Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan salam sejahtera, salam perpaduan dan
salam satu Malaysia kepada yang berusaha pensyarah Tuan Haji Shaari bin Salleh
selaku pembimbing kami dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Seikhlas kasih
saya curahkan kepada yang berusaha Tuan Haji Shaari kerana telah membantu
kami untuk melaksanakan kerja krusus berasaskan ilmu yang menjurus kepada
bidang Moral. Sumber-sumber rujukan yang telah diberikan oleh beliau amat
membantu kami dalam memperkembangkan lagi kerja-kerja kami. Dari itu, jasa baik
beliau akan dikenang buat selama-lamanya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada para
pensyarah yang sudi berkoloberasi dengan kami tanpa mengira masa dan keadaan.
Walaupun mereka dihimpit dengan pelbagai tugasan tetapi mereka masih membuka
pintu kepada kami untuk berbincang dan bertukar pendapat antara satu dengan yang
lain. Oleh itu, kami dapat mengambangkan seterusnya memperbaiki kelemahan
yang telah kami lakukan.
Saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan adanya rakan-rakan yang selalu
membantu saya. Segulung rasa kasih dan sayang serta ucapan terima kasih saya
kepada rakan-rakan kerana jasa baik mereka membuahkan hasil yang berkualiti.
Tanpa bantuan daripada mereka semua, belum pasti kerja krusus berasaskan ilmu
ini dapat saya laksanakan dengan jayanya. Ini kerana, pelbagai idea yang bernas
serta bersesuaian telah mereka berikan kepada saya. Maka dari itu, dapatlah saya
menyiapkan kerja krusus ini dengan jayanya.
TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai