Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

GURU

Arahan
Kumpulan pengajian matematik dan pengajian Bahasa
Cina akan menjawab kedua dua soalan.
Setiap kumpulan dalam pengajian akan membincangkan
salah satu soalan yang diberikan di bawah.
Hasil kumpulan hendaklah dicatatkan dalam bentuk slaid
powerpoint untuk tujuan pembentangan.

SOALAN 1
Komunikasi adalah proses yang penting dalam
pembelajaran. Mewujudkan suatu sistem komunikasi yang
kukuh dalam bilik darjah memerlukan guru mengenalpasti
masalah komunikasi dan mengurangkan kesannya terhadap
pembelajaran murid. Usaha mengintegrasikan murid dengan
pelbagai masalah komunikasi dalam bilik darjah akan
memberikan faedah pada jangka masa panjang.
Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kepentingan
komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah pelbagai kaum, dan cadangkan bagaimana
anda akan berusaha mengintegrasikan murid dengan
pelbagai masalah komunikasi dalam bilikd darjah.

SOALAN 2
Lionel mengambil dua buah kereta mainan dari sebuah kotak di pusat blok dan
duduk di suatu sudut. Dia mengerakkan keretanya berpusing-pusing dengan
sebelah tangan. Dia membuat bunyi kereta bergerak. Dia bermain dengan
sendiri selama 5 minit. Kemudian dia bergerak menghampiri bangunan blok
yang sedang dibina oleh dua orang budak. Lionel cuba memandu kereta
mainannya naik dinding bangunan blok. Budak-budak tadi menolak Lionel.
Lionel tunggu selama seminit dan ulangi perbuatan tadi. Budak-budak tadi
menolak Lionel dan kereta mainan Lionel terkena pada dinding bangunan.
Dinding bangunan runtuh. Seorang budak meramps kereta mainan dan
membuangkannya. Seorang budak lagi menolak Lionel. Lionel menanggis.
Guru prasekolah menghampiri dan bercakap dengan ketiga-tiga orang budak.
Lionel menunduk kepala dan membisu. Seorang budak mengata , Lionel nak
robohkan dinding bangunan kami dengan keretanya !. Kami tak nak bermain
dengan Lionel .
Baca catatan anekdotal di atas, dan buat suatu analisis isu komunikasi yang
wujud dan cadangan bagaimana anda akan bertindak untuk mewujudkan
suasana komunikasi berkesan dalam bilik darjah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai