Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN B

Soalan 5
(i) Berdasarkan petikan tersebut, bonda berharap agar dapat menghantar adik
ke sekolah agama setelah adik tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga
agar adik menjadi ustaz dan mewarisi kealiman suaminya.
(ii) Bonda merupakan seorang yang penyabar kerana beliau tidak bertindak
mengikut perasaan apabila adik mengatakan bahawa ia ingin berhenti
belajar. Selain itu bonda juga seorang yang bercita- cita tinggi. Beliau ingin
adik melanjutkan pelajaran dan menjadi seorang ustaz.
(iii) Keputusan adik yang boleh menghancurkan dirinya ialah untuk berhenti
belajar. Ini disebabkan tanpa pelajaran adik tidak dapat memebezakan baik
buruk sesuatu perkara dan akan menjadi lebih liar. Selain itu ia juga tidak
akan mendapat pekerjaan yang baik untuk menyara hidupnya.
(iv) Dalam petikan tersebut, adik malas untuk belajar. Selain itu, adik bersikap
biadab kerana dia menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa
menyatakan pendiriannya.
(v) Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah kerana mereka mudah
dipengaruhi oleh ajakan rakan mereka yang juga suka ponteng sekolah.
Selain itu, mereka tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
(vi) Kita perlu menghormati dan menyayangi ibu bapa kerana mereka telah
bersusah payah memebesarkan kita. Pelbagai pengorbanan telah dilakukan
oleh mereka demi kesenangan hidup kita. Selain itu ibu bapa juga menjadi
punca sebenar kejayaan hidup kita.
Ulasan :
Pasar Raya Kita melancarkan Kempen Jimat Cermat untuk pelanggan
selama lapan hari bermula 23 hingga 30 Mac. Pelbagai jenis barangan yang
dijual di pasar raya ini seperti makanan, pakaian dan perabot dari luar
mahupun dalam Negara. Di samping itu, pelanggan akan dapat menjimatkan
belanja kerana terdapat potongan harga dan jualan murah yang ditawarkan
kepada pelanggan. Pelanggan juga akan dapat memilih dan membeli barangbarang yang berkualiti kerana pasar raya ini mementingkan kepuasan
pengguna. Pelanggan pasar raya ini juga tentu berasa gembira berbelanja di
sini kerana tempat yang selesa dan mudah berbelanja . Pasar Raya Kita
mementingkan pelanggan dan pelanggan tidak semestinya melepaskan
peluang berbelanja di sini.

Anda mungkin juga menyukai