Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
MEI 2014

T1A3 : JURNAL REFLEKTIF

NAMA

RAYMOND FLORENTIUS

NO. MATRIKULASI

780911125171001

NO. KAD PENGENALAN

780911125171

NO. TELEFON

0198006097

E-MEL

rf78@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM KENINGAU

2
HBEF2803 (780911125171001)

JURNAL REFLEKTIF : PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (PROGRAM


MITATABANG).

Program Jom Mitatabang ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Biro
Pendidikan JKKK Kampung Bingkor yang menyasarkan golongan belia dan juga pelajarpelajar tahap 2 sekolah rendah sekitar kampung, bergotong-royong dalam proses menuai padi
yang diharapkan dapat memupuk perasaan muhibah di kalangan masyarakat kampung
amnya, menyemai semangat kerjasama serta saling tolong-menolong antara satu sama lain
semasa perancangan, pelaksanaan dan seterusnya selepas melaksanakan program ini.
Program ini telah dijalankan pada 23hb Ogos 2014, dari jam 8 pagi sehingga 5 petang
bertempat di kawasan sawah milik En. Frankie Budan yang terletak di Kampung Bingkor,
Keningau.
Di awal perancangan program ini, ahli-ahli kumpulan program mempunyai peranan
dan tanggungjawab yang amat penting bagi menjayakannya. Penglibatan dan kerjasama ahliahli jawatankuasa induk Biro Pendidikan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung (JKKK) Kg. Bingkor pada peringkat permulaan perancangan memang amat
diperlukan. Semangat dan keinginan mereka bagi melaksanakan program ini menyedarkan
saya bahawa program khidmat masyarakat seperti ini akan dapat memberikan kesan yang
amat baik bukan sahaja kepada individu, tetapi juga memberi impak yang baik dan positif
terhadap komuniti dan masyarakat terutamanya dari aspek hubungan sosial. Selepas
mengusulkan cadangan program Jom Mitatabang ini dalam mesyuarat tahunan JKKK Kg.
Bingkor kali ke-3 pada 28hb Jun 2014, penyediaan rangka dan kertas kerja program perlu
disediakan. Dalam proses tersebut, hala tuju program ini mulai jelas dan mengujakan saya
untuk melakukan sebaik mungkin bagi menjayakannya seterusnya mencapai matlamat serta
objektif program dengan jayanya. Ini mewujudkan rasa bangga dalam diri saya sebagai
seorang individu yang bertanggungjawab atau menjadi peranan utama yang disebut-sebut jika
program ini dapat mencapai matlamat serta objektifnya kelak. Secara positifnya, perasaan
bangga tersebut lebih kepada sebagai seorang individu dalam kelompok masyarakat kampung
yang dapat menyumbang dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, seorang
warga pendidik yang bukan sahaja menyumbang kepada murid tetapi juga kepada komuniti
malahan merasa bangga kerana sebelum ini saya hanya sekadar peserta atau menyertai untuk
suka-suka sahaja segala aktiviti yang dianjurkan di kampung ini.
Mesyuarat program Jom Mitatabang kali pertama telah dijalankan 05hb Julai 2014
bagi membentangkan kertas kerja program, melantik ahli jawatankuasa program dan
HBEF2803 T1A3:JURNAL REFLEKTIF_SEMESTER MEI 2014

3
HBEF2803 (780911125171001)

jawatankuasa pelaksana serta membincangkan mengenai anggaran kos perbelanjaan program


ini. Pada peringkat ini, bilangan kehadiran ahli-ahli mesyuarat sedikit melunturkan semangat
saya. Situasi tersebut menyedarkan saya tentang betapa pentingnya menyediakan kumpulan
sasaran secara terperinci bagi program ini serta promosi berkesan yang bersesuaian pada
peringkat awal perancangan. Atas usul dan dorongan Ketua Kampung, En. George Richard,
mesyuarat tersebut diteruskan dan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun perbincangan
mengenai anggaran kos perbelanjaan program ini sedikit menceriakan saya. Cadangan
mengenai penyediaan makan dan minum secara potluck serta sumbangan peralatan yang
diperlukan oleh ahli-ahli mesyuarat yang hadir yang dipersetujui ramai dalam mesyuarat
tersebut amat bermakna bagi saya. Pada pendapat saya, jelaslah bahawa aktiviti atau program
khidmat masyarakat seperti ini yang menyumbang kepada komuniti akan melahirkan
masyarakat yang saling menyumbang dan membantu apabila diperlukan. Perbincangan
susulan program pada mesyuarat kali kedua bertarikh 09hb Ogos 2014 juga berjalan dengan
lancar dan perkara pertama yang disedari pada perbincangan tersebut ialah komitmen dan
usaha keras terhadap tanggungjawab yang diamanahkan dan kerjasama yang diberikan oleh
ahli-ahli kumpulan program. Ini amat menyedarkan saya bahawa manusia merupakan
makhluk sosial atau seorang individu yang tidak dapat berdiri sendiri, sentiasa memerlukan di
antara satu sama lain serta sentiasa mempunyai hubungan sosial di dalam kelompok
masyarakat. Kerjasama dengan peranan masing-masing sebagai individu dalam kelompok
masyarakat akan membentuk komuniti yang baik. Sebagai warga pendidik juga, keadaan ini
amat serupa dalam membentuk kelompok warga sekolah yang baik dan bertanggungjawab
seterusnya menyumbangkan kepada kecemerlangan sekolah dan murid-murid.
Pada peringkat perlaksanaan Program Jom Mitatabang ini, penglibatan pesertapeserta program dari kalangan masyarakat kampung kurang menggalakkan. Komitmen kerja,
masalah keluarga dan sebagainya antara penyumbang kepada situasi tersebut. Walau
bagaimanapun program ini diteruskan dan saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya
golongan yang disasarkan iaitu golongan belia dan murid sekolah melibatkan diri walaupun
dengan bilangan yang bukan diharapkan. Pada saya, apa yang diharapkan ialah agar mereka
yang terlibat ini telah mempelajari sesuatu mengenai program ini malahan bersedia untuk
menganjurkan program seperti ini kelak. Dalam masa yang sama, sebagai pihak yang
menganjurkan program ini, saya amat bangga dan terharu apabila beberapa peserta yang
terlibat mengusulkan agar program seperti ini diteruskan bahkan mencadangkan pelbagai
program khidmat masyarakat lain yang boleh dijalankan di kampung ini. Sebagai individu
yang mempunyai peranan utama dalam program ini, saya berbangga dengan pencapaian
HBEF2803 T1A3:JURNAL REFLEKTIF_SEMESTER MEI 2014

4
HBEF2803 (780911125171001)

objektif utama program iaitu peserta-peserta dapat menunjukkan kecaknaan terhadap


kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
Komunikasi dan perbualan dengan peserta-peserta program tersebut juga memberikan saya
kefahaman mengenai konsep bermasyarakat di mana interaksi sosial seperti ini amat baik
bagi mewujudkan hubungan sosial yang erat sesama kita malahan ia turut menuntut saya
untuk mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelbagai golongan bukan sekadar
berkebolehan dalam berkomunikasi dengan murid-murid dan rakan guru yang lain semasa di
sekolah. Selain itu sebagai seorang guru, bahkan sebagai individu dalam kelompok
masyarakat kampung ini, saya telah mempelajari bagaimana keadaan atau situasi kehidupan
berbeza selain di sekolah. Mengalami serta menghayati kehidupan sebagai pengusaha padi
sawah amat mengajar saya di mana budaya serta pekerjaan yang berbeza di kalangan kita
sebenarnya membentuk masyarakat atau komuniti yang unik dan seimbang, dan kesedaran
dan kefahaman mengenainya sudah tentunya lahir dari program ini.
Secara keseluruhannya, saya bersyukur kerana banyak perkara telah dipelajari selepas
melaksanakan program khidmat masyarakat ini. Selain daripada berupaya menganjurkan
aktiviti atau program di peringkat kampung, sebagai individu, saya amat menyedari betapa
pentingnya peranan sebagai peneraju utama atau penganjur dalam sesuatu program yang
melibatkan penduduk kampung. Persediaan yang teliti serta tersusun amat perlu untuk
menjayakan program ini selain daripada memastikan objektifnya tercapai. Saya juga turut
sedar bahawa sebagai ahli dalam masyarakat kampung ini, komitmen tinggi, kerjasama serta
bertanggungjawab perlu sentiasa ada terutamanya dalam melibatkan diri dengan aktiviti atau
program yang dijalankan. Keupayaan program seperti ini dalam mengeratkan hubungan
sosial masyarakat kampung memang tidak dapat disangkal malah ianya turut mempengaruhi
pembangunan insan dari segi mental, emosi dan jasmani seterusnya membentuk masyarakat
yang cemerlang. Ketika menjayakan program khidmat masyrakat ini, saya juga telah
membentuk persepsi bahawa seseorang individu merupakan unsur yang membina sesebuah
masyarakat malahan juga perlu dididik supaya mengenali dan membantu masyarakat di
sekelilingnya. Sebagai seorang warga pendidik juga, saya amat berbangga kerana
menganjurkan program ini, ini kerana secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak telah
menyumbang ilmu, kemahiran serta pengalaman saya sebagai seorang guru kepada
masyarakat kampung. Segala kelebihan dan kekurangan sepanjang perancangan dan
pelaksanaan program Jom Mitatabang ini diharapkan akan menjadi rujukan dan panduan
serta membantu diri saya terutamanya, setiap ahli kumpulan program, serta individu atau
organisasi lain dalam penganjuran program atau aktiviti seperti ini kelak.
HBEF2803 T1A3:JURNAL REFLEKTIF_SEMESTER MEI 2014

5
HBEF2803 (780911125171001)

Saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Jawatankuasa Induk Kampung Bingkor Baru, Badan Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung Bingkor Baru, Ketua Kampung Bingkor, En. George
Richard, Pengerusi JKKK Kg. Bingkor Baru, En. Budan Ansuab, Persatuan Belia dan
Beliawanis Kg. Bingkor Baru, pelajar-pelajar tahap 2 SK. Bingkor, Keningau serta individu
dan kumpulan-kumpulan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program ini. Segala sumbangan dalam bentuk idea atau cadangan, tenaga, wang
dan sebagainya amatlah dihargai dan semoga penglibatan dalam program ini dapat
menyedarkan dan menyeru semua komuniti dan mayarakat agar dapat berkerjasama,
mewujudkan kemuhibahan dan yang paling penting dapat bersatu-padu bagi mengekalkan
semangat perpaduan di kalangan masyarakat Kampung Bingkor khususnya.

HBEF2803 T1A3:JURNAL REFLEKTIF_SEMESTER MEI 2014

Anda mungkin juga menyukai