Anda di halaman 1dari 15

Kasihanilah guru di pedalaman

Utusan Online

DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada
membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu
guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar
untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.
Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh
tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli
di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan
kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini
apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar
bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan

kawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini


keadaannya sangat perit.
Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga
di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan
mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa
memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana
bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.

Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan
mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan
mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di
luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu
2

ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air
sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai
kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah
mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon
atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga.
Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.
Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau
demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke
klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka
terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.
Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.
Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira
keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di
bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di
bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi
sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan di
premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari
alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama
berhari-hari.
Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar.
Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan,
saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana
kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan
diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar.
Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.
Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian
insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar
bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang
pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah
dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami
sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak
3

mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan tanah


merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban, elaun
perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah
walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga
pula.
Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan
memberikan elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang
untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!
Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi
tempoh 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian
perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah
tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah
berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia
memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu
menekankan.
Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh
pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke
luar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun.
Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas
tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun
setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu
diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang
diminta.
Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan
dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah
untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar
kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga
khususnya guru-guru di luar bandar.
Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar
bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar
4

bandar. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat
menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah
dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan
guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan
diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik
24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai
generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan
minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar.

2.2 Sediakan peta minda kandungan artikel yang telah dipilih dengan menggunakan
borng I-Think .

Tajuk Artikel : Kasihanilah Guru di Pedalaman.


I-Think

: Peta Bulatan

Pengorbana
n

Ketahanan
Fizikal

Guru di
Pedalaman
Berani

Kesabara
n/ tabah
Ketahanan
mental yang
tinggi

Tajuk Artikel : Kasihanilah Guru di Pedalaman.


I-Think

: Peta buih

Tiada pusat
rawatan
Bekalan
elektrik
yang
sentiasa

Sumber air tidak


sempurna
Cabaran
Guru
Sistem
pengangkut
an yang
ketinggalan

Tiada
Kemudahan
jalan raya

Tiada
kemudahan
telefon dan
Jaringan
Komunikasi

Mengajar di pedalaman memang memeritkan fizikal dan mental para guru.


Masalah infrastruktur dan tiada bekalan tenaga elektrik serta air sememangnya
memberi tekanan. Guru yang sudah terbiasa dengan jalan berturap pasti tertekan
apabila terpaksa melalui jalan berlopak dan meredah belantara untuk sampai ke
sesuatu destinasi. Apatah lagi jika perlu bersampan atau menaiki bot tanpa jaket
keselamatan. Tiada bekalan air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga
elektrik hanya bersumberkan set generator atau sel bateri basah pasti menimbulkan
kesulitan. Bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk
guru di pedalaman.
Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) 2013-2025 telah diwujudkan untuk
merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan
kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, Pelan Induk
Pembangunan Pendidkan (PIPP) 2013-2025

turut memfokuskan peningkatan

kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar membangun infrastruktur


dan kemudahan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran murid. Peranan kerajaan dalam memajukan sekolah luar
Bandar ialah menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di
sekolah di pedalaman. Hal ini bagi mewujudkan kemudahan dan prasarana sekolahsekolah di kawasan pedalaman. Contohnya dari segi bekalan air, elektrik dan
sebagainya.
Kerajaan telah memperbanyak elaun kepada guru yang mengajar di pedalaman.
Ini bertujuan untuk menarik minat guru baru untuk mengajar di kawasan pedalaman dan
mengurangkan kadar pertukaran guru dari sekolah kawasan pedalaman . Guru yang
mengajar di pedalaman adalah guru yang kuat dari segi mental dan fizikal. Guru-guru
yang mengajar di kawasan pedalaman mestilah mempunyai kasabaran yang tinggi.
Mengajar di sekolah pedalaman tanpa sistem pengangkutan yang teratur dan
menikmati kehidupan sosial yang terhad bukanlah suatu impian seorang guru
Lazimnya, perkara ini disandarkan kepada guru-guru lelaki yang disifatkan mempunyai
ketabahan, kecekalan dan suka perkara yang mencabar.

Namun hakikatnya, sifat

keperimanusiaan dan rasa belas kasihan adalah punca utama kebanyakan guru lelaki
masih `bertahan' menyumbang bakti kepada para pelajar di kawasan pedalaman Ada
guru yang meredah hutan rimba untuk ke sekolah yang jauhnya lebih daripada 48
kilometer dari jalan utama, guru tersebut terpaksa melalui hutan tebal dan terdedah
kepada binatang buas seperti babi hutan, gajah, harimau dan sebagainya. Suasana
persekitaran bukanlah suatu cabaran tetapi mengajar pelajar di kawasan pedalaman
inilah suatu cabaran yang menuntut kesabaran yang tinggi Guru perlu berkorban
segalanya jika berada di sekolah pedalaman. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu
kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan
generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak
mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Hendak menelefon keluarga
pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan
dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di pedalaman.
Bahasa adalah salah satu cabang yang memperlihatkan kepelbagaian budaya
masyarakat majmuk Malaysia. Yang menariknya, bahasa bukan sahaja divariasikan
mengikut bangsa, bahkan adakalanya dibezakan menerusi loghat mengikut daerah.
Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik juga mempunyai bahasa
mereka mengikut suku kaum masing-masing. Penggunaan loghat mengikut negeri dan
etnik itu melambangkan identiti sesebuah masyarakat yang membolehkan seseorang
individu itu dikenali apabila berkomunikasi dengan orang lain. Namun, penggunaannya
yang agak keterlaluan termasuk sewaktu mengikut kelas formal di sekolah amat
membimbangkan. Ini kerana keadaan itu menyebabkan segelintir pelajar sekolah tidak
tahu menggunakan bahasa Melayu yang standard, bahkan menyukarkan proses
pengajaran.
Perkara itu lazimnya berlaku kepada masyarakat yang tinggal di kawasan luar
bandar dan pedalaman. Bagi guru-guru dari Semenanjung Malaysia (Semenanjung)
yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, bahasa merupakan salah satu cabaran yang
perlu

ditempuhi

kerana

penguasaan

bahasa

berlainan

mengehadkan

proses

pembelajaran antara murid dan guru. Jika di Semenanjung, masalah komunikasi


mungkin tidak begitu ketara, namun kepelbagaian etnik di Bumi Kenyalang contohnya
9

membuatkan guru-guru di sana mengalami sedikit kesukaran untuk berinteraksi apabila


para pelajar lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah. Murid-murid
dari kaum Iban umpamanya menggunakan bahasa ibunda mereka yang belum pernah
didengar oleh guru-guru dari Semenanjung, apatah lagi untuk memahaminya.Ini
menyebabkan murid-murid gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik kerana
mereka sentiasa bercakap dalam bahasa Iban di rumah dan sekolah.Hakikat itu diakui
oleh guru-guru dari Semenanjung yang sedang bertugas di Sarawak terutama mereka
yang baru berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Tahap pemikiran murid di pendalaman juga

banyak dipengaruhi pencapaian

pendidikan ketua isi rumah iaitu bapa serta anak-anak mereka yang telah tamat dan
sedang menerima pendidikan. Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan
kerana kurang atau tiada pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap
pendidikan anak-anak mereka Melalui penemuan dan toeri yang dikemukakan oleh
pengkaji lepas, terdapat hubungkait antara tahap pendidikan seseorang dengan
pendapatan yang diperolehi. Justeru, andaian yang dibuat ialah masyarakat di kawasan
pedalaman mempunyai tahap sosio ekonomi yang rendah, sekaligus mempengaruhi
tahap pendidikan serta pendapatan yang diperolehi oleh isi rumah tersebut. Tahap
kesedaran yang rendah terhadap pendidikan khususnya bagi golongan ibubapa
masyarakat di kawasan pedalaman merupakan suatu faktor yang membawa kepada
kemunduran pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka.. Kebanyakan ibu bapa di
kawasan pedalaman tidak menitikberatkan pelajaran untuk anak-anak. Lazimnya,
masalah kemiskinan hidup yang dihadapi oleh masyarakat pedalaman akan membawa
kepada masalah dalam kehidupan mereka.
Masalah air adalah cabaran yang agak besar bagi guru-guru yang tinggal dan
mengajar di kawasan pedalaman. Ini kerana air merupakan keperluan utama manusia
yang digunakan setiap hari. Masalah air kini semakin meruncing di kawasan sekolah
pedalaman untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk tujuan kegunaan harian. Malah
ada guru yang terpaksa mengangkat air kerana tekanan air yang rendah dan tidak
dapat mengalir ke dalam rumah yang berada di kawasan tinggi.Apabila waktu hujan

10

pula air menjadi keruh, walaupun nampak jernih sekirannya air tersebut dibiarkan
seketika namun banyak bendasing di dalam air terkumpul di bawah tempat letak air,
nyata ia tidak baik untuk diambil dan jangkamasa panjang pasti memudaratkan
kesihatan warga sekolah amnya. Untuk mengatasi masalah tersebut sesetengah guru
terpaksa membeli air mineral untuk memasak dan minum.

.Secara umumnya cabaran bukan saja untuk warga guru, malah

rungutan

penduduk di kawasan pendalaman kerap kali terlepas di pandang oleh pihak yang
berkenaan. Kemudahan asas seperti ,elektrik, perubatan dan sebagainya merupakan
keperluan wajib di samping pelajar-pelajar di pendalaman perlu juga di pastikan wajib
mendapat makanan berzat untuk membolehkan mereka meningkatkan pencapaian
akademik.
Tambahan pula, ada kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan
klinik. Jika mempunyai masalah kesihatan seperti demam terpaksamakann ubat yang
dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa kerana jauh di bandar.
Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke
bandar untuk mendapatkan rawatan.Apa yang membimbangkan adalah sistem
pengangkutan di pedalaman iaitu terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya.
Apa yang lebih memeritkan ada juga guru yang terpaksa memberanikan diri menahan
mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke Bandar tanpa mengira akan
keselamatan diri. Mereka menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa mereka ke
bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di pedalaman
Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di pedalaman sangat dialualukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke pedalaman. Pemberian elaun hidup
susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan guru di pedalaman.
Salah seorang guru di pedalaman telah mencadangkan agar setiap sekolah dibekalkan
dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk
berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Beliau juga mengharapkan generator
yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang
11

masalah kerana ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan
kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di pedalaman. Situasi
dan kesukaran di pedalaman sangat mencabar emosi dan minda guru yang
ditempatkan di sana. Namun, murid-murid di pedalaman sangat memerlukan
pendidikan

berkualiti

termasuklah

mendapatkan

khidmat

guru

terlatih

yang

berpengalaman untuk mendidik mereka.

Refleksi
12

KHAIRUL NIZAM B. ZAKARIA

Pertama sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan tugarasan yang di amanahkan ini. Walaupun pada
mulanya sukar bagi saya untuk memahami apa kehendak tugasan pada semester ini,
namun hasil tunjuk ajar yang di berikan oleh pensyarah pembimbing saya iaitu En. Zaili
B. Idris serta bantuan daripada rakan-rakan dapat jua saya menyiapkan tugasan ini
pada masa yang telah ditetapkan.

Pelbagai kekangan yang terpaksa saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Tugas saya sebagai guru di sekolah dan peranan saya sebagai seorang bapa di rumah
menyebabkan saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan ini.
Masa yang sedikit terluang terpaksa saya manfaatkan sepenuhnya untuk menyiapkan
tugasan ini serta tugasan-tugasan lain.

Namun disebalik kesukaran tersebut saya dapat banyak manfaat yang tidak
ternilai harganya. Tugasan kali ini dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang
cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar pedalaman Ilmu pengetahuan yang
saya peroleh ini akan saya terapkan semasa saya mengajar nanti.Di samping itu juga
dengan melakukan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran belajar saya sama
ada membaca, mencatat nota, merujuk buku dan sebagainya. Di samping itu juga,
dengan menghasilkan tugasan ini saya dapat banyak pengetahuan baru untuk saya
aplikasikan semasa di sekolah

13

Akhir sekali, walaupun banyak kekangan yang terpaksa saya hadapi, itu
merupakan tangga-tangga yang perlu saya daki untuk mencapai puncak kejayaan.
Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih serta sedikit
pengorbanan.
Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Sharifah Md. Nor(2000). Keberkesanan sekolah:Satu perspektif sosiologi.
Serdang:Universiti Putra Malaysia.

14

Awang Had Salleh (1994). Ucapan utama ke arah kehidupan asrama yang kondusif.
Kertaskerja seminar penyelidikan asrama peringkat kebangsaan. USM.
Ee Ah Meng (1989). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Fajar
BaktiSdn Bhd.
Hassan Langgulung (1991). Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
danPustaka.
Jemien Ental (1993). Persepsi Guru Pelatih Ketukangan Maktab Perguruan Teknik
TerhadapPenempatan Mengajar Di Sekolah Menengah Vokasional Di Sarawak.
UniversitiTeknologi Malaysia.
Kamus Dewan Dan Pustaka (1998). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Kamarudin Haji Husin (1990). Pedagogi 2. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Laslie Taib (1997). Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer Di Sekolah
Menengah KotaTinggi, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Universitit Teknologi
Malaysia :Fakulti Pendidikan.
Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur

15

Anda mungkin juga menyukai