Anda di halaman 1dari 2

D.

PENULISAN REFLEKTIF

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya


dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kerja Budaya dan Pembelajaran ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek, En Azni bin Jaafar kerana
banyak membantu dan mencurahkan ilmu secara pengalaman tentang Budaya
Pembelajaran serta membimbing saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Secara
ringkasnya berdasarkan tugasan ini, pelajar dikehendaki menyediakan penulisan
esei tentang tajuk analisis implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengajaran
dan cadangan pembinaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran mesra budaya
serta membina sebuah program Mesra Budaya di dalam bilik darjah.

Terdapat kekuatan yang saya dapat dalam melaksanakan tugasan ini.


Antaranya ialah saya dapat mempelajari tentang bagaimana caranya saya
merancang sesuatu pengajaran yang dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang
mesra dan melahirkan sifat bersatu padu dalam diri murid-murid yang berbilang
kaum. Terdapat beberapa pengalaman yang dapat saya analisis berdasarkan
pemerhatian saya sewaktu program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Salah satu
tanggungjawab utama pada bahu seseorang guru adalah cara mewujudkan budaya
pembelajaran yang mesra. Terdapat beberapa teknik yang telah saya lihat di dalam
kelas bersama guru sekolah, berdasarkan pengalaman saya tersebut saya
mempelajari teknik pembelajaran secara berkumpulan dan berpasangan, susun atur
kedudukan meja dan kerusi murid bagi mengelakkan terjadinya kelompok yang
memupukkan sifat perkauman dalam bilik darjah. Teknik ini juga selaras dengan
Gagasan 1 Malaysia yang diseru supaya bersatu padu dalam menjaga keamanan
negara tanpa mengira agama dan bangsa. Pengalaman ini juga dapat saya muatkan
di dalam tugasan subjek Budaya Pembelajaran yang akan membantu guru pelatih
dalam mengembangkan nilai sivik bagi murid-murid yang berbilang kaum.
Pembelajaran ini juga memberi peluang murid untuk berinteraksi dan memahami
pandangan dan perasaan murid yang lain. Melalui proses ini pembelajaran ini akan
melatih murid lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala
prasangka buruk terhadap bangsa yang lain.

Beberapa kelemahan yang dapat saya kemukakan dalam kerja kursus ini, antaranya
ialah saya tidak dapat mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang budaya dan
pembelajaran ini disebabkan kekakangan masa yang saya hadapi. Sumber
maklumat yang saya peroleh hanya lebih berbantukan laman web disebabkan
beberapa tugasan lain yang perlu saya pikul.

Selain itu, tugasan yang

diberikan kepada saya memberikan satu

pengalaman yang sangat berguna sebagai seorang bakal guru. Tugasan budaya
dan pembelajaran dilaksanakan meningkatkan kemahiran kami untuk mencari dan
menganalisis maklumat di samping meningkatkan kefahaman antara pendidikan dan
budaya mesra. Di atas bimbingan En Azni saya dapat melaksanakan tugasan
dengan sebaik mungkin. Terdapat banyak penerangan yang berguna yang
disampaikan oleh beliau semasa penerangan kerja kursus ini.

Sepanjang pembelajaran subjek ini, pelbagai nilai-nilai murni yang saya dapat
terapkan di dalam diri saya. Antaranya ialah kesedaran kepentingan pengetahuan
tentang budaya masyarakat di Malaysia mahupun di dunia. Di samping itu, kita
sebagai generasi muda perlu mengekalkan perpaduan serta menjaga adat dan
budaya kita supaya tidak hilang ditelan arus pembangunan yang semakin pesat.
Secara keseluruhannya, saya berasa seronok sepanjang pembelajaran dalam
semester ini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya peroleh saya akan aplikasikan
apabila menjadi seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai