Anda di halaman 1dari 4

SULIT

012
Bahagian A
[ 10 markah ]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Lihat gambar di bawah dengan ini.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam
gambar di bawah.

SULIT
012
Bahagian B
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 40 minit ]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang
panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah menyertai gotong-royong yang dianjurkan oleh


Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu.
Ceritakan pengalaman gotong-royong yang kamu sertai itu.

ATAU

2. Makan makanan berkhasiat amat penting dalam kehidupan dan


menambah ketahanan diri seseorang.
Tulis kebaikan-kebaikan makan makanan berkhasiat.

ATAU

3. Aku dan dua orang rakanku sedang bermain di halaman rumah.


Tiba-tiba aku terdengar suara jeritan meminta tolong. Aku
segera.
Mulakan cerita kamu dengan :
Aku segera

SULIT
012
Bahagian C
[ 20 markah ]
[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di


bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50
patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan sahaja.

IPOH, Rabu Seorang remaja cemerlang yang merupakan anak


sulung sebuah keluarga miskin antara penerima bantuan zakat
baru-baru ini. Remaja berkenaan, Mohd Firdaus diraikan dalam
Majlis Anugerah Anak Cemerlang anjuran Lembaga Zakat Negeri
Perak di sini, semalam.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, gaji ayahnya
yang bekerja sebagai tukang cuci adalah kecil, menyebabkan
mereka sekeluarga perlu sentiasa berjimat cermat. Di samping itu,
dia turut membantu keluarganya dengan mencuci kereta di stesen
minyak pada hari minggu untuk menambah pendapatan.
Mohd Firdaus yang memperoleh keputusan 8A dalam Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ) menerima wang sebanyak RM400.
Menurutnya, wang yang diperoleh itu akan disimpan di dalam bank.
Wang ini akan digunakan untuk membiayai pembelajarannya pada
masa akan datang.
Seorang lagi rakan Mohd Firdaus juga turut menerima
sumbangan. Zul Azri Isa, 13 tahun dari Sungai Siput berkata, dia
ketandusan kasih bapa apabila ibu bapanya bercerai ketika dia
berusia lima tahun. Anak bongsu daripada 10 beradik itu berkata,
abang dan kakak membantu ibu membesarkannya selain memberi
galakan kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.

Antara cabaran yang saya lalui ialah terpaksa berjalan kaki


sejauh 7 kilometer untuk ke sekolah. Namun begitu, hal tersebut
tidak menjadi alasan untuk saya mengabaikan pelajaran, kata Zul
Azri Isa.

Anda mungkin juga menyukai