Anda di halaman 1dari 13

BAB 16

PENILAIAN PERALIHAN
PENGENALAN
Pendidikan merupakan asas penting bagi perkembangan seseorang individu. Oleh
yang demikian, aspek pendidikan adalah perkara yang harus dititikberatkan oleh semua
pihak. Pendidikan boleh dikatakan sebagai hak setiap individu. Setiap individu harus
mempunyai peluang yang samarata terhadap pendidikan. Bahkan, Pendidikan untuk semua
adalah satu konsep yang sangat signifikan. Manusia dilahirkan dengan kebolehan dan potensi
yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, melalui pendidikanlah, seseorang itu
boleh mengembangkan potensi yang ada dalam dirinya. Dalam erti kata lain, pendidikan
mencorak masa depan seseorang individu. Oleh yang demikian, demi membolehkan setiap
individu menerima peluang yang samarata terhadap pendidikan tindakan sosial yang harus
kita fikirkan mungkin dengan cara menyedarkan ibubapa tentang keperluan dan kepentingan
pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak normal tetapi juga untuk kanak-kanak yang
istimewa.
Konsep pendidikan bagi kanak-kanak istimewa berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaupun kanak-kanak istimewa ini mempunyai kekurangan dalam pendidikan, namun ia
bukanlah batu penghalang untuk mereka belajar seperti kanak-kanak normal yang lain.
Walabagaimanapun, seperti yang dijelaskan tadi bahawa konsep pendidikan bagi kanakkanak istimewa adalah berbeza dengan kanak-kanak normal, begitulah juga halnya dengan
pentaksiran terhadap kanak-kanak istimewa ataupun kanak-kanak kurang upaya ini.
Golongan dewasa merupakan agen penting dalam menentukan berdikari atau tidak seseorang
kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan. Kanak-kanak kurang upaya ini seharusnya
tidak diabaikan perihal masa depan mereka. Hal ini termasuklah pendidikan dan pekerjaan.
Seandainya mereka dilatih dengan betul dan teliti, golongan kurang upaya ini juga mampu
belajar dan bekerja seperti mana golongan normal.
Alam pekerjaan merupakan satu alam permulaan untuk menguruskan hala tuju
kehidupan. Golongan kurang upaya merupakan insan yang perlu dipantau agar mereka dapat
memulakan kerjaya berdasarkan kaedah yang tepat dan melalui garisan yang betul. Bagi
memenuhi keperluan ini, kita perlulah membuat kajian dengan terperinci dengan
menjalankan penilaian terhadap mereka. Pelbagai kaedah telah dirancang dan dijalankan bagi
mencari keputusan yang betul tentang pelaksanaan penaksiran terhadap golongan khususnya
1

bagi golongan kurang upaya. Sebelum memasuki alam kerjaya, golongan kurang upaya ini
pastinya akan melalui satu fasa yang diberi nama fasa peralihan. Dalam fasa peralihan ini,
golongan kurang upaya seharusnya didedahkan dengan alam pekerjaan. Ini kerana,
kebanyakan golongan kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan dan masih bergantung
sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga mereka.
Penaksiran peralihan adalah satu proses berterusan yang menolong pelajar mengenal
pasti minat, keperluan, kekuatan dan keupayaan mereka untuk menjalin hubungan bagi
mempersiapkan diri memikul tugas sebagai orang dewasa termasuklah pekerjaan, pengajian
tinggi, hidup berdikari, penglibatan dalam komuniti dan hubungan sosial. Penaksiran
peralihan hendaklah bermula dari awal untuk mengenal pasti jenis dan khidmat sokongan
yang diperlukan untuk hidup ke alam dewasa. Melalui kaedah ini, ia diharap dapat membantu
golongan kurang upaya untuk kelangsungan hidup di kemudian hari.

1. PENTAKSIRAN REMAJA DAN DEWASA


Peralihan ke alam dewasa adalah satu proses yang kompleks dan berterusan yang bermula
sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sebagai kanak-kanak menjadi remaja, untuk
kehidupan dewasa awal dan kemudian melalui peringkat dewasa. Walaupun proses ini adalah
rumit yang terbaik untuk mana-mana orang, individu dengan ketidakupayaan menghadapi
cabaran yang unik yang memerlukan pertimbangan khusus.
Fasa peralihan adalah satu elemen yang penting bagi kanak-kanak kurang upaya kerana
kebanyakan dari mereka tidak mempunyai pekerjaan, hidup bersama ibu bapa dan diabaikan
oleh masyrakat. Peralihan daripada alam persekolahan kepada alam dewasa telah muncul
sebagai fokus utama dalam pendidikan menengah bagi kanak-kanak kurang upaya.
Pendidikan menengah merupakan satu elemen penting memandangkan majoriti kanak-kanak
kurang upaya kurang berjaya setelah menamatkan persekolahan. Jika diperhatikan, kanakkanak kurang upaya dengan kanak-kanak tipikal, kebanyakan kanak-kanak kurang upaya
tidak mempunyai pekerjaan, tinggal bersama ibu bapa dan ada yang terpisah dari masyarakat
setelah menamatkan pelajaran. Hal ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka juga
berhak untuk merasai kehidupan seperti mana orang normal.
1.1 KERANGKA KERJA UNTUK PENAKSIRAN PERALIHAN
Sejak tahun 1970 lagi, beberapa akta telah digubal untuk memenuhi keperluan pendidikan
khas bagi kanak-kanak. Antaranya ialah, The National Council on Disability (2000), 1975
Education of All Handicapped Children Act, 1990 Americans with Disabilities Act, 1994
School-to-Work Opportunities Act dan akhir sekali, 1998 Higher Education Act. Dengan
tertubuhnya akta-akta ini, ini membuktikan bahawa semua pihak sememangnya
mengambilberat dan prihatin terhadap keperluan pendidikan bagi kanak-kanak khas ataupun
istimewa. Akta-akta yang digubal ini sudah pastinya memfokuskan kepada pembangunan dan
pengembangan pendidikan kanak-kanak khas ini. Pengenalan kepada akta-akta ini adalah
bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah
dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana
kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila
mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanakkanak biasa (Odom & McEvoy 1988). Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas
di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu
3

yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan
akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun kelas khas akan
diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Terkini, Individuals with Disabilities Education Act ataupun singkatannya, IDEA telah
ditubuhkan. Tujuan utama penubuhannya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memenuhi
keperluan pendidikan kanak-kanak khas dengan memberi penekanan terhadap pendidikan
untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ,
pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak
ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai ( Rancangan Pendidikan
Individu). Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )
memberi maksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan
bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas ini bukanlah satu beban kepada pihak sekolah
mahupun rakan sebaya yang lain. Oleh yang demikian, mereka berhak berada dalam
persekitaran yang sama seperti kanak-kanak lain. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak
khas mampu belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas bersama kanakkanak biasa.
Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi pula meletakkan syarat bahawa kanak-kanak
khas ini dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian
pendidikan. Penilaian pendidikan boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara yang berbeza.
Walau bagaimanapun, pentaksiran yang tidak mendiskriminasi menggariskan panduan
bahawa penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanakkanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka. Ini kerana,
kanak-kanak khas ini mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dengan kanak-kanak
normal. Pentaksiran yang dijalankan ke atas mereka haruslah mengambil kira dan haruslah
sesuai dengan tahap kecerdasan ataupun kekurangan mereka. Hal ini disokong oleh dapatan
kajian oleh Diamond (1994) bahawa kanak-kanak khas adalah kurang kompeten berbanding
kanak-kanal normal, khususnya, daripada segi penguasaan bahasa.
IDEA juga memandatkan bahawa khidmat sokongan yang sesuai haruslah diberi kepada
kanak-kanak khas ini. Dalam hal ini, ibu bapa ataupun penjaga memainkan peranan yang
besar. Merekalah khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka
memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama
mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang
penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat
4

sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan
dalam mandat IDEA ini.
Seperti yang dijelaskan di atas, ibu bapa ataupun penjaga memainkan peranan yang
penting dalam menentukan masa depan kanak-kanak khas ini, sama ada mereka akan terus
bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga, ataupun mereka mampu memiliki
kerja. Pihak sekolah juga seharusnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan
potensi kanak-kanak khas ini agar mereka dapat berdikari dewasa kelak dan seterusnya
mempunyai pekerjaan. Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah
dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut IDEA, maklumat
mengenai ketidakupayaan seseorang individu adalah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi
dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat
maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua
maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang
tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri
perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju
dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah
dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anakanak mereka di sekolah. Penglibatan pihak sekolah dan ibu bapa adalah penting bagi
memastikan anak-anak khas ini mendapat peluang yang sewajarnya.
Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program
tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak
tersebut.
2.PENILAIAN PERALIHAN
Penilaian peralihan, seperti yang ditakrifkan oleh Bahagian Pembangunan dan
Peralihan Kerjaya (DCDT) Majlis untuk Kanak-kanak yang luar biasa, adalah "proses yang
berterusan untuk mengumpul data mengenai keperluan individu, keutamaan, dan kepentingan
kerana ia berkaitan dengan keperluan semasa dan kerja masa depan, pendidikan, kehidupan,
dan persekitaran yang peribadi dan sosial. Antara komponen utama penilaian peralihan ialah:
a) Individual/Bersifat Individu - Dicipta untuk pelajar tertentu dan bukan protokol
standard atau rutin amalan.
b) Berterusan - Sepanjang kerjaya pendidikan pelajar, dengan memberi tumpuan kepada
pilihan, minat, kekuatan dan keperluan

c) Berorientasikan masa hadapan - Jelas menerangkan kemahiran yang dikenal pasti dan
cabaran dan implikasi bagi pelajar sebagai orang dewasa yang bekerja, belajar, dan
hidup dalam masyarakat
Penilaian peralihan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu formal atau tidak
formal.
2.1 KAEDAH PENILAIAN PERALIHAN SECARA FORMAL
i) Kelakuan Adaptive / Kemahiran Hidup harian Penilaian
Kaedah ini boleh membantu menentukan jenis dan jumlah bantuan yang diperlukan
oleh golongan kurang upaya ini. Bantuan itu mungkin dalam bentuk perkhidmatan
sokongan dari rumah untuk bayi dan kanak-kanak dan keluarga mereka, pendidikan
khas dan latihan vokasional untuk golongan muda, dan kerja disokong atau perkiraan
hidup khas seperti pembantu penjagaan diri. Setiap penilaian bergantung kepada
responden seperti ibu bapa, guru, atau penjagaan pembekal untuk memberi maklumat
tentang individu yang dinilai.
ii) Ujian Am dan Ujian Khusus Aptitude
Jenis penilaian ini akan mengukur kemahiran tertentu atau keupayaan tertentu
seseorang individu kurang upaya.
iii) Inventori minat pula akan memberikan maklumat tentang pilihan individu untuk
kerjaya tertentu, aktiviti-aktiviti pekerjaan, atau jenis kerja.
iv) Ujian kecerdasan pula melibatkan ujian tunggal untuk menilai prestasi kognitif
seseorang.
v) Ujian pencapaian sebaliknya pula akan mengukur pembelajaran kemahiran akademik
umum atau khusus. Keputusan boleh dikaitkan dengan keperluan pekerjaan di
samping membantu untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi yang memerlukan
pemulihan.
vi) Inventori Kelakuan
Mengenal pasti tabiat pelajar terhadap pelbagai jenis kerjaya dan kerja (contohnya,
kerjaya yang menekankan data, orang, atau perkara-perkara). Laporan sahaja tidak
perlu dilihat sebagai peramal kejayaan atau kegagalan tetapi harus dibandingkan
dengan data yang lain, termasuk kebolehan dan minat.
vii) Kematangan kerjaya atau Ujian Kerja direka untuk menilai tahap perkembangan atau
tugasan seseorang individu dengan ketidakupayaan.
viii)

Penilaian diri

Menyediakan maklumat tentang kesediaan seseorang untuk membuat keputusan


yang berkaitan dengan cita-cita setelah tamat pelajaran menengah mereka. Penilaian
ini menyediakan data untuk membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan
keperluannya yang berkaitan dengan penentuan sendiri dan faktor-faktor yang boleh
menggalakkan atau menghalang keputusan ini.
ix) Inventori Perancangan Peralihan adalah satu bentuk penilaian yang boleh membantu
mengenal pasti kekuatan dan keperluan peralihan dalam pelbagai aspek kehidupan
orang dewasa, termasuk pekerjaan, pelajaran menengah dan latihan, hidup bebas,
hubungan interpersonal, dan kehidupan masyarakat. Mereka juga mempersoalkan dan
mengenal pasti matlamat dan kesedaran pelajar mengenai apa yang diperlukan atau
yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut. Keputusan soal ibu bapa atau
penjaga (dan mungkin adik-beradik), dan pendidik boleh dikaitkan untuk mencipta
dan akaun tepat matlamat peralihan dan langkah-langkah yang perlu untuk mencapai
kualiti yang memuaskan kehidupan.
2.2

KAEDAH PENILAIAN PERALIHAN SECARA INFORMAL


Temu bual dan soal selidik boleh dilakukan dengan pelbagai individu untuk tujuan

mengumpul maklumat yang akan digunakan untuk menentukan kekuatan pelajar, keperluan,
keutamaan, dan kepentingan relatif kepada jangkaan hasil selepas sekolah. Dalam erti kata
lain, maklumat yang didapati daripada pelajar atau keluarga boleh digunakan untuk
membantu membangunkan hasil pelajaran menengah dan merancang kursus yang akan
membantu pelajar mencapai matlamat. Satu bahagian penting dalam proses pengumpulan
data adalah ia melibatkan pengumpulan maklumat tentang pelajar dan sumber semasa dan
masa depan keluarganya. Sebagai contoh, melibatkan keperluan pengangkutan semasa dan
masa depan untuk ke tempat kerja atau untuk pelbagai aktiviti atau tempat dalam masyarakat.
Akhirnya, keluarga sering boleh menyediakan sumber-sumber semasa dan masa depan dari
segi pilihan pekerjaan kepada anak perempuan atau anak lelaki mereka.
Selain temubual, pemerhatian secara langsung terhadap prestasi pelajar juga dapat
menilai pelajar dengan masalah ketidakupayaan. Oleh yang demikian, satu hal yang harus
diambilkira dalam pemerhatian langsung ialah ia perlu dilakukan dalam persekitaran semula
jadi. Pemerhatian langsung boleh sering dilakukan oleh jurulatih kerja, rakan sekerja, pakar
rekreasi, pendidik umum / vokasional, atau pelajar. Data biasanya melibatkan data analisis
tugas dan langkah-langkah dalam menyelesaikan tugas, tingkah laku kerja Contohnya, cara
menerima arahan dan pergaulan bersama rakan sekerja. Bagi maklumat afektif pula, ia
7

melibatkan emosi pelajar tersebut sama ada gembira, teruja, kecewa, atau bosan. Sebagai
contoh, sekiranya didapati bahawa pelajar dengan cepat dan tepat melengkapkan tugas-tugas,
berinteraksi dengan baik dengan rakan sekerja, dan kelihatan gembira di tempat kerja, ini
membuktikan bahawa

jenis

pekerjaan

ini adalah sesuai

dengan kehendak

dan

kemampuannya. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar itu kelihatan tidak selesa dengan
persekitaran kerja dan tidak dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengsn baik, itu
bermakna pekerjaan itu tidak sesuai dengan kehendak dirinya.
Manakala Penilaian berasaskan kurikulum (CBA) biasanya direka oleh pendidik
untuk mengumpul maklumat mengenai prestasi pelajar dalam kurikulum tertentu dan untuk
membangunkan rancangan pengajaran tertentu untuk pelajar. Untuk mengumpul data ini,
pendidik boleh menggunakan analisis tugas, analisis sampel kerja, penilaian portfolio, dan /
atau kriteria rujukan-ujian. Analisis alam sekitar, kadang-kadang dirujuk sebagai penilaian
ekologi atau analisis kerja, melibatkan berhati-hati memeriksa persekitaran di mana aktivitiaktiviti yang biasanya berlaku. Sebagai contoh, pelajar boleh menyatakan kepentingan dalam
menghadiri kelas karate di YMCA tempatan. Dalam kes ini, analisis alam sekitar mungkin
dijalankan untuk mengkaji keperluan pengangkutan dan jangkaan di YMCA untuk
menghadiri (misalnya, menjadi ahli, menggunakan bilik persalinan, mengambil mandi).
Dalam contoh yang kedua, jika pelajar menunjukkan minat dalam jenis tertentu kerja, analisis
kerja boleh dijalankan membandingkan keperluan pekerjaan kepada kemahiran pelajar
(Griffin & Sherron, 1996). Satu bahagian penting dalam analisis perlu untuk mengenal pasti
jenis penginapan yang boleh disediakan untuk membantu pelajar melaksanakan fungsi-fungsi
yang perlu kerja tertentu (contohnya, penyusunan semula pekerjaan, mengubah suai
peralatan, memperoleh alat penyesuaian, menganjurkan semula ruang kerja, menyewa
pembantu peribadi (Griffin & Sherron, 1996).
Walaubagaimanapun, apa jua jenis penilaian peralihan yang digunakan, di akhirnya ia
seharusnya dapat membantu untuk membangunkan matlamat IEP dan objektif yang realistik
dan bermakna, membuat keputusan program pengajaran, menyediakan maklumat untuk tahap
semasa prestasi yang berkaitan dengan kekuatan pelajar, kepentingan, keutamaan, dan
keperluan, belajar tentang pelajar individu, terutama kekuatan mereka di luar akademik dan
kerjaya impian mereka (Sitlington, 2004).

3. PENILAIAN UNTUK RANCANGAN PEKERJAAN & ALAM DEWASA


8

Salah satu aspek penting dalam penaksiran peralihan adalah mencapai tahap
kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kerjaya dan alam pekerjaan. Alam pekerjaan
semamangnya merupakan satu alam yang mencabar bagi setiap individu. Apatahlagi bagi
individu yang istimewa ataupun individu kurang upaya. Memiliki kerjaya boleh dikatakan
sebagai satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat individu istimewa ini. Mana taknya,
kebanyakan individu kurang upaya lazimnya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa ataupun
penjaga dan tidak mampu untuk hidup secara berdikari.
Memandangkan individu istimewa ini mampu melakukan kerja dengan baik sekiranya
diberi latihan yang secukupnya. Oleh yang demikian, alam pekerjaan bukanlah suatu perkara
mustahil buat individu istimewa ini. Walaubagaimanapun, individu yang istimewa ini harus
melalui beberapa perkara sebelum dapat menjejak kaki ke alam pekerjaan. Analisis pekerjaan
adalah salahsatu cara yang berguna yang boleh digunapakai dalam penilaian peralihan dan
seterusnya membuat perancangan pekerjaan dan menempuhi alam dewasa. Analisis pekerjaan
merupakan satu pemerhatian sistematik berkenaan pencapaian terhadap sesuatu pekerjaan
untuk menentukan beberapa aspek, iaitu; apa yang dilakukan oleh pekerja, bagaimana atau
kenapa pekerja tersebut melakukannya dan skill yang diperlukan. Antara maklumat yang
diperlukan adalah:

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang harus ditititkberatkan


oleh pihak yang berkenaan dalam melatih individu istimewa ini sebelum mereka dapat
menempuh alam pekerjaan ialah:
9

a)

Kesedaran Berkenaan Pilihan Kerjaya


Tidak dapat dinafikan bahawa kerjaya pilihan adalah matlamat setiap individu,
sepertimana individu kurang upaya. Golongan ini juga harus diberi kebebasan dalam
menentukan kerjaya pilihan mereka yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.

b)

Kemahiran Berkaitan Pekerjaan


Alam pekerjaan memerlukan beberapa skill ataupun kemahiran yang tertentu untuk
membolehkan sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan sempurna. Bagi golongan
kurang upaya, skill yang dimiliki oleh mereka berbeza dengan skill yang dimiliki oleh
golongan biasa. Oleh yang demikian, adalah penting untuk ibubapa atau penjaga atau
pihak sekolah untuk tahu skill apa yang dimiliki oleh seseorang individu kurang
upaya. Hal ini adalah kerana, setelah sesuatu pihak itu dapat mengenalpasti skill apa
yang dimiliki individu kurang upaya itu, perancangan kerja yang bersesuaian dengan
skill tersebut boleh direka.

d)

Minat Vokasional
Minat pelajar merupakan perkara asas dalam pelan peralihan. Walau bagaimanapun
tak semua alat penaksiran sesuai untuk pelajar. Adalah penting untuk memastikan
bahawa alat penaksiran yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif dan komunikasi
pelajar.

10

e)

Skill Yang Tertentu


Contoh kerja direka untuk menilai kebolehan pelajar untuk melakukan tugasan yang
hampir sama dengan pekerjaan sebenar. Hal ini dipanggil simulasi. Simulasi
merupakan prosedur untuk menilai aptitud pelajar, skil dan minat terhadap sesuatu
kerja. Contohnya setengah sekolah yang mengadakan mini bisnes untuk menjual
barangan sekolah- snek. Pengalaman ini akan memberi pendedahan awal kepada
individu tersebut sebelum memasuki dunia pekerjaan sebenar.

f)

Penyesuaian Dalam Komuniti

4. MENYEDIAKAN KHIDMAT PERALIHAN


11

Menurut Defur, Todd Alen & Gatzel (2001), hubungan antara keluarga dan orang yang
bertanggungjawab merupakan aspek penting yang akan menentukan sejauh manakanh
penglibatan keluarga dalam perancangan peralihan. Komunikasi dan penglibatan pelajar dan
keluarga mereka secara awal dan kerap adalah penting. Penglibatan awal keluarga akan
menolong pelajar menempuhi alam persekolahan. Hal ini keranan, keluarga merupakan insan
yang paling rapat dengan individu tersebut. Oleh yang demikian, sokongan dan
campurtangan keluarga dalam merancang masa depan individu istimewa adalah sangat
penting. Selain itu, rancangan yang dibentuk seharusnya memfokuskan kepada pelajar
tersebut. Hal ini kerana, pelajar itu yang akan mendapat impak daripada sesuatu perancangan.
Perancangan merupakan satu falsafah yang memerlukan penglibatan yang samarata,
komunikasi yang jelas dan positif di antara pelajar dan keluarga.
5. KESIMPULAN
Setelah meneliti semua aspek dalam penilaian peralihan, terdapat beberapa perkara yang
harus dititikberatkan. Hal ini kerana, individu khas ini seharusnya mendapat peluang yang
sama rata dalam semua bidang meskipun berbeza daripada segi keupayaan. Perancangan
yang dilakukan haruslah bermula daripada awal dan berterusan dengan mengambilkira
kesemua aspek. Pelaksanaan juga haruslah berjalan serentak dengan perancangan.
Memahami langkah yang tepat untuk kejayaan di alam dewasa dan alam pekerjaan adalah
faktor utama yang menentukan sama ada seoseorang individu kurang upaya itu mampu
melangkah ke alam dewasa atau alam pekerjaan atau tidak. Hal ini kerana, individu kurang
uapaya ini seringkali tercicir persekolahannya, tidak bekerja, dan masih bergantung kepada
keluarga.

6. RUJUKAN
Diamond, K. E. (1994) Factors in pre-school children's social problem-solving strategies for
peers with and without disabilities. Early Childhood Research Quarterly, 9(2), 195206.

12

Griffin, C., & Sherron, P.(1996). Finding jobs for young people with disabilities. In P.
Wehman (Ed.), Life beyond the classroom: Transition strategies for young people
with disabilities (2nd ed., pp. 163-187). Baltimore, MD: Paul H. Brookes.
Kortering, L., Sitlington, P. & Braziel, P.(2004). The use of vocational assessment and
planning as a strategic intervention to help keep youths with emotional or behavioral
disorders in school. In Transition of Students with Emotional or Behavior Disorders:
Current approaches for positive outcomes. (Ed. Doug Cheney). Arlington, VA:
Council for Children with Behavior Disorders and Division on Career Development
and Transition.
Odom, S., & McEvoy, M. (1988). Intervention of young children with handicaps and
normally developing children. In S. Odom & M. Karnes (Eds.), Early Intervention for
infants and children with handicaps: An empirical base, (pp. 241-268). Baltimore:
Brookes.

13

Anda mungkin juga menyukai