Anda di halaman 1dari 9

Adab-Adab dan Hukum-Hakam Berhari Raya

Posted by mohd masri on Oktober 7, 2007


Posted in: hari raya. 1 Komen
Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan
sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf,
sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, Abdul Razak dan al-Firyabi dalam
kitabnya Ahkam al-Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi bin Jubair
sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak
bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : Apakah kamu semua tidak bertakbir?


Adab-Adab dan Hukum-Hakam Berhari Raya
Oleh : Mohamad Abdul Kadir Sahak
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatto ()


Maksudnya : Bawasanya Abdullah bin Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum
beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari
raya.
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya Aid al-Fitri dan sebaliknya
untuk Aid al-Adha
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan
solat hari raya. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin
Malik katanya :

..


Maksudnya : Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda
makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.
(al-Bukhari : 953)
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : Demikian itu kerana untuk
mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera
mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut). (Fath al-Bari : 2/446)
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :


Maksudnya : Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (al-
Baqarah : 185)
Daripada al-Walid bin Muslim katanya : Aku bertanya kepada al-Auzaie dan Malik bin Anas tentang
menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua : Ya, adalah Abdullah bin Umar
menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).
Sahih juga daripada Abdul Rahman al-Salamiy katanya : Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada
hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki berkata : Yakni (mereka
lebih bersungguh) dalam bertakbir. (Lihat Irwa al-Ghalil : 3/122)
Al-Daraqutni dan selainnya pula meriwayatkan bahawa Ibn Umar apabila keluar pada pagi hari
Raya al-Fitri dan hari Raya al-Adha, beliau bersungguh-sungguh bertakbir sehinggalah sampai ke
tempat solat, kemudian dia bertakbir lagi sehinggalah Imam keluar (untuk mendirikan solat).
Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya : Adalah
manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah
mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk
menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir. (Lihat
Irwa al-Ghalil : 2/121)
Bertakbir pada pagi hari raya ketika keluar dari rumah menuju ke tempat mendirikan solat dan
sehingga keluarnya Imam adalah suatu perkara yang benar-benar masyhur di sisi generasi Salaf,
sekumpulan ulama yang menulis seperti Ibn Abi Syaibah, Abdul Razak dan al-Firyabi dalam
kitabnya Ahkam al-Iedain menukilkan perkara ini dari generasi Salaf, kerana itu Nafi bin Jubair
sentiasa akan bertakbir (pada pagi hari raya) dan beliau menganggap pelik orang-orang yang tidak
bertakbir (pada pagi hari raya) sambil berkata : Apakah kamu semua tidak bertakbir?
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya
matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari
raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Masud r.a. yang
bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :


Maksudnya : Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada ilah melainkan Allah dan Allah yang
maha besar, Allah yang masa besar dan bagi Allah segala puji-pujian.
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, dimana
takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali.
Al-Mahaamiliy () meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya
daripada Ibn Masud :


Maksudnya : Allah yang maha besar sebesar-besarnya, Allah yang maha besar sebesar-besarnya,
Allah yang maha besar dan yang maha agung, Allah yang maha besar dan bagi Allah segala
pujian. (Irwa al-Ghalil : 3/126)
Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di
merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim
dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :
1.

Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)


2. (Selamat) hari raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang
dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata : Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama
mereka pada hari raya mereka mengucapkan

, Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini )


Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)
6. Bercantik di Hari raya
Daripada Jabir r.a. katanya : Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk
dua hari raya dan hari Jumaat. (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn Umar sentiasa
memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita
mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa seperti sabda Nabi saw :

Maksudnya : Dan hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian
(berpakaian biasa dan tidak bertabarruj).
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya :


Maksudnya : Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari
solat hari raya). (al-Bukhari : 986)
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.
Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-
perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka
dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk
menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya
sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang
lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang
meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh
al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut :
Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.
Cara-caranya (kaifiyatnya) Solat Hari Raya.
- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat
pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini
adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah.
Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw, dan
tidak ada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
- Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-Ala ( ) dan pada rakaat kedua
membaca al-Ghasiah ( ) berdasarkan hadith riwayat Muslim, atau membaca surah
Qaf () pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar () pada rakaat kedua, juga
berdasarkan hadith riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
- Jika hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka orang-orang yang hadir solat hari raya dia boleh
memilih samaada hendak hadir atau tidak pada solat Jumaat. Jika dia memilih untuk tidak hadir, dia
hendaklah menunaikan solat Zohor.
- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah
Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn Abbas ranhuma :


Maksudnya : Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah,
kemudian baginda berkhutbah.
- Keringanan meninggalkan khutbah bagi yang mahu
Daripada Abdullah bin Sa-ib ( ) katanya : Aku menyaksikan hari raya bersama Nabi
saw, apabila selesai solat (hari raya) baginda bersabda : Sesungguhnya kami akan berkhutbah,
maka sesiapa yang hendak mendengar khutbah duduklah, dan sesiapa yang hendak pergi (tidak
mendengar khutbah) bolehlah dia pergi. (Irwa al-Ghalil : 3/96)
Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu : Dan disunatkan bagi orang ramai untuk
mendengar khutbah, dan bukanlah khutbah dan mendengarnya satu syarat sah solat hari raya, akan
tetapi al-Syafie berkata : Jika seseorang meninggalkan mendengar khutbah hari raya atau
(khutbah) solat gerhana, atau (khutbah) solat al-Istisqa (minta hujan) atau khutbah haji atau dia
bercakap ketika khutbah (yang disebut) atau dia berpaling lalu pergi meninggalkan khutbah, aku
memakruhkannya dan dia tidak perlu mengulanginya.
- Khutbah raya dimulakan dengan memuji-muji Allah, tidak terdapat petunjuk dari Baginda saw
memulakan khutbah dengan bertakbir. Al-Imam Ibn Qayyim berkata :
Ramai (ulama) telah berbeza pendapat tentang pembukaan khutbah dua hari raya dan al-Istisqa
(khutbah solat al-Istisqa), sebahagian mengatakan dibuka dengan bertakbir, yang lain pula
mengatakan dibuka khutbah (solat) al-Istisqa dengan beristighfar, ada juga yang mengatakan
dibuka dengan kalimat pujian, berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Inilah yang benar kerana
Nabi saw membuka semua khutbah baginda dengan kalimat pujian kepada Allah.
- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibn Hajar al-Asqalani di
dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibn Battal ( ) : Telah sepakat para fuqaha bahawa
solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika
disunatkan solat sunat.
Yazid bin Khamir berkata, Abdullah bin Yusr ( ) sahabat Rasulullahs saw telah keluar
bersama orang ramai pada hari raya fitri atau Adha, dan beliau mengingkari kelewatan Imam (dari
solat hari raya) dan berkata : Sesungguhnya kami (para sahabat) telah selesaikan (solat hari raya)
pada waktu ini ketika itu adalah waktu al-Tasbih.
Yang dimaksudkan dengan waktu al-Tasbih itu ialah waktu solat sunat, setelah tamatnya waktu
dilarang solat. (Sila lihat Fath al-Bari dan Sunan Abi Daud)
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya : Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya
dengan berjalan kaki. (Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya). Kata al-Tirmizi : Beramal
dengan hadith ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (utk solat
hari raya) dengan berjalan kaki. Kata Ibn al-Munzir : Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat
solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu, dan tidak mengapa
bagi sesiapa yang berkenderaan.
Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya :


Maksudnya : Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda
pulang darinya juga dengan berjalan. (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn
Majah)
10. Wanita juga keluar menunaikan solat hari raya
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw.
Dari Umm Atiyyah r.anha katanya : Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka
(semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha wanita yang baru baligh atau hampir baligh,
wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.
11. Zakat al-Fitr
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari
atau dua hari lebih awal berdasarkan hadith Ibn Umar r.anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :

Maksudnya : Adalah mereka (sahabat nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya
sehari atau dua hari.
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat
fitrah berdasarkan hadith Nabi saw daripada Ibn Abbas r.anhuma :

Maksudnya : Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat
fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar
sedekah dari sedekah yang lain.
Maka berdasarkan hadith ini haram hukumnya melewatkan membayar zakat sehingga selesai solat
hari raya tanpa sebarang keuzuran. Jika dia terlewat disebabkan keuzuran seperti orang yang
dalam perjalanan (musafir) yang tidak memiliki wang atau tidak mendapati orang yang boleh
diberikannya zakat, dia boleh mengeluarkannya selepas daripada solat hari raya disebabkan dia
termasuk orang yang mempunyai keuzuran.
Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan
ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak
terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan
malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.
Hadith tersebut ialah :

Maksudnya : Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari
matinya hati-hati (manusia lainnya).
Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu atau
PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah, oleh
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi
mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain
juga.
2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya
Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur
adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya
dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan
perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi
termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari
raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada
musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan
menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para
ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bidauha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)
wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai