Anda di halaman 1dari 5

RESET MINDA GURU

Guru juga adalah seperti insan lain yang sentiasa


perlukan dorongan dan motivasi supaya terus
berbakti dengan sebaik mungkin. Dengan
bebanan kerja dan juga tugas memikul
tanggungjawab yang besar mendidik masyarakat,
maka kata-kata perangsang dan juga nasihat
boleh membantu memberi inspirasi kepada guru
untuk berkhidmat dengan lebih baik. Saya
kongsikan beberapa nasihat dan peringatan
kepada guru melalui Reset Minda Guru oleh Prof
Dr Muhaya. Semoga semua beroleh manfaat.

1. Guru ialah orang memberi ilmu. Seorang guru


mudah masuk syurga dan mudah juga masuk
neraka.
2. Jika guru fokus apa yang dapat dalam kerjaya
guru, guru tidak akan bersemangat.
3. Jadikan diri kita Hamba Allah yang taat
dahulu, nescaya kemegahan dunia &
penghargaan manusia akan datang sendiri.
4. Niatlah menjadi guru kerana Allah, tujuan
hidup, mencari redha Allah dan ladang pahala.
5. Guru perlu mengubah minda dengan
menjadikan KPI Allah SWT ( Aqidah + Ibadah +
Akhlak) menjadi tujuan utama dalam proses
pembelajaran, bukannya KPI manusiawi dan
duniawi.

6. Jangan jadi guru yang malang, memaksa


murid cemerlang dalam peperiksaan untuk
mengejar status & populariti diri.
7. Jangan jadi guru yang sentiasa mencari
kesilapan muridnya, carilah potensi, kebaikan
dan kehebatannya.
8. Bukan guru disiplin tetapi guru kasih sayang.
Fikir setiap perkara atau tindakan yang
dilakukan akan kebaikannya. Jika perlu marah
kanak-kanak atau murid marahlah kerana
sikapnya bukan dirinya sebagai insan.
9. Guru tolong sayang anak murid seperti anakanaknya.
10. Mengajar bukan untuk menunjuk pandai
tetapi dengan niat memberi manfaat.

11. Jangan rasakan diri kita lebih baik daripada


orang lain kerana ia tanda awal kejatuhan diri
kita.
12. Jangan selalu mengherdik. Orang yang cepat
marah harga dirinya rendah.
13. Orang yang selalu beri manfaat, masalahnya
akan berkurangan. Orang yang bermasalah
banyak masalah.
14. Ilmu bukan milik kita, semua ilmu milik
Allah SWT: Usah berbangga atau riak dengan
ilmu yang ada.
15. Lihatlah anak murid sebagai individu yang
tiada batasan kebolehan dan berpotensi besar.
16. Jadilah manusia hebat yang mengubah
persekitaran dan manusia di sekelilingnya.

17. Jangan jadi manusia yang menghancurkan


hidup anak murid dengan mencerca dan
mengutuk kelemahan murid.
Semoga jd peringatan buat diriku yg selalu lupa
- Prof. Dr. Muhaya

Anda mungkin juga menyukai