Anda di halaman 1dari 9

NAMA MURID

: SHANONA BT. ABD MAJID

TARIKH

: 2 APRIL 2010

NAMA GURU

: PN SOFYA BT. MANSOR

MASA

: 9.05 PAGI 9.20 PAGI

TEMPAT

: DI TAMAN PERMAINAN

CONTOH REKOD BERTERUSAN


CATATAN

ULASAN

Nona sedang bermain buaian dengan beberapa orang rakannya. Tibatiba dia memanggil rakan-rakannya itu bermain jongkang- jongkit.
Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang- jongkit itu.
Nona : Janganlah berebut-rebut. Nanti jatuh.
Ita
: Saya pun nak main juga
Nona : Sabarlah, kita main gilir-gilir. OK, Bedah dan Ita duduk di
hujung sana. Saya dan Ina duduk di hujung sini.
Ita
: Tak mahu, saya tak boleh duduk dengan Bedah. Kami
berdua gemuk, tentu lebih berat, nanti tak sama pula.
Nona : Betul juga, nanti tak sama.Kalau begitu biar saya duduk
dengan Ita dan Bedah pula duduk dengan Ina. Hah, baru
sama berat.

- Mempunyai ciri-ciri
kepimpinan
- Menunjukkan sikap
bertolak ansur,
bertanggung jawab
dan bekerjasama
- Memahami konsep
matematik (berat
dan ringan)
- Memahami konsep
keseimbangan

CONTOH REKOD BERTERUSAN

NAMA MURID

: AMIN B. MOHAMAD

TARIKH

: 12 APRIL 2010

NAMA GURU

: PN SOFYA BT. MANSOR

MASA

: 10.05 PAGI 10.20 PAGI

TEMPAT

: DI DALAM KELAS

CATATAN

ULASAN

Amin sedang bermain dengan batang aiskrim. Dia memusingmusingkan batang aiskrim sambil berkata Kapal akan berlepas, kapal
akan berlepas.
Amin berhenti bermain apabila melihat Sani menuju ke arahnya lalu
memberi arahan kepada Sani Awak tidak boleh bermain di sini.
Arahan Amin jelas, Sani memandang ke arah Amin dan terus berlalu.
Amin terus bermain dengan kapal terbangnya. Suara amin semakin
kuat meniru bunyi kapal terbang.
BBBBBBBBB Bzzzzzzzz. 5...432..1.. Terbang (sambil
melancarkan batang aiskrim)
Diana yang sedang memandu kereta memerhati tingkah laku amin
lalu meluru ke arahnya sambil berkata Hei, giliran awak pula untuk
memandu kereta ini. Amin tidak memberi respon. Dengan nada kesal
Diana berkata OK.. saya pandu sekali lagi.
Amin terus bermain dengan kapal terbangnya

- Amin tidak suka


diganggu dan suka
bermain sendirian.
- Perkembangan
bahasanya
menunjukkan satu
kemajuan.
- Amin tidak mudah
dipengaruhi oleh
orang lain.
- Kepuasannya untuk
sendirian.

CONTOH REKOD BERTERUSAN

NAMA MURID
NAMA GURU

NUR AQILAH BT.


KAMARUZZAMAN
: PN SOFYA BT. MANSOR
:

TARIKH

: 13 MEI 2010

MASA

: 8.30 PAGI 8.50 PAGI

TEMPAT

: TAMAN PERMAINAN

CATATAN
Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di pusat main pasir.
Mereka bermain dengan beberapa peralatan main pasir seperti
pengorek, pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya. Semasa aktiviti
baru bermula, kedengaran Aqilah memberi cadangan kepada kanakkanak yang lain.
Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir. Lepas buat rumah, kita
buatlah bukit dan sungai di belakang rumah, buat pagar di
sekeliling rumah. Nanti tentu rumah kita cantik.
Rozana: Saya nak buat juga, kita tanam pokok bunga.
Aqilah : Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom kita buat rumah
kita cantik-cantik. Nanti kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni.
Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa sebarang konflik hasil
daripada peranan yang dimainkan Aqilah.

ULASAN
- Mempunyai sifat
kepimpinan
- Menunjukkan sifat
toleransi dan pandai
membahagikan
peralatan sama rata.
- Aqilah memahami
erti persahabatan
dan bekerjasama
sesama rakan-rakan.

SILA GUNAKAN BORANG BERIKUT UNTUK TUJUAN


PENTAKSIRAN REKOD BERTERUSAN DI DALAM
KELAS MASING-MASING
Perhatian : Rekod berterusan dan Anekdot perlu disimpan di dalam portfolio.

REKOD BERTERUSAN

NAMA MURID

TARIKH

NAMA GURU

MASA

TEMPAT

CATATAN

ULASAN

REKOD BERTERUSAN

NAMA MURID

TARIKH

NAMA GURU

MASA

TEMPAT

CATATAN

ULASAN

REKOD BERTERUSAN

NAMA MURID

TARIKH

NAMA GURU

MASA

TEMPAT

CATATAN

ULASAN

Anda mungkin juga menyukai