Anda di halaman 1dari 8

Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilainilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk

mencorakkan perkembangan
personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan
sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini
dalam mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar.
2. Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi
kepada 4: (i) nilai individu, (ii) nilai politik, (iii) nilai sosial dan kemasyarakatan
dan (iv) nilai intelek.
3. Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur nilai tersebut mempunyai
signifikannya dalam memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar
pelbagai kaum.
4. Hal ini akan dapat membantu murid- murid memahami pentingnya
mengamalkan

nilai-nilai

sosial

dan

kemasyarakatan

yang

positif

dalam

kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan dan semangat


bermasyarakat dan seterusnya menjadi warganegara yang mempunyai sikap
patriotisme/perasaan mendalam terhadap negara.
5. 1. Nilai Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau
institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama
masyarakat.

[Kajian

kebijaksanaan,

sejarah:

keadilan].

nilai-nilai

(Nilai

dan

utama

Etika

masyarakat

dalam

ialah

Perkhidmatan

ilmu,
Awam

INTAN,1991)
6. Jules Henry (1985) mendifinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik
seperti

kasih

sayang,

baik

hati,

kepuasan

hati,

keseronokan,

kejujuran,

kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Hermin et al.(1980) merumuskan


nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku yang memberi arah
kehidupan kepada seseorang atau anggota sesuatu masyarakat.
7. Mengikut Redfild (1993) nilai ialah satu konsep tersurat atau tersirat bagi
individu atau sifat-sifat suatu kelompok yang dikenendaki yang mempunyai
pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan.
8. Wan Mohd. Zahid (1988), nilai murni merupakan tanggapan berkenaan
perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria
atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada

agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan


penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
9. Justeru nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,
peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama
manusia, alam dan Tuhan. Nilai murni seterusnya ditakrifkan sebagai amalan
yang baik dalam kehidupan,

umpamanya hormat- menghormati, tolong-

menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain- lain lagi.


10. 2. Patriotisme Kata patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter
yang bermaksud bapa dan patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua
perkataan tersebut digabungkan, maka akan maksud kecintaan kepada tanah
air. Menurut kamus Webster, patriotism ialah "the devoted love, support and
defence of once's country".
11. Dari segi konsepnya, semangat patriotik didefinisikan sebagai semangat
cintakan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara
tercinta. Bill Tottan (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat
cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan
kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua
ahli cintakan negara.
12.

Dob

(1994)

semangat

patriotisme

berkait

rapat

dengan

emosi

mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang negara


daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
13. Pendidikan sejarah bertujuan memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai seorang warganegara. Melalui pengetahuan
dan pelajaran sejarah serta penghayatan sejarah tanah air dan sejarah luar
negara yang berkaitan, pelajar akan memahami keadaan masyarakat dan
negara sendiri. Manakala nilai murni (ilmu, kebijaksanaan & keadilan)
merupakan pemangkin kepada penghayatan patrotisme seseorang warganegara.
14.

(a)

Bersemangat

cinta

akan

negara

dan

bangsa

Seseorang

yang

bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau
amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa
kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan
kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.

15. (b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia Sebagai seorang rakyat Malaysia,
seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung perlembagaan
negara, menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambanglambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan
yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan
budaya tempatan
16. (c) Bersemangat kekitaan Rakyat Malaysia perlu bersatu dan harmoni,
bersatu, bekerjasama tolong menolong dan bersefahaman dan muafakat
mempunyai semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.
17. (d) Berdisiplin Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi
peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak secara wajar,
bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa.
18. (e) Berusaha dan produktif Mereka yang berusaha dan produktif adalah
mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha,
tabah

menghadapi

cabaran,

menyokong

satu

sama lain

dengan

tujuan

menyemaikan semangat cintakan negara secara bersama.


19. ( f ) Menyertai aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan -Rujuk bah.aktiviti panitia
mp sejarah sr.
20. (g) Menyediakan Tugasan Mengikut standard Kurikulum - Sila rujuk tajuk
pengurusan panitia mp sejarah SR.
21. (h) Menghargai jasa Pemimpin - Pejuang kemerdekaan - Hormat kepada
pemimpin - Taat setia kepada Agong - Bijak dalam kepimpinan - Berkorban
sepenuh hati untuk negara.
22. (i) Aktiviti yang mencetus kesedaran semangat cintakan negara - Sila rujuk
program tahunan panitia mp sejarah SR
23. (j) Memupuk Kemahiran Belajar Bermaklumat Berfikir aras tinggi
Menyelesai masalah Kreatif Pengurusan masa Sosial interaktif
Interpersonal Refleksi berstruktur
24. (k) Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kepentingannya -Sila rujuk tajuk khas
untuk PSH.

25. Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,


penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia, berlaku di
mana-mana tempat dan pada sebarang masa.
26. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya
mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. (Pembelajaran akan membawa
kepada perubahan tingkahlaku seseorang) Walaubagaimanapun perubahan
yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit
dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.
27. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli
kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang
menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.
28. Aliran behavioris berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan
dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam
psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu
seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
29. Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha
yang berterusan untuk memperoleh dan pemindahan pengetahuan, nilai murni
dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan
bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri
seseorang sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.
30. Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai suatu pendemokrasian pendidikan
yang

merangkumi

program

meningkatkan

pengetahuan,

kemahiran

dan

kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau
secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.
31. Pendidikan tidak formal - merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat
dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi
aktiviti harian. Contoh - sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik
yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan
tertentu.

32. Pendidikan formal - pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan


teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara.
Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja. Oleh itu, proses
pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam
persekolahan.
33. Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting,
malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda
yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi.
34. Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk
meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk memperkayakan
jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan untuk melahirkan generasi (modal
insan) yang cemerlang, gemilang dan terbilang (Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia)
35. 4 prinsip pembelajaran sepanjang hayat -pembelajaran untuk mengetahui,
-pembelajaran untuk melakukan, -pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa
-pembelajaran untuk tinggal bersama.
36. Empat prinsip tersebut membentuk proses pembelajaran yang sempurna.
Tough berpendapat bahawa proses pembelajaran berlaku pada setiap masa
kehidupan yang dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada sama ada secara
terancang mahupun tidak terancang.
37. Perubahan di sekeliling kita adalah suasana yang sangat radikal dari sudut
transformasi sosial menyebabkan perubahan-perubahan ketara terhadap tabiat
kerja dan gaya hidup. Perubahan ini menjadi cabaran kepada semua orang dan
hanya melalui pembelajaran yang berterusan, cabaran akan dapat diatasi.
38. Seseorang yang dapat bertahan dengan keadaan yang telah berubah, ilmu
yang dimiliki akan menjadikan cabaran tersebut diolah semula sebagai sesuatu
yang memberi manfaat dan kesenangan.
39. Mewujudkan masyarakat demokrasi, persamaan taraf tanpa mengira
agama, bangsa dan budaya di samping melahirkan insan yang berakhlak mulia
dan bersifat patriotisme.
40. (l) Perkaitan dengan Perkembangan Global l.i. Kesedaran kompetensi sivik
untuk kesejahteraan masyarakat - sivik bermaksud ilmu tatarakyat, hak,

perasaan

bertanggungjawab

Tatarakyat

(kehidupan

terhadap

rakyat,

seseorang

kebudayaan,

atau

adat

masarakatnya.
resam,

peraturan

bermasyarakat) - Kompetensi sivik (kemahiran peradaban sosial) - Sifat-sifat


peribadi yang mulia - Berinteraksi dengan orang lain secara hormat dan sopan
41. l.ii. Kesan industrialisasi dan pembangunan -Membina ketahanan diri murid
meliputi ketahanan mental, fizikal dan emosi utk menghadapi cabaran masa
depan -Mampu menyuburkan perpaduan dalam pelbagai masyarakat walaupun
telah mengecapi pelbagai kemajuan -Kemajuan dan pembangunan tidak
menghalang

untuk

memastikan

warganegara

bertanggungjawab

terhadap

penghayatan patriotisme
42. l.iii. Pembentukan warganegara dunia yang bertanggunjawab -Mengamalkan
budaya ilmu untuk kemajuan diri -Membina keyakinan dan tanggungjawab
mencorak

negara

pada

masa

hadapan

-Menghormati

orang

lain,

mempromosikan amalan membenci keganasan, menegak etika kerjasama dan


bertoleransi untuk kejayaan bersama
43. Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum
Sejarah adalah berterusan. Malah Kurikulum Sejarah dilihat sebagai wadah
terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut. Dalam konteks Malaysia yang
mempunyai masyarakat pelbagai

etnik, usaha yang

berterusan perlulah

dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi


masyarakat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, amat berharap semua
kaum menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu
sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan negara
melebihi kepentingan etnik masing-masing.
44. Gagasan1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Sri
Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah memperkasa
perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Oleh itu,
kurikulum Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan dalam
merealisasikan hasrat ini.
45. Abdul Razak Habib. 1993. Tinjauan Awal tentang Keberkesanan Pendidikan
Matematik KBSM. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Adnan Nan Kamis. 1992. Satu kajian latar belakang sosial dan hubungannya
kepada sikap prasangka atau toleransi terhadap integrasi nasional. Tesis Dr. Fal.

Universiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Nan Kamis. 1993. Aktiviti Kokurikulum


Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan Seimbang. Dlm.Adnan Kamis. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit
Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Adnan Kamis & Chew Fong Peng. 2002.
Kemampuan Bahasa Melayu dan sastera kebangsaan dalam mengisi perpaduan
nasional. Kertas kerja Seminar Pemikiran Kebangsaan Melayu. Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 18-19 Jun.
46. Ahmad Jaffni Hassan. 1993. Pendidikan Moral dalam KBSM: Satu Arah
Memupuk Insan Harmonis. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti
Kebangsaan Malaysia. Halimah Harun. 1993. Melahirkan Masyarakat Berdikari
melalui Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi:
Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu

Sekolah

Menengah:

Bahasa

Melayu

Tingkatan

Empat.

2003.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:


Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. 2003. Kementerian Pendidikan Malaysia. .
47. Martin, J.G.. 1966. The Tolerant Personality. Detroit Dyne State University
Press. Mohd. Jonit Mohd. Johari & Abdul Rashid Ali. 1993. Unsur Sosiobudaya
dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit
Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Sani Ibrahim. 1999. Perancangan
dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-guru Sekolah Bestari. Prosiding Isu-isu
Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Kamal Hassan. 1988.
Pendidikan dengan Pembangunan: Satu Perspektif dan Warisan Islam. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise. Musa Daia. 1993. Falsafah Pendidikan Negara dalam
Pelaksanaan KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan
Malaysia. Nor Azizah Salleh & Shamsiah Ahmad. 1993. Pendidikan Sains dalam
KBSM: Satu Tinjauan Keberkesanannya dalam Pengajarand an Pembelajaran di
Sekolah. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Bersepadu: Konsep dan Falsafahnya dalam
KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Tokijan Abd. Halim & Abdullah Mohd. Noor. 1993. Persepsi Guru Geografi
terhadap Pendidikan Sepadu dan Penerapan Nilai Murni. Dlm.Adnan Kamis
(pnyt). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas.
Bangi: Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Yusoff Ismail. 1993. Peranan
Pendidikan Jasmani dalam KBSM. Dlm.Adnan Kamis (pnyt). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Bangi: Penerbit Univerisiti
Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai