Anda di halaman 1dari 3

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato Roslan Ab Ham

id.
Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tingg
i.
Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebi
h bermakna di atas muka bumi ini.
Kami kongsikan kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapat
an pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan inf
aq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya
kongsikan?
#1 Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia ti
ada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan me
reka apabila telah tiada.
#2 Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja
dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di mas
jid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha car
i rezeki.
#3 Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik
untuk kita.
#4 Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh
. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tida
k dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh g
anjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali
mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam
jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Um
arAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Quran dalam begi
tu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al
-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran keran
a ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: Sesiapa membaca Qul huwAllahu Ahad sebanyak 3 kali, dikurnia
kannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang ka
dang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Q
uran.
#5 Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak.
minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan m
akanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita
teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebe
rsihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja
mereka..
#7 Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari ma
sjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh
pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara magh
rib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga b
aca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian unt

uk kerja esok hari.


#8 Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah p
akai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. B
iarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan ta
ngan sendiri.Tenung mata dan baca ayat ayat pengasih. Hehehe. (Nota tambahan: Sura
h Yusuf: Ayat 4)
#9 Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sa
kit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapaka
h dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulu
llah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.
Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tul
is alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul.
Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ram
ai orang.
#11 Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu m
asa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar t
angan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah sama
kan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.senti
asa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa s
ahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kit
a kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tu
nai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri
yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu ten
tang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut sat
u demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kon
gsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar
.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula
guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah namp
ak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada il
mu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyu
m peluk dia dan kata, baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20. Saya
buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.S
ejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Ca
ranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati dat
ang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perum
ahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat canti
k. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam
laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut
kedai Nawi. Dia tanya Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , Deng
an senyap senyap tapi cantik. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, Faha
m Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun. Hehehe. Maksudnya
usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli ramb
ut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak n
i. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor
Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit ta
matlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bo
la. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila
malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana.
Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah peru

mpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.


Bacalah surah ar Rahman ayat 46, Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mah
kamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga
#17 Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandany
a apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habis
kan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pa
da nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki ora
ng hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi
berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besa
r, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau
sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 Anak Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang
tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. U
sah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan m
ati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas ma
sjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekar
ang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam
bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, Peliharalah li
dahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu. Cuba anak check siapa perawinya. (no
ta: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terba
ng keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan
banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita
kaya semula
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia s
ekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang me
mudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati
mereka bersimpang simpang.
#20 Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbai
k cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana b
anyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan s
ebelum isya. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu ber
diri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja
dan Tuan kepada segala Raja.

Anda mungkin juga menyukai