Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan


yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang
dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis
maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti
pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau
prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan
dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga
adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan
yang dijalankan.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah
guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang
mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Anda mungkin juga menyukai