Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Pendidikan Jasmani.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL:


Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek
yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang
stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka.
Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu,
para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk
menanggung kehidupan mereka.
Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan
mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang
pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah,
melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan,
menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti
berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan
yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin
kehidupan mereka.
Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu
media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan.
Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam
suku kaum masing-masing.
SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:
Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:
1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480
S.M).
4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia
338 S.M).
Yunani Homer
Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia
petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan
perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan,
kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara
aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta
kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti
membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini,
penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga
dan kekuatan.

Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu
profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua
pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk
membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas,
daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran
yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti
gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu,
gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Yunani Athens Awal


Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk
menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni.
Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan
dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang
menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan
pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang
pendidikan.
Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam
lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali,
permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang
lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling
lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan
perlumbaan kereta kuda disediakan.
Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian,
telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan.
Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan
intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia
petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba
berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun,
mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.

SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini
dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan
upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap
lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain
mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan
pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari,
dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium
sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan
jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan
sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan
Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.
Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19.
Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937),
seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan
Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput
mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak
itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.

Rujukan
http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-jasmani.html

Anda mungkin juga menyukai