Anda di halaman 1dari 3

Erupting Volcano

Bahan-bahan
1. SerbukPenaik / Baking Soda
2. Cuka / Vinegar
3. Plasticine
4. Botol
5. Bekas
Eksperimen
1. Balut botol dengan menggunakan plasticine untuk membentuk gunung berapi
seperti gambar di bawah.

2. Masukkan ke dalam bekas bagi menampung cecair yang terhasil dari


eksperimen.
3. Masukkan satu sudu serbuk penaik ke dalam gunung berapi anda.
4. Masukkan 50 mL cuka ke dalam gunung berapi.

Keputusan
Anda akan melihat buih-buih udara keluar dari gunung berapi anda.
Kesimpulan
Serbuk penaik bertindakbalas dengan cuka menghasilkan buih yang
mengandungi gas karbon dioksida.
Aplikasi dalam kehidupan seharian
Boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.

Fakta Sains Di sebalik Eksperimen


Serbuk penaik adalah bahan kimia yang dipanggil sebagai sodium bikarbonat
(NaHCO3). Sekiranya sodium bikarbonat dimasukkan ke dalam air, ianya akan
terurai kepada ion sodium (Na+) dan ion bikarbonat (HCO3- ) .
NaHCO3 ---> Na+(aq) + HCO3-(aq)
Cuka, adalah asid acetic (cuka-acid lemah: rasa masam). Asid acetik (CH3COOH)
sekiranya di dalam air, sebahagiannya terpisah menjadi ion hidrogen ( H+) dan
ion acetate (CH3COO-)
CH3COOH <---> H+(aq) + CH3COO-(aq)
Eksperimen ini melibatkan dua tindakbalas iaitu:
i) tindakbalas asid-bes diikuti;
ii) tindakbalas pemecahan semula
Apabila sodium bikarbonat dan cuka dicampurkan, ion hidrogen dari cuka akan
bertindakbalas dengan ion bikarbonat (HCO3- ) dari serbuk penaik untuk
membentuk satu bahan kimia baru iaitu asid karbonik (H2CO3).
H+ + HCO3- ---> H2CO3
Asid karbonik (yang tidak stabil) seterusnya terurai kepada gas karbon
dioksida(CO2) dan air(H2O).
H2CO3 ---> H2O + CO2
Hasil eksperimen: Buih-buih yang mengandungi gas karbon dioksida(CO2)

Fakta Ekstra
Menggunakan struktur molekul komponen / bahan yang terlibat, tindakbalas
kimia tersebut boleh ditulis seperti berikut:

Tindakbalas kimia keseluruhan kebiasaannya ditulis seperti berikut :


NaHCO3 (aq) + CH3COOH (aq) ----> CO2 (g) + H2O (l) + CH3COONa (aq)

Anda mungkin juga menyukai