Anda di halaman 1dari 2

HOW TO WRITE LR FROM OTHMAN TALIB

Nak tahu camner nak hasilkan LR yang KRITIS? Jgn sebarang kritik... ntah2 kajian anda lagi hancuss !!
Baca, teliti dan SHARE ! Kalau tak larat nak baca.... gi buat kerja lain dulu..
Ini contoh ringkas satu paragraph .... yang lazim ditemui dalam tesis:
" Ali (2009) menyatakan ciri-ciri tertentu perlu diberikan perhatian dalam membangunkan aplikasi multimedia.
Sementara itu Siti (2007) menyatakan ciri animasi perlu ada dalam persembahan multimedia yang bercorak
interaktif. John (2008) pula menyatakan bahawa perisian multimedia memerlukan simulasi yang mudah difahami.
Kajian oleh Tan (2010) seterusnya mendapati koswer multimedia di sekolah tidak digunakan sepenuhnya oleh
pelajar kerana masalah teknikal. Akhirnya Siti (2007) membuktikan dalam kajiannya bahawa multimedia lebih
diminati oleh pelajar yang lemah berbanding dengan pelajar yang pandai"
La... tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... jgn main cantum jer dalam
satu paragraph... kritis tu bukan macam tu..
Abis?
Lom abis lagi. First, U kena baca, faham dan ANALISIS artikel2 tu dgn cari point yang conceptualnya sama
dengan kajian U then perlu SYNTHESIS (combine) dalam ayat U sendiri, dgn idea, bahasa dan dalam konteks
kajian sendiri ....
Katakan U analisis 5 artikel berikut dan dapati isi penting yang perlu di sintesis kerana isi tersebut berkaitan
dengan ciri-ciri bahan multimedia yang u nak bangunkan...wpun kesemua artikel tersebut berbeza2 tajuk dan
kontek tetapi bkaitan multimedia.
1. Ali (2009) - Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran
2. Siti (2007) - Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
3. Tan (2010) - Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009)
4. Chee (2009) - Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis
5. John (2008) - Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak
seperti konsep sains
Mensintesis tu camner bro?
Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan sendiri secara integrate konsep2 yang sama
dari artikel yang U baca dan dengan cara itu juga akan menghasilkan LR yang konsisten dan koheren dgn kajian
U sendiri dan seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian lepas walaupun dalam
konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan tetapi secara CONCEPTUALnya
membawa MAKNA YG SAMA dgn kajian U.
Kalau U dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi
tetapi disintesis dalam konteks kajian U... barulah dikatakan kritis dalam menulis LR....

Ingat, kritis bukan kritik spt yang difahami sebahagian PG sehingga terkeluar statement kajian X (2000) tidak buat
ini... kajian Y(2001) tak buat itu... sedang mereka adalah expert yang published dalam high impact journals dan
melalui proses review yg ketat... abis kajian U plak camner ? Ntah2 kajian u lagi hancuss... compare dgn kajian
lepas tersebut !
Berikut contoh ayat dummy hasil sintesis kajian lepas, sesuai dengan kajian U yang berkaitan dengan pembinaan
bahan multimedia bagi meningkatkan kefahaman pelajar:
"Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun,
keberkesanan bahan multimedia dalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas
menyarankan perlunya bahan multimedia mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif
(Tan, 2010), memiliki unsur animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209).
Aplikasi teori konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana
penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh
teori multmedia Mayer (2009) dalam meningkatkan kefahaman pelajar.
Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang
kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D seperti saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan
bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran,
sekaligus memudahkan kefahaman pelajar"
Bila U baca ayat di atas, tak der ler macam U meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi
pembaca seperti mendengar U berkata2 (author's voice... perghh)... siap dengan idea ko, diselit dengan
penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks
kajian sendiri ... iaitu menggunakan keyword yang sama wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam
petikan artikel asal yang u analisis sebelum u sintesis !!
Kesimpulan:
Analisis (perlu pre-knowledge) + Synthesis (perlu creative) = Critical review
OT - mak ai....

Anda mungkin juga menyukai