Anda di halaman 1dari 2

Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, November 29, 2008


Teknik Menggunakan Minda Bawah Sedar 2

Capai impian anda dengan menggunakan kemampuan minda bawah sedar. Pada kali ini saya akan berkongsi teknik mudah
untuk mengaktifkan minda bawah sedar bagi mencapai tujuan anda

1. Cari tempat yang paling aman dan selesa. Pastikan pakaian anda juga selesa

2. Relakkan badan anda dari kaki hingga ke kepala. Bermula dengan tenang, pejamkan mata anda. Gunakan teknik
pernafasa 8 : 4 : 8 iaitu 8 detik tarik nafas hingga ke abdomen. Tahan nafas 4 detik dan hembus nafas dalam kiraan 8 detik.
Kososngkan minda anda dan tumpu, dengar atau fokuskan pada setiap tarikan dan hembusan nafas anda Kira bermula dari
20 hingga 1. Setiap kiraan anda ,nyatakan pada diri anda bahawa anda semakin tenang dan semakin tenang. Arahkan otot-
otot bermula dari kaki supaya dalam keadaan relak dan santai. kemudian perlahan-lahan halakan minda anda ke arah
betis ,lutut, peha pinggang,perut ,dada,bahu, leher,rahang,muka dan bahagian kepala.

3.Setelah anda merasa begitu santai ( otak anda berada dalam frekuensi alpha)nyatakan kerjaya atau apa sahaja yang anda
inginkan. Sebagai contoh anda ingin menjadi seorang jurujual yang berjaya. Nyatakan dengan penuh perasaan " Aku
adalah jurujual yang hebat di dunia ini. Semua orang suka membeli produk dariku. Sambil menyebut perkataan tersebut
,gambarkan diri anda sebagaimana kata-kata afirmasi yang anda maksudkan. Anda dapat melihat 'DIRI' anda dikurniakkan
Allah begitu hebat, bersemangat, bertenaga, ceria dan begitu dikagumi.

4. Sambungkan kenyataan anda dalam keadaan santai ,yang penting emosi yang membawa anda ke destinasi bahawa anda
benar-benar 'nampak' dan 'dengar ' suara-suara dari dalam diri anda dan 'orang sekeliling' yang mengiktiraf kehebatan
anda. Kemudian bilang 1 hingga 20 .Semasa bilang angka ke nombor 2 anda buat rasa dengan menekan dan amat
mempercayai itulah diri anda. Kemudian seterusnya lakukan perkara yang sama apa bila bilang nombor 3 kepada 4 hingga
pada angka 20.sambil mengiakan itulah diri yang anda inginkan.Sesi ini dilakukan dalam 10 hingga 20 minit.

5.Apabila sampai angka 20 buka mata anda dan semestinya pada saat ini anda benar-benar merasakan satu tenaga dan
kekuatan yang amat menyegarkan kerana mengalami satu perasaan individu yang anda benar-benar suka untuk jadi seperti
yang anda inginkan

6. Lakukan setiap hari antara 10 hingga 20 minit setiap hari. Kesannya , minda bawah sedar anda akan mulakan operasi
menunjukkan cara-cara untuk anda melakukan tindakan-tindakan yang sewjarnya bagaimana anda harus bertindak untuk
merealisasikan impian anda menjadi kenyataan . INSYAALLAH . Ingat ! Sesuatu peristiwa itu berlaku 2 kali. Satu di
minda anda dan kali kedua pada kejadian sebenar.

Anda mungkin juga menyukai