Anda di halaman 1dari 15

Topik

10

Analisis
Isu-isu
Aqidah dari
Kajian
Orientalis

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Mendefinisikan orientalisme;

2.

Menjelaskan isu-isu utama tauhid menurut kajian orientalis;

3.

Menjelaskan isu-isu al-nubuwwah (kenabian) Muhammad s.a.w


menurut kajian orientalis; dan

4.

Menjelaskan isu i`jaz al-Quran menurut kajian orientalis.

PENGENALAN

Dalam topik ini kita akan membincangkan beberapa isu berkaitan dengan aqidah
menurut kajian orientalisme. Tumpuan akan diberikan kepada tiga isu utama
iaitu isu tauhid, al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran atau ciri-ciri keistimewaan alQuran yang menjadikan al-Quran itu sebagai salah satu mukjizat utama nabi
Muhammad s.a.w. Sebelum daripada itu, akan diterangkan juga tentang
pengertian orientalisme secara ringkas.

168 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

AKTIVITI 10.1
Apakah yang dimaksudkan dengan orientalisme?

10.1 PENGERTIAN ORIENTALISME


Sejak zaman berzaman, para musuh Islam melakukan pelbagai cara dan kaedah
untuk menghalang penyebaran Islam di tengah khalayak masyarakat manusia
dan penghayatan nilai-nilainya yang unggul oleh kaum muslimin di seluruh
pelosok dunia. Antaranya ialah menerusi gerakan Kristianisasi dan Orientalisme.
Dua gerakan ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk merosakkan binaan
aqidah, syariah yang mengatur persoalan hidup manusia dan akhlak Islam
dengan memberikan gambaran yang salah dan meragukan tentang hakikat
perkara tersebut. Bezanya ialah gerakan Kristianisasi ditujukan kepada orangorang awam, manakala gerakan Orientalisme ditujukan kepada kalangan
golongan intelektual dengan berselindung di bawah syiar penyelidikan ilmiah
(`Abd al-`Azim, 1993; h. 109).
Menurut Edward W. Said, orientalisme ialah istilah berkenaan Orient (Timur)
yang mendapat satu kedudukan istimewa dalam pengalaman Eropah dan Barat.
Timur bukan sahaja merupakan tempat yang berdekatan dengan Eropah dari
segi geografi, malahan ia adalah sumber penjajahan Eropah yang terkaya dan
terbesar dan sumber bagi tamadun, bahasa dan kebudayaannya. Timur adalah
tapak pembinaan imej bagi Eropah dan Barat dan amat membantu dalam
memberi definisi yang tepat terhadap Barat di mana Timur ialah sesuatu yang
bertentangan dengan Eropah atau Barat dari segi imej, idea, personaliti dan
pengalaman.
Menurutnya lagi, pengertian yang lebih bersifat akademik bagi istilah ini ialah,
Sesiapa sahaja yang memberi pengajaran, menulis dan mengkaji mengenai
Timur; tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah,
filologi dan lain-lain digelar orientalis dan hasilan daripada aktiviti-aktiviti
mereka itu disebut sebagai orientalisme. (Indriaty, 1998; 2)
Menurut Zaqzuq, orientalisme ialah suatu ilmu ketimuran atau ilmu tentang
dunia timur. Orientalis secara umum bermaksud semua ahli Barat yang
mempelajari dunia Timur sama ada bahasa, sastera, peradaban ataupun agama
(Zaqzuq, 1997; h. 18 dan Indriaty, 1998; h. 3). Dari pengertian ini, dapat
disimpulkan bahawa kajian berkaitan dengan agama, yang mana bidang aqidah
adalah sebahagian daripadanya, termasuk dalam kajian orientalisme.

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

169

Dalam konteks ini, terdapat beberapa pandangan para orientalis terhadap isu-isu
berkaitan dengan aqidah yang bertentangan dengan prinsip-prinsip aqidah yang
suci dan murni. Antara nama-nama terkenal sarjana orientalis ialah A.J. Arberry,
Alfred Guillaume, Baron Carra de Vaux, H. A. R. Gibb, Goldziher, S.M. Zweimer,
G. Von Grunebaum, P.H. Hitti, L. Massignon, D. B. Macdonald, R. L. Nicholson
dan lain-lain lagi (al-Bahi, 1981; h. 447-452).
Sejarah kemunculan orientalisme dikaitkan dengan kesungguhan orang-orang
Kristian untuk mengkaji Islam hasil cetusan ketidakpuasan hati mereka terhadap
Islam selepas peperangan Salib yang berlaku dalam suatu tempoh yang amat
panjang.
Perang Salib merupakan motivasi terkuat kepada Kristian Eropah untuk
mempelajari Islam, pengajaran dan adat istiadatnya. Abad ke-19 dan ke-20
dianggap sebagai zaman keemasan orientalisme. Ini kerana ketika itu para
orientalis secara sepenuhnya menerajui gerakan akademik dan penerbitan ilmiah
mereka sendiri. Perancis telah menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadikan
Paris sebagai pusat pengajaran bahasa Arab yang utama dan menjadi tempat
tumpuan pelajar dan ulama untuk mempelajari ilmu. (Indriaty, 1998, 4-5).
Para sarjana orientalis melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menyebarkan
pemikiran mereka sama ada menerusi penulis buku, ensiklopedia, penganjuran
seminar dan persidangan, penubuhan institusi-institusi kajian, pengeluaran
majalah dan sebagainya (al-Bahi, 1981; h. 432).
Pandangan Orientalisme terhadap Islam banyak dipengaruhi oleh matlamat
mereka melakukan kajian terhadap Islam itu sendiri dan ini merangkumi apa
yang dinyatakan oleh Mahmud Hamdy Zaqzuq seperti berikut (Mohamed Asin,
1998; 15-16):

(a) Menyerang Islam dan membayangkan kelemahan yang terdapat padanya,


berusaha meyakinkan orang lain bahawa Islam adalah ambilan daripada
agama Yahudi dan Nasrani (Kristian), merendahkan nilainya serta
menjatuhkan martabat Nabinya.
(b)

Memelihara penganut Kristian daripada cahaya Islam dengan cara


menutupi kebenaran Islam, meyakinkan kaumnya tentang kekurangankekurangan Islam, serta memperingatkan mereka agar jangan menyerah
diri kepada Islam.

(c)

Menegakkan misi penyebaran dan pengkristianan orang Islam.

170 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa orientalisme adalah


satu gerakan intelektual yang didokongi oleh para ilmuwan Barat bertujuan
untuk memberi gambaran yang buruk tentang Islam, walaupun tidak dinafikan
ada di antara mereka yang bersifat objektif terhadap Islam. Bahkan ada yang
memeluk Islam seperti beberapa tokoh orientalis kini seumpama Roger Garaudy,
Murad Hoffman, Martin Ling, Yahya Mishot dan T.J, Winter. Mereka cuba
menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang disebarkan dengan cara
keganasan iaitu menerusi mata pedang dan pengikutnya adalah terdiri daripada
para pentaksub, gemar membunuh dan ketinggalan zaman (al-Bahi, 1981; h. 425426) di samping dakwaan-dakwaan lain yang tidak berasas. Gerakan
Orientalisme memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam mencakupi
setiap aspek yang berkaitan dengan Islam seperti pandangan tentang al-Quran,
nabi Muhammad s.a.w, aqidah Islam, Sahabat Rasulullah s.a.w, sejarah Islam,
nilai-nilai Islam, syariat Islam, dan lain-lain lagi (`Abd al-`Azim, 1993; h. 114).
Dalam huraian berikut dinyatakan beberapa pandangan sarjana orientalis
terhadap beberapa isu utama menyentuh persoalan aqidah Islam.

10.2 ISU-ISU TAUHID MENURUT KAJIAN


ORIENTALISME
Umum mengetahui bahawa para orientalis adalah terdiri daripada kalangan
penganut agama Kristian yang mempunyai pandangan berbeza dengan orangorang Islam terhadap persoalan tauhid. Konsep tauhid ini diterangkan secara
jelas di dalam al-Quran dan umat Islam memahaminya dengan mudah,
sebagaimana yang diterangkan Allah s.w.t di dalam surah al-Ikhlas bahawa
Allah adalah Esa, Dia menjadi tempat tumpuan semua makhluk, Dia tidak
beranak dan diperanakkan dan tiada seseorang pun yang menjadi sekutuNya
sebagai Tuhan.
Namun demikian, Zwemer, seorang orientalis menyatakan bahawa konsep Allah
s.w.t yang dinyatakan oleh al-Quran sebagai konsep pengesaan Tuhan yang
mandul (barren monotheisme of Islam). Anderson pula menyatakan bahawa
konsep tauhid yang ada pada orang-orang Islam sesuai difahami di padang pasir
(could be best understood in the desert). Ia terlalu luas (vastness), agung
(majesty), tiada perasaan belas kasihan dan diselubungi misteri (ruthlessness and
mystery) (Mohammad Khalifa, 1983, h. 114).
Tokoh orientalis seperti Goldziher pernah menyatakan bahawa aqidah tauhid
yang dipegang oleh umat Islam mengalami proses pengembangan dari satu
peringkat ke satu peringkat dan ia bukannya sesuatu yang tetap. Ertinya, Islam
tidak didatangkan dengan aqidah yang satu dan tetap, tetapi pegangan

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

171

kepercayaannya dibentuk oleh beberapa generasi yang terawal. Dasar-dasar


aqidahnya terbentuk daripada unsur-unsur pengetahuan pelbagai yang sedia
ada dalam masyarakat Arab dan yang berkembang dalam persekitaran mereka
ketika itu. Akhir daripada gabungan pengetahuan ini dibentuk satu set
kepercayaan yang boleh menampung lompang ajaran-ajaran nabi terdahulu.
Beliau juga menyatakan bahawa adalah sesuatu yang sukar untuk mengeluarkan
dari al-Quran mazhab aqidah yang satu dan sunyi daripada pertentangan
(Muhammad al-Ghazali, 1975; h. 102-103).
Ini bertentangan dengan kenyataan yang sebenar tentang aqidah Islam. Ini
kerana persoalan aqidah atau ibadat di dalam Islam, ia adalah tetap dan tidak
akan berubah dan mengalami proses tokok tambah dan pengurangan dari
semasa ke semasa. Aqidah Islam adalah datang daripada Allah s.w.t dan apa
yang terkandung dalam aqidah Islam hari ini adalah sama sebagaimana ia mula
didatangkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Hanya al-Quran yang menjadi
sumber aqidah dan keyakinan umat Islam. Manusia tidak boleh campur tangan
untuk mengembangkannya dari satu fikrah ke satu fikrah yang lain,
sebagaimana yang berlaku dalam ajaran Kristian dan agama-agama yang lain.
Agama Kristian sebagai contoh pada peringkat awal membawa ajaran
mentauhidkan Allah s.w.t, kemudian setelah mengalami beberapa proses
perkembangan, maka muncullah fikrah tentang Triniti iaitu ajaran penigaan
Tuhan yang terkandung di dalamnya tiga entiti terdiri daripada Tuhan Bapa,
Tuhan Anak dan Ruh al-Quds (Holy Spirit). Semua ini berlaku hasil daripada
resolusi yang telah ditetapkan oleh beberapa persidangan anjuran pihak gereja
kristian di seluruh dunia (Muhammad al-Ghazali, 1975; h. 102-103)
Dalam isu yang menyentuh tauhid ini, tidak banyak pandangan para orientalis
dikemukakan terhadap pegangan tauhid umat Islam, kerana mereka banyak
mengambil pendekatan menyerang sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan alSunnah dan pembawanya iaitu nabi Muhammad s.a.w. Pernah ada kalangan
orientalis yang mendakwa bahawa orang-orang Islam menyembah (worshipped)
Muhammad sebagai idola mereka, sebab itu penganut Islam dilabelkan dengan
sebutan Mohammedans (Ibid, h. 114). Langkah tersebut diambil atas justifikasi
bahawa seandainya kedua-dua perkara tersebut iaitu sumber dan pembawanya
ditolak oleh umat Islam, maka segala ajaran yang dibawanya sama ada yang
berkait dengan aqidah (tauhid), syariah dan akhlak akan tertolak dengan
sendirinya. Walau bagaimanapun, kita dapati beberapa isu berkenaan tauhid telah
diperkatakan oleh golongan orientalis dan ini yang akan dibentangkan di bawah.
Dalam iktikad umat Islam, mereka percaya bahawa Islam adalah agama tauhid
yang mengajarkan penganutnya supaya mengesakan Allah s.w.t. Dia adalah
Tuhan Yang Esa, tiada anak dan tiada sesiapapun yang menyekutuiNya dan
pegangan iktikad ini jauh berbeza dengan apa yang dipegang oleh orang

172 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

Kristian. Sebaliknya, para orientalis cuba menggambarkan kepada umat Islam


bahawa Islam bukan agama yang datang dari Allah s.w.t, di mana nabi
Muhammad s.a.w hanya insan biasa yang mencipta al-Quran dan juga dikatakan
mencipta dakwaan palsu tentang kebenaran Islam dan kedudukannya sebagai
pembawa risalah dari Allah s.w.t. (al-Bahi, 1981; h. 484-485).
Menurut mereka, Islam terbentuk daripada kesan pengaruh peninggalan
warisan sejarah orang Yahudi-Kristian. Mereka juga mendakwa bahawa Islam
adalah merupakan suatu gambaran yang tidak tepat dan keliru mengenai agama
Kristian yang sebenar, dengan maksud bahawa Islam adalah agama yang
menyelewengkan agama Kristian yang sebenar. (Ibid, h. 488-489).
Isu tauhid juga diperkatakan oleh para orientalis secara tidak langsung ketika
mereka membincangkan tentang kedudukan nabi Muhammad s.a.w yang
dikatakan mengarang sendiri al-Quran. Menurut mereka, maklumat tentang
agama Kristian dalam kalangan orang Arab pada zaman Muhammad adalah
terbatas dan terhad. Tambahan pula iktikad yang dipegang oleh orang Kristian
yang hidup dalam masyarakat Arab adalah tidak berdasarkan kepercayaan yang
sebenar yang ada dalam ajaran Kristian.
Lantaran itu, banyak tersebar dalam kalangan mereka kepercayaan bid`ah yang
terpesong dari ajaran Kristian yang sebenar. Oleh kerana itu, masyarakat Arab
menolak penyaliban al-Masih (Isa) dan percaya bahawa doktrin Triniti merujuk
kepada tiga entiti iaitu Allah, Isa dan Maryam dan bukannya Bapa, Anak dan
Roh Yang Suci (Roh al-Quds). Maklumat salah yang tersebar dalam masyarakat
Arab inilah yang diketahui oleh Muhammad. Mereka mendakwa lagi, walaupun
Muhammad hanya mengetahui sedikit tentang ajaran Kristian, tetapi dia
mengetahui banyak tentang kelahiran Isa dan tentang ibunya Maryam (Zaqzuq,
1997; h. 89).
Apa yang cuba diketengahkan oleh orientalis di sini ialah pemikiran bahawa
seandainya Muhammad mengetahui banyak maklumat tentang ajaran Kristian
yang sebenar, tentu sekali dia tidak menolak ajaran Kristian, termasuk doktrin
Triniti yang dipegang oleh orang Kristian hari ini. Ini amat bertentangan secara
jelas dengan dasar ajaran tauhid yang mengajar manusia agar mengesakan Allah
s.w.t dari sebarang sekutu; tiada Tuhan lain selain daripadaNya; Dia tidak
beranak dan tidak diperanakkan dan Dia tidak pernah sama sekali
menempatkan zatNya dalam jasad manusia.

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

173

AKTIVITI1 10.2
1.

Jelaskan isu tauhid menurut kajian orientalisme.

2.

Huraikan beberapa pertentangan hujah orientalisme dengan


aqidah Islam.

10.3 ISU-ISU AL-NUBUWWAH MENURUT


KAJIAN ORIENTALISME
Isu al-Nubuwwah atau Kenabian ialah antara isu utama yang dibangkitkan oleh
tokoh-tokoh orientalis. Mereka menolak kenabian nabi Muhammad s.a.w dan
mendakwa bahawa beliau bukan diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menjadi rasul
terakhir bagi umat manusia. Orientalis dan para pendokong mereka seperti
Abdul Rahman al-Syarqawi dan Taha Husein cuba menggambarkan bahawa
Rasulullah s.a.w bukannya seorang rasul yang berperanan berdasarkan wahyu
yang diterimanya daripada Allah s.w.t, tetapi seorang utusan yang cuba
membebaskan masyarakat Arab daripada cengkaman penguasa besar seperti
Rom dan Parsi dan risalah Islam yang dibawanya hanyalah satu gerakan sosial
masyarakat Quraish untuk membebaskan mereka daripada cengkaman luar
yang terpisah dari cetusan wahyu yang diterimanya secara benar daripada
Tuhan (Anwar al-Jundi, 1984; h. 36).
Kenyataan ini turut dinyatakan oleh Renan yang mendakwa bahawa risalah
Muhammad adalah berpanjangan atau penerusan secara tabi`i daripada gerakan
keagamaan yang berkembang dalam masyarakat Arab pada zaman Muhammad
dan risalah yang dibawanya tidak mengandungi sesuatu yang baru (Zaqzuq,
1997; h. 88).
Keterangan yang dinyatakan di atas cuba menggambarkan bahawa risalah Islam
yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w adalah berdasarkan daya usaha dan
inisiatif baginda sendiri dalam berdakwah tanpa dikaitkan atau mempunyai
sebarang hubungan dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepadanya.
Mereka seolah-olah tidak meneliti fakta sejarah betapa peritnya Rasulullah s.a.w
berdepan dengan kaumnya sendiri dalam menjayakan gerakan Islam yang
dibawanya. Mereka lupa bahawa Rasulullah s.a.w terpaksa keluar dari
rumahnya pada waktu malam ketika masyarakat Quraish berkomplot untuk
membunuhnya, mereka lupa tentang peristiwa dia bersembunyi di gua Thur dan
bagaimana dia menerima wahyu daripada Allah s.w.t untuk memandu manusia
ke jalan yang benar (Anwar al-Jundi, 1984; h. 36).

174 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

Kalaulah Rasulullah s.a.w membawa ajaran berdasarkan inisiatifnya sendiri bagi


membebaskan masyarakat Arab daripada cengkaman luar atau dalam yang
mencengkam kehidupan mereka, sudah pasti cabaran yang terpaksa
dihadapinya daripada kaumnya sendiri tidak akan seteruk itu. Maksudnya
sekiranya perjuangan Rasulullah s.a.w adalah demi kebaikan masyarakat Arab,
maka mereka tidak akan menentang bahkan sebaliknya akan menyokong
perjuangan baginda.
Tambahan daripada itu, Mohammad Khalifa juga menyatakan bahawa ramai
orientalis mendakwa bahawa nabi Muhammad adalah seorang penyair, seorang
ahli fikir, seorang berpenyakit gila babi atau ahli sihir, atau seorang yang
bergantung kepada sumber-sumber Yahudi dan Kristian dalam usaha
mengarang al-Quran (Mohammad khalifa; 1983, h. 10; Mohammad Asin; 1998;
18). Richard Bell mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w bergantung pada kitab suci
agama terdahulu (al-kitab al-muqaddas), khususnya Perjanjian Lama (al-Ahd alQadim) iaitu bahagian kisah-kisah dalam menulis al-Quran.
Sebahagian daripada kisah balasan buruk seperti kisah Aad dan Thamud adalah
berdasarkan sumber-sumber Arab, tetapi sebahagian besar sumbernya diambil
oleh Muhammad daripada sumber-sumber Yahudi dan Kristian. Peluang
Muhammad hidup di Madinah digunakannya untuk mengetahui apa yang
terkandung di dalam Perjanjian Lama daripada orang-orang Yahudi yang tinggal
di Madinah (Zaqzuq, 1997; h. 88).
Orientalis juga mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w mengarang al-Quran
berdasarkan pengetahuannya tentang agama-agama lain sebelum Islam seperti
agama Yahudi dan Kristian. Sebagai contoh, mereka mendakwa bahawa nabi
Muhammad s.a.w mengumpul maklumat tentang agama Kristian, nabi Isa dan
ibunya Maryam berdasarkan apa yang diketahuinya daripada masyarakat
sekitarnya.
Mereka juga mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w mengetahui tentang
agama Kristian menerusi Buhaira, rahib atau paderi Kristian yang ditemuinya
ketika mengembara bersama bapa saudaranya ke Syam (Syria) dalam
rombongan perniagaan ke sana. Nabi Muhammad s.a.w kononnya dikatakan
mengamalkan apa yang diajar oleh rahib tersebut dalam hidupnya, kemudian
mengisytiharkan agama barunya berdasarkan maklumat yang diketahuinya
daripada rahib tersebut dan daripada pengikut agama Yahudi kepada manusia.
Semua pandangan ini adalah tidak bersandarkan kepada asas sandaran hujah
yang kukuh, sebaliknya ia hanyalah sekadar tekaan dan andaian semata-mata
(Ibid, h. 90).

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

175

Selain daripada itu, mereka juga telah menisbahkan kepada nabi Muhammad
s.a.w dengan sifat-sifat buruk dan negatif bagi mencemarkan imej baginda s.a.w
sebagai nabi yang mulia dan terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat.
Sebagai contoh, mereka mendakwa bahawa nabi Muhammad s.a.w sebagai
seorang lelaki yang menjadi pemuja nafsu seks dan hanya memikirkan tentang
wanita (al-rajul al-syahwani). Ini berdasarkan fakta bahawa baginda mengahwini
ramai wanita semasa hayatnya. Sandaran ini tidak benar kerana pada hakikatnya
kalaulah nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang memuja nafsu seks dan
mengutamakan perkara itu, tentu sekali dia tidak akan memilih dan mengahwini
Khadijah, seorang janda berusia 40 tahun yang pernah berkahwin dengan dua
orang lelaki sebelumnya (`Atiq bin `Aaiz al-Tamimi dan Abu Halah al-Tamimi).
Sebaliknya, dia pasti akan memilih gadis yang lebih muda dari usianya ketika
dia berkahwin dengan Khadijah iaitu 25 tahun, ataupun sekurang-kurangnya dia
tidak akan memilih gadis yang lebih tua daripadanya. Selain daripada itu,
sebelum beliau berkahwin dengan Khadijah, iaitu ketika baginda berusia 25
tahun, beliau masih terpelihara kehormatannya dan tidak pernah melakukan
perbuatan keji seperti berzina dan perkara-perkara maksiat yang lain. Sekiranya
baginda s.a.w adalah seorang yang menjadi pemuja nafsu dan gemarkan wanita,
sudah tentu baginda s.a.w sudah terlanjur melakukan perbuatan-perbuatan yang
keji tersebut (al-Buti; 2007, h. 81-83).
Seterusnya, selepas berkahwin dengan Khadijah, baginda melayari kehidupan
berumah tangga dengan Khadijah selama 25 tahun, iaitu sehingga Khadijah
meninggal dunia dalam usia 65 tahun dan baginda s.a.w pula berusia 50 tahun
ketika itu. Dalam tempoh tersebut, nabi Muhammad s.a.w tidak pernah
berpoligami. Ini membuktikan bahawa kalaulah baginda s.a.w adalah seorang
pemuja wanita, tentu sekali semasa dalam tempoh berumah tangga dengan
Khadijah itu, baginda akan berpoligami kerana umur baginda s.a.w masih muda
iaitu di antara 25 tahun hingga 50 tahun. Baginda s.a.w hanya berpoligami
selepas kematian Khadijah kerana sebab dan hikmah yang tertentu sesuai
dengan ketinggian kedudukannya sebagai seorang rasul serta demi tugas dan
dakwahnya dan bukannya bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu sematamata. Tambahan lagi, jikalau hawa nafsu merupakan matlamat dan tujuan hidup
baginda, pastinya gerakan dakwah Islam tidak akan berjaya dan berkembang ke
seluruh penjuru dunia (ibid, h. 83).

AKTIVITI 10.3
1.

Huraikan isu al-nubuwwah menurut kajian orientalisme.

2.

Huraikan beberapa pertentangan pandangan


tentang al-nubuwwah dengan aqidah Islam.

orientalisme

176 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

10.4 ISU-ISU I`JAZ AL-QURAN MENURUT


KAJIAN ORIENTALISME
Selain daripada isu tauhid dan kenabian, isu i`jaz al-Quran juga turut disentuh
dalam kajian orientalisme. Mereka tidak menerima kedudukan al-Quran sebagai
kitab suci yang dijaga ketulenannya oleh Allah s.w.t sepanjang zaman. Mereka
juga menolak keistimewaan al-Quran dari segi bahasa, makna dan rahsia-rahsia
yang terkandung di dalamnya. Mohammad Khalifa menerusi bukunya, The
Sublime Quran and Orientalisme telah memetik beberapa pandangan negatif
para orientalis terhadap al-Quran. Beliau memetik pandangan tokoh-tokoh
seperti Menezes, Draycott, William Muir, Wollaston dan Lammens yang
mengatakan bahawa al-Quran adalah ciptaan nabi Muhammad s.a.w
(Mohammad khalifa; 1983, h. 10; Mohammad Asin; 1998; 18).
George Sale (1697-1736 M.) misalnya, seorang orientalis dari England yang
pernah menulis mengenai al-Quran dan menterjemahkan al-Quran secara
langsung dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris pernah menyatakan bahawa
al-Quran tidak mengandungi apa-apa keistimewaan. Ia hanya karangan nabi
Muhammad dan penciptanya yang utama. Ini kerana nabi Muhammad adalah
orang yang mengambil inisiatif mengusahakan penulisan al-Quran dengan
bantuan para pembantunya dan usaha tersebut bukan merupakan satu usaha
yang mudah Zaqzuq, 1997; h. 87). Malahan menurutnya terdapat beberapa
istilah di dalam al-Quran yang diambil daripada agama Yahudi dan Kristian.
Sebagai contoh, istilah al-Quran surah adalah sama dengan istilah sedarim yang
ada dalam agama Yahudi dan istilah ayat yang sama dengan istilah ototh yang
bermakna tanda-tanda atau keajaiban (Mohammad Asin; 1998; 20).
Beliau juga mendakwa bahawa Muhammad s.a.w telah meniru cara orang
Yahudi membilang perkataan dan huruf bagi kitab suci mereka. Dakwaan jahat
ini adalah berdasarkan dakwaannya bahawa terdapat tujuh edisi al-Quran yang
mempunyai bilangan ayat yang berbeza-beza, namun bilangan perkataan dan
hurufnya adalah sama. Tujuh edisi tersebut ialah dua di Madinah, edisi ketiga di
Makkah, keempat di Kufah, kelima di Basrah, keenam di Syria dan ketujuh edisi
umum. Beliau mengambil kesempatan di atas kewujudan tujuh edisi tersebut
untuk meragukan keaslian edisi-edisi tersebut. Menurutnya, edisi pertama di
Madinah mempunyai 6,000 ayat; edisi kedua di Madinah dan edisi kelima di
Basrah mempunyai 6,214 ayat; edisi ketiga di Makkah mempunyai 6,219 ayat;
edisi keempat di Kufah mempunyai 6,236 ayat; edisi keenam di Syria
mempunyai 6,226 ayat dan edisi ketujuh mempunyai sebanyak 6,225 ayat.
Sungguhpun edisi-edisi tersebut mempunyai bilangan ayat yang berbeza, ia
mempunyai perkataan yang serupa iaitu 77,639 perkataan dan bilangan ayat
yang serupa iaitu sebanyak 323,015 huruf (Ibid, h. 21).

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

177

Pandangan yang orientalis yang menyatakan bahawa al-Quran ditulis adalah


tidak tepat berdasarkan kenyataan bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah
seorang yang buta huruf dan tidak mampu untuk menulis sendiri al-Quran
dengan tangannya sendiri. Sekiranya Rasulullah s.a.w. mengarang al-Quran
dengan bantuan para penyokongnya berdasarkan pengetahuannya mereka
tentang agama-agama lain atau ilmu pengetahuan yang berkembang dalam
masyarakat Arab ketika itu, ia juga tidak tepat kerana kitab-kitab agama lain dan
ilmu pengetahuan asing ditulis bukan dalam bahasa Arab dan gerakan
penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab belum lagi berlaku ketika itu.
Faktor ini tentu sekali menyukarkan orang-orang Arab yang kebanyakannya
buta huruf untuk memahami kandungan ilmu pengetahuan asing untuk
dimasukkan di dalam al-Quran. Dakwaan seperti ini juga bukan merupakan
dakwaan yang baru, tetapi pernah ditohmahkan oleh orang-orang Quraish
terhadap nabi Muhammad s.a.w.. Firman Allah s.w.t:

( yz#u s% n=t t%tr&u 1utI$# 7) H) !#xy ) (#xx. t%!$# t$s%u

#Yu $V= !%y` s)s

Maksudnya:

Dan orang-orang kafir berkata: "Al-Quran ini tidak lain hanyalah pembohongan
yang diada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaumnya yang lain
(iaitu para sahabatnya yang telah memeluk Islam); maka sesungguhnya mereka
telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar.
Al-Furqan (25): 4
Adapun kewujudan beberapa versi al-Quran, ia adalah merujuk kepada bilangan
versi corak bacaan atau bentuk qiraat al-Quraan yang tujuh dan cara pengiraan
huruf-hurufnya adalah berdasarkan ijtihad para ulama Islam. Al-Quran hanya
ada satu versi sahaja yang diterima oleh seluruh kaum muslimin kecuali
segelintir pendokong mazhab Syiah melampau yang berpandangan ada lagi
mushaf Fatimah yang berbeza dengan Mushaf Uthmani yang ada kini. Ini
berbeza dengan versi Bible yang pelbagai yang jelas menunjukkan bahawa kitab
tersebut telah ditokok tambah dan diubah dari kitab Injil sebenar yang telah
diturunkan kepada nabi Isa a.s. Al-Quran yang diturunkan kepada nabi
Muhammad s.a.w. hanya ada satu dan ia sentiasa dipelihara ketulenannya oleh
Allah s.w.t sebagaimana firmanNya:

178 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

tptm: s9 $)u t.e%!$# $u9t tw $)


Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Sesungguhnya Kami


benar-benar memelihara (kesucian dan kemurniannya).
Al-Hijr (15): 9
FirmanNya lagi,

t ,t $tu 3ux $tu /37m$| | $t 3uy #s) f9$#u


4yr ru ) u ) #uo;$#

Maksudnya:

Demi bintang ketika ia terbenam, sahabatmu (Muhammad) tidak sesat dan


tidak pula keliru. Dan tiada yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut
kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan (kepadanya).
Al-Najm (53): 1-4
Sebilangan orientalis juga cuba menolak i`jaz al-Quran berdasarkan isu naskh
atau pemansuhan sesetengah ayat al-Quran terhadap ayat yang lain. Bagi
mereka, apabila berlaku hal ini ini membayangkan bahawa Allah s.w.t
mengubah mindaNya (God changing His mind), kerana itu berlaku unsur tidak
konsisten iaitu apa yang Dia buat hari ini, Dia boleh ubah esoknya (what He
does today He may recall tomorrow). Ini dibuktikan berdasarkan terdapatnya
ayat-ayat yang berkontradik dengan ayat-ayat yang telah dimansuhkan di dalam
al-Quran. Sepatutnya sesuatu yang kekal iaitu ayat al-Quran yang diturunkan, ia
akan terus kekal tidak berubah. Mereka cuba membayangkan atau menafsirkan
bahawa penasakhan (abrogation) ayat al-Quran bermaksud pembatalan
(cancellation) ayat terdahulu dan penggantiannya (its replacement) dengan ayat
(baru) yang bercanggah itu dan ini merupakan satu penisbahan sesuatu yang
tidak wajar bagi Tuhan iaitu Allah mengubah mindaNya. Dakwaan ini tidak

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

179

tepat kerana Allah tidak pernah mengubah mindaNya. Manakala penghujahan


yang disandarkan kepada sangkaan wujudnya keterangan yang dilihat sebagai
bercanggah di dalam nas-nas wahyu di atas tidak sama sekali menyokong
dakwaan tersebut. Ini kerana segala perintahNya kepada manusia adalah
berdasarkan kehendakNya sendiri, sesuai dengan kebijaksanaanNya. Semua
yang berlaku adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang yang
telah ditentukan sejak azali oleh Allah s.w.t (a part of a long-term plan
predetermined by God). Hal ini juga diterima oleh orang-orang Yahudi, Kristian
dan Islam bahawa pada peringkat awalnya Allah s.w.t memerintahkan Ibrahim
a.s agar mengorbankan anaknya Ismail, dan perintah itu ditunaikannya dengan
mempersiapkan anaknya untuk disembelih. Kemudian perintah tersebut
dimansuhkan dan seterusnya dia diperintahkan menyembelih seekor binatang
iaitu biri-biri (Ibid, h. 96).
Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan bahawa gerakan orientalisme
adalah satu gerakan untuk meruntuhkan asas binaan Islam dan memberi
gambaran yang mengelirukan tentang isu-isu yang berkaitan dengan Tauhid,
al-Nubuwwah dan i`jaz al-Quran. Dalam isu Tauhid, para orientalis yang
sebahagian besarnya berlatarbelakangkan agama Kristian cuba menggambarkan
bahawa konsep Tauhid yang difahami oleh umat Islam sebagai konsep yang
sukar difahami dan bertentangan dengan konsep yang ada pada mereka.
Manakala dalam isu al-Nubuwwah, mereka cuba menggambarkan bahawa
Muhammad s.a.w bukanlah seorang nabi yang berperanan dalam membawa
misi risalahnya berdasarkan panduan wahyu yang diterima daripada Allah s.w.t,
tetapi berdasarkan himpunan pengetahuan yang diketahuinya daripada sumbersumber manusiawi. Manakala dalam isu i`jaz al-Quran pula, mereka cuba
menggambarkan bahawa al-Quran adalah karya yang dikarang oleh nabi
Muhammad s.a.w yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan mukjizat
yang unggul.
Pada hakikatnya, apa yang diusahakan oleh orientalis dalam kajian mereka dan
dalam gerakan Orientalisme bagi mengelirukan umat manusia tentang isu-isu
aqidah Islam ini sebenarnya telah mengesahkan apa yang dinyatakan di dalam
al-Quran bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan
reda dengan agama Islam dan kerana itu mereka akan melakukan pelbagai cara
dan pendekatan untuk menghancurkan ajaran Islam sama ada menerusi kaedah
ketenteraan ataupun menerusi gerakan intelektual yang digerakkan di pelbagai
institusi kajian ketimuran di negara Barat.

180 TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH DARI ORIENTALISME

AKTIVITI 10.4
1.

Huraikan pandangan orientalis


al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran.

dalam

isu

tauhid,

2.

Jelaskan secara ringkas pertentangan pandangan orientalisme


dengan aqidah Islam.

Orientalisme adalah bertujuan untuk meruntuhkan asas-asas aqidah Islam


dengan berselindung di sebalik tabir kajian ilmiah.

Sejarah kemunculan orientalisme adalah susulan kegagalan Barat dalam misi


ketenteraan untuk menghancurkan dan meruntuhkan umat dan agama
Islam.

Pandangan orientalisme dalam isu Tauhid, al-Nubuwwah dan i`jaz al-Quran


adalah bertentangan dengan hujah-hujah ilmiah yang meyakinkan dari
perspektif aqidah Islam.

Banyak pandangan orientalisme bertentangan dengan aqidah Islam.


Orientalisme adalah kajian sarjana Barat terhadap hal ehwal ketimuran
termasuk isu aqidah.
Orientalisme mempunyai pandangan dan tafsiran yang salah dalam isu
Tauhid, al-Nubuwwah dan I`jaz al-Quran.

`Abd al-`Azim, Ibrahim Muhammad al-Mu`ti, Dr (1993). Awrubba fi Muwajahah


al-Islam: al-Wasail wa al-Ahdaf. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Bahi, Muhammad (1981). al-Fikr al-Islami al-Hadith wa Silatuhu al-Isti`mar
al-Gharbi. Kaherah: Maktabah Wahbah.

TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AQIDAH MENURUT ORIENTALISME

181

Al-Buti, Sa`id Ramadan, Dr (2007). Fiqh al-Sirah ma`a Mujaz li Tarikh al-Khilafah
al-Rasyidah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir & Damsyik: Dar al-Fikr.
Anwar al-Jundi (1984). Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqin fi al-`Ulum
al-Islamiyyah. Kaherah: Maktabah al-Turath al-Islami.
Indriaty Ismail (1998). Orientalisme: Pengenalan ringkas dalam Islam dalam
persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam, UKM.
Mohamed Asin Dollah (1998). Persepsi orientalis terhadap Quran: Rujukan

khusus kepada pandangan George Sale ( 1697-1736) dalam Islam dalam


persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam, UKM.
Mohammad Khalifa (1983). The sublime Quran and orientalisme, London & New
York: Longman Inc.
Muhammad al-Ghazali (1975). Difa` `an al-`Aqidah wa al-Syari`ah Didd Mata`in
al-Mushtayriqin. Kaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah.
Zaqzuq, Mahmud Hamdi (1997). Al-Istiyraq wa al-Khalfiyyah al-kriyyah li
al-Sira` al-Hadari. Kaherah: Dar al-Ma`arif.

Anda mungkin juga menyukai