Anda di halaman 1dari 11

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KELANCARAN DAN PENGUASAAN


MEMBACA BAGI KEMAHIRAN KVK+KV+KVK
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK
PERMAINAN PIJAK BACA
Oleh :
Elsa Hana Binti Muhammad & Abd Halim Bin Ismail
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
elsa.hana88@gmail.com & halim@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi menilai sejauh mana keberkesanan
aktiviti permainan Pijak Baca (PB) dalam meningkatkan kelancaran
membaca murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemulihan
Bahasa Melayu. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini ialah muridmurid dari kelas 3 Rajin di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot,
Kuala Terengganu. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid dijalankan melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian
awal, murid didapati menghadapi masalah untuk membaca dengan lancar.
Diperhatikan juga, murid sangat suka melakukan aktiviti bermain semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada langkah kedua. Jika
permainan tidak diselitkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
murid akan kelihatan tidak bersemangat untuk menjalani proses
pembelajaran pada hari tersebut. Murid-murid memerlukan aktiviti yang
dapat merangsang mereka untuk belajar dengan berkesan. Beberapa cara
pengumpulan data akan digunakan seperti senarai semak pemerhatian dan
temubual bagi menilai keberkesanan teknik permainan PB dalam
meningkatkan kelancaran membaca murid. Teknik permainan PB dapat
menarik dan merangsang responden untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kata kunci: kelancaran membaca, bermain, teknik permainan Pijak Baca.

PENDAHULUAN
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah
lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui
pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta
meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah
proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu
menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi
yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana
membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita
11

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang
sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati
fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca,
ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaanya.
Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang.
Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya
merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu
yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).
Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik,
iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa
yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses
pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat
membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat,
memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan
cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan instrument seperti pemerhatian dan temu bual bagi tujuan
tinjauan masalah.
Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang
berkaitan dengan masalah ini:
1) Murid tidak dapat fokus sepanjang waktu P&P.
2) Murid tidak dapat menyebut perkataan KVK+KV+KVK dengan betul dan tepat.
3) Murid tidak dapat membaca dengan lancar ayat yang mengandungi kemahiran
KVK+KV+KVK.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan permainan
Pijak Baca (PB) dalam meningkatkan dan mengukuhkan kelancaran membaca dalam
kalangan murid pemulihan.
Objektif khusus kajian ini supaya responden dapat:
1) Membaca ayat kvk + kv + kvk dengan lancar menggunakan teknik permainan
Pijak Baca (PB).
2) Menyebut setiap perkataan dalam ayat kvk + kv + kvk yang dibaca dengan
sebutan yang betul.
3) Menentukan sama ada wujud perbezaan pencapaian murid pemulihan dalam
kelancaran membaca sebelum dan selepas penggunaan permainan PB.
4) Mengenalpasti tindak balas murid pemulihan berkaitan penggunaan permainan
PB dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
12

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1) Sejauhmanakah permainan Pijak Baca (PB) dapat meningkatkan kelancaran
bacaan murid bagi ayat kvk + kv + kvk?
2) Sejauhmanakah murid dapat menyebut dengan betul setiap perkataan dalam
ayat kvk + kv + kvk setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB)
sebagai latih tubi?
3) Adakah wujud perbezaan pencapaian murid pemulihan dalam kelancaran
membaca sebelum dan selepas penggunaan permainan Pijak Baca (PB)
sebagai bahan bantu mengajar?
4) Apakah tindak balas murid pemulihan berkaitan dengan penggunaan
permainan Pijak Baca (PB) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

KUMPULAN SASARAN
Seramai tiga orang responden akan dipilih secara rawak untuk memastikan kelancaran
kajian ini di mana mereka terdiri daripada tiga orang responden lelaki. Respondenresponden yang dipilih tidak mengikut tahap pencapaian akademik berbanding rakan
sebaya yang lain. Pengkaji hanya mahu melihat sejauh mana tahap pencapaian mereka
dalam kemahiran membaca setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB)
sebagai latih tubi.

TINDAKAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan
kajian tindakan ini.
PERANCANGAN
REFLEKSI

TINDAKAN

PEMERHATIAN

Rajah 1 : Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)

Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu
yang dijelaskan dan dikenal pasti punca masalah berkenaan. Seterusnya pelan tindakan
dirancang untuk menyelesaikan masalah/isu berkenaan. Contohnya, pengkaji telah
mendapat gambaran awal tentang masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. Bermula
dari tinjauan awal masalah, pengkaji boleh merancang perkara yang akan dilaksanakan
13

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

kelak. Antara perkara yang perlu dirancang ialah bagaimana cara untuk mengenal pasti
masalah murid, cara pengumpulan dan analisis data serta intervensi yang bakal dijalankan
keatas murid tersebut.
Kemudian perancangan berkenaan perlu dilaksanakan dan pengkaji perlu
menentukan hasil yang diperoleh selepas memberi tindakan/intervensi. Antara cara yang
akan pengkaji gunakan dalam menentukan intervensi yang dijalankan berkesan ataupun
tidak ialah melalui proses rakaman. Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti hasil
dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya
atau tidak. Sekiranya tindakan yang dijalankan kurang berjaya dan memuaskan,
perancangan masalah memerlukan penambahbaikan.
Kebiasaannya, Model Kurt Lewin digunakan apabila masalah/isu kajian telah
diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan.
Pengkaji telah mengetahui gambaran awal masalah yang dihadapi murid melalui refleksi
pengajaran dan pembelajaran yang lalu.
Sebelum melakukan sebarang perancangan, pengkaji perlu mengenal pasti aspek
amalan refleksi melalui pengalaman menjalankan P&P dalam bilik darjah. Kebiasaannya,
kekangan atau masalah yang dihadapi untuk mencapai objektif P&P memerlukan
penambahbaikan kepada amalan refleksi yang dijalankan. Misalnya, dalam refleksi P&P
didapati bahawa murid menghadapi masalah dalam membaca dengan lancar serta tidak
memberi tumpuan dalam kelas. Masalah ini akan menjejaskan penguasaan murid dalam
pelajaran sekaligus pencapaian mereka dalam peperiksaan. Masalah yang dihadapi oleh
murid perlu diselesaikan dengan cepat agar dapat membantu perkembangan mereka agar
setara dengan rakan sebaya mereka yang lain. Tinjauan masalah dan analisis masalah
perlu dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah sebenar.
Justeru itu, pengkaji perlu memikirkan cara bagi mengatasi masalah ini dengan
melakukan beberapa perancangan serta tindakan. Sekiranya perancangan dan pelaksanaan
tindakan yang diambil oleh guru bersesuaian dengan masalah murid, ia akan membawa
perubahan yang besar terhadap pencapaian serta keyakinan diri murid dalam
pembelajaran.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Semasa menjalankan kajian, pengkaji telah melakukan pemerhatian berstruktur iaitu


berkenaan tingkah laku responden sebelum dan semasa P&P berlangsung. Senarai semak
disediakan dan beberapa aspek yang telah perhatikan iaitu kesediaan belajar, tingkah laku
semasa berada di dalam kelas dan fokus serta respon murid semasa P&P berlangsung.
Item bagi pemerhatian berstruktur ini dicatat dan direkodkan dalam bentuk skala Gutman
(ya/tidak). Pemerhatian dicatat kemudian diinterpretasikan dalam bentuk graf seperti
berikut.

14

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

3.5
3
Responden

2.5
2

ya

1.5

tidak

1
0.5
0
Item 1 (i) Item 1
(ii)

Item 1 Item 2 (i) Item 2


(iii)
(ii)
Item

Item 2 Item 3 (i) Item 3


(iii)
(ii)

Graf 1 : Senarai Semak Tingkah Laku Responden


Responden perlu membaca ayat yang disediakan oleh pengkaji yang terdiri dari
kemahiran KVK+KV+KVK. Sebanyak sepuluh ayat disediakan dan kelancaran membaca
responden dicatatkan menggunakan skala likert (1,2,3,4,5). Graf berikut merupakan
ringkasan bagi pemerhatian yang telah dijalankan.

HASIL DAPATAN ANALISIS PEMERHATIAN BERSTRUKTUR


BAGI KELANCARAN MEMBACA
6
5
Skala

Responden A
responden B
Responden C

3
2
1
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item
10
Item

Graf 2 : Senarai Semak Kelancaran Membaca Responden


Pemerhatian juga boleh direkodkan dalam bentuk rakaman video. Pengkaji telah
menjalankan proses rakaman semasa responden berada di kelas pemulihan. Rakaman
video merupakan salah satu bukti yang kukuh dalam menjalankan kajian. Rakaman video
yang disediakan pengkaji telah menjawab persoalan kajian pertama dan kedua iaitu
sejauhmanakah permainan Pijak Baca (PB) dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid
bagi ayat kvk + kv + kvk dan sejauhmanakah murid dapat menyebut dengan betul setiap
15

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

perkataan dalam ayat kvk + kv + kvk setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca
(PB) sebagai latih tubi.
Bagi persoalan pertama, rakaman video dijalankan semasa proses intervensi
berjalan. Setelah selesai sesi pengajaran, responden berpeluang bermain permainan PB.
Mereka perlu membaca ayat yang dtunjukkan oleh pengkaji semasa permainan
berlangsung jika mereka singgah pada petak yang terdapat ular. Permainan diteruskan
sehingga tamat satu pusingan iaitu responden pertama yang tiba pada petak TAMAT akan
dikira pemenang. Permainan PB ini menggalakkan responden melakukan latih tubi
bacaan secara santai dan bersahaja. Mereka tidak berasa tertekan sekiranya diminta
mengulang bacaan beberapa kali. Ini kerana mereka bersemangat untuk meneruskan
permainan.
Di samping itu, rakaman video juga dijalankan untuk menjawab persoalan kedua
iaitu sejauhmanakah murid dapat menyebut dengan betul setiap perkataan dalam ayat kvk
+ kv + kvk setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB) sebagai latih tubi.
Pengkaji telah merakam video bacaan responden setelah intervensi selesai dijalankan.
Rakaman video ini telah disokong oleh senarai semak berstruktur yang menggunakan
skala likert bagi mengukur tahap penguasaan responden dalam kemahiran membaca.
Senarai semak tersebut telah diinterpretasikan dalam bentuk graf iaitu graf 2.
Temubual telah dijalankan terhadap responden selepas intervensi selesai
dilaksanakan. Pengkaji menjalankan temubual bagi menjawab persoalan keempat bagi
kajian ini iaitu apakah tindak balas murid pemulihan berkaitan dengan penggunaan
permainan Pijak Baca (PB) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan
hasil temubual yang telah dijalankan.

Soalan

Jawapan Responden

Soalan 1

R1: Saya suke main benda ni cikgu.

Gambarkan perasaan kamu


selesai bermain permainan PB?

setelah R2: Sedak sangat main dam ular cikgu.


R3: Best. Saya nk main lagi lepas ni
cikgu.

Soalan 2

R1: Saya nak cikgu buat lagi mainan

ni. Saya suka main sambil baca.


Adakah kamu mahu cikgu meneruskan
permainan PB ini pada masa akan
R2: Nak main lagi macam ni lepas ni.
datang? Nyatakan sebab.
Seronok main lompat-lompat.
Lepas baca boleh main. Baru
sedak.
R3: Saya nak cikgu buat lagi
16

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

permainan macam ni sebab boleh


main ramai-ramai dengan kawan.

R1: Membaca dan main bersama

Soalan 3
Nyatakan beberapa perkara positif yang
diperoleh melalui permainan PB ini.

kawan.

R2 : Boleh berlatih membaca ayat yang


cikgu ajar.

R3 : Saya boleh baca sambil


membilang. Saya memang suka
main.
R1: Besar, cantik dam yang cikgu bawa

Soalan 4
Berikan pendapat
permainan PB ini.

kamu

tentang

ni.

R2: Saya suka dam cikgu sebab boleh


lompat atas tu. Saya tak pernah
jumpa dam besar macam ni cikgu.

R3: Kalau boleh saya nak cikgu buat


banyak lagi mainan macam dam ni.
Saya suka main lepas belajar.

Berdasarkan hasil temubual bagi soalan pertama, ketiga-tiga responden berasa gembira
setelah selesai bermain permainan PB. Murid pemulihan sememangnya suka bermain dan
langkah pengkaji menyelitkan aktiviti permainan selepas selesai sesi pengajaran adalah
bersesuaian. Responden tidak berasa jemu kerana aktiviti yang dijalankan pengkaji adalah
berbeza berbanding sesi pembelajaran yang pernah dialami sebelum ini.
Manakala soalan kedua bagi temubual yang telah dijalankan ialah berkaitan
kehendak responden sama ada mahu guru meneruskan permainan PB ataupun tidak.
Responden juga diminta menyatakan sebab bagi kehendak mereka. Kesemua responden
mahu pengkaji meneruskan permainan PB dalam pengajaran akan datang. Antara sebab
17

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

yang diberikan ialah responden gemar bermain bersama rakan-rakan dan suka terhadap
aktiviti yang melibatkan fizikal.
Permainan PB ini melibatkan aktiviti fizikal apabila murid perlu melangkah di
dalam petak permainan mengikut angka setelah balingan dadu dibuat. Responden dalam
kajian ini lebih menjurus kepada aspek kinestatik jika mengikut pengkelasan kecerdasan
pelbagai. Mereka lebih tertarik dengan pergerakan fizikal berbanding aspek lain seperti
muzik, alam semulajadi, interpersonal dan sebagainya. Ini memudahkan pengkaji dalam
menyediakan aktiviti lain setelah kecenderungan mereka dikenalpasti.
Seterusnya, pengkaji meminta responden menyatakan perkara positif yang
diperoleh melalui permainan PB. Responden dua menyatakan secara tidak langsung
bahawa dia boleh berlatih membaca semasa bermain permainan PB. Ini menunjukkan
responden berasa seronok dengan cara latih tubi yang baru diperkenalkan pengkaji
kepada mereka. Latih tubi yang dijalankan adalah secara tidak formal dan kebebasan
diberi kepada responden dalam mencapai objektif pengajaran iaitu menguasai kemahiran
KVK+KV+KVK.
Akhir sekali, responden diminta menyatakan pendapat tentang permainan PB yang
disediakan pengkaji. Kesemua mereka menyatakan rasa kagum terhadap saiz alat
permainan PB yang disediakan. Hal ini kerana permainan ini diinspirasikan dari
permainan dam ular yang bersaiz biasa tetapi telah diubah suai kepada saiz yang lebih
besar iaitu 36 kaki persegi. Responden tidak perlu menggunakan alat lain sebagai
perwakilan kepada diri mereka. Mereka hanya perlu meletakkan kedua-dua kaki mereka
ke dalam petak permainan PB dan bergerak mengikut bilangan balingan dadu sehingga
permainan tamat.
Hasil temubual yang dijalankan menggambarkan pengalaman yang dialami
responden dan melalui pengumpulan data ini juga dapat disimpulkan bahawa pengkaji
perlu mengambil kira perasaan dan keselesaan responden selain menumpukan kepada
objektif utama kajian iaitu agar responden dapat menguasai kemahiran KVK+KV+KVK
dengan baik.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN


Intervensi yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pengkaji terhadap tiga orang
responden dilihat selaras dengan tajuk utama kajian iaitu Meningkatkan Kelancaran dan
Penguasaan Membaca Bagi Kemahiran KVK+KV+KVK dengan Menggunakan Teknik
Permainan Pijak Baca. Beberapa perkara yang terdapat dalam kajian ini juga dilihat
berkait rapat serta selaras dengan kajian terdahulu.
Permainan PB yang telah digunakan dalam sesi pengajaran bagi kajian ini banyak
membantu responden meningkatkan kelancaran kemahiran membaca mereka. Mereka
akan diajar dan dibimbing terlebih dahulu oleh pengkaji sebelum bermain. Semasa
permainan dijalankan, murid perlu membaca ayat yang dipelajari secara berulang-ulang
sekiranya mereka singgah pada petak yang terdapat ular. Perkara ini secara tidak
langsung membawa responden kepada proses latih tubi bacaan.
Hal ini dilihat selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Abdillah Nurdin Asis
(2009) dalam kajiannya Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat yang
Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV
18

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

menunjukkan murid yang dahulu lemah dalam kemahiran membaca kini menunjukkan
perubahan hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti latih tubi membaca suku
kata KV + KV + KV, aktiviti nyanyian dan aktiviti bacaan bergred. Murid juga seronok
kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVKV tetapi perkataan yang lebih
mencabar lagi.
Selain itu, permainan PB juga melibatkan pergerakan fizikal responden. Murid
perlu membaling dadu serta melangkah pada petak permainan PB sepanjang permainan
dijalankan. Permainan ini bukan sahaja melibatkan kognitif malahan aspek jasmani
responden juga memainkan peranan yang penting. Pengkaji secara tidak langsung telah
menyerapkan elemen pendidikan jasmani dalam sesi pengajarannya.
Pergerakan fizikal yang berlaku semasa permainan dijalankan adalah perkara yang
amat digemari responden dan ini bersesuaian dengan kajian yang telah dijalankan oleh
Kamarudin Haji Husin (1993), pengajaran di Prasekolah Malaysia lebih kepada
pendekatan formal sedangkan bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada
kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan
melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Permainan yang sering digemari kanakkanak adalah melibatkan pergerakan fizikal. Pada peringkat umur ini, murid bergerak
secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Di samping itu, permainan PB yang dilaksanakan juga dapat memupuk nilai murni
dalam diri responden. Antara nilai murni yang dapat dilihat semasa permainan dijalankan
ialah kerjasama, saling membantu serta sabar. Responden akan saling membantu
sekiranya rakan mereka keliru semasa membilang petak PB. Permainan ini juga dapat
memupuk sifat sabar dalam diri responden dan sentiasa berusaha untuk mencapai
kemenangan. Aspek ini bersesuaian dan bertepatan dengan kajian yang telah
dilaksanakan oleh Nor Asiah Yusuf (2009). Beliau mendapati permainan membentuk
perkataan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tahun tiga dapat
membantu perkembangan personaliti murid dengan penerapan nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, berdisiplin dan sebagainya.
Akhir sekali, proses pembelajaran dianggap berlaku apabila responden
menunjukkan perubahan dari aspek tingkah laku mahupun kognitif. Perkara ini dapat
dikesan oleh pengkaji melalui ujian pra dan ujian pasca bacaan. Responden menunjukkan
peningkatan dalam kelancaran dan penguasaan membaca bagi kemahiran
KVK+KV+KVK setelah intervensi dijalankan.
Perkara ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Lau Ging Lim (2012)
mengenai Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses
Pembelajaran Sains Tahun Empat yang dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah
Kuching. Kajian menunjukkan bahawa murid yang dahulunya lemah dalam matapelajaran
Sains kini telah berjaya menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktivitiaktiviti yang dijalankan. Beberapa aspek yang dilihat serta diperoleh melalui
pengaplikasian permainan PB bersesuaian dengan kajian terdahulu. Sememangnya
bermain merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan dari kanak-kanak. Sebagai
pendidik, kita perlu sentiasa mengubahsuai cara serta corak pengajaran agar bersesuaian
dengan kehendak murid. Ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran membaca
serta menulis sekaligus mengurangkan bilangan buta huruf.

19

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya,Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah ( 2007). Guru
Sebagai Pemimpin, Cetakan Pertama. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala
Lumpur.
Abdillah Nurdin Asis (2009).Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang
Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV.
Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysi.
Azizah Bt Zain (2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan
Kelancaran Dan Kefahaman Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.
Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join
Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.
Chong Lean Keow PhD (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Chua, Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.
Edmonds, R. (1979). Effective Schools Fort The Urban Poor. Educational
Leadership, 37(1), hlm. 15-27.
Daud, Abu. (2010).Pengertian dan Ciri-Ciri Konsentrasi. Di akses pada 5 April 2013
daripada http://abudaud2010.blogspot.com
Ducthlady (2012). Fokus murid. Diakses pada 3 Februari 2013 daripada
http://www.dutchlady.com.my/bm/home.asp?page=nutrition&subpage=nutritiona
dvice_a
Ee Ah Meng (2006). Penilaian Tahap Kecekapan: Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin(1993).Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia.
Lau Ging Lim (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam
Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat, Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
KBL Tahun 2012.
Linah Binti Summase (2009). Belajar Sambil Bermain, Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009.
Maulana, Achmad.(2011). Kamus Ilmiah Populer. Yogyakarta: Absolut.
Mok Song Sang. (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Musti-Roa, S., Hawkins, R.O., & Barkley, E.A. (2009). Effects of Repeated Readings On
The Oral Reading Fluency of Urban Fourth-Grade Students: Implications for
Practice. University of Cincinnati: University Research Council Faculty Research
Support Program.

20

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1997).Tatabahasa Dewan: Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rasinski, T.V. (1990). Effects of repeated reading ad listening-while-reading on reading
fluency. Journal of Educational Research, 83, 147-150.
Rosinan Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Saayah Abu, Rohaty Mohd. Majzub & Nor Aishah Buang (2010). Amalan membaca dan
penggunaan buku kepada kanak-kanak prasekolah dalam perspektif rakan
sebaya. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara ke 4 2010, 3-4 Ogos
2010. Bangi.
Sharifah Nor Puteh (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi
Bagi Pendidikan Prasekolah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badusah
(2010). Masalah membaca murid-murid sekolah rendah di Brunei Darussalam:
Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2): 77-85.
Virtualfriends (2010). Kepentingan Bermain Kepada Kanak-Kanak. Diakses pada 7
April 2013 daripada http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48021
Yahya Othman (2003). Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar
Membaca. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

21

Anda mungkin juga menyukai