Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini
guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik
seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT
sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan
dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka
hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik
kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan
yang timbul kesan daripada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tugasan ini memerlukan satu kajian dilakukan terhadap cabaran penggunaan teknologi di dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Untuk merealisasikan kajian ini,
temubual telah dijalankan ke atas empat orang guru bahasa Melayu di sekolah ini. Hasil
temuramah secara umumnya melihat dengan lebih jelas pahit manis perkembangan dan
penggunaan teknologi di kelas dan juga cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang dihadapi.
Walaupun sekolah ini merupakan sekolah pedalaman yang mana bilangan muridnya tidak pernah
lebih daripada 200 orang murid, namun sekolah ini telah dilengkapi dengan beberapa peralatan
teknologi asas seperti komputer riba, pencetak, LCD, EduWeb TV, CD Pendidikan dan juga
peralatan asas teknologi yang lain yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu kepada
murid di kelas.

Bagi guru-guru yang muda, mereka biasanya lebih gemar menggunakan

peralatan-peralatan ini memandangkan mereka berkemahiran dalam penggunaannya berbanding


guru yang lebih berusia.
Ramai di antara guru-guru di sekolah ini gemar menggunakan EduwebTV yang merupakan salah
satu kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh kementerian pendidikan untuk guru-

guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan EduwebTV membolehkan
guru-guru memilih saluran rancangan TV pendidikan yang sesuai untuk menjalankan aktivitiaktiviti pengajaran dan pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Keberkesanan EduwebTV
tidak dapat dinafikan kerana murid-murid boleh mendapat manfaat daripada kandungan yang
disediakan seperti berita pendidikan, rancangan akademik, rencana, wawancara, kurilulum,
interaktif dan siaran langsung arkib. Walaupun ada di antara mereka yang kurang berkemahiran
dalam penggunaan EduWebTV, bantuan daripada guru Pusat Sumber dan guru ICT sering
digunakan.
Selain daripada penggunaan EduwebTV, guru juga gemar memilih menggunakan internet.
Bagi membantu dalam pengumpulan maklumat dan bahan pengajaran,

penggunaan

internet dilihat sebagai satu alternatif dan cari terbaik. Ini bagi memudahkan guru Bahasa
Melayu untuk mendapat bahan-bahan pengajaran dan rujukan serta penyelidikan yang
berkesan. Murid pula boleh melayari portal-portal pendidikan, samada portal tempatan
ataupun portal luar yang berkaitan bahan-bahan pengajaran Bahasa Melayu untuk
memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid. Guru pula boleh mengemaskini
dan mengulang pakai bahan-bahan tersebut di samping mendapat bahan-bahan terkini dari
portal-portal yang disediakan. Namun begitu, kekangan dan cabaran yang paling utama
daripada penggunaan internet ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang begitu meluas. Guru
adakalanya menghadapi kesukaran dalam mendapatkan maklumat apatah lagi sekiranya
guru tersebut kurang mahir dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, guru-guru juga sering memilih untuk berinteraksi dengan alat teknologi canggih
lain untuk mengoptimumkan proses pengajaran mereka. Guru-guru sering menggunakan
bahan audio, video, perisian multimedia dan seterusnya menggunakan bahan cetak pada
kad latihan atau bahan bacaan yang berkaitan Bahasa Melayu. Murid juga adakalanya
digalakkan dan diberi peluang menggunakan peralatan teknologi terutama pada akhir sesi
pembelajaran. Namun begitu, bagi guru-guru yang kurang berkemahiran dalam
penggunaan alatan teknologi ini, mereka biasanya lebih senang menggunakan kaedah
tradisional dalam sesi pengajaran mereka.

Namun begitu, beberapa cabaran juga telah dikenalpasti kesan ledakan teknologi ini.
Cabaran yang paling utama ialah kurangnya pengetahuan dan kemahiran guru guru. oleh
itu, guru tersebut akan lebih cenderung untuk untuk menyampaikan pengajaran secara
tradisional atau lebih dikenali dengan kaedah chalk and talk. Kaedah ini merupakan kaedah
biasa yang kurang menarik minat murid untuk belajar tentang sesuatu konsep. Guru yang
kurang berkemahiran akan lebih gemar menggunakan kaedah ini kerana mereka
berpendapat bahawa penggunaan teknologi akan memperuntukkan masa yang panjang
untuk menyediakan alatan teknologi dan sebagainya. Tambahan pula, penggunaan
peralatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu proses yang
lama yang akan mengakibatkan guru gagal menlengkapkan silibus yang telah ditetapkan.
Selain itu, guru yang kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan peralatan
teknologi juga tidak dapat menilai perisian yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
bagi sesuatu konsep. Hal ini telah menyebabkan mereka kurang yakin untuk menggunakan
peralatan teknologi dalam pengajaran. Apabila perkara ini berlaku, guru mengambil
keputusan untuk tidak menggunakannya.
Masalah kekurangan prasarana dan bahan sokongan juga menjadi cabaran kepada guru
dalam menggunakan peralatan teknologi ini. Sekolah ini seperti beberapa sekolah yang lain
juga turut mengalami masalah bilangan komputer yang tidak mencukupi. Bilangan murid
dan bilangan komputer yang dibekalkan kepada sekolah adalah tidak selari. Oleh itu, muri
dterpaksa berkongsi antara mereka. Akibatnya, murid tidak dapat melayari maklumat
secara individu dan mereka tidak dapat mempelajari kemahiran menggunakan teknologi
tersebut dengan tepat dan betul. Guru juga terpaksa menempah makmal komputer dan
menunggi giliran untuk menggunakan makmal komputer dan juga peralatan teknologi yang
lain. Perkara ini juga mengakibatkan teknologi kurang diaplikasikan dalam pengajaran.
Masalah yang paling utama ialah pihak sekolah juga tidak menyediakan seseorang yang mahir
dalam penyelenggaraan peralatan teknologi. Hal ini juga boleh menyebabkan guru kurang
mengaplikasikan peralatan teknologi semasa mengajar kerana apabila berlakunya masalah
teknikal, guru perlu menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Akhirnya, banyak masa terbuang

dengan menyelenggara peralatan teknologi yang ingin digunakan. Selain masalah tersebut,
perisian yang disediakan oleh kementerian juga adalah terhad. Guru-guru terpaksa mencari
sendiri perisisan yang ingin digunakan untuk mengajar. Masalah ini tidak akan timbul jika guru
tersebvut mempunyaikemahiran yang mencukupi. Jelaslah bahawa kekurangan prasarana dan
bahan sokongan di sekolah juga merupakan satu isu yang menyebabkan penggunaan teknologi
adalah kurang dalam kalangan guru.
Sikap murid sendiri yang adakalanya tidak menunjukkan minat untuk belajar amat
mengecewakan walaupun guru berusaha untuk mempelbagaikan penggunaan teknologi.
Walaupun begitu, pengajaran menggunakan teknologi seperti komputer akan dapat
menambah minat murid mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Jika komputer dapat
digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang
masalah pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi fungsi komputer itu sendiri yang dapat
memperkayakan teknik pengajaran. Ini kerana komputer berkemampuan mengawal dan
mengurus bahan pengajaran yang banyak. Komputer membolehkan guru-guru menerapkan
pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik.
Secara kesimpulannya, pengaplikasian atau pengintegrasian teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran merupakan salah satu pendekatan yang terbaik dalam memperkenalkan
pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid (Rosenberg, 2001). Walaupun terdapat
pelbagai cabara terutama dari pihak sekolah, guru mahupun murid itusendiri dalam
mengaplikasikan teknologi ini, kita tidak dapat menolah bahawa perkembangan teknologi
banyak membantu murid menyelesaikan masalah yang sukar dan dapat meningkatkan tahap
kefahaman murid terhadap sesuatu konsep. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya,
penggunaan peralatan teknologi dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran,
perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer.
Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran
dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih
berpusatkan pelajar. Apapun, ibu bapa dan masyarakat tidak harus bimbang kerana mereka harus
faham bahawa teknologi tidak boleh menggantikan tugas hakiki guru untuk menyampaikan ilmu

pengetahuan. Penggunaan teknologi hanyalah merupakan satu alat yang boleh membantu guru
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Burnett, 2010).

Anda mungkin juga menyukai