Kebakaran berlaku biasanya disebabkan oleh kelalaian atau kecuaian manusia, kerosakan mekanikal atau eletrikal, pembakaran terbuka ataupun kejadian semulajadi (petir dan kilat) yang menyatukan oksigen, bahan api dan haba bagi mewujudkan api.
Punca-punca kematian disebabkan
kebakaran termasuklah melecur yang teruk, terhidu gas-gas bahaya ataupun
disebabkan kekurangan oksigen.
Memandangkan kebakaran merupakan
salah satu bencana alam yang boleh membawa maut, pihak sekolah dan murid-murid
harus
mengambil
langkah-langkah
keselamatan
dan
mempunyai kemahiran untuk menghadapi saat-saat kecemasan.
Disediakan oleh PPM 08
EARLY DETECTION IN EMERGENCY
PERKARA-PERKARA HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA
BERLAKU KEBAKARAN Jangan panik dan laporkan kepada guru sekiranya ada kelihatan tandatanda kebakaran. Tutup suis utama Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan Murid-murid diminta segera meninggalkan kelas/asrama apabila mendengar loceng kecemasan Sila tutup pintu dan tingkap sekiranya ada kesempatan Ikut laluan kecemasan yang diberikan/disediakan Ketua kelas atau ketua asrama memastikan bilangan murid menyamai jumlah kehadiran pada hari tersebut Laporkan kepada guru sekiranya bilangan ahli kelas atau asrama tidak mencukupi Pihak pentadbiran sekolah dikehendaki menghubungi bomba Menjerit meminta tolong sekiranya murid terperangkap Murid jangan lari ke dalam bilik air Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dengan mengarahkan murid bergolek di atas lantai. Siram/jiruskan air. Guru atau Pasukan Kadet Bomba boleh menggunakan alat pemadam api sekiranya kebakaran kecil atau menunggu kedatangan pihak bomba Hantar ke hospital dengan segera sekiranya ada murid yang mengalami kecederaan Pihak sekolah segera hubungi penjaga murid yang terlibat
Disediakan oleh PPM 08
EARLY DETECTION IN EMERGENCY
Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEBAKARAN DI SEKOLAH Murid-murid dilarang bermain dengan sumber api seperti mancis dan pemetik api di kawasan sekolah. Elakkan menggunakan perkakas elektrik seperti kipas dan lampu secara berterusan. Semua penyambungan elektrik di asrama atau di kelas harus diperiksa dari masa ke semasa bagi memastikan tiada rekahan, wayar terdedah atau longgar. Murid dilarang membawa atau menggunakan lilin di asrama. Guna lampu suluh sebagai pengganti lilin. Dilarang merokok di kawasan asrama atau kelas
Disediakan oleh PPM 08
EARLY DETECTION IN EMERGENCY
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEBAKARAN DI
SEKOLAH 1)
Mewujudkan satu pasukan
kadet Bomba dan memberi latihan serta taklimat kepada semua kakitangan dan penuntut tentang penggunaan alat-alat mencegah kebakaran, pelan tindakan jika berlaku kebakaran dan melatih mereka bersedia menghadapi situasi kebakaran.
2) Memastikan radas dan
bahan-bahan mudah terbakar terutamanya di makmal digunakan dan disimpan di tempat yang selamat.
3) Mengetahui fungsi-fungsi dan kegunaan alat mencegah serta memastikan ianya
Disediakan oleh PPM 08
EARLY DETECTION IN EMERGENCY
sentiasa berada dalam keadaan
yang baik. 4. Memastikan apa jua sistem/alat mencegah
keselamatan sentiasa tersedia untuk
berfungsi dan tidak terganggu atau terhalang apabila diperlukan
5. Bilik darjah, stor/bilik guru sentiasa
dalam keadaan kemas dan terhindar daripada bahan-bahan yang mudah terbakar.
Disediakan oleh PPM 08
EARLY DETECTION IN EMERGENCY
CARA-CARA MENGGUNAKAN PINTU KECEMASAN
Disediakan oleh PPM 08
EARLY DETECTION IN EMERGENCY
ALAT PEMADAM API
Bagaimana Menggunakan Alat Pemadam Api ? Pihak sekolah hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:-