Anda di halaman 1dari 2

ISU SERANTAU : GPEC ASIA 2011 : BENTERAS JENAYAH MERENTASI

SEMPADAN
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
Perlumbaan dalam bidang pertahanan dan keselamatan tidak hanya
membabitkan negara dan syarikat-syarikat pengeluar peralatan teknologi serta
persenjataan tetapi juga antara pihak berkuasa dengan golongan penjenayah.
Masing-masing berlumba bukan untuk menunjukkan kehebatan teknologi dan
peralatan yang mereka ada kerana ia mudah diperolehi sama ada melalui
pasaran terbuka dan secara haram. Tetapi ia sebenarnya lebih kepada persoalan
siapa yang lebih bijak memanipulasikan teknologi dan peralatan yang mereka
gunakan untuk mencapai matlamat masing-masing. Ini kerana peperangan
antara penjenayah dengan pihak berkuasa masa kini bukan lagi secara bersua
muka tetapi lebih kepakaran mengatur strategi dengan menggunakan teknologi
dan peralatan yang ada. Kebijaksanaan dalam mengatur strategi adalah penting
bagi mengelakkan kehilangan sumber tenaga yang ada akibat kecacatan atau
kematian yang sia-sia, di samping kemusnahan kepada peralatan dan teknologi
yang dimiliki.
Lagipun, pihak berkuasa menyedari adalah tidak mudah untuk membina satu
pasukan yang mempunyai kesungguhan yang tinggi, pengalaman dan kepakaran
menggunakan teknologi dalam menggempur golongan penjenayah secara lebih
berkesan. Justeru, Pameran dan Persidangan Kedua Ketua Polis dan Peralatan
Khas Asia (GPEC) 2011 di Putrajaya baru-baru ini, menunjukkan kesungguhan
pihak berkuasa bersama-sama syarikat pertahanan dan keselamatan untuk
berada selangkah di hadapan golongan penjenayah era masa kini. Malah, pihak
berkuasa juga menyedari bahawa penjenayah masa kini bergerak secara lebih
tersusun dan mempunyai rangkaian yang lebih luas sehingga ada ketikanya
kegiatan jenayah mereka itu sukar dikesan. Pameran yang dianjurkan oleh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah eksklusif bagi anggota pihak
berkuasa yang menguruskan soal kelengkapan kepolisan, teknologi keselamatan
dan perkhidmatan.
Ia juga mempamerkan inovasi dan teknologi bagi peralatan canggih dan latihan
yang memberi tumpuan utama bagi meningkatkan keselamatan terhadap
keganasan, jenayah dan ancaman lain berkaitan negara masing- masing. Malah,
ada juga beberapa teknologi keselamatan dan pertahanan yang diberikan nafas
baru agar ia selari dengan perkembangan semasa, turut dipamerkan. Antaranya
adalah sistem C41, Penyelidikan Teknologi Maklumat (IT) Forensik, teknologi
pemerhatian dan pemantauan, pengesanan dan penyiasatan narkotik, bahan
letupan, senjata, kenderaan (untuk darat, laut dan udara) dan gajet keselamatan
yang terkini. Selain itu, pameran tersebut turut mempamerkan modul latihan
dan pendidikan dalam bidang keselamatan serta pertahanan yang terkini. Lebih
menarik lagi, pameran kali kedua itu disertai oleh Brunei, Kemboja, Indonesia,
Laos, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura.
Beberapa negara luar ASEAN seperti Rusia, Itali, United Kingdom, Denmark,
Jerman, Amerika Syarikat (AS), Australia, India, Arab Saudi dan Sepanyol turut
menyertai pameran itu. Dan kesungguhan itu juga diperlihatkan melalui
penyertaan para menteri, ketua-ketua polis, pegawai kanan pihak berkuasa,

juruteknik, jurulatih dan ahli Parlimen dari negara-negara peserta dalam forum
yang diadakan. Penyertaan sedemikian membolehkan negara peserta berkongsi
maklumat, data, risikan serta kepakaran dalam usaha memerangi jenayah dan
aktiviti-aktivitinya yang kini mengancam komuniti dunia. Ini kerana rangkaian
penjenayah masa kini telah merentasi sempadan negara dalam menjalankan
kegiatan jenayah seperti pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram,
jenayah merentas negara, penyeludupan senjata serta dadah dan keganasan.
Tidak mungkin sesebuah agensi boleh duduk dalam kelompoknya sendiri, justeru
perlu bekerjasama menggunakan teknologi perkongsian maklumat dan melihat
teknologi terkini untuk memastikan jenayah merentasi sempadan seperti
penyeludupan manusia dan penggubalan wang haram dibanteras habis-habisan.

Anda mungkin juga menyukai