Anda di halaman 1dari 4

Caeser Cipher

Pada zaman Romawi kuno diceritakan pada suatu hari, ketika Julius Caesar
ingin mengirimkan kepada seorang Jeneral suatu pesanan rahsia di medan perang.
Pesanan tersebut adalah rahsia, Julius Cesar berhasrat supaya pesanan rahsia itu
tidak terbocor ditengah jalan.
Oleh itu, Julius Caesar mendapat idea supaya pesanan tersebut tidak difahami
oleh sesiapapun kecuali hanya Jeneralnya sahaja iaitu dengan mengaburkan pesanan
yang akan dikirim tadi melalui teknik tertentu.
Kriptografi berasal dari bahasa Yunani yang asalnya daripada dua perkataan
iaitu kripto dan graphi, Kripto bererti rahsia dan graphi bererti tulisan. Kriptografi adalah
ilmu dan seni untuk menjaga keselamatan pesanan dan ayat yang dikirim dari suatu
tempat ketempat yang lain. Orang yang melakukan ini disebut Cryptographer.
Sebuah pesanan atau mesej yang masih asli disebut plaintext atau cleartext
manakala pesanan atau mesej yang telah diubah atau di enkripsi disebut chipertext.
Caeser Cipher bertujuan untuk menjaga kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam
data atau mesej sehingga maklumat tersebut tidak dapat diketahui oleh orang yang
tidak berkenaan seperti musuh dan sebagainya sehingga mesej sebenar disampaikan
kepada individu terlibat.
Cipher Caeser juga dikenali sebagai Shift Caeser Cipher. Cipher ini mudah
untuk dirungkaikan. Teknik penggantian Cipher Caeser ini melibatkan penggantian
huruf-huruf dalam teks rahsia dengan huruf-huruf dalam aksara yang ditentukan melalui
kedudukan huruf tersebut dalam aksara. Cipher ini menggunakan modulor 26. Jadi, jika
dikatakan huruf-huruf ditukar kepada 3, ia membawa maksud huruf ke 3 dalam modulor
26. Oleh itu, huruf A akan diekripsikan sebagai D, B sebagai E dan seterusnya.
Berikut merupakan contoh huruf teks rahsia dan teks biasa yang menggunakan
penukaran 3 modulor 26.

Algoritma dapat dinyatakan sebagai berikut .Untuk setiap huruf plaintext p ,


menggantikan huruf ciphertext C :
C= E(3, p) = ( p+ 3) mod 26

Sebuah pergeseran dalam jumlah berapapun untuk algoritma Caesar secara umum:
C= E(k, p) = ( p+ k) mod 26

di mana k mengambil nilai dalam kisaran 1 sampai 25 .Dekripsi Algoritma secara


mudah
p= D(k, C) = ( C k) mod 26

Huruf dalam Teks Biasa


Huruf dalam Teks Rahsia

AB C D E F G H I J K LM N O P Q R S TU V W X Y Z
DEFGH IJ K LMNOPQRS TUVWX YZA BC

Contoh: teks biasa: SAYA ADA RAMBUTAN


Teks rahsia: VDBD DGD UDPEXWDQ
Begitulah juga jika ingin menyahkodkan cipher teks kepada teks biasa.
Huruf dalam Teks Rahsia
Huruf dalam Teks Biasa

DEFGH IJ K LMNOPQRS TUVWX YZA BC


AB C D E F G H I J K LM N O P Q R S TU V W X Y Z

Jika kod yang diterima adalah UDPEXWDQ KLODQJ maka ia menjadi RAMBUTAN
HILANG

Membina dan merungkai teks rahsia


Contoh 1: Membina Teks Rahsia
Sebelum membina teks rahsia, penghantar mesej perlu menentukan kunci bagi cipher
ini ialah bilangan pertukaran yang dilakukan. Contohnya, penghantar mesej
menggunakan penukaran 7 dalam modulor 26 bagi menghantar mesej RUMAH
TERBAKAR
Huruf dalam Teks Biasa

AB C D E F G H I J K LM N O P Q R S TU V W X Y Z

Huruf dalam Teks Rahsia

H I J K L M N OPQR S T U V W X Y Z A B C D E F G

Dengan menggunakan jadual tersebut sebagai rujukan, teks SAYA BUDAK RAJIN
akan menjadi teks rahsia yang ditulis sebagai LHFH IBKHR YHQPU

Contoh 2: Merungkaikan Teks Rahsia


Bagi merungkaikan teks rahsia yang disampaikan, penerima mesej perlu mengetahui
kunci bagi cipher yang digunakan. Apabila telah mengetahuinya, jadual perbandingan
antara teks rahsia dengan teks biasa boleh dibina dan dijadikan rujukan untuk
merungkaikan mesej yang diterima. Dalam cipher ini juga, kunci yang digunakan juga
boleh berbentuk nombor negatif yang mana ia akan digantikan mengikut modulor 26.
Contohnya kunci yang digunakan dalam mesej ini ialah -4. Oleh itu, jadual rujukan
adalah seperti berikut:

Huruf dalam Teks Biasa

AB C D E F G H I J K LM N O PQ R S TU V W X YZ

Huruf dalam Teks Rahsia

W X YZAB C D E F G H I J K LM N O PQ R S TU V

Justeru jika diberikan teks rahsia sebagai LKNPQCEO, teks tersebut boleh
dirungkaikan menjadi PORTUGIS.

Anda mungkin juga menyukai