

Gibson dan Mitchell (1981)


mentarifkan kaunseling kelompok sebagai suatu proses
pertolongan kepada seseorang klien supaya ia dapat
menyesuaikan dirinya terhadap hal sehariannya tentang
perkembangan terhadap tingkah laku , perhubungan
peribadi , nilai diri , sikap serta dalam memilih kerjaya
daripada kemahiran yang ada padanya .

Ciri-ciri Kaunseling
Kelompok

Ciri-Ciri Kaunseling Kelompok


Dikendalikan oleh seorang kaunselor terlatih dan berwibawa;
menggunakan pendekatan teori atau model tertentu yang merangkumi
aspek afektif, kognitif dan perlakuan .
Bilangan ahli terhad kepada 5-10 orang

Tempoh sesi adalah antara 30 120 minit


Matlamat adalah untuk mengubah tingkah laku, emosi atau pemikiran.
Sesi kelompok diadakan di tempat yang privacy dan selesa untuk
berkongsi pengalaman dan melakukan pendedahan kendiri.
contoh kelompok kaunseling ialah kelompok mengawal perasaan marah
dan mengurus tekanan.

Antara sesi kaunseling kelompok


boleh membantu ahli-ahli
kelompok dalam menyelesaikan
masalah mereka seperti berikut :

1) Menjimatkan masa kerana lebih ramai individu yang


dapat dibantu pada satu masa.
Sesi Kaunseling kelompok merupakan social oasis
untuk ahli berinteraksi supaya dapat mencermin diri
melalui maklum balas, melalui memberi dan menerima
pertolongan serta melalui kemahiran interpersonal yang
digunakan pada masa itu .

2) Memberikan sumber bantuan dan sokongan


ahli akan diberi sokongan serta kekuatan supaya
mereka tidak merasa putus asa semasa hendak
mencuba kelakuan-kelakuan baru.

3) Memupuk perasaan percaya-mempercayai dan hormat


menghormati antara klien
Ahli dapat mempercayai kaunselor dan ahli-ahli lain
untuk meneroka masalah interpersonal dan bebas
meluahkan perasaannya dengan secara terbuka serta
bersikap jujur apabila bercakap tentang dirinya dan
masalah yang dihadapi supaya dapat menyelesaikan
masalah .

4) Maklumat yang sama dan idea boleh dikongsi dengan


ahli-ahli .
Oleh itu , Seseorang ahli menjadi sistem pembantu
kepada ahli-ahlinya untuk berkongsi idea , maklumat ,
pengalaman supaya dapat menyelesaikan masalah.

5) Klien mendapat maklum balas yang positif dari ahli


kelompok
Klien dapat mempelajari kekuatan atau tingkah laku
yang positif daripada maklum balas yang positif
daripada ada ahli-ahli dalam kelompok supaya
mewujudkan tingkah laku dan pemikiran yang positif
dengan tidak membuat perkara yang negatif .

6) Suasana menyokong dalam kelompok


mempengaruhi individu.
Suasana yang menyokong dalam kelompok ini
menjadikan ahli lebih yakin mempelajari dan
berlatih tingkah laku baru melalui kelompok itu
.Sebagai contoh , ahli dapat memperbaiki
sebarang kesilapan dengan mendapatkan maklum
balas membina daripada ahli-ahli lain .

7) Terdedah kepada kemahiran interpersonal yang


digunakan oleh ahli .
Ahli-ahli kelompok dapat mempelajari kemahiran sosial
yang baru dan memperbaiki kemahiran sosial yang sedia
ada . Ini penting bagi membantu ahli menyesuaikan diri
dengan persekitaran sosial supaya ahli lebih bersedia
meneroka dan mencuba cara berfikir , berperasaan dan
bertingkah laku yang baru dan dapat laksanakan dalam
persekitaran sosial .

8) Melalui kaunseling kelompok , ahliahli kelompok dapat memilih altenatif


yang dirasakan bersesuaian
wujudnya banyak pilihan alternatif hasil
sumbangan ahli kelompok yang lain
supaya ahli dapat menilai keberkesanan
dan kesesuaian alternatif yang dipilihnya
bagi menangani sesuatu masalah .

Masa
Aktiviti :

Pada pandangan anda ,


adakah sesi kaunseling
kelompok dapat membantu
ahli kelompok dengan
secara berkesan ?
Kenapa?

Kesimpulannya
Kaunseling kelompok merupakan satu
perkhidmatan pertolongan
psikologikal yang membantu individu
normal berkembang secara holistic
mengikut potensi mereka. Tujuan
kaunseling kelompok adalah membaiki
sikap dan tingkah laku klien yang tidak
berkesan atau tidak mendatangkan
faedah.

Anda mungkin juga menyukai