Anda di halaman 1dari 9

Sedikit

bingkisan berkenaan ulama haraki/siasah dan faham perubahan


yang didakyah mereka

Gelaran atau klasifikasi ulama haraki/siasah ini tidak pernah ada dalam sejarah
Islam. Seperti yang dijelaskan olem Imm Abd Qhir al-Baghdd dalam al-Farq
baynal-Firaq[1], tidak disebut pun "Ulama Haraki/Siasah" sebagai salah satu
kumpulan yang tergolong dalam Ahl Sunnah seperti yang lainnya yani Sufiyyah
(Sufis), Mutakallimun (Theologian), Fuqaha (Jurists), Muhaddithun (Prophetic
Traditionists), Mufassirun (Exegetes).

Adapun ulama' yang terlibat dan bercakap dengan hal-hal siasah itu pada masa
lalu sebenarnya adalah para Fuqaha par excellence seperti al-Mward, al-
Ghazl. Harus diingat disini yang berjuang menentang penjajah seperti Amr
Abd al-Qdir al-Jazir[2], al-Sanusi[3] itu bukanlah ulama haraki/siasah kerana
mereka berjuang dan berjihad bukan sebagai politikus. Pendek kata mereka tak
bercakap sebagai seorang politikus apatah lagi mencalonkan diri untuk menjadi
penguasa.

Pada hemat saya Ulama Haraki/Siasah seperti yang dicanang hebat kini
khusus dari kalangan golongan ilmuan agama yang terjun dalam parti-parti
politik (harakah Islamiyyah) merupakan satu perkara baharu yang agak
terkeluar daripada pengklasifikasian tradisi keilmuan Islam. Ianya timbul
daripada cabaran dan kesan zaman moden, bukan warisan sejarah dan tradisi
kita.

Saya terfikir dan berusaha mencari jawapan apakah pengklasifikasian sebegini
sesuatu yang baik atau sebaliknya? Ini kerana kalaulah ribuan tahun sudah
berlalu sejarah kaum Muslimin tetapi tiada pula dikalangan ulama kita yang
mengelaskan diri atau sebahagian daripada mereka sebagai ahl-haraki/siasah,
masakan tidak kita yang baru ini memberanikan diri mewujudkan serta
mengabsahkan (crystallization) klasifikasi sebegini?

Ingin saya tekankan di sini bahawa ulama kita yang terdahulu seperti
dijelaskan dan dipertahankan oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas, bukan calang-
calang insan. Mereka amat berhati-hati dalam menamakan sesebuah disiplin
ilmu apatah lagi sesuatu hakikat kerana sifat Pengislaman itu memang amat
menitik beratkan adab terhadap sesuatu. Ini amat kena dengan ayat 31 dalam
srah al-Baqarah bahawa Allah mengajar Nabi Adam kesemua nama (allama
dama al-sma kullah) dan nama itu senantiasa merujuk kepada hakikat,
bukan sekadar nama. Sesuatu tarf itu merujuk kepada ilmu bukan sekadar
penamaan dan pendefinisian yang tiada asas dan batas.

Saya bukan ingin memberi penilaian berbentuk fiqhiyyah terhadap perkara ini
cuma ingin benar-benar menilai apakah wajar klasifikasi sebegitu diperteguhkan
dan menjadi sebahagian daripada kumpulan ulama yang tersegam atur dalam
penjelasan-penjelasan oleh ulama terdahulu sepertinya Imm Abd Qhir al-
Baghdd.

Tidak cukupkah golongan fuqaha, mutakallimun, sufi, muhaddithun, mufassirun
itu untuk diangkat sebagai kumpulan-kumpulan ulama tanpa perlu mewujudkan
lagi satu label baru tersebut? Bukankah pada hakikatnya seperti yang
dijelaskan tadi bahawa yang memperjuangkan keadilan Islam dalam lapangan
siasah sebenarnya adalah fuqaha?

Antara perkara yang saya amat musykil ialah mengapa ribuan tahun lamanya
para ulama kita, semacam mana teruk dan kegentingan keadaan umat Islam
dalam berhadapan dengan penguasa yang zalim tidak pernah mendambakan diri
mereka untuk menggantikan penguasa tersebut.

Ya, mereka menentang penguasa dan sebarang bentuk kezaliman tetapi tiada
sesekali mereka menjadi ahl-haraki/siasah seperti yang ada pada hari ini yani
golongan ulama yang mencalonkan diri mereka untuk bertanding menjadi
pemimpin (umar).

Saya hairan hatta Shh Wal Allh yang hebat itu pun tidak pernah mengaku atau
melabel diri beliau sebagai ahl-haraki/siasah. Walhal karyanya Hujjat Allh al-
Bligha[4] yang menjelaskan kerangka islh siasah-akhlaqiah-ilmiyyah itu luar
biasa sekali khusus berhubung teori irtifqat-nya[5].

Dan saya tertanya-tanya, mengapa mereka-mereka yang mengabsahkan diri
mereka sebagai ulama haraki/siasah ini tidak mengangkat gagasan yang
ditinggalkan ulama yang tidak menamakan mereka sendiri sebagai ulama
haraki/siasi seperti Shh Wal Allh, untuk diperjuangkan dilapangan siasah?
Apa yang melayakkan mereka mendapat gelaran ulama haraki/siasah? Apa yang
membezakan mereka dengan Shh Wal Allh yang serba unggul dalam pelbagai
bidang agama hatta ilmu siasah yang sangat hebat hujjah dan huraian secara
sistemik itu?

Saya bukan mempersoalkan kewibawaan mereka yang digolongkan atau mereka
yang cuba mewujudkan seterusnya mengabsahkan satu lagi kelompok ulama
dalam Ahl Sunnah yani sebagai ulama haraki/siasah dari segi keilmuan tetapi
saya benar-benar ingin tahu apakah amat-amat diperlukan untuk kita
mewujudkan satu klasifikasi baru seperti itu yang dimana ulama terdahulu yang
lebih hebat seperti Shh Wal Allh sendiri tidak mendambakan gelaran sebegitu
walaupun beliau lebih layak untuk memiliki gelaran tersebut jika benar-benar
boleh diwujudkan dan diabasahkan. Pasti ada sebab dan hujjah mengapa ulama
dahulu tidak langsung mewujudkan dan mengabsahkan satu kelompok ulama
yang digelar dan diklasifikasikan sebagai ulama haraki/siasah.

Mungkin ulama dulu sedar bahawa tugas mendapatkan kuasa sebenarnya
membuka fitnah kepada institutsi ulama. Walaupun mereka kalau dikira
kelayakkan ilmu dan pengalaman secara sebenar-benarnya sudah tentu terlebih
layak daripada umara zaman mereka itu, tiada pula didambakan kekuasaan
dalam apa bentuk alasan, hujjah sekalipun untuk mereka meletakkan diri
mereka pada jalan perebutan kuasa daripada pemimpin-pemimpin yang
bermasalah itu.

Harus difahami institusi ulama yang saya maksudkan ini jangan langsung
disamakan dan disalah erti dengan peranan golongan Ayahanda (Fathers) dalam
struktur Kegerejaan/Kerahiban (The Church) atau Kebrahaminan (Brahmin).
Struktur ini yang menimbulkan fitnah kepada sekalian agama seperti
pengalaman pahit-getir Gereja Katolik yang menatijahkan Reformasi dan
mazhab Protestantisme dalam agama Kristian yang mana golongan agama
menjadi pemerintah menghasilkan theocracyyang sama sekali tiada dalam Islam.
Baca sajalah asal usul perpecahan agama Kristian dan kesannya dalam
melahirkan faham sekularisme di dunia Barat ternyata anda akan memahami
mengapa saya kritikal dengan ulama yang menuntut ingin jadi penguasa.

Saya katakan fitnah kerana peranan institusi ulama itu senantiasa berada di
atas lapangan siasah. Dari segi kuasa memang Sultan, Wazir dan segala macam
jawatan pemerintahan itu melebihi kuasa ulama dalam lapangan siasah tetapi
hakikatnya ulama lebih tinggi daripada mereka semua kerana kemulian jawatan
ulama itu tiada mampu diukur oleh harta dan kedudukan apatah lagi masani
dimana lapangan siasah demokrasi itu lebih membawa kepada perpecahan
tanpa ada pihak yang mengemudi setiap perubahan yang sepatutnya ditunjangi
oleh institusi ulama. Dengan mencampuri urusan siasah melebihi had yang
sepatutnya, kecenderungan untuk berat sebelah dan campur aduk peranan,
sama ada ulama itu bercakap sebagai seorang alim atau sebagai seorang ahl-
siasah itu akan senantiasa timbul.

Saya amat terhimbau dengan kisah Said Bediuzzaman Nursi yang amat terkenal
dengan ungkapan istidhah aku berlindung daripada Syaitan dan politik.
Setakat yang telah saya telaah kisah hidup beliau ternyata ada benarnya apa
yang didoakan tersebut. Said Bediuzzaman Nursi ceritakan bilamana sistem
khilafah sudah tumbang dan demokrasi di Turki mula berpucuk, banyak ulama
yang mula menganggotai parti-parti politik dan bersaing sesama mereka secara
sengit.[6]

Sifir (atau lebih tepas calculus) di lapangan siasah apatah lagi dalam latar
demokrasi moden ini senantiasa mewujudkan kecenderungan setiap perwakilan

yang bertanding untuk saling menjatuhkan antara satu-sama lain. Said Nursi
ketika itu melihat ulama yang dahulunya amat waraq dan berakhlaq telah
bertukar menjadi political animal ketika di pentas politik seperti memburuk-
burukkan pesaing/lawannya antara satu sama lain yang juga ulama!

Perkara seperti ini seolah-olah tidak dapat dielakkan kerana kerusi kekuasaan
itu hanya satu dan tiada mampu dikongsi maka mereka harus berusaha untuk
mendapatkan kerusi tersebut at all cost!

Atas alasan apa semua ini dilakukan? Sudah tentu untuk tegakkan agama, bangsa
dan negara tetapi bila keadaanya sudah teruk begitu apakah mungkin niat
mereka benar-benar tulus murni seperti awalnya atau benar-benar sudah
menjadi satu political animal?

Dan kalau kita kaji latar persejarahan timbulnya arus ulama menyertai medan
siasah ini sebagai ahl siasah atau politikus, banyak timbul selepas era wujudnya
gerakan Pan-Islamisme seperti yang dibawa Shaykh Muhammad Abduh dan al-
Afghani. Golongan ini sering melaungkan slogan pembaharuan dalam pelbagai
rupa dan agenda. Saya lihat golongan yang mempertahankan pembaharuan
(bidah) ini, atau lebih tepat golongan Maqsadiyyun golongan yang sering
mengangkat

hujjahmaqid

memborong

semua

al-sharah sebagai

perkara

seolah-olah

yang termutlak dengan


boleh

diperturunkan

(reductionist) kepada juzuk itu semata-mata ingin memenuhi dan menuntut


penyesuaian kepada perubahan zaman.

Walhal mereka tiada sedar yang arus perubahan yang dibawa ini sebenarnya,
seperti kata Prof. Al-Attas bersifat ketamadunan[7], tiada ianya bebas nilai dan
harus benar-benar cermat memahami dan membanding beza apa yang
sebenarnya milik kita atau tiada mampu dimiliki kita[8] kerana perbezaan dasari
yang amat luas malah bertentangan pula dengan pandangan alam Islam.

Golongan ini seperti yang ditempelak oleh Prof. Al-Attas sering memberi alasan
dan mengambil enteng para ulama dan Imam terdahulu[9] yang disangka

huraian mereka itu sudah tidak relevan kerana konteks berbeda dan hujjah-
hujjah yang sewaktu dengannya. Golongan ini pada hemat saya tidak mempunyai
pandangan alam Islam yang teguh khusus dalam memahami zeitgeist zaman
moden dari pucuk akarnya yani Ketamadunan Barat seterusnya bertindak
menyalahkan sejarah lampau menyalahkan taawwuf, menyalahkan
pintu ijtihd telah tertutup, walaupun tidak dinafikan ada beberapa hal yang
betul berkenaan dakwaan ini tetapi telah dianjalkan ke peringkat paling ekstrim
yang kononnya menatijahkan kemunduran umat Islam masani.

Seolah-olah slogan hum rijl wa nahnu rijl ain (they are men and we are men
too) boleh dijadikan alasan untuk menyama ratakan ulama terdahulu ke tahap
mereka kini yang sudah tentu lebih rendah daripada maqamat ulama terdahulu.
Ini adalah mana kehilangan adab yang dihujjah panjang oleh Prof. Al-
Attas.[10] Maka slogan perubahan itu sering didendangkan tetapi mereka ini
tiada memahami benar apa itu perubahan pada hakikatnya.

Adakah dakwaan saya ini kosong tanpa bukti? Tidak, kerana saya sedang
merenung secara mendalam memahami setiap tokoh-tokoh besar dikalangan
ulama dan aktivis dawah yang mengaku sebagai pembawa perubahan
(reformist) tatkala fajar modenisasi milik Barat baru menyinsing di dunia Islam
bermula pertengahan abad ke-19 hinggalah awal abad ke-20 Masihi.

Saya sedang menelaah kisah Ibn shr[11] dalam makalah yang dikarang oleh
Basheer M. Nafi, juga beberapa buah buku yang mengkaji pertembungan budaya
antara kaum Muslimin ketika bermulanya arus modenisasi secara besar-besaran
di dunia Islam seperti karyanya Rifa Rfi al-ahw,[12], Khayr al-Dn Pasha
al-Tnis[13], Ibrahim Abu-Lughod[14], juga tesis MA Dr. Bazlie Shafie tentang
Muhammad Abduh[15].

Dapatan awal bagi saya setakat ini memang amat menarik dan benar-benar
mengabsahkan kritikan Prof. Al-Attas terhadap golongan modenis ini. Cukup
sekadar ini dan harap para pembaca dapat fikir-fikirkan.

Wan Ahmad Fayhsal


16 Mei 2012, 6.00pm

[1] Baghdd, Abd-al-Qhi. al- Farq baina 'l-Firaq wa-Bayn al-Firqa al-Njiyah
minhum. (Bairt: Dr al-fq al-adda, 1973) terj. Kate C. Seelye. Moslem
Schisms and Sects: (al-fark Bain Al-Firak) Being the History of the Various
Philosophic Systems Developed in Islam. (New York: AMS Press, 1966)

[2] Murd, Barakt M. Al-Amr Abd al-Qdir Al-Jazir: Al-Mujhid Al-f.
Madnat Nar [Cairo: al-adr li-Khidmt al-ibah, 1990)

[3] Bayym, Muammad A. Sanusiyyah: A Sociological Study of an Islamic
Movement. (Beirut: Dar An-Nahda Al-Arabiya, 1981), rujuk juga El-Horeir,
Abdulmola S. Social and Economic Transformations in the Libyan Hinterland
During the Second Half of the Nineteenth Century: The Role of Sayyid Amad Al-
Sharf Al-Sans. (PhD Dissert. 1981), juga Vikr, Knut S. Sufi and Scholar on the
Desert Edge: Muammad B. al Al-Sans and His Brotherhood. (Evanston, Ill:
Northwestern University Press, 1995)

[4] Wal, Allh, and Marcia K. Hermansen. The Conclusive Argument from God:
Shh Wal Allh of Delhi's ujjat Allh al-Bligha. (Leiden: E.J. Brill, 1996) rujuk
juga Muhammad, Ghazali. The Socio-Political Thought of Shh Wal Allh.
(Islamabad: International Institute of Islamic Thought, 2001)

[5] Aislahi, Abdul A. Stages of Socio-Economic Development: Shah Wali-Allah's
Concept

of

Al-Irtifaqat.

1989. http://mpra.ub.uni-

muenchen.de/29628/1/MPRA_paper_29628.pdf

[6] Rujuk kran, Vahide, dan Ibrahim M. Abu-Rabi. Islam in Modern Turkey: An
Intellectual Biography of Bediuzzaman Said Nursi. (Albany: State University of
New York Press, 2005), juga Turner, Colin. I seek refuge in God from Satan and
politics..."- A Nursian perspective on the role of religion in state and
society.http://nursistudies.com/teblig.php?tno=447, juga Zeynep Akbulut Kuru,

Ahmet T. Kuru. Apolitical Interpretation of Islam: Said Nursi's Faith-Based


Activism in Comparison with Political Islamism and Sufism, Islam and Christian
Muslim Relations Vol. 19, Iss. 1, 2008

[7] Prof. Al-Attas alluded to this shift of semantics happening due to us the
Muslims are flowing in the same stream that another civilization has created,
swimming in the fast current of change. This another civilization that is
dominating in the world today is none other than Western civilization that made
freedom as a belief in itself. The human rights itself is the result of deification of
Man where man himself is the measure of all things. rujuk Wan Ahmad
Fayhsal, Revisiting

Meaning

and

Experience

of

Happiness

in

Islm http://hakim.org.my/blog/?p=248

[8] Rujuk Goody, Jack. The Theft of History. (Cambridge: Cambridge University
Press, 2006) yang menceritakan bagaimana ilmuan Barat khususnya Orientalis
mendakyahkan faham kebenaran dan hakikat ke atas ilmu-ilmu dari tamadun
lain seperti pendakyahan faham masa dan ruang dalam persejarahan
ketamadunan dunia.

[9] Rujuk temubual Hamza Yusuf dengan Prof. Al-Attas di Youtube minit
8:02 http://youtu.be/L5pyXqZq4E0?t=8m22s

[10] Rujuk kritikan tajam Prof. Al-Attas dalam Risalah Untuk Kaum
Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001) ms. 144-167; sebahagian daripadanya
boleh

dirujuk

dalam

nukilan

blog

saya

ini: http://rausyanfikir.com/2011/08/keseluruhan-penjelasan-ini-dipetik.html,
juga rujuk Islm and Secularism (Kuala Lumpur: ABIM, 1978) ms. 123-126.

[11] Basheer M. Nafi, hir ibn shr: The Career and Thought of a Modern
Reformist lim, with Special Reference to His Work of tafsr, Journal of Qur'anic
Studies Vol. 7, No.1 (Edinburgh Univ. Press, 2005), ms. 1-32 boleh dibaca di
sini: http://abdullahhasan.net/?p=130

[12] al-ahw, Rifa Rfi, Takhl al-Ibrz f Talkh Brz aw al-Dwn al-Nafs
bi-wn Brs terjemahan Daniel L. Newman. An Imam in Paris: Account of a Stay
in France by an Egyptian Cleric (1826-1831). (London: Saqi, 2004)

[13] Khayr al-Dn al-Tnis, Aqwm al-maslik fi marifat awl al-
mamlk (Tunis: Official Press, 1867). Rujuk juga terjemahan L C. Brown. The
Surest Path: The Political Treatise of a Nineteenth-Century Muslim Statesman : a
Translation of the Introduction to the Surest Path to Knowledge Concerning the
Condition of Countries. (Cambridge MA: Harvard University Press, 1967) dan
laman

Saudi

Aramco

World

On

The

Surest

Pathhttp://www.saudiaramcoworld.com/issue/201103/on.the.surest.path.htm

[14] Abu-Lughod, Ibrahim A. Arab Rediscovery of Europe: A Study in Cultural
Encounters. (Princeton: Princeton University Press, 1963)

[15] Ahmad Bazli Shafie, The Educational Philosophy of Shaykh Muhammad
Abduh, (Kuala Lumpur: ISTAC-IIUM, 2004)



Sumber:
http://www.rausyanfikir.com/2012/05/sedikit-bingkisan-berkenaan-
ulama.html

Anda mungkin juga menyukai