Anda di halaman 1dari 28

PENULISAN JURNAL

PENULISAN JURNAL
MINGGU PERTAMA
(21 JUN 2 5 JUN 2009)
MASALAH
Sepanjang seminggu saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan
Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT), saya mendapati guru-guru yang bertugas di
sekolah tersebut agak kurang mesra khususnya guru-guru perempuan. Ini
dapat dilihat sewaktu melaporkan diri di pejabat, beberapa orang guru
memandang sinis pada semua guru pelatih praktikum yang melapor diri
pada waktu itu. Sewaktu perhimpunan pula, saya dan guru pelatih praktikum
lain bagaikan terasing dalam majlis tersebut.
Sepanjang seminggu praktikum juga saya, berada di bilik guru untuk
menunjukkan kehadiran saya sebagai guru praktikum di sekolah tersebut
dan ingin mengenali guru-guru di SKSAT dengan lebih dekat. Namun,
masing-masing suka membuat hal sendiri dan dan tidak bertegur sapa
dengan saya dan rakan-rakan guru praktikum yang lain. Mereka tidak cukup
mesra untuk bertegur dengan kami dan hanya berbicara sepatah dua kata
sahaja untuk beberapa persoalan tertentu sahaja. Malahan, mereka hanya
berbicara dengan rakan sejawatan sahaja
ANALISIS MASALAH
Dari pemerhatian saya, dapati punca-punca guru-guru di SKSAT bersikap
dingin terhadap saya ialah kerana istilah guru KPLI. Ini kerana seringkali
guru-guru lama kurang mesra dengan guru baru khususnya guru dari
lepasan KPLI. Istilah KPLI ini membezakan kelulusan antara guru-guru
tersebut dengan guru lepasan KPLI iaitu KPLI bertaraf ijazah dengan gred
DG41 manakala mereka tidak semuanya berkelulusan demikian malah lebih
rendah dari DG41. Di SKSAT, hanya 17 orang guru sahaja yang berkelulusan
ijazah dengan gred DG41 manakala selebihnya adalah DG 32 DAN DG38.
Mereka mungkin berasa rendah diri dengan saya dan rakan-rakan praktikum
yang lain berdasarkan kelulusan tersebut.
Di samping itu juga, mereka tidak cukup mesra kerana kelihatan guru-guru
sibuk dengan jadual pengajaran kelas dan perlu melengkapkan rancangan
pengajaran serta membuat refleksi hasil dari pengajaran untuk hari tersebut.
Selain dari penulisan tersebut, mereka juga tidak terkecuali dengan aktivitiaktiviti sekolah di bawah pengendalian masing-masing. Jadi, peruntukan
masa untuk mereka adalah sangat terhad kerana kesibukan dengan pelbagai

aktiviti yang perlu dilakukan menyebabkan mereka tidak ada masa untuk
berbicara dengan saya sebagai guru praktikum di sekolah tersebut.
CADANGAN
Untuk menyelesaikan permasalahan ini, beberapa alternatif perlu saya ambil
agar sikap dingin dan tidak mesra ini dapat diatasi. Pertamanya, apabila
berjumpa guru-guru sama ada lelaki mahu pun perempuan, saya akan
sentiasa senyum dan memberi salam kepada mereka. Ini sebagai permulaan
kepada perkenalan untuk membina hubungan yang seterusnya sebagai
rakan sejawatan. Senyuman juga dapat menimbulkan rasa senang apabila
berjumpa dengan saya yang di anggap guru baru di sekolah tersebut. Dan,
ini mungkin dapat merubah persepsi mereka sebelum ini yang menganggap
guru praktikum KPLI adalah sombong.
Di samping itu, segala apa yang berlaku pada minggu pertama saya tidak
akan mengambil hati dan membiarkan keadaan tersebut makin berlarutan.
Keadaan tersebut saya anggap sebagai satu cabaran sebagai guru baru yang
memulakan perkhidmatan di tempat baru. Saya berpegang kepada pepatah
alah bisa tegal biasa iaitu apabila sudah lama ia akan menjadi satu rutin
yang biasa. Saya akan bertindak dengan mengenalpasti waktu lapang guruguru tersebut untuk memberi ruang kepada kami berbicara dan berkongsi
pengalaman dan cara mengajar di antara guru baru dengan guru lama dan
dalam masa yang sama saya mendapatkan maklumat pelajar yang di
kenalpasti bermasalah untuk di beri bimbingan.
Selain itu, saya akan mendekati guru-guru yang kelihatan mesra untuk
mengenalinya dengan lebih rapat dan sekaligus mengenali guru-guru yang
lain melalui guru tersebut. Ini adalah dapat melihat gambaran kasar
personaliti guru-guru lain sebelum mengenali dengan lebih dekat. Dan, guruguru yang mesra biasanya akan memperkenalkan guru baru yang
mendekatinya kepada guru-guru lain. Mungkin juga dia akan bercakap
dengan guru lain pada waktu tertentu tentang guru-guru baru yang datang
bertegur dengannya.
Bahkan, saya akan cuba menyibukkan diri dengan aktiviti sekolah. Mislanya,
SKSAT memerlukan tenaga pengajar untuk aktiviti tarian Caklempong pada
waktu petang. Sekali pun tarian tidak berada di bawah bidang kaunseling,
tetapi saya menawarkan diri kepada guru yang mengendalikan tarian
tersebut sebagai pembantu kepada untuk membuat pemntaun sewaktu
pelajar membuat latihan. Saya juga akan sentiasa memerhati jika ada guru
yang ingin melaksanakan sesuatu aktiviti, saya akan tawarkan diri sebagai
pembantunya untuk mengendalikan sesuatu aktiviti.

TEMPOH PENYELESAIAN
28/8/2009 hingga 2/8/2009 iaitu selama 1 minggu
TINDAKAN SUSULAN
Saya melihat jadual keseluruhan sekolah di mana tertera nama guru dan
kelas yang diajar. Dan, peringkat permulaan saya juga membuat
pemantauan dalam bilik guru di mana saya melihat nama-nama yang
dilekatkan di meja masing-masing dan kemudian melihat guru yang akan
duduk di meja tersebut. Bahkan, jika saya melihat ada guru yang tidak sibuk
saya akan mendekatinya dan bertanya perihal kelas yang diajar dan
mengajaknya untuk makan bersama di kantin. Manakala semasa
perhimpunan atau jika ada majlis tertentu, saya akan berada dalam
kalangan guru-guru SKSAT dan mencadangkan guru-guru pelatih praktkum
yang lain agar bertindak perihal yang sama agar kami tidak dilihat berada
dalam kelompok guru-guru praktikum sahaja, sebaliknya mesra di manamana sahaja berada.
CATATAN
Melalui beberapa altenatif yang diambil, senyuman memberi kesan
penerimaan guru-guru terhadap guru baru. Sebagai guru baru, perkara
pertama sewaktu menghadirkan diri di sesebuah sekolah ialah sentiasa
memberikan senyuman sebagai tanda menghormati guru lama. Ini akan
memberi persepsi positif dari guru lama tentang sikap guru baru.
Bahkan, sentiasa bertanya dan ingin belajar sesuatu dari guru yang
sememangnya sudah berpengalaman kerana pengalaman mereka jauh lebih
banyak dan dapat dijadikan panduan sebelum pengajaran. Kelebihan yang di
perolehi dijadikan sebagai panduan manakala kelemahan dijadikan iktibar
agar dapat mendidik generasi di masa akan datang denga mendidiki ilmu
yang betul.
Guru praktikum perlu menunjukkan sikap yang mesra dan tidak sombong.
Memandangkan ini kali pertama menjalani praktikum di sekolah, jadi sebagai
guru pelatih praktikum, saya perlu menunjukkan sikap mesra dan tidak
sombong. Ini adalah sikap profesional yang perlu di amalkan dalam
menjalankan tugas seharian dan permulaan kepada cara untuk berinteraksi
dengan rakan sejawatan.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KEDUA
(28 JUN 2 JULAI 2009)
MASALAH
Pada minggu pertama pengajaran dan pembelajaran saya tidak dapat
dijalankan sepenuhnya disebabkan oleh aktiviti pengurusan dan pentadbiran
dan beberapa perkara yang lain. Pada minggu kedua ini, saya mula
menghadapi masalah untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran
kerana jadual kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diperolehi dari sumber
guru data sekolah SKSAT tidak sama dengan jadual sebenar yang terkini.
Justeru, saya mengalami kesukaran untuk merancang Rancangan Pengajaran
Harian saya.
ANALISIS MASALAH
Pada pendapat saya, punca kepada permasalahan yang saya hadapi ialah
kerana saya tidak menyemak jadual tersebut terlebih dahulu dengan setiap
guru kelas. Saya menerima segala maklumat dan beranggapan tiada
sebarang kesilapan yang berlaku. Saya juga tidak bertanya kepada guru data
SKSAT tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada jadual tersebut.
CADANGAN
Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil langkah yang sepatut saya
lakukan iaitu berjumpa dengan guru data SKSAT iaitu En Zahir untuk
mendapatkan maklumat yang tepat tentang jadual kelas yang terkini dan
jadual kelas yang telah diubah. Ini kerana beliau merupakan guru yang
menyediakan segala maklumat yang berkaitan dengan SKSAT khususnya
dalam penyusunan jadual setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan
sebarang perubahan jadual dalam jadual kelas dan jadual guru diubahsuai
oleh beliau.
Selain dari mendapatkan maklumat dari guru data SKSAT, saya juga boleh
berjumpa dengan mana-mana guru kelas yang terlibat iaitu guru kelas di
mana saya akan membuat bimbingan kelas di kelas tersebut. Guru kelas
sememangnya mempunyai buku rekod kehadiran yang khusus beserta
bilangan murid mengikut jantina, bangsa dan beberapa maklumat penting
yang lain. Jadi, sudah pasti maklumat yang diperolehi adalah tepat.
Di samping itu, saya boleh mengambil inisiatif lain seperti berkunjung ke
kelas yang terlibat dengan bimbingan kelas yang akan saya kendalikan dan
bertanya kepada murid-murid di dalam kelas tersebut. Dan, maklumat akan

diperolehi secara lisan melalui pertanyaan dengan murid dan secara bertulis
sepertimana tercatat di dalam jadual kelas yang biasanya di tampal di papan
kenyataan di baris hadapan dinding kelas.
TEMPOH PENYELESAIAN
28 Jun 2009 hingga 2 Julai 2009 iaitu selama seminggu.
TINDAKAN SUSULAN
Saya berbincang dengan guru pembimbing yang akan membimbing saya
sepanjang 3 bulan menjalani praktikum ini dan berbincang tentang
pemasalahan yang di hadapi. Rasional daripada beliau ialah berjumpa
dengan guru data di SKSAT. Ini kerana guru data yang mengendalikan semua
maklumat berkenaan susunan jadual kelas mengikut Tahap 1 dan Tahap 2
dan jadual setiap guru. Bahkan, sebarang perubahan beliau akan terima
terlebih dahulu sama ada daripada guru terlibat dengan mana-mana kelas
yang mengalami perubahan tersebut atau pun dari pihak pentadbiran iaitu
PK Pentadbiran tentang perubahan sebarang jadual kelas.
Saya juga perlu sentiasa berhubung dengan guru-guru kelas yang terlibat
dengan kelas bimbingan yang saya kendalikan pada masa itu dan
mendapatkan terus salinan jadual kelas dari guru-guru tersebut dan
membuat salinan fotostat. Maklumat tentang jadual kelas yang tepat dapat
diperolehi terus dan cepat. Dan, sekaligus saya dapat menyusun
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang akan saya kendalikan.
CATATAN
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan seseorang guru pelatih praktikum
perlu ada kesungguhan dan kepercayaan serta berani mengambil risiko. Hal
ini berkait rapat dengan saya khususnya untuk mendapatkan maklumat
pada dua minggu pertama menjalani praktikum. Ini kerana segala maklumat
yang diperlukan perlu disegerakan pada minggu pertama dan
penambahbaikan boleh dilakukan pada minggu kedua praktikum.
Cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang tepat
tentang jadual kelas yang sebenar ialah mendapatkan maklumat dari guru
kelas kerana guru kelas sememangnya ada jadual kelas sendiri untuk
kelasnya dan jadual tersebut telah ditetapkan di awal tahun sesi
persekolahan lagi. Jadual tersebut akan ditampal di papan kenyataan setiap
kelas di sudut hadapan dinding kelas. Dan, semua murid akan mengikuti sesi
pembelajaran berdasarkan jadual tersebut sepanjang sesi persekolahan.
Manakala beberapa cadangan lagi seperti berjumpa guru data atau bertanya
dengan murid-murid yang berada dalam kelas terlibat adalah turut berkesan.

Cuma, cara pendekatan yang berbeza dan hasil yang akan diterima juga
berbeza mengikut jangkamasa yang lambat sedikit berbanding dengan cara
mendapatkan terus maklumat dari guru kelas. Dan, maklumat juga akan
ralat dengan maklumat sebenar sekiranya tidak di semak balik dengan
individu yang terlibat dalam penyusunan jadual tersebut.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KETIGA
(5 JULAI 9 JULAI 2009)
MASALAH
Masalah yang saya hadapi ialah hilang kawalan murid semasa
mengendalikan kelas. Saya mengendalikan kelas bagi kumpulan Tahap 1
iaitu Tahun 2 bagi aktiviti bimbingan kelas. Tahun 2 mengandungi 5 kelas
dengan peringkat pandai,sederhana dan lemah. Semasa mengendalikan
kelima-lima kelas ini,saya hilang kawalan untuk mengawal kelas. Muridmurid menjadi bising dan sukar mengikut arahan.
ANALISIS MASALAH
Faktor pertama berlakunya masalah ini penerimaan murid-murid Tahun 2
adalah berbeza dengan murid-murid dari Tahap 2. Konsep belajar sambil
bermain adalah menjadi rutin dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
murid Tahap 1 khususnya Tahun 2. Jadi, mereka lebih banyak bermain dalam
setiap aktiviti berbanding kemahiran mendengar dan melihat.
Keduanya,saya tiada pengalaman mengurus kelas, khususnya murid-murid
sekolah rendah. Pendekatan mengurus kelas pelajar sekolah rendah amat
berbeza dengan mengurus pelajar sekolah menengah. Saya tidak
mengetahui pendekatan yang perlu digunapakai sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran sehingga kelas menjadi bising dan tidak terkawal.
Selain itu penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang tidak pelbagai.
Penggunaan BBM yang saya gunakan kurang menarik minat pelajar dan hasil
yang diperolehi tidak memberi nilai yang diinginkan seperti mana hasil
pembelajaran yang dirancang. Penggunaan BBM saya juga kurang pelbagai
dan terhad kepada satu warna sahaja. Dr Rajbir Kaur (2005), terdapat
gangguan komunikasi berlaku dalam bilik darjah kerana aktiviti
pembelajaran yang kurang menarik jika guru mengelolakan aktiviti
pembelajaran yang kurang menarik, minat murid-murid untuk belajar akan
berkurangan dan mereka akan cenderung untuk membuat bising dalam bilik
darjah.

Bahkan,suara yang kurang jelas juga membuatkan pelajar hilang tumpuan.


Suara saya yang perlahan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang
berjumlah 35 hingga 40 orang. Kawalan kelas terganggu kerana murid tidak
dapat mendengar arahan guru dengan jelas.
Istilah guru baru juga membuat murid mengambil kesempatan terhadap
guru baru. Mereka sudah biasa dengan guru mereka yang bersuara lantang
dan tegas. Jadi,mereka lebih menghormati guru dan mendengar arahan guru
mereka.
CADANGAN
Untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini iaitu mencari pendekatan
yang sesuai untuk p&p bagi murid Tahun 2 iaitu berjumpa dengan guru kelas
Tahun 2 dan bertanya cara mereka mengajar dan membuat kawalan kelas
sewaktu mengendalikan kelas masing-masing. Saya juga boleh berkongsi
pengalaman dengan guru-guru terlibat bagi mempraktifkan p&p dan
kawalan yang berkesan. Ini kerana guru-guru terlibat sudah berpengalaman
lebih kurang 3 hingga 4 tahun di sekolah tersebut. Saya juga perlu kreatif
dan mencari kesesuaian khususnya dari segi penggunaan BBM. BBM yang
digunakan mesti sesuai dengan tahap penerimaan murid Tahun 2, menarik
minat untuk melakukan aktiviti dan dapat memberi nilai selepas
pembelajaran. Saya akan menggunakan BBM lain untuk setiap kelas agar
murid-murid tidak mempelajari perkara yang sama.
TEMPOH PENYELESAIAN
Tempoh penyelesaian yang diambil selama 3 minggu kerana saya akan
memasuki kelas Tahap 1 iaitu Tahun 2 pada 3 minggu akan datang
sepertimana yang dijadualkan. Jadi,dalam tempoh ini, saya akan
mempraktikkan sebaik mungkin langkah-langkah penyelesaian kepada
masalah ini.
TINDAKAN SUSULAN
Saya berjumpa dengan guru pembimbing dan cara pendekatan yang sesuai
semasa pengajaran bagi pelajar Tahun 2. Guru pembimbing memberi
beberapa penekanan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid
Tahap 1 khususnya Tahun 2 iaitu menggunakan suara yang lantang dan
tegas sewaktu kali pertama memasuki kelas. Ini kerana.pandangan pertama
murid terhadap memberi kesan untuk proses p&p yang seterusnya. Ini akan
menimbulkan rasa hormat mereka kepada guru.
Selain itu, perlulah perbincangan dengan murid-murid sebelum memulakan
aktiviti. Murid bukan sekadar mendengar sahaja, tetapi melihat dan

mengaplikasikam apa yang diajari. Ini membolehkan nilai yang diinginkan di


sampaikan dengan oleh guru diperolehi selepas p&p. Disamping itu,saya
sentiasa membuat peneguhan positif misalnya memberi pujian kepada murid
yang sentiasa menjawab soalan.
CATATAN
Penggunaan BBM yang pelbagai dapat menarik minat pelajar sewaktu proses
p&p. Selepas memasuki kelas yang terakhir tahun 2, saya menerima respon
yang kurang memuaskan. Selepas itu untuk kelas yang seterusnya,saya
mempelbagaikan BBM untuk p&p dan lebih banyak berinteraksi dengan
murid. Hasilnya amat memberangsangkan dan murid mendapat nilai-nilai
murni hasil pembelajarannya.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KEEMPAT
(12 JULAI 16 JULAI 2009)
MASALAH
Pada minggu ini saya berasa lebih selesa dan bersedia untuk mengajar.
Hubungan saya dan pelajar mula rapat dan saya juga dapat mengingati
nama mereka walaupun bukan secara keseluruhannya. Antara masalah yang
saya hadapi ialah ada sesetengah murid tidak memberi perhatian semasa
saya mengajar dan membuat bising dalam kelas. Ini dapat dilihat khususnya
dalam kalangan kelas yang terakhir. Mereka tidak memberi tumpuan
terhadap apa yang diajar oleh guru, tidak memahami apa yang disampaikan
oleh guru, tidak menunjukkan minat untuk belajar, kurang komitmen
terhadap pelajaran dan ada yang tidak pandai membaca.
Blair, Jones & Simpson, 1991 menyatakan:
Apabila guru-guru menjejakkan kakinya ke dalam kelas pertama kali akan
menyedari terlalu banyak perbezaan di kalangan pelajar-pelajarnya. Guru
harus berusaha menyelidik dengan mendalam bentuk-bentuk perbezaan
yang wujud. Sejauh mana kesan perbezaan individu mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran juga perlu diketahui.
ANALISIS
Daripada masalah di atas saya telah membuat beberapa pemerhatian,

siasatan dan temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan
mereka. Selain itu saya juga banyak mendapat maklum balas daripada guruguru lain yang juga mengajar mata pelajaran lain di kelas tersebut. Antara
dapatan yang saya dapat ialah mereka tidak begitu cekap dalam
penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) terutamanya murid kelas
3 Firus.
Dunn dan Dunn (1978, 1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai
kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses dan
mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Kecenderungan seseorang
individu ini dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi,
sosiologi, fizikal dan psikologi.
CADANGAN
Untuk mengatasi masalah di atas saya telah membuat beberapa tindakan
dan cadangan. Antaranya adalah bagi mengatasi masalah murid-murid
membuat bising dan tidak memberi perhatian semasa P&P iaitu
menggunakan strategi pengajaran yang efektif iaitu membuat (hands-on)
aktiviti yang sentiasa melibatkan penglibatan murid setiap kali P&P
dijalankan. Mok Soon Sang (2008), strategi dan kaedah mengajar yang
digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti pengayaan
manakala murid-murid yang belajar lambat dibimbing dengan aktiviti
pemulihan.
Saya juga akan memanggil nama mereka yang selalu membuat bising dan
saya akan pandang tepat ke mukanya sebagai amaran tegas dan sekiranya
mengulangi kesalahan saya menyuruhnya duduk di meja yang diletakkan
khas berdekatan dengan meja guru dan di hadapan kelas. Cara ini juga
adalah sebagai peringatan kepada murid-murid lain jika mereka melakukan
perbuatan sama, maka mereka juga akan dihukum sedemikian.
Dan, saya telah menetapkan beberapa peraturan kelas sebelum memulakan
sesi pengajaran yang perlu dipatuhi semasa saya sedang mengajar iaitu
sebarang bentuk perbualan bukan berkaitan dengan P&P adalah dilarang.
Mereka hanya dibenarkan bertanya soalan berkaitan dengan pelajaran dan
perlu mengangkat tangan terlebih dahulu untuk bertanya. Jika ada dalam
kalangan mereka melanggar peraturan tersebut saya akan memanggil
mereka dan diarahkan berdiri selama 5 minit di hadapan kelas sehingga
meraka kembali diam dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
TEMPOH MASA PENYELESAIAN
19 Julai 2009 23 Julai 2009 (1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan menggunakan aktiviti sampingan menyanyi dengan melakukan
pergerakan seperti lagu pentenaga iaitu Pizza Hut, McDonald dan Kentucky
Fried Chicken yang mampu menarik minat murid-murid untuk memberi
perhatian semasa saya mengajar. Ini kerana murid-murid Tahap 1 lebih suka
belajar sambil bermain. Jadi, nyanyian dapat membantu mereka memberi
tumpuan kepada guru dan dalam masa yang sama guru dapat menyelitkan
isi p&p. Dr Rajbir Kaur (2005), di dalam peringkat permulaan guru berjaya
memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia
mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat.
Saya juga perlu menetapkan peraturan awal sebelum mengajar iaitu akan
mengambil nama mana-mana murid yang tidak mahu membuat kerja dan
membuat bising untuk dihantar kepada guru disiplin. Peraturan sebegini
perlu sebelum P&P kerana mereka akan memberi tumpuan terhadap apa
yang diajar oleh guru. Hal ini juga kerana guru disiplin SKSAT iaitu En
Muzaffar ditakuti oleh murid-murid kerana jika mereka melakukan kesalahan
mereka akan dihantar kepada guru disiplin dan akan dirotan oleh guru
tersebut .
Menerapkan disiplin kepada murid-murid sebelum pengajaran agar aktiviti
pengajaran tiada sebarang gangguan dan dapat dilaksanakan dengan lancar
dan bertindak lebih tegas tetapi bukannya kekerasan iaitu guru tidak
menghukum tetapi menunjukkan ketegasan seseorang guru sewaktu pada
awal pengajaran agar murid dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru. Mok Soon Sang (2008), disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja
dalam kalangan murid dapat diperhatikan dalam segala proses pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja
bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru.

CATATAN
Iklim sokongan yang positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Kunci
kawalan disiplin pelajar adalah konsisten penguatkuasaan peraturan dengan
berkesan. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi
dengan penguasaan peraturan dalam apa jua keadaan. Walaupun setiap
pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan, tetapi tidak semua situasi
pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian, situasi yang
berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KELIMA
(19 JULAI 23 JULAI 2009)
MASALAH
Pada minggu ini, saya semakin selesa dengan persekitaran sekolah dan
kelas. Walaupun bagaimanapun, saya mula menghadapi masalah baru.
Minggu ini saya mula menjalankan aktiviti bimbingan kelas bagi murid-murid
Tahap 2 iaitu Tahun 4. Aktiviti yang dirancang adalah melibatkan aktiviti
kumpulan. Namun, apabila saya menjalankan aktiviti ini, kebanyakan tidak
bersesuaian dengan kelas kerana beberapa faktor misalnya bilangan murid
antara lelaki dan perempuan. Murid perempuan lebih ramai berbanding
murid lelaki. Jadi, apabila pembahagian kumpulan yang melibatkan mengikut
jantina, kumpulan murid lelaki menghadapi masalah ahli yang tidak
mengcukupi dan tidak seimbang dengan murid perempuan. P&P oleh guru
terganggu dan kelas menjadi bising kerana murid lelaki bersuara bahawa
aktiviti ini tidak adil bagi kumpulan mereka.
ANALISIS
Pada pandangan saya, berlakunya masalah ini sewaktu menjalankan aktiviti
bimbingan adalah kerana pemilihan modul yang tidak bersesuaian dan tidak
mengambil kira bilangan murid dalam kelas. Hal ini kerana aktiviti yang ingin
dilaksanakan memerlukan murid-murid membentuk dua kumpulan iaitu
kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan yang sama banyak. Manakala
bilangan sebenar murid lelaki dan murid perempuan dalam kelas pula tidak
seimbang dari segi bilangannya.
Dan, guru tidak mendapatkan maklumat awal tentang bilangan murid
mengikut jantina sebelum menetapkan aktiviti yang ingin dilaksanakan. Jadi,

apabila jumlah bilangan murid antara lelaki dan perempuan tidak diketahui
maka ia tidak selari dengan apa yang rancang oleh guru untuk pengajaran
dan pembelajaran.
CADANGAN
Pemilihan modul yang bersesuaian dengan bilangan murid dengan
mengambil kira jantina murid adalah sangat penting. Guru perlu membuat
penilaian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti bimbingan.
Ini dapat membantu guru dalam kelancaran P&P. Mok Soon Sang (2008),
Aktiviti merancang pengajaran juga meliputi usaha memilih dan
menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau muridmuridnya. Dengan adanya bahan-bahan pelajaran yang tersusun ini, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, lebih bermakna
dan lebih berkesan.
Saya perlu berjumpa dengan guru kelas sebelum memulakan aktiviti. Hal ini
bertujuan untuk mendapatkan bilangan murid yang sebenar antara murid
lelaki dan murid perempuan. Ini kerana, guru kelas mempunyai rekod
kedatangan murid yang tepat dan dicatat setiap hari. Dan, temubual dengan
guru kelas juga adalah perlu untuk mengetahui tentang situasi murid-murid
dalam kelas tersebut.
TEMPOH MASA PENYELESAIAN
12 Julai 2009 16 Julai 2009 (1 minggu)
TINDAKAN SUSULAN
Saya akan membuat rujukan dan pembacaan tentang kemahiran merancang
pengajaran yang bersesuaian dengan murid-murid. Perancangan yang teliti
amat perlu sebelum memulakan pengajaran dengan mengambilkira
beberapa perkara. Ia mestilah melibatkan aktiviti menentukan objektif
pelajaran, memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran
serta menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.
CATATAN
Menurut Mok Soon Sang (2008), kemahiran merancang boleh di kenal pasti
daripada ciri-ciri perancangan seperti berikut:
a) Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan
berdasarkan sukatan pelajaan serta kebolehan murid-murid.
b) Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada mudah
kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik.

c) Rancangan mengajar meliputi pengunaan pelbagai alat bantu mengajar.


d) Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan. Ini
bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti pembelajaran murid.
e) Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang
lengkap, iaitu mempunyai langkah permulaan, perkembangan dan penutup
yang lengkap.
f) Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KEENAM
(26 JULAI 30JULAI 2009)
MASALAH
Pada minggu ini, sewaktu mengendalikan P&P Pendidikan Jasmani bagi tajuk
Keselamatan bertempat di Dewan (A) SKSAT, saya mengalami masalah iaitu
dua orang murid lelaki ponteng kelas. Kedua-dua murid ini menghilangkan
diri sewaktu perlaksanaan aktiviti kumpulan tanpa saya sedari sehingga
diberitahu oleh murid-murid lain akan ketiadaan mereka. Mereka cuba
berselindung di sebalik tiang berhampiran dengan kawasan P&P dan cuba
lari dari melakukan aktiviti berkumpulan. P&P terganggu seketika kerana
saya perlu mencari kedua-dua murid tersebut manakala murid-murid lain
turut mengambil kesempatan di atas peristiwa tersebut dengan berbuat
bising dan keluar dari kumpulan serta berkeliaran di kawasan dewan
tersebut.
ANALISIS
Daripada masalah di atas saya telah membuat beberapa pemerhatian dan
temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan mereka.
Selain itu saya juga mendapat maklum balas daripada guru Pendidikan

Jasmani mereka sebelum diambil alih oleh saya. Antara dapatan yang saya
dapat ialah mereka berdua cuba mengambil kesempatan terhadap guru baru
khususnya guru pelatih praktikum seperti saya. Ini kerana guru Pendidikan
Jasmani sebelum saya mengambil alih kelas tersebut adalah guru disiplin
dan sememangnya mereka takut untuk membuat kesalahan.
Pendapat kedua saya iaitu memandangkan saya hanya seminggu sekali
bertemu mereka untuk subjek Pendidikan Jasmani, jadi mereka kurang
mengenali saya dan hubungan antara guru dan murid tidak terlalu mesra.
Hal ini menunjukkan guru tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya
terhadap murid dan tidak dapat mengenali sikap murid yang sebenar.
Seterusnya, mungkin pembelajaran bagi tajuk keselamatan membosankan.
Mereka banyak mendengar, mencatat nota, gerak kerja kumpulan dan
membuat lembaran kerja dan kesemua aktiviti bertumpu di dewan sahaja.
Ini berlawanan kerana kebiasaannya mereka akan melakukan aktiviti dan
bermain sesuatu permainan setiap kali subjek Pendidikan Jasmani.
CADANGAN
Menerapkan disiplin kepada murid-murid sebelum pengajaran bagi
mewujudkan rasa hormat murid terhadap guru. Ia juga membolehkan aktiviti
pengajaran tiada sebarang gangguan dan dapat dilaksanakan dengan lancar
dan bertindak lebih tegas tetapi bukannya kekerasan iaitu guru tidak
menghukum tetapi menunjukkan ketegasan seseorang guru sewaktu pada
awal pengajaran agar murid dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran
guru. Mok Soon Sang (2008), disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja
dalam kalangan murid dapat diperhatikan dalam segala proses pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja
bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru.
Walaupun hanya seminggu sekali saya akan mengajar kelas 5MM bagi subjek
Pendidikan Jasmani, saya akan mengambil kelas tersebut bagi Bimbingan
Kelas. Aktiviti bimbingan kelas membolehkan saya mendekati murid-murid
5MM dengan lebih dekat dan mewujudkan hubungan yang mesra dengan
murid dan memberi fokus kepada dua orang murid yang ponteng kelas
tersebut. Menteri Pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein berpendapat,
golongan guru perlu lebih kreatif dalam kaedah pengajaran mereka agar
dapat `menangkap' dan mengukuhkan minat para pelajar. Dengan
pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak yang lebih
moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya
kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek
akademik semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih
menyeluruh.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru
yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran
membosankan, akan mendorong pelajar ponteng kelas. Justeru bagi
pengajaran akan datang khususnya bagi tajuk keselamatan, saya akan
merangka aktiviti pengajaran yang melibatkan pergerakan dan tidak hanya
bertumpu kepada satu tempat sahaja iaitu turut membawa murid-murid ke
padang dan mengaitkan bahan dengan isi pelajaran. Saya juga akan
memastikan aktiviti yang dirancang akan mengalakkan interaksi antara
murid dan interaksi murid dengan guru iaitu sentiasa bertanya soalan dan
membuat kawalan kelas dengan teliti.
TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Bagi minggu ini saya tidak dapat membuat penyelesaian masalah ini kerana
minggu ini murid Tahun 5 mengikuti Ujian 3 peringkat Daerah dan murid
tiada sebarang kelas. Perlaksanaan penyelesaian akan dibuat pada minggu
kelapan iaitu pada 13 Ogos 2009 (1 minggu) kerana pada minggu ketujuh
semua guru dan murid terlibat dengan hari Anugerah Kecemerlangan dan
diberi cuti peristiwa selama sehari.
TINDAKAN SUSULAN
Saya akan memanggil kedua-dua murid tersebut untuk mengenalpasti sebab
mereka ponteng kelas. Memandangkan saya adalah guru pelatih praktikum
bimbingan, saya akan memanggil kedua-dua murid tersebut bagi sesi
kaunseling individu. Saya akan menggunakan fasa pertama dalam
kaunseling iaitu membina hubungan terlebih dahulu. Selepas itu, baru saya
akan membuat penerokaan punca kepada mereka ponteng kelas semasa
pengajaran Pendidikan Jasmani yang saya laksanakan.
Saya juga akan melantik mereka sebagai ketua kumpulan dan memberi
tugasan kepada mereka untuk membuat pembentangan. Apabila diberi
tanggungjawab sedemikian, mereka akan menumpukan perhatian kerana
mereka akan keluar untuk menyatakan apa yang dilaksanakan dalam
kumpulan mereka. Semasa aktiviti dalam kumpulan, saya akan membuat
pemerhatian kepada kedua-dua murid tersebut untuk memastikan bahawa
mereka membuat kerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
CATATAN
Perhatian dan minat ada kaitannya dengan pemahaman, penghayatan serta
strategi belajar yang menjadi tanggungjawab semua pihak. Apa yang ingin
saya perkatakan di sini ialah setiap kelemahan yang berlaku pada diri
seseorang itu mempunyai rangkaian yang berkaitan antara satu sama lain.
Masalah tidak akan selesai jika kita hanya memberi tumpuan pada perlakuan

itu sahaja tetapi perhatian dan pemulihan harus dibuat pada setiap
rangkaian yang berkaitan yang menjadi punca berlakunya kelemahan
tersebut.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KETUJUH
(2 OGOS 6 OGOS 2009)
MASALAH
Pada minggu ini saya di beri tugasan untuk membuat kawalan kelas bagi
ujian bulanan subjek Bahasa Inggeris di kelas 4 Seroja. Masalah yang timbul
iaitu pengurusan kelas yang tidak terkawal semasa ujian bulanan sedang
berlangsung di mana murid-murid di dalam kelas berjalan dan membuat
bunyi bising semasa ujian bulanan tersebut. Apabila ditegur mereka hanya
senyap sekejap dan berbual lagi selepas itu. Keadaan ini menyebabkan
murid yang nakal mengganggu kawan mereka yang masih menjawab soalan
peperiksaan. Saya perlu berusaha menyelesaikan masalah ini kerana apabila
dibiarkan murid mengambil sikap sambil lewa apabila menghadapi
peperiksaan dan tidak mematuhi peraturan semasa peperiksaan dijalankan.
ANALISIS MASALAH
Masalah ini berlaku kerana pelajar bersikap sambil lewa semasa menghadapi
peperiksaan. Suasana peperiksaan tidak wujud di dalam kelas ini malah
seolah-olah seperti kelas pembelajaran harian.Walaupun masa yang
diberikan untuk menjawab soalan masih ada tetapi mereka tidak

menggunakannya untuk menyemak balik jawapan mereka sebaliknya ada


yang menonteng soalan peperiksaan dengan pelbagai lukisan yang dilukis.
Pelajar lebih suka berbual, mengusik kawan dan bermain sementara
menunggu kertas dikumpul. Walaupun guru berkali-kali memberi amaran,
namun amaran yang diberi tidak dihiraukan sebaliknya pelajar seolah-olah
menganggap larangan guru sebagai gurauan.
CADANGAN
Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah yang saya ambil adalah seperti
di bawah:1. Saya akan mendapatkan nasihat dan pendapat daripada guru
pembimbing, guru-guru lain dan rakan-rakan untuk menangani masalah ini.
2. Saya perlu bersikap lebih tegas dalam memastikan pelajar mematuhi
peraturan semasa peperiksaan dijalankan terutama tidak berbuat bising,
tidak berbual dan berjalan tanpa sebab semasa peperiksaan dijalankan.
3. Saya mencadangkan supaya soalan peperiksaan perlu diperbanyakkan
lagi sesuai dengan masa yang diberikan. Hal ini untuk mengelakkan murid
siap terlalu awal daripada masa yang ditetapkan. Lagipun sekiranya soalan
ditambah, ianya tidak merugikan pelajar malah mendedahkan pelajar
kepada pelbagai jenis soalan dalam menghadapi ujian penggal yang akan
datang.

TEMPOH PENYELESAIAN
2/08/2009- 6/08/2009 ( 5 Hari)
TINDAKAN SUSULAN
Guru akan memberi tindakan tegas kepada murid- murid yang tidak
mematuhi arahan semasa pemeriksaan dengan mengenakan tindakan
disiplin seperti amaran, denda dan sebagainya.

CATATAN
Penerapan nilai murni seperti mematuhi arahan, hormat menghormati
adalah amat penting dalam membentuk sikap dan disiplin murid- murid
semasa proses P & P dan peperiksaan. Hal ini kerana, murid- murid tidak
mempunyai kesedaran moral yang baik yang mana ianya boleh mengganggu
suasana peperiksaan dan rakan- rakan lain. Kesedaran tentang pentingnya
menumpukan perhatian di dalam peperiksaan adalah perlu ditekankan dan

dititikberatkan kepada murid- murid.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KELAPAN
(9 OGOS 13 OGOS 2009)
MASALAH
Pada minggu ini, masalah timbul semasa pengendalian sesi kaunseling
Kelompok iaitu seorang ahli kelompok yang tidak hadir semasa sesi
kaunseling di dalam kelompoknya. Ahli kelompok tersebut hanya
menghadirkan diri pada sesi pertama sahaja manakala pada sesi kedua dan
ketiga beliau tidak hadir untuk mengikuti sesi kaunseling bagi kelompoknya.
Ketidakhadiran ahli kelompok ini mengganggu ahli kelompoknya untuk
melaksanakan sesi keran tiba sahaja masa untuk menjalankan sesi
kaunseling, ahli tersebut akan tidah hadir ke sekolah atau mengelak dengan
alasan menyrtai aktivti lain di sekolah. Menurut Zuraidah Abdul Rahman
(1996), menyertai Kaunseling Kelompok adalah suatu keputusan yang
melibatkan komitmen di kalangan ahli-ahli. Kesepaduan kelompok tergugat
jika terdapat ahli-ahli yang kerap ponteng walaupun kadang-kadang mereka
tidak hadir atas sebab-sebab yang munasabah seperti sakit atau halangan
lain yang benar.
ANALISIS MASALAH

Antara punca kepada berlakunya hal ini adalah kerana pada sesi pertama
ahli kelompok telah mengaitkan isu mengejek yang dibincangkan dalam
kelompok dengan ahli berkenaan di mana beliau bersikap suka mengejek
orang lain di dalam kelas. Jadi, ahli kelompok tersebut tidak menghadirkan
diri kerana takut kepada perkara yang akan mengancam dirinya.
Faktor kedua adalah kerana tertubuhnya kelompok kecil dalam kalangan ahliahli juga menjadi faktor mendorong ahli berkenaan ponteng kerana
merasakan dia tidak diterima oleh ahli kelompoknya kerana sikapnya yang
juga suka mengejek orang. Ahli tersebut seakan merasakan dia diketepikan
dalam kelompoknya. Jadi, satu cara mudah untuk mengelakkan rasa terasing
ini ialah dengan tidak hadir sesi dan menarik diri.
CADANGAN
Satu strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah
berbincang dengan ahli-ahli kelompok lain secara terus-terang tentang
kelakuan ahli kelompok berkenaan yang tidak hadir sesi ini. Saya juga akan
meminta pendapat ahli kelompok ini tentang isu ketidakhadiran ahli
kelompoknya ini. Hulse (1950) menulis tentag dinamik terapi dalam
kumpulan sebagai:
Ketegangan adalah alat yang menolak kumpulan untuk terus berfungsi.
Kebimbangan adalah alat pembakar yang menggerakkan enjin. Kaunselor
bertanggungjawab sebagai pemandu kenderaan ini.
Satu strategi lain yang boleh digunakan ialah berhubung dengan ahli yang
ponteng tanpa menunjukkan perasaan marah atau bimbang. Saya akan
melakukan dengan cara memberi pesanan kepada ahli kelompoknya agar
ahli tersebut datang berjumpa dengan saya di bilik kaunseling. Saya akan
menimbulkan isu tanggungjawab individu tersebut dan hubungan dengan
ahli kelompok serta hubungannya dengan dirinya sendiri. Fiebert (1968)
mengatakan ketua seolah-olah:
Memegang cermin muka untuk ahli kumpulan melihat sendiri tingkah laku
mereka, menegur ahli-ahli yang berpura-pura dan mendorong mereka
mengikat jalinan hubungan yang lebih mesra.
TEMPOH PENYELESAIAN
1 minggu iaitu (16-20 Ogos 2009)

TINDAKAN SUSULAN
Kaunselor akan memastikan sesi tersebut tidak akan digunakan ahli

kelompok untuk mengeji ahli yang tidak hadir atau digunakan sebagai dalih
untuk mengelak dari menghadapi masalah mereka. Bahkan, kaunselor akan
memastikan ketidakhadiran ahli juga tidak dijadikan peluang bagi ahli-ahli
lain untuk menjelajah, memeriksa dan menyatakan reaksi-reaksi mereka
terhadap individu yang tidak hadir tadi.Kaunselor akan menggalakkan ahli
tersebut untuk menghadirkan diri dan memastikan dia mendengar
perbincangan yang dibuat mengenai dirinya.
KESIMPULAN
Suasana kelompok yang positif, damai dan selamat akan mengurangkan
masalah tidak hadir ini. Tetapi, jika dengan cara tidak hadir menjadi satu
helah bagi ahli untuk mengelakkan diri dari memikul tanggungjawab,
kaunselor haruslah menggunakan teknik konfrantasi.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KESEMBILAN
(16 OGOS 20 OGOS 2009)

MASALAH
Masalah yang ingin dikongsi pada minggu ini ialah berkenaan masalah yang
ditimbulkan oleh murid-murid. Setiap kali kelas Pendidikan Jasmani
dijalankan, saya menghadapi beberapa masalah yang telah ditimbulkan oleh
murid-murid. Antaranya ialah tiada kerjasama yang diberikan dalam
mematuhi arahan guru dan membentuk kumpulan. Murid-murid juga lebih
cenderung kepada bermain bola sepak bagi lelaki dan bermain tali bagi
murid perempuan.
ANALISIS MASALAH
Pada pendapat saya punca utama masalah ini timbul ialah kerana sifat dan
kebiasaan murid-murid tersebut untuk bermain ketika waktu Pendidikan

Jasmani diadakan. Saya juga dapati ada di kalangan murid-murid ini


mempunyai kumpulan-kumpulan kecil yang sukar untuk bekerjasama dan
lebih cenderung memilih ahlinya sahaja apabila melakukan aktiviti.
Disamping itu mereka juga berebut-rebut untuk berada dihadapan apabila
saya meminta untuk membuat barisan.
CADANGAN PENYELESAIAN
1. Mendapat nasihat daripada guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan
rakan-rakan sepelatih langkah-langkah menangani masalah ini.
2. Memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid-murid yang terlibat.
3. Membuat helah supaya murid berminat mengikuti aktiviti Pendidikan
Jasmani dengan memberi amaran kepada semua murid bahawa tiada aktiviti
Pendidikan Jasmani akan diadakan jika murid-murid masih berkelakuan
begitu.
4. Dari segi membahagikan kumpulan pula, guru perlu lebih tegas dengan
cara membahagikan semua murid mengikut kumpulan yang di pilih oleh
guru sendiri.
5. Menanam sifat-sifat atau nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Ini
adalah supaya wujud kesepaduan dan persefahaman di antara mereka
supaya mereka dapat bekerjasama apabila melakukan aktiviti secara
berkumpulan
TEMPOH PENYELESAIAN
30 Ogos hingga 3 September iaitu selama 1 minggu
TINDAKAN SUSULAN
Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan guru pembimbing serta
meminta pandangan daripada beliau bagi mengatasi masalah ini. Saya akan
membuat perjumpaan dengan pensyarah pembimbing bagi mendapatkan
nasihat dan tunjuk ajar dalam memastikan masalah ini dapat diatasi.

PENULISAN JURNAL
MINGGU KESEPULUH

(30 OGOS 3 SEPTEMBER 2009)

MASALAH
Saya mengendalikan sesi kaunseling kelompok mengikut jadual yang telah
dirancang dan telah ditetapkan. Namun, pada minggu ini saya mengalami
masalah sewaktu mengendalikan sesi kaunseling kelompok nombor rujukan
(SKSAT/UBK/KK/11/02/09) di mana ahli kelompok ini pasif dan kurang
bersuara. Ahli kelompok adalah datang secara sukarela dan bersama isu
yang ingin dibincangkan. Pada pertemuan sesi kaunseling kelompok yang
pertama, ahli kelompok bersuara dengan baik.
Setiap ahli memainkan peranan masing-masing semasa berbincang tentang
isu yang dikemukakan. Namun, pada pertemuan sesi kaunseling yang kedua,
ahli kelompok seolah-olah tidak bersedia, terancam dan tidak mahu besuara
menyebabkan sesi kaunseling kelompok dengan kelompok ini tidak berjalan
lancar dan tidak ada isu yang ingin difokuskan. Menurut Zuraidah Abdul
Rahman, kesan ahli yang mendiamkan diri adalah kurang merosakkan
kelompok tetapi dia menjadi cabaran kepada ketua dan kaunselor. Kelakuan
ini boleh menimbulkan rasa tidak senang dan rasa tegang kepada ahli-ahli
lain. Jadi perlu bagi kaunselor membezakan kesenyapan yang membina
dengan kesenyapan yang menunjukkan penentangan.
Jadi, hal ini perlu saya titikberatkan dan mengkaji penyebab sebenar
berlakunya tingkahlaku ini oleh ahli kelompok. Ini kerana ahli kelompok tibatiba berubah sikap dan tidak mahu mengambil bahagian walaupun guru
bimbingan telah memberitahu kepada hali kelompok tidak perlu bimbang
dengan kerahsiaan terhadap isu yang dibincangkan walaupun ada guru
pembimbing (major) saya untuk membuat penyeliaan pengendalian sesi
kaunseling kelompok ini.
ANALISIS MASALAH
Antara penyebab kepada tingkah laku ahli kelompok sedemikian adalah
kerana pada sesi penyeliaan guru pembimbing untuk melihat saya
mengendalikan sesi kaunseling kelompok bersama ahli kelompok ini. Saya
memilih kelompok ini adalah berdasarkan isu menarik yang dibawa pada sesi
pertama iaitu ketidakpuasan hati mereka terhadap guru yang mengajar
mereka. Namun, apabila kehadiran guru pembimbing semasa sesi kedua ini,
ahli kelompok dengan sendirinya menjadi kurang bercakap, kurang selesa
dan kelihatan terancam dengan kehadiran guru pembimbing saya.
Faktor kedua mungkin kerana saya tidak memberitahu bahawa sesi
kaunseling bersama kelompok ini akan diselia oleh guru pembimbing (major)

saya semasa membuat temujanji. Saya memberitahu kepada ahli kelompok


sewaktu ahli kelompok hadir pada masa yang telah ditetapkan. Ahli
kelompok sedikit terkejut dan seakan tidak bersedia untuk menerima
kehadiran guru pembimbing saya tersebut.
CADANGAN PENYELESAIAN
Dalam mengendalikan kesenyapan dan tingkah laku ahli kelompok yang
mendiamkan ini, saya perlu lah peka dan berusaha untuk mengukur taraf
tolenransi ahli-ahli kelompok. Oleh sebab kesenyapan ini menyekat
pergerakan pergerakan dan perkembangan kelompok, saya telah campur
tangan dengan tujuan untuk menghalang kesenyapan itu dari berterusan.
Saya telah menggunakan cara dengan mengadakan aktiviti kelompok bagi
kaunselor berkongsi perasaan, pandangan dan persepsi terhadap kelompok
atau pun memberi soalan-soalan memimpin dan menggalakkan ahli berfikir
dan berbincang. Ahli-ahli tertentu yang kerap mendiamkan diri mestilah
digalakkan mengambil bahagian dalam perbincangan tetapi tidak
mendesaknya hingga ahli berasa tergugat dan terancam. Saya akan
membenarkan kesenyapan tetapi dari masa ke semasa untuk menarik
perhatian ahli dengan memberi komen tentang tingkahlaku bukan lisan
semasa mereka menunjukkan tanda-tanda bosan, marah, terdesak atau
reaksi lain.
Saya berjumpa dengan guru pembimbing dan cara pendekatan yang sesuai
bagi pengendalian sesi kaunseling kelompok yang mengalami masalah ahli
kelompok yang berdiam diri. Hal ini kerana, selepas sesi kaunseling bersama
ahli kelompok ini, guru pembimbing memberi beberapa panduan untuk
mengendalikan sesi kaunseling tersebut.
Saya juga akan memberitahu terlebih dahulu kepada ahli kelompok jika ada
penyeliaan dari pensyarah pembimbing atau pun guru pembimbing. saya
akan mendapatkan persetujuan ahli kelompok tentang hal ini. Saya juga
akan bertanya pendapat ahli kelompok sama ada bersedia atau tidak dengan
kehadiran kedua-dua pihak tersebut. Perbincangan awal ini dapat
mengelakkan daripada ketidaksediaan ahli kelompok terhadap kehadiran
oang luar sewaktu sesi dikendalikan bersama ahli kelompok mereka.
TEMPOH PENYELESAIAN
Pada 6 hingga 10 September iaitu selama 1 minggu. Saya juga akan
menggunakan cara penyelesaian yang sama jika ada ahli kelompok lain yang
bertingkahlaku sedemikian.
TINDAKAN SUSULAN

Komen yang terlalu berhati-hati atau yang terlalu memerintah akan


menambahkan perasaan marah ahli berkenaan. Ahli yang senyap haruslah
diberi peluang untuk memilih berbuat demikian dan janganlah dipaksa.
Kemahiran dan memerhati dan memahami tanda-tanda gerak-geri bukan
lisan adalah penting untuk menolong ahli-ahli yang suka mendiamkan diri.
CATATAN
Menurut Zuraidah Abdul Rahman, Jika didapati beberapa usaha telah
dilakukan, ahli yang mendiamkan diri enggan juga bersuara, ini akan
menjejaskan keyakinan dan pandangan positif ahli-ahli lain. Lebih baik ahli
tersebut dikeluarkan dari ahli kelompok dan diberi kaunseling secara
individu.
SUMBER
Zuraidah Abdul Rahman (1996), Pengenalan Kaunseling Kelompok,IBS Buku
Sdn Bhd

PENULISAN JURNAL
MINGGU KESEBELAS
(6 10 SEPTEMBER 2009)

MASALAH
Saya menjalankan sesi kaunseling kelompok dengan ahli kelompok nombor
rujukan SKSAT/UBK/O7/02/09. Isu yang dibawa oleh ahli kelompok iaitu
tingkahlaku seorang murid lelaki di dalam kelas mereka yang melakukan aksi
lucah dan menyebut perkataan tidak senonoh. Ahli kelompok ini juga kerap

diganggu dengan aksi lucah murid lelaki tersebut iaitu seperti meraba
anggota badan, menyentuh pipi, menunjukkan alat sulitnya dan menyebut
perkataan yang tidak senonoh.
Saya pernah mengendalikan Bimbingan Kelas di dalam kelas murid-murid ini
iaitu Tahun 4 Seroja. Keadaan kelas ini sangat bising dan kurang mendengar
arahan dan tidak menghormati guru. Pada masa ini juga, murid lelaki ini
tidak memberi tumpuan semasa saya mengajar tetapi berkeliaran di dalam
kelas dan mengacau murid-murid dengan menyentuh, menyebut dan
melakukan aksi lucah kepada murid perempuan di hadapan saya. Jadi, p&p
saya pada waktu itu terganggu.
Saya juga turut mendengar secara tidak langsung dari ahli kelompok lain
yang menceritakan tingkah laku murid tersebut di luar sekolah iaitu
menunjukkan video lucah di dalam telefon bimbitnya kepada murid-murid
lain di padang permainan. Perkara yang tidak senonoh ini sebarkan secara
terbuka di padang permainan tersebut dan telah mempengaruhi murid lain
untuk menonton video tersebut.
Kini, saya di datangi ahli kelompok yang terganggu dengan tingkahlaku
murid tersebut yang semakin menjadi-jadi dan di luar kawalan. Ahli
kelompok ini benar-benar terganggu dengan tingkahlaku murid lelaki
tersebut dan memerlukan bantuan guru untuk mengambil tindakan terhadap
murid tersebut.
ANALISIS MASALAH
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari ahli kelompok saya, murid
tersebut adalah dari keluarga yang bercerai. Dia hanya tinggal bersama
ayahnya yang juga bekas penagih dadah yang tegar dan seringkali keluar
masuk penjara. Murid ini berdikari dengan kehidupannya dan membawa
haluan hidup sendiri tanpa mendapat bimbingan dan kasih sayang dari
keluarga. Justeru, murid ini membuat apa sahaja mengikut apa yang ada di
hadapannya tanpa mengetahui baik dan buruknya tingkah laku tersebut
kerana tidak ada sesiapa yang membimbingnya khususnya tingkahlaku yang
tidak senonoh tersebut.
Murid ini terpengaruh dan terikut-ikut sikap negatif kawannya yang sering
menonton video lucah yang tidak diketahui di mana sumber tersebut
diperolehi. Menurut Mok Soon Sang (2008), Pelajar-pelajar yang
menimbulkan masalah sosial yang tidak bermoral biasanya terdiri daripada
golongan pelajar yang mempunyai konsep kendiri negatif, sikap negatif dan
tingkah laku tidak bermoral yang dipelajari daripada keluarga, rakan sebaya,
alam sekitar dan media massa. Pengaruh negatif seperti berjudi, bergaduh,
bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya merupakan unsur-

unsur negatif yang cepat digemari dan mudah dipelajari oleh sesetengah
pelajar. Aktiviti yang kurang sihat ini adalah dibawa oleh mereka ke sekolah
dan menimbulkan masalah disiplin semasa mereka belajar.
Manakala menurut sumber yang boleh dipercayai dari beberapa orang guru
yang terlibat dalam p&p kelas tersebut, murid lelaki ini di kenal pasti murid
yang ada ciri-ciri murid istimewa. Murid ini tidak pandai membaca, tidak
berminat terhadap pelajaran dan tidak dapat menunjukkan sahsiah seorang
murid yang baik sebaliknya seringkali mengganggu rakan rakan sekelasnya
yang melibatkan aksi lucah dan menyebut perkataan yang berbaur lucah.
Tetapi, apa guru memberitahu kepada bapanya, bapanya tidak percaya
bahawa anaknya tidak normal dan tidak membenarkan anaknya ditukarkan
ke kelas istimewa.

CADANGAN PENYELESAIAN
Beberapa cadangan dan tindakan yang telah saya ambil misalnya membuat
perbincangan dengan guru pembimbing tentang langkah-langkah untuk
menangani masalah tersebutl. Guru pembimbing (major) saya juga
merupakan guru Bahasa Inggeris kelas murid lelaki tersebut. Jadi, beliau juga
tahu tentang tingkahlaku murid lelaki tersebut. Justeru, saya telah
berbincang dan mendedahkan rahsia perbincangan sesi kelompok saya
dengan beliau tentang hal ini, juga berpegang kepada prinsip rakan
sejawatan.beliau menggalakkan saya memanggil murid tersebut sebagai
klien bagi sesi kaunseling individu dan memberi bimbingan kepada murid
tersebut.
Perkara kedua yang akan saya lakukan ialah memberitahu guru kelas murid
berkenaan tentang tingkah laku yang tidak senonoh murid lelaki tersebut. Ini
kerana guru kelas berkenaan perlu mengetahui tentang hal ini. Hal ini kerana
kerana, jika ia dibiarkan berterusan ia seolah-olah menggalakkan murid
berkenaan untuk terus-menerus melakukan perkara yang tidak senonoh
tersebut. Tambahan, guru kelas sememangnya diberi tanggungjawab
terhadap kebajikan murid-murid di bawah jagaannya.
Sebaik sahaja saya menerima isu dari sesi perbincangan dalam sesi
kaunseling kelompok, saya menghubungi pensyarah pembimbing (major)
untuk meminta pandangan beliau tentang pengendalian yang melibatkan
kes seperti ini. Beliau memberi pandangan agar murid lelaki tersebut
dipanggil sebagai klien bagi sesi kaunseling individu. Jika murid tersebut
tiada perubahan dan masih meneruskan tingkah laku tersebut, saya perlu
merujuk kepada yang pakar iaitu guru pembimbing saya selaku guru
bimbingan di sekolah SKSAT yang lebih berpengalaman dan tahu

mengendalikan sesi kaunseling tersebut atau pun saya terus membuat


rujukan kepada guru disiplin SKSAT untuk di ambil tindakan disiplin.
Selain daripada cadangan di atas, saya juga boleh mengambil tindakan
dengan cara memanggil murid lelaki tersebut sebagai klien dalam sesi
kaunseling individu. Ini dapat mengenalpasti masalah sebenar murid lelaki
tersebut dan saya akan membuat penerokaan punca-punca keterlibatan
murid lelaki tersebut dengan perbuatan yang tidak senonoh tersebut.
TEMPOH PENYELESAIAN
1 minggu iaitu bermula 6 hingga 10 Ogos 2009
TINDAKAN SUSULAN
Saya perlu memberitahu guru disiplin jika tingkah laku murid lelaki tersebut
masih berterusan mengganggu murid perempuan di dalam sesi kaunseling
kelompok saya ini. Malahan, turut mengganggu murid perempuan lain di
dalam kelasnya.Hal ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana tingkah laku
murid ini melibatkan kesalahan disiplin di sekolah dan menganggu murid
lain, juga mempengaruhi murid lain untuk mengikut perbuatannya yang
negatif tersebut jika dibiarkan dan tidak di ambil tindakan disiplin.
Saya juga akan berbincang dengan guru pembimbing (major) dan guru kelas
murid lelaki berkenaan untuk mencadangkan kepada pihak sekolah untuk
memanggil waris murid tersebut melalui penghantaran surat dan
menyatakan kesalahan anaknya semasa berada di sekolah. Hal ini penting
untuk diberitahu kepada waris murid tersebut tentang tingkah laku anaknya
di sekolah. Mungkin perhatian daripada ibu bapa akan merubah sikap murid
tersebut sebelum terlambat.
Selain itu, saya boleh bekerjasama dengan guru kelas murid tersebut untuk
membuat pemerhatian terhadap murid tersebut sepanjang berada di
sekolah. Hal ini kerana, murid sedemikian perlu di beri perhatian yang serius
kerana bukan sahaja dirinya yang telah terganggu dengan perbuatan tidak
senonoh tersebut, tetapi turut mengganggu murid lain dan bersangkut-paut
dengan maruah seseorang individu. Dan, segala laporan yang dilaporkan
tentang murid tersebut perlu di ambil tindakan segera.
CATATAN
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan
pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat
kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah
dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada
dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang,

hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar


kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur
yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua.
Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling
penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai
bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran
yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat
salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar
sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai
pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah.
Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan,
menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan
kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup
selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung
pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk
memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar
sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru
mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai